You are on page 1of 28

KURSUS:

GGGC 6483 PEMBIAYAAN KEWANGAN PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN KUMPULAN:


PROGRAM JALINAN PECUTAN EMAS SAINS SOSIAL (JAPESS)
(Kerjasama Komuniti MRSM GERIK dan MRSM BALING

Elemen SDG : Quality Education


Elemen DPK :Pentaksiran (Penilaian Peperiksaan)

NAMA PENSYARAH:
DR. AIDA HANIM BINTI AB. HAMID

TARIKH AKHIR:
18 JUN 2023

NAMA KUMPULAN:

NAMA NO. MATRIK

MARINA BINTI AHMAD P118946

HALIMATON SAADIAH BINTI MOHD SAAD P118177

NUR DIYANA BINTI SALLEHUDDIN P118189

KAVITHA A/P M.CHANDRAN P118179

NUR FA’QA BINTI ZAINUDDIN P118188


ISI KANDUNGAN

ISI HALAMAN

1.0 NAMA PROJEK 2

2.0 RINGKASAN PROJEK 2

3.0 KATEGORI 3
SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL DAN
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

3.1 Melestarikan Pendidikan Berkualiti 3


3.2 Pentaksiran (Penilaian dan Peperiksaan) 4

4.0 KAJIAN LITERATUR 4

5.0 RASIONAL PROJEK 6

6.0 OBJEKTIF PROJEK 6

7.0 MATLAMAT PROJEK 7

8.0 TEORI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN 7

9.0 MODEL DALAM PENGURUSAN KEWANGAN 9

10.0 SENARAI JAWATANKUASA PROJEK 14

11.0 MAKLUMAT KETERLIBATAN KOMUNITI 15

12.0 TENTATIF PROJEK 16

13.0 CARTA GANTT 18

14.0 IMPLIKASI KEWANGAN 20

15.0 IMPAK TERHADAP DASAR, LATIHAN DAN AMALAN 23

16.0 KESIMPULAN 23

RUJUKAN 24

LAMPIRAN 26

1
1.0 NAMA PROJEK

PROGRAM JALINAN PECUTAN EMAS SAINS SOSIAL (JAPESS)


(Kerjasama Komuniti MRSM BALING dan MRSM GERIK)

2.0 SINOPSIS

JAPESS merupakan sebuah program kolaborasi di antara guru pakar dan komuniti dari
3 buah MRSM Pengkalan Hulu, MRSM Gerik dan MRSM Baling bersama pelajar-pelajar yang
telah terpilih berdasarkan keputusan percubaan SPM yang lalu. Beberapa terma telah dicipta
iaitu i-Master, i-Lead dan i-Intelek. i-Master merupakan guru pakar atau guru cemerlang serta
berpengalaman luas sebagai penanda kertas SPM. i-Lead pula dikategorikan sebagai pelajar
yang diberi kepercayaan untuk menjadi mentor atau pembimbing rakan sebaya yang
merupakan pelajar cemerlang dalam subjek Sains Sosial. Manakala i-Intelek pula merupakan
pelajar yang perlu dibimbing sepanjang program ini dijalankan bagi melonjakkan prestasi
mereka dalam subjek Sains Sosial.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan bagi meningkatkan gred purata
subjek Sains Sosial serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik dan cara
menjawab kertas soalan dengan tepat dan betul. Antara 3 aktiviti utama yang terkandung dalam
JAPESS ini adalah lonjakan perkongsian tip dari i-Master, mentoring and coaching diantara i-
Lead dan i-Intelek serta pecutan akhir SPM yang berbentuk suntikan semangat serta motivasi
kepada setiap pelajar.. Program ini turut menyasarkan seramai 60 orang peserta yang dipilih
berdasarkan markah dalam peperiksaan percubaan SPM yang lalu.

PENGENALAN

Laporan dari Bahagian Pendidikan Menengah & Unit Penilaian dan Peperiksaan
Maktab (UPPM) menunjukkan keputusan SPM pada tahun 2021 di sekolah X dan Y adalah
kurang memberangsangkan terutamanya bagi subjek Sains Sosial. KPM telah melaksanakan
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) sejak tahun 2014 dimana elemen pembelajaran kolaboratif
diterapkan sewaktu proses PdP dijalankan berasaskan pentaksiran dan penilaian peperiksaan.
Ianya menuntut kerjasama diantara guru dengan murid atau murid bersama murid lain secara
aktif atau menyeluruh yang melibatkan perkongsian idea, pendapat atau pengetahuan antara
murid-murid. Perkongsian dan tip dari guru cemerlang ini bukan sahaja satu usaha
penambahbaikan dalam sistem perkhidmatan, tetapi juga merupakan satu motivasi bagi mereka
meningkatkan kecemerlangan dalam pengajaran mereka (Buku Terma Guru Cemerlang KPM,

2
2008).

Perkara ini turut terkandung dalam teras kedua yang terkandung dalam Pelan Strategik
MARA (2021-2025) iaitu menyumbang sumber tenaga manusia yang bersifat holistik dalam
bidang pendidikan. Dalam pembentangan bajet pada tahun 2022 yang lalu, KPM telah
menerima peruntukan terbesar berbanding kementerian yang lain iaitu sebanyak RM 52.6
bilion. Bertepatan dengan agenda yang terdapat dalam PPPM 2013-2025 menerusi anjakan
kesepuluh, setiap peruntukan yang diterima melalui bajet 2022 tersebut perlu diurus tadbir
dengan baik bagi memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang diterima.

Berdasarkan keputusan SPM yang lalu, statistik mendapati bahawa seramai 3,647 calon
SPM gagal mendapat sijil peperiksaan dalam tempoh dua tahun sejak 2020. Ini menunjukkan
bahawa negara sedang berhadapan dengan isu kemerosotan prestasi dalam kalangan pelajar
dan membuktikan bahawa sistem pendidikan negara gagal membina struktur modal insan yang
berkeupayaan tinggi. (Anuar Ahmad, Awani 2023).

3.0 KATEGORI SDG /DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

3.1 MELESTARIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI

Menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti merupakan salah satu inisiatif dalam
Sustainable Development Goals (SDG) dan kini menjadi fokus bagi kebanyakan negara
membangun. Kualiti pendidikan yang dihasratkan tersebut dapat dicapai melalui kesamarataan
dan pembelajaran secara inklusif serta mempromosikan peluang pendidikan sepanjang hayat.
Ukuran kepada aspek kualiti pendidikan ini meliputi penilaian hasil pembelajaran dan
mekanisme bagi mengukur kemajuan pembelajaran murid berdasarkan pentaksiran yang
berterusan (UNESCO, 2015).

Umumnya, pengukuran kualiti pendidikan sedia ada di Malaysia lebih memberi tumpuan
kepada dimensi intelektual keberhasilan akademik murid. Penilaian ini lebih menjurus kepada
data yang bersifat angka bagi menilai prestasi akademik murid. Hal ini dibuktikan dengan
keputusan peperiksaan awam yang sentiasa menunjukkan peningkatan yang tekal pada setiap
tahun. Sistem pendidikan negara ini hanya berteraskan peperiksaan telah memberi tekanan
kepada sesetengah murid terutamanya mereka yang mempunyai kebolehan rendah dalam
pembelajaran yang menjurus kepada penguasaan fakta berkaitan mata pelajaran yang diuji.

3
Bagi mengekalkan prestasi dan kejayaan sekolah, kebanyakan guru mengambil pendekatan
untuk mengajar murid berasaskan peperiksaan. Tambahan pula, prestasi sekolah biasanya
diukur berdasarkan kecemerlangan murid dalam peperiksaan awam (Biesta, 2015).

Tanpa disedari, hal ini telah menyebabkan murid yang mempunyai tahap keupayaan
pembelajaran yang rendah akan lebih jauh ketinggalan. Minat dan motivasi terhadap
pembelajaran formal akan terus menurun kerana tidak mendapat perhatian daripada pihak
sekolah dan komuniti.

3.2 PENTAKSIRAN (PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN)

Melalui bab 1.0, elemen Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam buku Dasar
Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat, elemen penilaian dan pentaksiran boleh dirujuk di
bawah perkara 1.6.1 iaitu Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan. Sistem pentaksiran yang
diamalkan di Malaysia berfungsi sebagai indikator kepada sejauh mana kualiti pendidikan
negara kita. Pentaksiran merupakan satu proses mengumpul data dan maklumat tentang murid
serta menilai tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran juga bertujuan untuk
memperbaiki pembelajaran murid melalui maklumat yang diperoleh.

Projek JAPESS ini menumpukan kepada strategi pelaksanaan peperiksaan awam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikendalikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM). Penjaminan kualiti dilakukan melalui kaedah pementoran, pemantauan, penyelarasan,
dan pengesanan yang merupakan piawaian untuk meningkatkan kualiti, produktiviti dan
keberkesanan pentaksiran dan peperiksaan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013)

4.0 KAJIAN LITERATUR

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2025 (KPM, 2012), KPM
telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang
dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Menurut Abdul Halim, Johari dan Norhasniza (2014),
kedudukan Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa tersebut amat tidak memuaskan untuk
ketiga-tiga bidang yang diuji, iaitu Literasi Bacaan, Matematik dan Sains. Selain itu, keputusan
Malaysia dalam TIMSS dan PISA menunjukkan bahawa tiada keselarian antara peperiksaan di
negara ini dengan peringkat global dalam menentukan standard, Wong, Kamisah & Siti (2018).

4
Tugas guru menuntut kemahiran pentaksiran yang tinggi serta mengikuti aliran semasa. Kajian
awal Stiggins (1991) dan Plake (1993) dianggarkan sebanyak lebih daripada 50% masa guru-
guru terlibat dengan aktiviti pentaksiran. Menurut Metin (2013), ramai penyelidik menegaskan
bahawa tanggungjawab pentaksiran bilik darjah adalah sangat mencabar, merumitkan, dan
penting untuk guru.
Secara global, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Netherlands,
Australia, Kanada, United Kingdom dan Korea telah lama mengamalkan dan mempraktikkan
amalan pentaksiran dalam sistem pendidikan mereka. Penerimaan pentaksiran global seperti
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for
International Student Assessment (PISA) mendorong transformasi pendidikan di pelbagai
negara, termasuk Hong Kong, Guo & Yan (2019), Tan (2019), Villarroel et.al., (2018),Tan
(2019) dan Malaysia. Negara - negara ini juga telah mengalihkan sistem pendidikan mereka
daripada berfokuskan hanya pada peperiksaan kepada pendekatan penilaian yang lebih
komprehensif mengikut trend pendidikan global.
Demi menjamin kualiti pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan
‘minda kelas pertama’, sistem peperiksaan sekarang telah diperkukuh dengan memperluaskan
konsepnya kepada pentaksiran, Fakhri & Mohd Isha (2016). Di dalam kajian Yeh dan Mohd
Zahuri (2018), menyatakan bahawa guru yang menilai mestilah berpengetahuan dan
berkemahiran dalam menjalankan penilaian pembelajaran murid.
Kolaborasi atau kolaboratif pula, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017),
dapat didefinisikan sebagai erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih,
perhubungan antara kerajaan yang paling erat sifatnya, Menurut Ownes (2001), kolaborasi
adalah gaya secara langsung dalam pembuatan keputusan yang melibatkan seorang atau lebih
individu yang komited untuk bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat bersama. Coufal
dalam Tiegerman-Farber, (1998), mendefinisikan kolaborasi sebagai penglibatan sesama ahli
yang berinteraksi sebagai penyumbang dalam proses pembuatan keputusan untuk mencapai
matlamat yang dikongsi bersama. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan, bahawa
kolaborasi menunjukkan saling bergantung dan permuafakatan ahli dalam kumpulan untuk
membuat keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi
menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian.
Selain itu, kolaborasi juga membawa maksud muafakat dan permuafakatan antara seorang guru
dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, antara pelajar dengan pelajar dan
sebagainya. Ianya membawa maksud bekerja dalam pasukan. usaha sama, bersifat dua hala,

5
mempunyai konsep perkongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat
yang membawa kebaikan bersama,.
Pembelajaran secara kolaborasi atau kolaboratif pula berlaku di dalam kumpulan yang
terdiri daripada empat atau lima orang pelajar. Menurut Johnson & Johnson, (1989), ianya
menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang bekerja dan memahami secara bersama.
Ianya juga merupakan satu bentuk kolaborasi satu kelompok besar belajar bersama-sama bagi
mencapai matlamat yang boleh dikongsi bersama. Freudenstein (1991), menyatakan terdapat
tiga bahagian utama atau peringkat dalam pengajaran berkonsepkan Pengajaran Kolaboratif
iaitu, pertama ;- Pra Pengajaran - peringkat perancangan dan persediaan, kedua ;- Pengajaran
- peringkat persembahan dan pelaksanaan dan ketiga ;- Pasca Pengajaran - peringkat penilaian
dan pengubahsuaian.

5.0 RASIONAL PROJEK

1. Pelajar dapat menguasai teknik dan cara menjawab kertas soalan dengan tepat dan
betul.
2. Membudayakan amalan pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan pelajar
3. Meningkatkan kualiti dan profesionalisme guru dengan berkongsi pengalaman dan
kemahiran antara Guru Cemerlang.
4. Mempertingkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi subjek Sains Sosial bagi sekolah-
sekolah yang terlibat.

6.0 OBJEKTIF PROJEK

Objektif program adalah seperti berikut:


I. Pelajar berpeluang menambah pengalaman baharu dalam mempelajari ilmu
secara parallel bersama guru dan mentor terpilih setiap maktab.
II. Pelajar berkeupayaan untuk melonjakkan momentum pembelajaran secara
kolaboratif dan kendiri dengan bantuan guru berpengalaman dan juga pelajar
berprestasi tinggi.
III. Pelajar berkeupayaan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam
subjek Sains Sosial iaitu subjek Sejarah, Pendidikan Islam, Prinsip Perakaunan
dan Pendidikan Moral.

6
7.0 MATLAMAT

Visi: Menjadikan JAPESS sebagai peneraju dalam lonjakan subjek Sains Sosial bagi
meningkatkan pencapaian ke arah 100% Gred A.

Misi: Melonjakkan potensi pelajar dalam subjek Sains Sosial bagi memenuhi aspirasi
pendidikan Negara.

Matlamat: Meningkatkan prestasi akademik pelajar SPM 2022 khususnya dalam


subjek Sains Sosial ke arah 100% Gred A.

8.0 TEORI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

TEORI BAJET MODAL (THEORY CAPITAL BUDGETING)

Teori Bajet Modal, juga dikenali sebagai Theory Capital Budgeting, adalah satu teori
kewangan yang memberikan panduan dan prinsip dalam mengurus bajet dan sumber modal
dalam organisasi seperti sekolah. Teori ini bertujuan untuk membantu pentadbir atau pengetua
untuk membuat keputusan yang bijaksana mengenai penggunaan dan pengagihan modal untuk
mencapai matlamat jangka panjang. Akauntan pengurusan perlu memfokuskan perhatian
pengurusan kepada maklumat yang signifikan (Weetman, 1999) dan memberikan analisis serta
nasihat. Namun, keputusan pelaburan juga memerlukan kepakaran daripada pelbagai pihak,
seperti pengurus produksi dan pemasaran, jurutera, dan lembaga pengarah (Northcott, 1998).

Pada asasnya, teori ini berfokus pada pemilihan dan pelaburan sumber modal yang
sesuai bagi meningkatkan nilai dan prestasi organisasi. Teori Bajet Modal mengandaikan
bahawa organisasi perlu menilai dengan teliti pelbagai projek pelaburan yang ada dan memilih
projek yang memberikan pulangan yang optimum dalam jangka masa panjang. Ini melibatkan
penilaian terperinci terhadap potensi pertumbuhan, risiko, pulangan pelaburan, dan keperluan
modal untuk setiap projek.

Dalam konteks pengurusan bajet, teori ini menekankan kepentingan perancangan dan
kawalan kewangan yang berterusan. Ia melibatkan penentuan bajet yang tepat untuk setiap
aktiviti atau projek, termasuk perbelanjaan operasi, pelaburan dalam aset baru, dan pengagihan
dividen. Proses pengurusan bajet yang efektif memerlukan penyusunan bajet yang realistik,
pemantauan berkala terhadap prestasi kewangan, dan pengambilan tindakan yang diperlukan
untuk menyesuaikan bajet mengikut keperluan semasa.

7
Teori Bajet Modal juga menggariskan prinsip pengurusan risiko yang penting dalam
pengagihan modal. Pengurus perlu mempertimbangkan risiko yang berkaitan dengan setiap
projek pelaburan dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan atau mengendalikan
risiko tersebut. Ini melibatkan analisis risiko menyeluruh, pemilihan instrumen kewangan yang
sesuai, dan pelaksanaan strategi pengurusan risiko yang efektif.

Selain itu, teori ini menekankan pentingnya pemantauan dan penilaian prestasi
kewangan secara berkala untuk memastikan bahawa modal dilaburkan dengan berkesan. Ia
melibatkan penyusunan penyata kewangan, laporan prestasi, dan analisis kewangan yang
menyeluruh. Dengan menganalisis data kewangan secara terperinci, pengurus dapat mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan dalam pengurusan modal mereka, dan membuat keputusan yang
berpandukan maklumat yang tepat.

Teori Bajet Modal juga mempertimbangkan peranan penting pembiayaan dan sumber-
sumber modal dalam memenuhi keperluan organisasi. Ia melibatkan pemilihan instrumen
pembiayaan yang sesuai, seperti pinjaman, penjanaan modal, atau pelaburan oleh pemegang
saham. Teori ini menekankan keperluan bagi organisasi untuk mencari pendanaan yang
mencukupi, pada kos yang berpatutan, dan memastikan keberkesanan penggunaan modal
tersebut.

Dalam membuat keputusan bagi merancang bajet yang sesuai bagi sesuatu program, 4
langkah perlu dipertimbangkan. Pertama, mengenal pasti peluang yang wujud. Peluang yang
wujud bermula dari masalah yang terbentuk dalam sistem yang memerlukan pembaharuan dan
penambahbaikan. Selepas itu, proses penganalisisan dilakukan dengan terperinci dan
pembentukan perancangan yang sesuai dan kompeten dirangka. Perancangan program perlu

8
melalui proses pemilihan yang terperinci dan mendapatkan keputusan dari pihak pentadbir dan
pengelola. Peringkat ke-4 adalah peringkat pelaksanaan dan kawalan, di mana proses
merealisasikan program dilaksanakan dan maklum balas daripada program ini dikaji dan proses
penambahbaikan bagi program akan datang diperbincangkan.

Secara keseluruhan, Teori Bajet Modal memberikan kerangka dan prinsip yang penting
dalam pengurusan bajet dan sumber modal dalam organisasi. Dengan mengikuti prinsip-prinsip
ini, pengurus dapat membuat keputusan yang berdasarkan analisis kewangan yang teliti,
mengurangkan risiko, dan meningkatkan prestasi kewangan organisasi secara keseluruhan.

9.0 MODEL DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

Proses atau aktiviti yang dilaksanakan adalah melihat faktor kekuatan dan kelemahan dalaman
organisasi serta peluang yang ada di luar organisasi. Lantaran itu, berasaskan manfaat
melaksanakan pelan tindakan, pihak kepimpinan sekolah perlu menyediakan pelan tindakan
bagi setiap peruntukan yang diluluskan. (Muhammad Faizal, 2010). Ini bertepatan dengan
Hairuddin Mohd Ali dan Muhammad Bustaman Abdul Manaf (2009) mengenai kepentingan
penyediaan pelan tindakan bagi setiap peruntukan kewangan yang diterima.

Rajah 1 : Model Pelan Tindakan Pembangunan Pengurusan Sekolah Sumber Bryson (2003)

Pelan tindakan yang dimaksudkan boleh dibentuk berasaskan Model Pelan Tindakan
Pembangunan Pengurusan Sekolah oleh Bryson (2003). Model ini menyenaraikan beberapa
peringkat yang perlu dipatuhi oleh kepimpinan sekolah sepertimana berikut:

9
1. Pra - perancangan - pada peringkat pertama ini, pihak kepimpinan sekolah seharusnya
mengenal pasti keperluan aktiviti atau pembelian harta dengan mengambil kira aspek berikut
iaitu baki peruntukan di Buku Tunai, menentukan kuantiti dengan mengambil kira keperluan
warga sekolah dari sudut stok yang masih ada, kegunaan purata sebulan, kekerapan
penggunaan dan tarikh bekalan dan manfaat pembelian kepada sekolah. Perancangan tersebut
seharusnya dibuat secara aktif oleh Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
2. Hala tuju sekolah - setiap keputusan mengenai bajet yang dibuat turut mengambil kira
hala tuju sekolah. Misalnya, visi dan misi sekolah memberikan tumpuan kepada
kecemerlangan akademik. Justeru, pastinya bajet menjurus kepada aktiviti peningkatan
kecemerlangan akademik.
3. Analisis persekitaran - pada peringkat ketiga ini, setiap keputusan mengenai bajet
turut mengambil kira persekitaran dalaman dan luaran sekolah. Bagi persekitaran dalaman
sekolah, aspek kekuatan dan kekurangan yang dimiliki turut dipertimbangkan oleh pihak
kepimpinan sekolah. Manakala, persekitaran luaran sekolah melibatkan peluang dan ancaman
yang akan diterima sekiranya sesuatu keputusan dibuat.
4. Penyediaan pelan tindakan - setiap keputusan yang diambil perlu ditetapkan isu,
matlamat, objektif, KPI dan sasaran yang dibina berbentuk jadual.
5. Pelaksanaan tindakan - peruntukan yang dibelanjakan perlu menepati pelan tindakan
yang telah dibina dengan mengambil kira peringkat-peringkat terdahulu; dan
6. Penilaian prestasi - perbandingan di antara perancangan seperti mana di dalam pelan
tindakan dengan pencapaian sebenar akan menghasilkan prestasi perbelanjaan peruntukan
daripada bajet yang disediakan. Sekiranya, pencapaian sebenar kurang menonjol seperti mana
perancangan, seharusnya pihak kepimpinan sekolah melaksanakan proses penambahbaikan
terhadap keputusan perbelanjaan.

10
10.0 SENARAI JAWATANKUASA PROJEK

Berikut adalah Senarai Jawatankuasa Projek JAPES yang terdiri daripada Jawatankuasa
Induk dan Jawatankuasa Kerja. Perancangan dalam penetapan individu yang
bertanggungjawab untuk setiap tugasan adalah merujuk kepada kepakaran dan potensi setiap
individu.

JAWATANKUASA INDUK & JAWATANKUASA KERJA


PENASIHAT
Tuan Haji Mohd Rizalmi Bin Dahalam
(Pengetua MRSM Pengkalan Hulu, Perak)

PENGERUSI
Encik Khairul Annuar Bin Mohamad
(Timbalan Pengetua Akademik MRSM Pengkalan Hulu, Perak)

JAWATANKUASA INDUK PERINCIAN TUGASAN

PENYELARAS BERSAMA Melantik jawatankuasa dan menentukan senarai tugas


jawatankuasa.
Cik Nur Diyana Binti
Salehuddin Menyiap dan menyempurnakan kertas kerja program
(Ketua Jabatan Sains Sosial MRSM secara menyeluruh.
Pengkalan Hulu, Perak@Pelajar
Sarjana Pentadbiran Pendidikan Memastikan program berjalan lancar
UKM)
Puan Halimaton Saadiah Binti Berbincang dengan pihak atasan dari masa ke semasa.
Mohd Saad
(Pelajar Sarjana Pentadbiran Mendapatkan maklum balas dari setiap jawatankuasa
Pendidikan UKM) terhadap tugas yang dilaksanakan.
Puan Marina Binti Ahmad
(Pelajar Sarjana Pentadbiran Membantu, memberi pendapat dan cadangan kepada
Pendidikan UKM) jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah.

Membuat post-mortem apabila program telah selesai dan


menyerahkan laporan tersebut kepada pihak atasan.

TIMBALAN PENYELARAS Membantu penyelaras dalam urusan sepertimana di atas.

Encik Rozaiman Bin Zakaria Menjadi wakil kepada penyelaras sekiranya ketiadaan
(Guru Cemerlang MRSM Pengkalan penyelaras untuk mengendalikan sesuatu hal.
Hulu, Perak)

11
SETIAUSAHA Membantu penyelaras menguruskan perjalanan program.

Cik Nur Fazliyaton Alina Binti Menyediakan surat lantikan AJK dan AJKK.
Hijaz@Junid
(Guru Akademik MRSM Pengkalan Menempah bilik mesyuarat.
Hulu, Perak)
Membuat panggilan mesyuarat dan mencatat minit
mesyuarat.

Menguruskan urusan surat-menyurat.

Menyediakan laporan program.

Memfailkan semua dokumen yang berkaitan.

Menyediakan satu fail khas di dalam datashare untuk


dikumpulkan setiap gerak kerja program.\

BENDAHARI Menyediakan belanjawan projek.

Encik Rozaiman Bin Zakaria Melaksanakan semua urusan yang berkaitan dengan
(Guru Cemerlang MRSM Pengkalan kewangan.
Hulu, Perak)

JAWATANKUASA KERJA PERINCIAN TUGASAN

JEMPUTAN, SAMBUTAN Menyediakan surat jemputan kepada VIP, penceramah


DAN PROTOKOL jemputan: i-Mentor dan juga jemputan program.

Cik Juliyana Binti Mazlan Membuat pamplet susulan dengan jemputan.


Puan Nor Fatihah Binti Hussin
Mendapatkan senarai nama : i-Lead & i-Mentor.

Menyenaraikan nama penerima hadiah dan serahan


kepada AJK Hadiah.

Menyambut penceramah / perasmi pada hari majlis


berlangsung.

Semua urusan yang berkaitan dari masa ke semasa.

PERSIAPAN TEMPAT DAN Memastikan tempat lengkap dengan alatan yang


SIARAYA diperlukan dan berada dalam keadaan kemas dan bersih.

Encik Mohd Khairil Bakhtiar Bin Memastikan tempat di kemas semula seperti asal setelah
Zakaria majlis selesai.
Encik Mohamed Husaini Bin
Saary

12
Memastikan susun atur kerusi, meja, kerusi VIP, rostrum
dan sebagainya bersesuaian dengan majlis (Bilik Seminar,
Dewan Besar).

Memastikan semua meja dialas.

Memastikan mikrofon, sistem siaraya dan LCD berfungsi


dengan baik sepanjang majlis berlangsung.

Membantu untuk agihan gula-gula dan air mineral bagi


setiap program yang dilaksanakan.

BANNER, BUKU PROGRAM Menyediakan banner softcopy bagi tayangan di Dewan


DAN MONTAJ Besar dan edaran di whatsapp.

Encik Mohd Norhayad Bin Menyediakan buku program / pamplet yang bersesuaian
Basiron dengan program (QR Code)
Encik Che Ahmad Yusni bin Che
Azlan Menyediakan montaj sepanjang program di akhir majlis
penutupan.

Menyediakan laptop bagi kegunaan sepanjang majlis


perasmian penutupan.

PENGACARA MAJLIS DAN Melantik pengacara majlis dan pembaca doa.


BACAAN DOA (Majlis
Perasmian Penutup) Menyediakan aturcara majlis.

Puan Roziawani Binti Deris Menyediakan teks perasmi.


Encik Mohd Khadafi Bin Ismail
Menyediakan teks sepanjang majlis.

JAMUAN DAN Menyediakan menu, menempah makanan dan minuman


PERSEDIAAN MAKANAN mengikut bajet yang ditetapkan.
Menyediakan tempat untuk jamuan.
Puan Zailati Binti Ismail
Cik Rosliza Binti Umor Memastikan makanan dan minuman mencukupi dan
sampai pada waktu yang ditetapkan.

PENDAFTARAN PESERTA Menyediakan tag nama dan fail bagi setiap peserta dan
& PENILAIAN PROGRAM mendapatkan maklum balas dari i-Mentor untuk
keperluan setiap slot.
Encik Mohd Nor Azhar Bin
Mohd Yusof Mengendalikan pendaftaran peserta di hadapan foyer.
Puan Azwarita Binti Ismail
Puan Marina Binti Ahmad Menyediakan borang soal selidik program bagi peserta
Puan Halimaton Saadiah Binti untuk memberikan penilaian terhadap program.
Mohd Saad

13
PENGURUSAN ASRAMA & Menguruskan petempatan pelajar MRSM Gerik dan
DISIPLIN DAN KEBAJIKAN Baling.
PELAJAR (20 Lelaki dan 20 Perempuan)

Encik Mohd Fadhil Bin Haron Memastikan kehadiran pelajar untuk solat berjemaah di
Puan Farah Iryani Binti Zakaria surau dan juga Qiamullail pada malam Ahad.
Encik Muhammad Hadi Moin
Bin Abd Latiff Menguruskan slot pengisian di antara Maghrib dan Isyak
di Surau.

Memaklumkan kepada Warden Bertugas sekiranya ada


pelajar yang perlu ke klinik.

SIJIL, HADIAH & Menentukan bentuk hadiah dan cenderamata yang sesuai.
CENDERAMATA Menempah hadiah mengikut bilangan dan bajet yang
ditentukan.
Cik Nur Fa’qa binti Zainuddin
Puan Kavitha A/P Chandran Menyediakan sijil penghargaan mengikut bilangan
ditentukan.

Menyediakan cenderamata kepada guru pengiring.

Mendapatkan senarai nama penerima hadiah.

Memastikan penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata


dalam keadaan teratur dan lancar.

FOTOGRAFI DAN Mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung.


DOKUMENTASI Menyerahkan gambar-gambar kepada setiausaha atau
dimasukkan dalam datashare untuk proses laporan dan
Cik Maisyarah Binti Isa dokumentasi.
Puan Mariam Binti Ahmad
Puan Halimaton Saadiah Binti Membuat laporan projek.
Mohd Saat

14
11.0 MAKLUMAT KETERLIBATAN KOMUNITI

Nama Komuniti : PROGRAM JALINAN PECUTAN EMAS SAINS SOSIAL


(Kerjasama Komuniti bersama MRSM GERIK dan MRSM BALING (JAPESS)

Alamat Komuniti : MRSM PENGKALAN HULU


KM 1, Jalan Baling
33100 Pengkalan Hulu,
Perak.

MRSM GERIK, PERAK


Bukit Nasah, Kenayat
Peti Surat 7,
33300 Gerik, Perak

MRSM BALING, KEDAH


Lot 9892, Mukim Pulai, Daerah Baling,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman

Nama Ketua Komuniti : Mohd Rizalmi bin Dahaman


Muhamad Abu Bakar Bin Ismail
Ismail Bin Deraman
Jawatan Ketua Komuniti : Pengetua Maktab Rendah Sains MARA
Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
Pengetua Maktab Rendah Sains MARA
Gerik, Perak Darul Ridzuan
Pengetua Maktab Rendah Sains MARA
Baling, Kedah Darul Aman

Maklumat Perhubungan : No. Tel.: 04-4778427


No. Faks. : 04-4778489

No. Tel.: 05-7913272, 7910273


No. Faks. : 05-7910270

No.Tel : 04-4702882
No. Faks. : 04-4702800

Jenis Komuniti : Maktab Rendah Sains MARA(MRSM)


Bilangan Ahli Komuniti : 20 orang pelajar dari MRSM Pengkalan Hulu
20 orang pelajar dari MRSM Baling
20 orang pelajar dari MRSM Gerik

15
12.0 ATUR CARA PROJEK (HARI PERTAMA - HARI KETIGA)

16
Rajah 2 : Jadual Program JAPESS

Rajah 3 : Aturcara Majlis Perasmian Penutup JAPESS

Rajah 2 menunjukkan Tentatif dan Jadual Program JAPESS. Program bermula pada 25
November 2022 sehingga 27 November 2022. Program JAPESS dilaksanakan selama tiga hari
bertempat di MRSM Pengkalan Hulu, Perak dan disertai oleh Pelajar (i-Lead dan i-Intelek)
serta Guru (i-Master) dari MRSM Gerik dan MRSM Baling. Antara pengisian Program
JAPESS ialah Taklimat Program pada hari pertama, Kuliah dari i-Master bagi semua subjek
Sains Sosial terlibat iaitu Prinsip Perakaunan, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
seperti ketetapan hari di dalam jadual program. Selepas selesai sesi kuliah bersama i-Master,

17
pelajar akan mengikuti sesi bengkel bersama rakan i-Lead yang berperanan sebagai pelajar
mentor yang akan membimbing i-Intelek iaitu pelajar yang dibimbing.

Pelajar turut diberi pendedahan dalam aspek kerohanian dan pemantapan fizikal
menerusi aktiviti kerohanian seperti Qiamullail dan amalan solat berjemaah. Kemuncak
Program JAPESS adalah Program Pecutan Akhir di mana pelajar melalui sesi pentaksiran bagi
melihat keberkesanan dan impak dari sesi kuliah bersama i-Master dan bengkel bersama rakan
i-Lead dan i-Intelek. Pelajar juga diberi borang penilaian program di akhir program bagi tujuan
refleksi dan penambahbaikan program pada masa akan datang.

Rajah 3 menunjukkan Aturcara Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan


oleh Pengetua MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Semua Pengetua MRSM yang terlibat turut
hadir bersama dalam Majlis Perasmian Penutup tersebut. Cenderamata, Hadiah dan Sijil
Penghargaan untuk i-Master, i-Lead dan i-Intelek terbaik sepanjang program yang berlangsung
selama tiga hari tersebut turut disampaikan semasa Majlis Perasmian Penutup Program
JAPESS.

13.0 CARTA GANTT

Rajah 4 : Carta Gantt Projek JAPESS

18
Rajah 4 di atas menunjukkan Carta Gantt dalam perancangan dan pelaksanaan Projek JAPESS.
Gerak Kerja telah bermula seawal Minggu Pertama di dalam bulan September 2022 di mana
pemerhatian terhadap keperluan projek telah mula dikenal pasti. Tinjauan awal telah dilakukan
kepada beberapa pelajar yang diambil sebagai responden bagi melihat permasalahan sebenar
secara lebih terperinci. Analisis SWOC keperluan projek telah dibina bermula Minggu Kedua
September selepas isu dan masalah di analisis, kemudian diikuti dengan penentuan matlamat
dan objektif projek dan beberapa cadangan penyelesaian masalah telah dikenal pasti. Setelah
perbincangan dan penetapan dibuat bersama Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan
Pengurusan Pertengahan, Projek JAPESS telah menjadi program pilihan bagi menyelesaikan
isu dan masalah yang dihadapi.

Pada bulan Oktober 2022, Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja secara bersama
telah bersama-sama berbincang untuk mencari strategi penyelesaian (aktiviti - aktiviti yang
difikirkan sesuai dan relevan untuk memastikan matlamat program tercapai). Seterusnya
diikuti dengan pemurnian dan penetapan rancangan atau aktiviti yang dilaksanakan pada
Minggu kedua Oktober. Permohonan persetujuan kertas kerja telah mula seawal Minggu ke
tiga Oktober dan mengambil masa selama hampir dua minggu. Setelah Kertas Kerja diluluskan,
semua Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja memulakan semakan ke atas keperluan
program seperti keperluan peralatan, bahan atau modul bagi bengkel, persiapan tempat serta
keperluan - keperluan yang berkaitan bagi persediaan untuk melaksanakan program yang
dijadualkan pada Minggu ke empat November.

Pada Minggu ke empat dalam bulan November, Program JAPESS dilaksanakan


mengikut ketetapan dan penilaian program dilaksanakan setelah tamat program sehingga
minggu yang berikutnya dalam bulan Disember , satu mesyuarat ‘post mortem’ dan refleksi
telah dilaksanakan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program bagi tujuan
penambahbaikan pada masa akan datang dan pelaporan Program JAPESS disediakan
sepanjang bulan Disember 2022 sebagai rujukan dan akan Pelaporan Program JAPESS
dibentangkan pada mesyuarat bersama Kumpulan Pengurusan Tertinggi bagi melihat relevan
dan kepentingannya pada masa akan datang.

19
14.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Peruntukan kewangan bagi melaksanakan program ini dianggarkan berjumlah Ringgit


Malaysia Empat Ribu Enam Puluh Lima Ringgit Sahaja (RM 4065.00) dan maklumat
terperinci belanjawan seperti di bawah :

ANGGARAN BELANJAWAN

PUNCA KEWANGAN

BIL PERKARA RM

1. YURAN CARUMAN 860.00

2. YURAN MUAFAKAT 685.00

3. YURAN PROGRAM GEMILANG 420.00

4. YURAN PENYERTAAN (MRSM JEMPUTAN) 1600.00

JUMLAH 4065.00

BIL PERKARA BIL HARGA JUMLAH


SEUNIT

1. PENDAPATAN
YURAN PESERTA
PAKEJ 1 HARI 1 MALAM 1 pax (30 org) RM 20 600.00
PAKEJ 3 HARI 2 MALAM 1 pax (30 org) RM 50 1500.00

(2100.00)

20
2. PERBELANJAAN
SIJIL DAN HADIAH
PENGHARGAAN
Sijil Penghargaan
i-Master 12 keping 2.00 -
i-Lead 60 keping 2.00 -
i-Intelek 60 keping 2.00 -

Cenderamata
i-Master
(Choc Bouquet & Goodies Bag
Maktab)
MRSM Baling 4 bag 70.00 280.00
MRSM Gerik 4 bag 70.00 280.00
MRSM Pengkalan Hulu 4 bag 70.00 280.00

Hadiah
PESERTA TERBAIK
i-Lead 1 unit 10.00 10.00
i-Intelek 1 unit 10.00 10.00
(860.00)

3. PERALATAN
Tag Nama (Pendaftaran)
i-Mentor 12 kad - -
i-Lead 60 kad - -
i-Intelek 60 kad - -

Fail Poket 120 keping 2.00 240.00

Gula -gula 3 botol 20.00 60.00

Air mineral 1 karton 20.00 120.00


(24 botol) x 6
(420.00)

4. PAKEJ PROGRAM
(BAHAN CETAKAN,
PENGINAPAN &
MAKANAN)

PAKEJ 1 HARI 1 MALAM 1 pax (30 org) RM 20 600.00


PAKEJ 3 HARI 2 MALAM 1 pax (30 org) RM 50 1500.00

(2100.00)

21
5. JAMUAN
i-Master & Jemputan (DM)
Minum Petang 2 hari x 10 pax 5.00 100.00
Minum Pagi 1 hari x 5 pax 5.00 25.00
Makan Tengahari 2 hari x 10 pax 8.00 160.00

Jamuan Perasmian Penutup


Makan Tengahari (DB)
VIP (Bilik VIP) 10 pax 10.00 100.00
AJK & Semua Jemputan 30 pax 10.00 300.00
(685.00)

JUMLAH 4065.00

Berdasarkan kepada Anggaran Belanjawan. Empat sumber pendapatan telah dibahagikan iaitu,
Wang Caruman Pelajar sebanyak RM 860.00, Wang Program Gemilang sebanyak RM 420.00,
Wang MUAFAKAT sebanyak RM 685.00, Yuran Penyertaan bagi MRSM Jemputan RM
1600.00. Dan menjadikan jumlah sebanyak RM 4065.00. Sekiranya dilihat dari sudut
Perbelanjaan, Jumlah bayaran bagi pakej program adalah sebanyak 39.6% dan pembayaran
dilaksanakan melalui yuran program yang dikenakan. Diikuti dengan cenderamata dengan
jumlah peratusan yang sama iaitu 39.6% dan jamuan adalah sebanyak 12.9%, juga peralatan
yang diperlukan sepanjang program adalah sebanyak 7.9%. Perbelanjaan program juga telah
ditelusuri dengan mapan mengikut kesesuaian dan penjimatan kos.

22
15.0 IMPAK PROGRAM TERHADAP DASAR LATIHAN DAN AMALAN

Program JAPESS memberikan pelbagai impak positif kepada semua pihak, antara
impak yang dapat memberi sumbangan kepada dasar pentaksiran dan penilaian di dalam
pendidikan bahawa pentaksiran ialah satu bentuk pengukuran yang memfokuskan kepada
kebolehan dan pencapaian murid-murid seterusnya memaksimumkan perkembangan murid,
menambahbaik pengajaran, saling mengenali antara guru dan murid, melengkapkan dan
menambahbaik proses pengajaran. Pemahaman yang baik tentang asas kurikulum
meningkatkan kompetensi guru merancang pentaksiran dan pengajaran yang berkesan. Proses
pentaksiran amat signifikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana melengkapkan
keperluan antara guru dan murid iaitu menambahbaik pengajaran berdasarkan respons murid
terhadap pengajaran guru.

Pentaksiran formatif secara terancang penting bagi menilai perkembangan


pembelajaran. Hal ini penting kerana perancangan yang benar berupaya mengoptimumkan
potensi murid dan mewujudkan sesi PdP yang bermakna. Bagi mewujudkan sebuah sekolah
yang cemerlang dan terbilang, maka semua sekolah haruslah mengamalkan budaya dan
pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan
secara berpasukan dan bersesuaian dan menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi.
Jaringan dan jalinan kerjasama dengan komuniti amat penting kerana dengan adanya
penglibatan badan dari luar sekolah seperti agensi kerajaan dan swasta mampu membantu
membangun dan memajukan sekolah. Jika terdapat sokongan dan kerjasama pihak komuniti
digunakan dengan baik, maka ia memberi kekuatan dan kelebihan kepada pihak sekolah dan
hal ini sekaligus memberikan impak yang sangat besar kepada pelajar itu sendiri.

16.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, program JAPESS ini telah menggunakan proses perancangan yang sistematik
bagi memastikan matlamat, tujuan dan objektif dapat dicapai dengan jayanya. Perancangan
yang dibuat sebelum, semasa dan selepas mengadakan program JAPESS, ini mampu
membantu dalam usaha pencapaian objektif dan matlamat program secara holistik. Program
yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu ini secara tidak langsung dapat membuka
peluang bagi peningkatan prestasi pelajar dan kualiti profesionalisme guru melalui
pembelajaran kolaborasi seterusnya dapat menaikkan prestasi sekolah secara amnya.

23
Selain itu, melalui proses perancangan yang utuh, program JAPESS dapat dijadikan
sebagai batu loncatan dalam usaha peningkatan akademik khasnya di MRSM dan boleh
disebarluaskan serta menjadi contoh untuk semua sekolah di Malaysia.

Justeru, program ini membantu untuk mencapai pembangunan lestari secara mapan
melalui hasrat dasar pendidikan kebangsaan yang dicapai menerusi pentaksiran dan penilaian
peperiksaan bagi memberikan impak yang berkesan kepada pendidikan berkualiti.

RUJUKAN

Abdul Halim Abdullah, Johari Surif & Norhasniza Ibrahim. 2014. PISA 2012 : Di Mana
Kedudukan Malaysia Untuk Subjek Matematik. Prosiding Seminar Antarabangsa
Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014) Batu Pahat, Johor, 1-17.

Afiezy Azaman. 2023. Sistem pendidikan negara berdepan krisis-Pakar. Astro Awani. 18 Jun
2023.

Anon. 2021. Bajet 2022: KPM terima peruntukan terbesar berjumlah RM 52.6 bilion. Astro
Awani . 29 Oktober: 5.

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. 2019. Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management, hlm. 87-105..

Barron, B. 2000. Achieving coordination in collaborative problem solving groups. The Journal
of the Learning Sciences, Vol. 9(4), hlm. 403−436.

Biesta, G. (2015). What is education for? On good education, teacher judgment, and
educational professionalism. European Journal of Education, 50(1), 75-87.

Bryson, J.M. (20023). Strategic and action planning for public and non-profit organization.
NY: Jossey Press. 23.

Butler, D. L., Lauscher, H. N., Jarvis-Selinger, S., & Beckingham, B. 2004. Collaboration and
self-regulation in teachers’ professional development. Teaching and Teacher
Education, Vol. 20(5), hlm. 435−455.

Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang. 201. Isu Kesediaan Guru Dalam Amalan
Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. EDUCATUM. Jurnal of Social
Science, 2, 1-7.

Freudenstein, R.1991. Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. Jarvis
(Eds.), Ideas and issues in Primary ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson in
ssociation with the Center for British Teachers.

Friend, M., & Cook, L. 2000. Interactions: Collaboration skills for school professionals (3d
ed). New York: Addison Wesley Longman.

24
Hunt, P., Soto, G., Maier, J., & Doering, K. 2003. Collaborative teaming to support students
at risk and students with severe disabilities in general education classrooms.
Exceptional Children, Vol. 69 (3), hlm. 315−332.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Tema Guru Cemerlang Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -


2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan


(SPPK) (Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.

Khaliza-Saidin. K. 2012. Recipients’ perceptions of the Malaysian Excellent Teacher


AwardScheme. Unpublished thesis. University of Strathclyde: School of Education.
Mondal, C.B. (2017). Inculcating Human Values Among School Students Through
Effective Teaching. Journal of Social Sciences, 13(2). 102-107.

Maria Constantinescu. 2010. Planning, Programming, Budgeting System, Evaluation - Benefits


and Challenges. National Defense University "Carol I'' Publishing House, Bucharest.
1-12.

Muge, L. C.and Ombaba, K. B .M. 2020. Effect of Plan-Based Programming Budgeting on


Financial Distress among Public Universities in the North Rift Region, Kenya. IOSR
Journal of Business and Management (IOSR-JBM), 22(11). 24-32.

Muhammad Faizal A. Gani, Norfariza Mohd Radzi, Saedah Siraj & Faizol Elham. 2010.
Kepimpinan dan Proses Kawalan terhadap Peruntukan Kewangan Sekolah : Perspektif
Malaysia. Jurnal Internasional Manajemen Pendidikan.4(2).80-85.

Northcott, D. 1998. Capital Investment Decision-Making. London: International Thomson


Business Press.

Owens, R. G. 2001. Organizational Behaviour In Education: Instructional Leadership And


School Reform (7th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Oyebode, O. J. 2018. Budget and Budgetary Control: A Pragmatic Approach to The Nigerian
Infrastructure Dilemma. World Journal of Research and Review. 7(3), 50-70

Tiegerman-Farber 1998. Collaborative Decision Making: The Pathway to Inclusion. Prentice


Hall.

UNESCO. (2015). Education for all 2000–2015: Achievements and challenges. Paris:
UNESCO.

Weetman P. 1999. Financial & Management Accounting. Pearson Education Limited Vol 2.

Wong, L. L, Kamisah Osman & Siti Mistima Maat. 2018. Analisis Faktor Pengesahan bagi
Instrumen Pengetahuan Guru Matematik Sekolah Rendah dalam Pentaksiran

25
Berasaskan Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 1(1), 11-20.

Yeh, L. H. & Mohd Zahuri Khairani. 2018. Pelaksanaan PBD Guru-Guru PSV Hilir Perak dan
Bagan Datuk dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Estetik. KUPAS SENI
Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 6, 1-10.

Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab & Mohammed Sani Ibrahim. 2011.
Transformasi dan Inovasi dalam Pendidikan. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMPIRAN

Gambar 1 : Mesyuarat Penyelaras Bersama menerusi perancangan program.

Gambar 2 : Mesyuarat penentuan bersama AJK Program bagi pelaksanaan program.

26
Gambar 3 : Perjalanan program melibatkan i-Master, i-Lead dan i-Intelek.

Gambar 4 dan 5 : Majlis Perasmian dan Penutup JAPESS dan simbolik penghargaan dari
MRSM Baling dan Gerik.

27

You might also like