You are on page 1of 3

Lampiran C

BORANG ULASAN VIDEO WEBINAR

Nama Sekolah: Kod Sekolah:


1. Nama Guru Siti Balqis Binti Fatdri

2. Tajuk Asas Penyelidikan Siri 1:Membina 3. Kod Penganjur:


Proposal
4. Tarikh Mula Siaran: 18/1/2024 5. Masa:120 minit

6. Tarikh Mengikuti Siaran


24/2/2024
7. Ulasan Video

Tayangan video yang bemanafaat kepada para guru yang ingin membuat persediaan, tinjauan
atau kemaskini proposal kajian ilmiah yang berkesan. Prosedur menghasilkan proposal seperti
mengenal pasti isu, tinjauan menetapkan objektif dibincangkan secara ilmiah dan mudah
difahami. Penceramah juga menjelaskan berkenaan peraturan, panduan, cara penilaian, dan
mengetahui kelayakan untuk memohon geran-geran yang tertentu.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Untuk membina proposal, kita perlu meneliti prosedur dan tatacara menghasilkan proposal
supaya dapat diterangkan dengan terperinci hasil kajian kelak. Oleh itu, kaedah seperti dalam
membina proposal berdasarkan elemen penilaian dan pemantauan proposal geran FRGS dan
Geran diterangkan. Hal ini termasuklah memberi kemahiran menyediakan proposal dan penulisan
geran penyelidikan, berkongsi garis panduan dalam memohon geran penyelidikan, cara
menguruskan bajet geran penyelidikan dan penilaian permohonan geran penyelidikan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru boleh menggunakan maklumat research proposal untuk menilai kualiti dan keaslian idea-
idea, kemahiran sedia ada dalam pemikiran kritikal dan kemungkinan research paper yang ingin
ditulis. Guru juga pelu berfikir dengan teliti tentang skop kajian dan bersedia untuk menjelaskan
bagaimana untuk menyelesaikannya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Oleh itu,
cadangan penyelidikan juga digunakan untuk menilai kepakaran di mengenai bidang yang yang
dikaji.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SITI BALQIS BINTI FATDRI ) ( )
Lampiran C

BORANG ULASAN VIDEO WEBINAR

Nama Sekolah: Kod Sekolah:


1. Nama Guru Siti Balqis Binti Fatdri

2. Tajuk Kelas Bimbingan Berfokusv - JPN 3. Kod Penganjur:


Sabah
4. Tarikh Mula Siaran: 22/2/2024 5. Masa:120 minit

6. Tarikh Mengikuti Siaran


24/2/2024
7. Ulasan Video

Tayangan video ini menerangkan bagaimana guru boleh mengenal pasti faktor-faktor yang boleh
membantu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat.Elemen guru seperti arahan
yang jelas antara faktor yang dibincangkan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi proses pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang proses tersebut daripada berjalan dengan lancar. Mempunyai
persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada faktor proses pengajaran
dapat dijalankan tanpa gangguan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Semasa menguruskan bilik darjah, guru perlu memainkan pelbagai peranan penting. Bilik darjah
merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan
pelajar saling berinteraksi. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat
melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat
diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan secara
tidak langsung dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SITI BALQIS BINTI FATDRI ) ( )
Lampiran C

BORANG ULASAN VIDEO WEBINAR

Nama Sekolah: Kod Sekolah:


1. Nama Guru Siti Balqis Binti Fatdri

2. Tajuk Tayangan Dokudrama Literasi 3. Kod Penganjur:


Undang-Undang KPM
4. Tarikh Mula Siaran: 7/3/2024 5. Masa:30 minit

6. Tarikh Mengikuti Siaran


8/3/2024
7. Ulasan Video

Adalah sebahagian daripada inisiatif Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dokumen-dokumen ini akan
dikupas secara lebih mendalam bagi melihat dari sudut kepentingan semua pihak terutamanya
guru, murid dan juga Kementerian Pendidikan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Dokudrama yang mengetengahkan konsep Literasi Undang-Undang kepada warga Perkhidmatan


Pendidikan tanah air. Dokudrama ini dapat meningkatkan pemahaman warga perkhidmatan
pendidikan terhadap peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi sebagai penjawat awam
di KPM.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Literasi undang-undang dan perundangan dalam pendidikan amatlah penting dalam kalangan
pentadbir dan guru di sekolah. Tambahan pula, guru adalah antara penjawat awam yang sering
berdepan dengan tindakan undang-undang membabitkan tanggungjawab mereka sebagai guru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SITI BALQIS BINTI FATDRI ) ( )

You might also like