You are on page 1of 15

PERANAN MAJLIS RAJA-RAJA DALAM

SISTEM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Disediakan oleh:
Florina Jiun
Hazirah Binti Hashim
SEJARAH MAJLIS RAJA-RAJA
Dimulai dengan
kemunculan Kesan daripada hasil
kesultanan melayu dasar dan
(kaitan dengan perancangan kerajaan
Kesultanan Melayu British.
Melaka).

Sebuah institusi yang


mewakili kepentingan
kuasa asing (British).
PERANAN MAJLIS RAJA-RAJA
DALAM PERLEMBAGAAN
Pengenalan
Konsep peranan yang menghubungkan
demokrasi dengan peruntukan perlembagaan
berhubung dengan Majlis Raja-Raja

Konsep peranan penting bagi memberi bayangan


tentang ruang lingkup sesuatu kuasa itu

Dari perspektif perlembagaan, Majlis Raja-Raja


telah membantu mewujudkan amalan, tradisi atau
konvensyen perlembagaan kita
Peranan Dalam Konteks Institusi
Beraja
Merangkumi pelbagai aspek: mempertahan, memantau, menjadi juru cakap dan
platform untuk raja-raja.

Contohnya, peranan yang berhubung dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong


dan institusi beraja keseluruhannya.

Dalam hubungannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja boleh


disifatkan sebagai badan yang diberi kuasa untuk memantau perjalanan
jawatan tersebut

Majlis Raja-Raja juga berfungsi sebagai penasihat kepada yang di-Pertuan


Agong.

Sesuai dengan ketuntutan demokrasi, Majlis Raja-Raja tidak boleh menyaingi


kabinet.
Sambungan
Walau apapun peranan majlis di sini adalah sesuatu yang baik kerana ia
menyediakan mekanisme untuk rakyat membuat aduan tentang salah laku raja-
raja.

Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa untuk mengambil alih kuasa


pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja.

Melantik sebahagian daripada hakim mahkamah khas untuk raja-raja yang


ditubuhkan melalui pindaan perlembagaan tersebut.

Majlis Raja-Raja berperanan sebagai penjaga dan jurucakap bagi pihak raja-raja
dan institusi beraja
Peranan Dalam Pentadbiran
Negara
Meskipun peruntukan
Hak untuk perlembagaan tidak
memberikan hak kata
dirundingi, putus kepada Majlis
memberi galakan Raja-Raja, namun
dan membuat peruntukkan
perlembagaan memberi
teguran kepada ruang untuk majlis
kerajaan. mempengaruhi
keputusan.
Peranan Berhubung Dengan
Agama Islam
Peranan berhubung agama Islam tidak dinyatakan
dalam perlembagaan.

Perisytiharan agama Islam sebagai agama


persekutuan dimasukan di dalam perlembagaan.

Kedudukan raja-raja sebagai ketua agama


diperingkat negeri masing-masing.
Namun, wujud kekosongan ketua agama bagi seluruh
persekutuan membuatkan MRR terpaksa membuat
sesuatu sehingga meletakkanya sebagai ketua agama
persekutuan.
Sambungan
Dari perspektif Islam, kedudukan MRR adalah untuk
menjaga martabat dan kesucian agama di peringkat
persekutuan

Dari sudut undang-undang, berlaku proses perwakilan


kuasa, sama ada kepada Majlis Raja-Raja atau Yang
di-Pertuan Agong.
Contoh, YDPA menjalankan fungsi ketua agama persekutuan
apabila perlembagaan mewajibkan raja-raja mengizinkan
baginda menjadi wakil mereka dalam perayaan atau amalan
yang dilaksanakan di peringkat persekutuan.

Majlis Raja-Raja sebagai autoriti tertinggi bagi agama


Islam di peringkat persekutuan.
Peranan Sebagai Pemimpin
Tertinggi Orang Melayu
Majlis Raja-Raja menjadi rujukan orang Melayu
(kebajikan).

Budaya Melayu meletakkan raja-raja ditempat yang


tinggi dalam struktur masyarakat Melayu di
Malaysia.

Dalam konteks Malaysia, faktor-faktor Melayu dan


kemelayuan merangkumi agama, adat istiadat dan
seumpamanya yang semuanya tertakluk di bawah
bidang kuasa raja-raja
Peranan Majlis Raja-Raja Dan
Meknaisme Semak dan Imbang
• Peranan semak dan
imbang ini tidak
• Hak untuk • Hal untuk memerlukan mandat
membincangka memberi rakyat sebagai pra syarat
n sebarang nasihat dalam sebagai contoh,
perkara yang pelantikan yang kedudukan badan
berhubung dibuat oleh kehakiman dan media
massa, sebagai institusi-
dengan negara kerajaan
institusi yang tidak dipilih
yang difikirkan persekutuan oleh rakyat, tidak sedikit
penting. pun menjejaskan kesahan
peranan mereka sebagai
pemangkin semak dan
imbang
Sambungan

• Perkara penting dalam • Dalam doktrin pengasingan


konsep semak dan imbang kuasa kepada badan
ialah kuasa itu tidak boleh perundangan, eksekutif dan
dijalankan sendirian badan kehakiman, Majlis Raja-
kerana mesti dilaksanakan Raja juga boleh memain peranan
dengan memberi ruang dengan melengkapkan mana-
kepada institusi atau mana yang kurang supaya ideal
penjawat awam lain semak dan imbang dapat
menyemaknya. berjalan.
Majlis Raja-Raja dan Peranan
Simbolik
• Majlis diwujudkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa
tertentu.

• Contohnya sambutan, upacara dan program yang mengiringi setiap


mesyuarat MRR menekankan peranan dan nilai raja-raja sebagai simbol
dan lambang.

• Ciri yang menonjol dalam peranan dan fungsi ketua negara umumnya dan
sistem monarki amnya adalah untuk menjadi lambang dan simbol: baik
buat autoriti pemerintahan, perpaduan atau negara itu sendiri.
Kesimpulan
• Walaupun tidak semua peranan majlis
diperincikan dalam perlembagaan, majlis
berupaya mengisi kekosongan peranan.
• Bagaimanapun, keberkesanan peranan
sangat bergantung kepada keberanian
dan inisiatif raja-raja sendiri.
Rujukan
• Abdul Aziz Bari. (2006). Majlis Raja-Raja:
Kedudukan dan peranan dalam
perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like