You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG,

PETI SURAT 696, 91008 TAWAU.

KERTAS KERJA:

PERANCANGAN PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG

TARIKH:

19 FEBRUARI SEHINGGA 16 MAC 2018

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG

DIANJURKAN OLEH:

PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

DENGAN KERJASAMA:

GURU-GURU DAN MURID-MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG


1.0 PENDAHULUAN

Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada
sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau
aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah atau tempat bertugas.

Sehubungan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah
memilih untuk melaksanakan beberapa projek yang berkaitan dengan komuniti sekolah bagi
menjayakan internship yang bermula dari 20 Februari 2018 sehingga 16 Mac 2018 di
Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau. Antara cadangan projek yang ingin dilaksanakan ialah
Projek Menghias Papan Maklumat Sekolah Bagi Tahun 2018, Projek Keceriaan Kelas
Tahun 6, Projek Latihan Kawad Kebakaran Siri 1 dan Projek Pertandingan Syarahan Rukun
Negara.
2.0 OBJEKTIF

Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk:

i. Merancang dan melaksana projek yang berkaitan dengan pengajaran dan


pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah;
ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas;
iii. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah;
iv. Membimbing dan melatih para pelajar berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi
pengalaman semasa menyediakan dan mengendalikan projek.
v. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan dalam
projek.
vi. Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang
kepimpinan dan tanggungjawab terhadap pengurusan bilik darjah di peringkat
sekolah.
vii. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak
program pendidikan semasa.
viii. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,pengurusan
projek dan sebagainya.
ix. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti.

3.0 STRATEGI DAN PERANCANGAN AKTIVITI

BIL. PERANCANGAN TEMPOH MASA


1. Pengurusan Perhimpunan Mingguan Bergantung kepada pihak
pengurusan sekolah
2. Projek Keceriaan Bilik Kaunseling 1 Mac – 12 Mac 2018
3. Projek Keceriaan Kelas Tahun 6 26 Februari – 9 Mac 2018
4. Projek Pertandingan Syarahan Rukun Negara 7 Mac 2018
5. Projek Latihan Kawad Kebakaran Siri 1 8 Mac 2018
4.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

ENCIK MOHD FAZIL YEE ABDULLAH

(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Balung)

Penyelaras 1

ENCIK SYED SALIM SYED AHMAD

(Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Balung)

Penyelaras 2

PUAN PATIMA BINTI AGOS

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Balung)

Penyelaras 3

ENCIK SHAHRIDUN BIN SURIANSHAH

(Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Balung)

Pensyarah Pembimbing Internship

TUAN HAJI RAMLAN BIN MALA

Mentor

ENCIK ADZHAR BIN ADAMA

ENCIK SHAHRIDUN BIN SURIANSHAH


4.1 Ahli Jawatankuasa Pengelolaan Projek

BIL. PROJEK PENGELOLAAN


1. Pengurusan Perhimpunan Mingguan Guru Internship dan Guru
Bertugas Perhimpunan Mingguan
2. Projek Keceriaan Bilik Bimbingan dan Hazirah binti Hashim dengan
Kaunseling kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling SK Balung
3. Projek Keceriaan Kelas Tahun 5 dan Tahun 6 Mona anak Johnny dengan
kerjasama Unit Keceriaan SK
Balung dan Guru Kelas Tahun 6
4. Projek Pertandingan Syarahan Rukun Negara Guru Internship dengan kerjasama
Kelab Sejarah dan Kelab Rukun
Negara
5. Projek Latihan Kawad Kebakaran Siri 1 Unit Keselamatan SK Balung
dengan kerjasama Guru Internship
dan Jabatan Bomba Daerah
Tawau

4.2 Bidang Tugas Pengelolaan Projek

BIL. PROJEK BIDANG TUGAS PENGELOLAAN


1. Pengurusan  Mengenal pasti guru bertugas
Perhimpunan Mingguan  Menyusun atur tapak perhimpunan
 Mencari pengawas yang bertugas untuk
membaca teks ucapan
 Mengemas tapak perhimpunan
2. Projek Keceriaan Bilik  Membuat permohonan untuk menghasilkan
Kaunseling projek keceriaan bilik kaunseling kepada Ketua
Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling.
 Menyediakan kertas kerja dan memohon
sumbangan daripada pihak sekolah
 Mendapatkan maklumat Unit Bimbingan
Kaunseling yang terkini daripada ketua
penyelaras.
 Membuka semula maklumat terdahulu yang
terdapat pada kawasan bilik kaunseling.
 Mengecat semula dinding dan menghias serta
mengisi maklumat yang terkini dalam tempoh
yang ditetapkan
 Membuat laporan
3. Projek Keceriaan Kelas  Memerhati dan memilih kelas yang sesuai untuk
Tahun 5 dan Tahun 6 membuat keceriaan
 Membuat permohonan untuk menghasilkan
projek keceriaan kepada guru kelas
 Menyediakan kertas kerja dan memohon
sumbangan daripada pihak sekolah
 Mencari bahan yang bersesuaian untuk
menghasilkan projek keceriaan
 Menghasilkan projek keceriaan dalam tempoh
yang ditetapkan
 Membuat laporan
4. Projek Pertandingan  Membuat perbincangan bersama Penolong
Syarahan Rukun Kanan Pentadbiran.
Negara  Perbincangan lanjut bersama Penolong Kanan
Kokurikulum dan guru penasihat kelab dan
persatuan terlibat.
 Menyediakan kertas kerja dan permohonan
sumbangan daripada pihak sekolah
 Membuka penyertaan kepada semua murid
Tahap 2.
 Taklimat syarahan kepada peserta pertandingan
serta cabutan tajuk dan giliran syarahan
 Persiapan hadiah serta tempat untuk
pertandingan.
 Pengumuman pemenang pertandingan
5. Projek Latihan Kawad  Membuat perbincangan dengan Penolong Kanan
Kebakaran Siri 1 Hal Ehwal Murid
 Perbincangan lanjut dengan guru Unit
Keselamatan SK Balung berkenaan tarikh dan
perkara yang perlu dilaksanakan
 Mengedarkan surat kepada Jabatan Bomba
Daerah Tawau
 Follow up maklum balas daripada pihak bomba
 Melengkapkan kertas kerja
 Melaksanakan projek dalam tempoh yang
ditetapkan
 Membuat laporan

5.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PELAKSANAAN PROJEK

BIL. PROJEK ANGGARAN KOS (RM)


1. Pengurusan Perhimpunan Mingguan Tiada kos diperlukan
2. Projek Keceriaan Bilik Kaunseling RM250
3. Projek Keceriaan Kelas Tahun 5 dan Tahun 6 RM600.00
4. Projek Pertandingan Syarahan Rukun Negara RM120.00
5. Projek Latihan Kawad Kebakaran Siri 1 RM100.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM1,070

6.0 PENUTUP

Diharapkan perancangan, pelaksanaan dan pelaporan projek dapat dilaksanakan dengan


jayanya. Kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................. .................................................
(HAZIRAH BINTI HASHIM) (ADZHAR BIN ADAMA)
Wakil Guru Internship, Mentor Guru Internship,
Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau. Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau.

Disokong oleh: Disahkan oleh:

................................................. .................................................
(SYED SALIM SYED AHMAD) (MOHD FAZIL YEE ABDULLAH)
Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau. Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau.

You might also like