You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG,

PETI SURAT 6969, 91008. TAWAU

SABAH. MALAYSIA.

KERTAS KERJA:

PROJEK KECERIAAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TEMPOH:

1 MAC – 12 MAC 2018

ANJURAN:

GURU PELATIH INTERNSHIP

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.0 Tajuk

Projek Keceriaan Bilik Bimbingan dan Kaunseing Sekolah Kebangsaan Balung

2.0 Pendahuluan

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan wajib yang


disediakan oleh setiap sekolah. Perkhidmatan ini lazimnya dikendalikan oleh guru bimbingan
dan kaunseling di dalam bilik bimbingan dan kaunseling. Relaksasi merupakan satu teknik
intervensi yang digunakan dalam sesi kaunseling terhadap warga sekolah yang mengalami
tekanan emosi dan stress. Kepelbagaian teknik yang digunakan ternyata memberi kesan
yang baik terhadap warga sekolah dalam proses pemulihan dan membantu perlembangan
emosi yang positif. Menjadi tanggungjawab Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam proses
tersebut memandangkan unit ini merupakan satu tempat tumpuan bagi murid berjumpa
dengan kaunselor.

Justeru, amat wajar untuk melakukan penambahbaikan dengan melakukan


penguabahsuaian dari aspek dekorasi ruang bilik tersebut. Bilik bimbingan dan kaunseling
yang kondusif sangat penting dan perlu dititikberatkan agar dapat membina suasana yang
teraputik. Oleh itu, bilik bimbingan dan kaunseling sekolah ini perlu mendapat
pengubahsuaian bagi mencapai hasrat dalam menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling
yang kondusif dan teraputik. Di samping dapat memastikan kecemerlangan emosi murid
selari dengan kecemerlangan akademik.

3.0 Rasional

Pengubahsuaian dekorasi keceriaan ini dibuat berdasarkan justifikasi berikut:

1. Setiap Unit Bimbingan dan Kaunseling memerlukan kriteria tertentu bagi


menyediakan perkhidmatan kepada wrga sekolah dan berfungsi secara optimum.
2. Selain itu, penarafan unit bimbingan kaunseling meliputi aspek keceriaan Bilik
Bimbingan Kaunseling, pelaksanaan sesi / program dan dokumentasi.
3. Unit Bimbingan Kaunseling merupakan satu unit yang memainkan peranan penting
dalam mengendalikan emosi murid, tempat rujukan kerjaya dan juga mendapatkan
bimbingan dan sesi kaunseling.
4.0 Tujuan

1. Menyediakan suasana bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik
2. Menarik minat murid-murid Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau untuk mendapatkan
perkhidmatan yang terbaik.

5.0 Objektif

1. Menyediakan suasana bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif


2. Menarik minat murid-murid Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau mengunjungi bilik
bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan perkhidamatan bimbingan dan
kaunseling,
3. Memberi suasana teraputik kepada murid-murid yang mendapatkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.
4. Mewujudkan bilik bimbingan dan kaunseling yang menepati ciri-ciri sebenar bilik
bimbingan dan kaunseling

6.0 Anjuran

Guru Pelatih IPG Kampus Tawau bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Kebangsaan Balung

7.0 Tarikh

1 Mac – 12 Mac 2018

8.0 Tempat

Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau.

9.0 Sasaran

Semua warga Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau. Sabah.


10.0 Jawatankuasa Projek

 Pengerusi : Encik Mohd Fazil Yee Abdullah


 Naib Pengerusi : Puan Patimah Agos
 Mentor : Encik Adzhar Adama
 Penasihat : Encik Rahim Mohd Isah
 Setiausaha : Cik Hazirah Binti Hashim

11.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Harga Seunit Kuantiti Jumlah


1 Cat warna RM 50.00 2 balang RM100.00
2 Wall paper RM 50.00 1 gulung RM 50.00
3 Kertas sticker RM 25.00 1 rim RM 25.00
4 Bunga (hiasan dinding) RM 25.00 1 set RM 25.00
5 Banner RM 10.00 5 set RM 50.00
Jumlah RM 250.00

12.0 Penutup

Diharapkan projek keceriaan Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Balung,
Tawau dapat dimanfaatkan dan dikekalkan oleh semua warga sekolah. Di samping dapat
menyediakan bilik bimbingann dan kaunseling yang menepati ciri-ciri bilik bimbingan dan
kaunseling yang kondusif dan teraputik.
Disediakan oleh Disokong oleh

________________________ ________________________

(HAZIRAH BINTI HASHIM) (PUAN PATIMAH AGOS)

Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Projek Menghias Papan Maklumat. SK Balung, Tawau. Sabah

Disemak oleh Diluluskan oleh

________________________ ________________________

(ENCIK ADZHAR ADAMA) (ENCIK MOHD FAZIL YEE ABDULLAH)

Mentor Internship 2018 Guru Besar,

SK Balung, Tawau. Sabah. SK Balung, Tawau. Sabah

You might also like