You are on page 1of 27

Pendahuluan

Dalam penulisan sejarah yang menjadi bahan atau sumber ialah hasil naskhah Melayu sebagai rujukan. Ini termasuklah karya yang bersifat sastera sejarah seperti Sejarah Melayu dan hasil sastera undang-undang seperti Undang-Undang Melayu Lama, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Kedah dan Undang-undang Pahang. Selain itu, terdapat juga naskhah yang berbentuk hikayat seperti hikayat Merong Mahawangsa, salasilah seperti salasilah Melayu dan Bugis, akhbar seperti Bintang Timur, surat seperti dari Adjeng Kartini kepada sahabat di Belanda. Naskhah-naskhah Melayu lama yang bercorak sejarah ini diambil atau digunakan oleh para pengkaji dalam membuat kajian hal ehwal masa lalu dengan merujuk dan meneliti sesuatu peristiwa yang lampau menerusi bahan dokumentasi lalu mentafsirkannya.

Pelbagai undang-undang bertulis tradisional Melayu iaitu bersifat kenegerian telah muncul sejak zaman pemerintahan dahulu lagi. Kewujudan undang-undang Melayu ini adalah hasil daripada perkembangan hukum adat yang dapat dilihat melalui karya-karya tradisional atau klasik. Bagi pemerintah untuk melaksanakan pentadbiran pada zaman dahulu keperluan undang-undang bertulis mempunyai beberapa kepentingan. Bukan sahaja dapat memberi gambaran kepada masyarakat kini tentang keadaan seperti sistem pemerintahan, pentadbiran, susunan masyarakat malah mencerminkan corak pemikiran masyarakat Melayu pada ketika itu. Undang-undang bertulis dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang bersifat negeri atau darat dan undang-undang bersifat pelabuhan atau laut. Undangundang bersifat negeri adalah seperti Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Kedah dan Hukum Kanun 99 Perak.

Manakala undang-undang bersifat pelabuhan ialah undang-undang laut Melaka, undangundang belayar, undang-undang Kedah dan juga undang-undang perahu. Undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang pelabuhan kerana catatannya banyak membicarakan tentang tatacara ataupun hukum-hukum berdagang dan juga berpelabuhan. Pada keseluruhannya, undang-undang Melayu klasik ini adalah mengandungi hukum yang berdasarkan 4 perkara utama iaitu: i. ii. iii. iv. aspek berkerajaan iaitu kuasa raja dan pembesar dalam pentadbiran. hukum bagi kesalahan jenayah iaitu mencuri dan menceroboh. hukum bagi kesalahan bukan jenayah iaitu bergaduh, hukum zina dan riba. adat istiadat atau larangan istana.

Melalui naskhah-naskhah inilah perbincangan mengenai konsep masyarakat Melayu tradisi, kaedah masyarakat tersebut menulis sejarah, pandangan dan falsafah terhadap dunia, pengertian sejarah dan sebagainya akan dapat diketengahkan. Naskhah-naskhah ini tersebar dan berselerak di beberapa buah bandar besar di dunia, akibat pengalaman sejarah tanah air. Naskhah ini juga menjadi milik orang perseorangan, disimpan di istana-istana tradisional. Ini disebabkan bahawa istana menjadi pusat kegiatan intelektualisme Melayu tradisional di rantau alam Melayu ini.

Pelbagai pandangan sudah diberi sarjana Inggeris untuk memaknakan undang-undang adat Melayu. Sebahagiannya cuba menyamakan undang-undang adat Melayu dengan istilah code dalam undang-undang moden Inggeris. Raffles (1816 & 1879) dan Maxwell (1884) dalam tulisan mereka telah menamakan beberapa buah undang-undang Melayu seperti The Maritime Code Of The Malays, Malacca Code, Perak Code dan Malays Codes Of Laws . Undang-undang
2

adat Melayu adalah senarai peraturan yang disusun berasaskan adat istiadat, nilai, norma dan moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman kesultanan Melayu, khususnya sebagai panduan dan kawalan raja dan pembesar dalam menjalankan pentadbiran negara.

Maklumat tentang negeri Pahang yang terkumpul dalam bentuk manuskrip sangat terhad apatah lagi manuskrip yang khas membicarakan tentang kerajaan Pahang. Walau bagaimanapun, trdapat beberapa episod dan anekdot dalam pelbagai teks klasik popular yang menggambarkan kisah-kisah Pahang yang boleh dikumpul dan dibuat kesimpulan sebagai sesuatu yang berbeza dengan negeri lain tentang kerajaan negeri Pahang. Sejarah tradisional yang ditulis merupakan sejarah golongan istana. Pemerian tentang rakyat biasa amat minimum. Hal ini menimbulkan masalah dalam usaha membina semula pemahaman sejarah secara wajar. Artikel ini cuba mengumpul beberapa episod dan anekdot yang seterusnya dibina semula untuk diteliti dan ditafsirkan sebagai bahan bukti tentang kerajaan Pahang. Pernyataan Masalah Kebanyakan khalayak berpendapat bahawa naskhah Melayu lama, lebih-lebih lagi naskhah undang-undang termasuk Hukum Kanun Pahang sukar difahami atas sebab-sebab tertentu. Apakah sebab itu? Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini? Pembaca juga beranggapan bahawa diksi atau siratan makna katanya amat menyulitkan. Sejauh manakah tahap kesukaran bahasa undang-undang tersebut? Hasil kesusasteraan seperti Hukum Kanun Pahang adalah cerminan budaya masyarakat yang melahirkannya. Kebudayaan merujuk langsung kepada cara hidup dan pemikiran masyarakat. Penelitian terhadap Hukum Kanun Pahang membolehkan kita menyelami pemikiran
3

dan falsafah hidup masyarakat. Apakah perkara yang sering masyarakat fikirkan? Bagaimana persepsi masyarakat terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka? Bagaimana masyarakat menyelesaikan masalah yang mengganggu hidup mereka? Sesungguhnya, undang-undang Melayu lama termasuk Hukum Kanun Pahang agak asing dan misteri bagi kehidupan masyarakat hari ini. Oleh itu, satu kajian lapangan untuk menyelami kata dan makna kandungan naskhah berkenaan wajar dilaksanakan demi membongkar falsafah pemikiran masyarakat di dalamnya. Objektif Kajian 1. Mengenalpasti pemikiran dan persoalan dalam kesusasteraan perundangan Melayu. 2. Menjelaskan isi, sikap, sifat dan falsafah pemikiran masyarakat setempat melalui Hukum Kanun Pahang. 3. Membolehkan hasil penyelidikan digunakan untuk rujukan ilmu bagi pelajar, pensyarah dan masyarakat umum. 4. Untuk meneliti aspek undang-undang yang terdapat dalam teks undang-undang Melayu seperti Hukum Kanun Pahang.

Batasan Kajian Kajian ini merangkumi beberapa aspek yang dianggap berkenaan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji. Tugasan ini memfokuskan kepada Hukum Kanun Pahang. Secara keseluruhannya, aspek kajian ini adalah merangkumi dan penelitian terhadap pemikiran dan persoalan yang terdapat dalam Hukum Kanun Pahang yang diselenggarakan oleh Yaakub Isa. Dalam Hukum Kanun Pahang, pengkaji memilih beberapa fasal di dalamnya untuk dikaji dari

segi pandangan hidup (world view), amanat dan kepercayaan dan nilai sekaligus mengkritik masyarakat pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, unsur-unsur nasihat dan pengajaran itu masih dalam lingkungan pendidikan, iaitu memberitahu masyarakat supaya mengambil pengiktibaran dari sifat lemah, culas dan pendek akal.

Sumber Kajian Manuskrip tertua yang memerikan tentang prosedur pelaksanaan peraturan pemerintahan dan penentuan hukum-hakam kerajaan Pahang ialah Hukum Kanun Pahang. Umum mengetahui bahawa manuskrip Hukum Kanun bukanlah milik khas sesebuah negeri, melainkan setelah melalui proses mengubah suai daripada manuskrip yang digunakan oleh Kerajaan Melaka pada zaman kegemilangan empayar tersebut. Walaupun tidak terdapat tarikh yang tercatat dalam manuskrip Hukum Kanun Pahang yang dirujuk ini, tetapi ada disebutkan bahawa Hukum Kanun Pahang dipakai sebagai manual hukum zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin Syah (1592-1614). Sultan Abdul Ghafur ini ialah sultan Pahang yang ke-12 dalam jurai keturunan daripada sultan Melaka. Hal ini jelas tercatat dalam Hukum Kanun Pahang, iaitu : Maka inilah surat risalah yang menyatakan pekerjaan segala raja-raja dan segala wazirnya di dalam negeri Pahang dan Perak dan Johor daripada masa Sultan yang amat besar kerajaannya iaitu Sultan Abdul Ghafur yang dikekalkan atas kerajaannya dari dunia datang ke akhirat.

Manuskrip yang digunakan bagi menyediakan tulusan ini ialah manuskrip kepunyaan Lembaga Muzium Negeri Pahang ( Yaakub Isa, 1999:139 63). Sumber kedua yang digunakan ialah manuskrip Hikayat Pahang. Meskipun Hikayat Pahang dalam bentuk naskhah boleh didapati, tetapi penulis menggunakan manuskrip fotostat tulisan tangan kepunyaan Lembaga Muzium Pahang yang terdapat di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan. Selain itu, beberapa naskhah klasik lain berbentuk hikayat juga dijadikan bahan rujukan. Hikayat-hikayat ini nyatalah menjadi sumber penting sebagai bahan tentang Pahang. Banyak perkara mengenai hal yang dibincangkan ini boleh didapati daripadanya: apatah lagi dalam keadaan kita mengahadapi situasi serba kekurangan bahan. Bergerak ke era yang lebih hampir dengan zaman kita sekarang. Kisah Pelayaran Abdullah juga mencatatkan keadaan negeri Pahang sekitar abad ke-19. Sumber seterusnya berdasarkan tulisan yang terdapat dalam sebuah syair yang berjudul syair Tanah Melayu iaitu Cerita Perang Pahang dan Johor Bahru. Syair ini dicetak secara litografi pada tahun Masihi 1900. Hubungan kekeluargaan antara istana kerajaan Pahang dengan Aceh juga memberikan beberapa episod yang boleh dijadikan bahan bagi kita melihat kedudukan pemerintah Pahang pada zaman kerajaan Aceh berada di puncak kecemerlangannya di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani. Rujukan untuk ini didapati daripada Bustan al-Salatin dan Hikayat Malim Dagang.

Definisi Kanun Undang-undang Kanun undang-undang merupakan salah satu sumber penting untuk mengetahui sistem pentadbiran istana Melayu zaman silam. Antara lain, kandungan kanun berkisar pada beberapa peraturan undang-undang, penenentuan hukum-hakam, tugas raja dan pembesar istana serta adat istiadat yang diamalkan. Hampir semua kesultanan Melayu mempunyai sejarah yang tersendiri tentang amalan undang-undang. Walau bagaimanapun, sukar untuk ditentukan bagaimana kanun undang-undang tersebut wujud dan berkembang pada zaman silam. Para pemerintah mempunyai kuasa mutlak sama ada ingin melaksanakan atau meninggalkannya. Justeru itu, kata-kata seperti titah raja ialah undang-undang menjadi sesuatu yang lumrah dalam masyarakat feudal.

Hukum Kanun Pahang Banyak tulisan telah diterbitkan tentang manuskrip yang penting ini. Manuskrip ini tidak syak lagi mempunyai beberapa maklumat tentang corak pemerintahan tradisi di Pahang pada zaman itu. Maka, untuk kajian ini wajarlah disebut bahawa manuskrip ini telah menggariskan beberapa maklumat yang memberikan kita gambaran tentang kerajaan Pahang dalam era pemerintahan sultan-sultan berketurunan dari Melaka.

Manuskrip yang disusun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin Syah ini disesuaikan daripada manuskrip hukum kanun yang digunakan di negeri-negeri lain, khususnya di Melaka, dan kitab-kitab fiqah lain sebagai sumber rujukannya. Malahm ada pendapat yang mengatakan bahawa manuskrip ini merupakan terjemahan dan cedokan daripada kitab-kitab fiqah menurut mazhab Syafii (Sabarudin Hassan, 1984:150). Manuskrip Hukum

Kanun Pahang yang disusun sekitar tahun 1596 merupakan kanun tertua selepas Undang-Undang Melaka (Mohd Taib Osman dan A.Aziz Deraman.2000:136). Sebagai manuskrip yang dituliskan lebih terkemudian, Hukum Kanun Pahang didapati lebih lengkap daripada Undang-undang Melaka yang juga telah dikenali sebagai Risalat Hukum Kanun Melaka, dan lebih banyak lagi berasaskan undang-undang Islam daripada bergantung kepada amalan adat tempatan sahaja, yang kebanyakkanya bercanggah dengan undang-undang Islam.

Berdasarkan kandungannya, Hukum Kanun Pahang dikatakan telah digubal berasaskan Hukum Kanun Melaka. Kumpulan undang-undang itu telah disusun antara tahun 1592-1914 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyyuddin Syah. Baginda merupakan Sultan Pahang ke-12 dan berketurunan raja Melaka. Dalam peruntukan Hukum Kanun Pahang tersebut didapati bahawa pengaruh undang-undang Islam adalah besar jika dibandingkan dengan undang-undang adat Melayu. Hukum Kanun Pahang terdiri daripada 93 fasal yang tidak tersusun secara sistematik dan tanpa mengikut klafikasinya yang tertentu.

Perlu diingatkan juga bahawa sebagaimana Hkum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang merupakan hukum kanun yang berkembang. Kandungannya yang awal mencerminkan pengaruh Hindu iaitu yang terdiri daripada fasal 1 hingga 23, kemudiannya ditambah 66 fasal lagi setelah menerima pengaruh Islam. Ia berkembang lagi menjadi 67 dan kemudiannya 93 fasal setelah menerima pengaruh Hukum Kanun Melaka serta mengutip beberapa isi daripada Undang-undang Johor. Antara perkara yang diperuntukkan adalah seperti berikut :-

1. Undang-undang Jenayah Termasuklah hukuman-hukuman tentang kesalahan membunuh, mencuri, menyamun dan menceroboh. Diperuntukkan juga kesalahan berhubung dengan zina dan rogol, berjudi, rasuah dan lain-lain. Kesemua peruntukkan tadi terdapat dalam fasal 4, 5, 6, 7, 8, 22, 46, 47, 48, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 63, 70, 72, 74, 79, 84, 86, 90, 92 dan 93.

2. Undang-undang Muamalat Termasuk peraturan jual beli, sewa-menyewa, gadaian, pinjam-meminjam, hutangpiutang, upah dan lain-lain lagi. Perkara tersebut diperuntukkan dalam fasal 2, 3,9, 11, 12, 14, 16, 17, 18, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 41, 42, 43, 44, 62, 77, 81, 85, 87 dan 88.

3. Undang-undang Keluarga dan Perkahwinan Walaupun tidak ada peruntukan undang-undang keluarga Islam dalam teks Hukum Kanun Pahang, namun beberapa orang sarjana sejarah yang mengkaji teks ini berpendapat bahawa fasal 67 yang tidak dimasukkan dalam teks tersebut sebenarnya terdiri daripada fasal 2527 Hukum Kanun Melaka iaitu bahagian undang-undang keluarga Islam.

4. Perkara Berhubung dengan Kesalahan Agama dan Ibadah Diperuntukkan dalam fasal 60, 61, 64 dan 65. 5. Undang-undang Adat dan Perlembagaan Menyentuh tentang tugas serta keistimewaan raja-raja serta para pembesar. Ia terdapat dalam fasal 1, 12, 20, 21, 23, 56, 57, 75, 76, 82, 83, 89 dan 91.

Wilayah Kerajaan Pahang Wilayah kerajaan negeri Pahang sebelum abad ke-15 nampaknya tidak begitu jelas. Sebagai sebuah negeri yang pernah ditakluki oleh kuasa luar, iaitu Siam dan Melaka. Ini kerana Pahang mempunyai persempadanan di sebelah barat daya dengan negeri jiran begitu jelas. Sekitar tahun 1883, dua orang pembesar Jelebu, Ahat dan Raja Balang Long dikatakan berselisih faham dengan pemimpin setempat berkaitan dengan soal persempadanan Pahang-Jelebu. Bagi kebanyakkan rakyat tempatan, Jelebu dengan Pahang selamanya merupakan satu he understood that ini the time of his ancestors Jelebu and Pahang were one (W.Linehan, 1936:25). Dalam Hukum Kanun Pahang pula dinyatakan persempadanan Pahang dengan negerinegeri jiran di pesisir Laut China Selatan. Sempadan Pahang dengan Johor hingga ke Kuala Sedili sementara sempadan dengan Terengganu hingga ke Dungun, malah ada juga dicatat hingga ke Terengganu (maksudnya Kuala Terengganu). Hubungan Kerajaan Pahang dengan Negeri Luar 1. Pahang Sebagai Sebuah Negeri Pahang dikatakan mendapat namanya daripada pokok kayu mahang yang sangat besar kerana hidangan untuk 40 orang dapat dibuat di atas tunggulnya. Kalau pohon mahang itu dimaksudkan sepsis Macaranga spp. Maka kemungkinan cerita ini benar sangat diragukan kerana pohon sepsis ini adalah sejenis pokok kecil tanpa teras dan tidak ada kemungkinan boleh mencapai hingga ke ukuran yang begitu besar. Memang ada sejenis pokok yang bernama pokok Pahang (Dysoxylum arborescens, Weinmannia sp.) yang dikaitkan dengan pokok yang sangat pahit, hingga terbit kiasan pahit Pahang. Cerita lagenda tentang kewujudan seorang ketua
10

masyarakat yang mendiami negeri ini yang bernama Pahang juga dikaitkan dengan asal negeri ini mendapat namanya sebagaimana sekarang.

Ada catatan yang menunjukkan negeri Pahang mempunyai nama yang lain. Hikayat Hang Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura. Nama klasik ini kerap kali dirujuk kepada beberapa kerajaan lain. Kerajaan Inderapura dikatakan wujud di Campa, dan ini dikaitkan dengan adanya sebuah Bandar yang bernama Singapura di negeri itu. Ini dikaitkan pula dengan peristiwa tragis Singapura dilanggar todak itu berlaku di Champa, bukannya di Pahang dan bukan juga di Pulau Singapura, yang sebelumnya bernama Temasik itu. Meskipun ada pendapat yang mengatakan Inderapura juga adalah nama lain bagi negeri Siak : namun Hikayat Hang Tuah jelas merujuk Inderapura itu Pahang, terutamanya dalam kisah serangan ikan todak sebagaimana disebutkan sebelum ini dan episod penculikan Tun Teja Ratna Benggala, anak Bendahara Seri Buana.

2. Hubungan Pahang dengan Siam Hikayat Patani ada menyebut tentang hubungan Pahang dengan Patani melalui perkahwinan seorang puteri Patani yang bernama Raja Ungu dengan raja Pahang. Setelah suaminya mangkat, raja Patani (seorang raja perempuan) memerintahkan supaya membawa balik puteri itu ke Patani. Ikut serta ke Patani ialah orang Pahang yang rapat dengan puteri Patani itu. Hikayat Patani seterusnya menyatakan bahawa mereka ini akhirnya merupakan orang Pahang yang awal menetap di Patani.

Setelah sudah dibaca surat itu, maka Raja Ungu pun bersimpanlah lalu turun ke perahu dan segala orang

11

Pahang yang kasih akan Raja Ungu itu semuanya mengikut Raja Ungu ke Patani; dan barang yang silsilah orang Pahang sekarang ini orang yang mengikut Raja Ungu itulah asalnya orang Pahang di dalam negeri Patani nenek moyangnya. Arakian, maka Raja Ungu pun sampailah lalu disambut oleh Peracau naik ke istana. ( A. Teeuw dan D.K Wyatt, 1970 : 106-07)

Siapakah sultan Pahang yang berkahwin dengan puteri dari Patani itu dan yang menyebabkan terjalinnya perhubungan antara kedua-dua buah negeri ini? Linehan yang merujuk kepada Bustan al-Salatin bersetuju bahawa sultan yang berkenaan ialah Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin Syah, apabila beliau menyebut :

Ahmad was a boy when his father Sultan Abdul Kadir died about the last years of the sixteenth century. According to the Bustan al-Salatin he reigned for a year and was then replaced by his elder brother, AbdulGhafur, as he was too young to govern the country. Abdul-Ghafur who took the title of Sultan Abdul Ghafur Mohaidin Shah had marriage in 1584 a sister of the Queen of the Pattani. ( W.Linehan, 1936:28)

12

Hubungan Pahang dengan Siam terjalin dalam pelbagai bentuk. Perkahwinan Sultan Pahang dengan puteri Patani nyata mewujudkan perhubungan kekeluargaan di kalangan kerabat kerajaan diraja. Kisah ini merupakan salah satu peristiwa penting kerana turut menarik minat beberapa penulis asing memperkatakannya. Antara penulis yang mencatatkan kisah ini termasuklah penulis Belanda ; Nieuhoff, Floris dan Netscher.

Hubungan kedua-dua negeri ini juga telah terjalin dalam bentuk penaklukan. Hubungan ini bukannya dengan Patani tetapi Ligor. Ligor dikatakan menyerang Pahang atas perintah raja Siam. Maharaja Dewa Sura mengepalai angkatan Ligor; sedangkan Pahang yang pada masa itu diperintah oleh Sultan Abdul Hamid menerima bantuan Melaka atas arahan Sultan Mahmud Syah. Serangan Siam ini dapat dipatahkan.

Seperti mana Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang ini telah banyak menerapkan ajaran serta hukum Islam. Bahkan dalam peruntukan tentang hukuman jenayah umpamanya ia telah dihuraikan dengan lebih terperinci menurut hukum syarak. Sementara itu bagi undang-undang berhubung muamalat dan munakahat pula masih mengandungi sedikit sebanyak pengaruh hukum adat.

Analisis Sistem Politik Sesebuah organisasi memerlukan politik sebagai satu sistem dalam memastikan pergerakan sesuatu organisasi tersebut. Dalam konteks kebudayaan Melayu, sistem politik berhubung rapat dengan sistem dalam masyarakat Melayu. Sistem politik ini bertujuan untuk
13

menentukan peraturan siapa yang berkuasa dan siapa pula yang dikuasai, wilayah yang dikuasai, hak bertindak dan dasar-dasar legitiminasi sesuatu kuasa. Sistem politik itu juga memberi pengesahan terhadap kuasa undang-undang, corak pemerintahan kuasa, birokrasi, organisasi menjalankan kuasa dan juga persaingan mendapatkan kuasa. Kemakmuran dan kesejahteraan dilaksanakan melalui peraturan dan perundangan untuk memastikan kemanusiaan di atas landasan akhlak, tatasusila, moral dan etika. Oleh sebab itu, kepentingan mempunyai satu sistem yang kukuh untuk menjalankan jentera pemerintahan. Dalam pendahuluan Hukum Kanun Pahang jelas disebut fungsi hukum bagi pembesar selain sultan :

Adapun segala raja-raja hendaklah is menjadikan orang besar-besar akan gantinya supaya tiada datang masygul kepadanya. Dan, pertama Raja itu harus menjadikan Penghulu Bendahara; Bendahari; segala kedua keempat raja-raja Temenggung; Syahbandar. itu dengan ketiga Maka segala

terpeliharalah rakyatnya.

Maka dibahagi pula segala hukum itu kepada tiga bahagi; segala hukum itu tiga: Pertama pada Bendahara: kedua kepada Temenggung: ketiga pada Syahbandar; iaitu seperti hukum orang berjawatan dan sida-sida dan anak orang besar-besar. Adapun Temenggung itu hukum dalam negeri dan tafahus. Dan adapun
14

Syahbandar

itu

menghukumkan segala anak dagang dan anak yatim yang teraniya dan adat segala jong dan baluk dan barang sebagainya. Adapun adat itu turun pada zaman raja-raja yang tua, pada adatnya akan ganti raja itu orang tiga inilah, tiada lagi kurang itu memerintahkan.

Fasal di atas jelas menyatakan bahawa negeri Pahang pada masa itu telah memiliki satu sistem pemerintahan yang kukuh. Organisasi tersebut yang diketuai oleh raja dan segala pembesar di bawahnya termasuklah bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar. Walau bagaimanapun, setiap pembesar itu berfungsi dengan tanggungjawab masingmasing untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Justeru itu, para pembesar bertindak dengan berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan dalam Hukum Kanun Pahang. Tambahan pula, undang-undang yang dilaksanakan itu tidak jauh lari dari adat masyarakat setempat pada masa itu.

Walau bagaimanapun, kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat yang derhaka akan ditimpa tulah. Oleh itu, pemusatan kuasa berada di tangan sultan manakala pembesar hanya berkuasa di wilayah di bawah naungannya sahaja. Justeru itu, pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja atau sultan haruslah dilakukan tanpa bantahan. Pemikiran masyarakat pada zaman itu telah menjelaskan bahawa kepatuhan rakyat kepada raja perlu bagi membentuk sebuah organisasi masyarakat yang stabil dan aman.

15

Hukum Kanun Pahang disusun dalam sembilan belas fasal besar, yang tentunya memadai bagi keperluan jentera kerajaan pada zaman itu. Di samping itu terdapat bab-bab kecil yang meliputi aspek-aspek perlakuan sosial yang memerlukan tindakan sekiranya berlaku sebarang penyelewengan daripada norma masyarakat. Fasal-fasal yang terdapat dalam manuskrip Hukum Kanun Pahang ini ialah :

1. Adat majlis raja dan adat pakaian dan bermain kepada orang besar-besar. 2. Hukum penggunaan lima patah bahasa diraja iaitu titah, patik, murka, kurnia dan anugerah. 3. Hukum jikalau mati seseorang raja. 4. Hukum yang terpakai di negeri dan sungai dan dusun pada negeri yang takluknya yang melihat berbunuh-bunuh, menikam, menetak, memukul dan merampas. 5. Hukum membunuh orang dengan tiada setahu raja atau orang besar-besar. 6. Hukum segala orang mengamuk. 7. Hukum orang menderhaka dan membunuh hamba abdi. 8. Hukum orang menetak orang. 9. Hukum empat martabat orang yang dapat membunuh. 10. Hukum tentang biduanda dan mada-mada, hamba orang dan hamba raja. 11. Hukum orang mencuri. 12. Hukum orang menawar anak bini orang. 13. Hukum orang lari dan menyembunyikan dan mengurungkan hamba orang. 14. Hukum bertuduh-tuduh, bersangkal dan lawan seseorang itu menuduh. 15. Hukum upahan menaik kayu dan menebang pokok kayu perhumaan.

16

16. Hukum fadhul (mengambil tahu hal orang, mengumpat, campur tangan dan fitnah) 17. Hukum orang mengambil upah membunuh orang atau menampar orang atau memalukan orang. 18. Hukum angkara, iaitu angkara maharajalela dan angkara menawar tunangan orang atau melakukan barang kehendaknya tiada berkira-kira. 19. Hukum tentang perilaku tentang buah-buahan dalam kampung atau dalam kota negeri.

Hukum Kanun Pahang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan dengan pengaruh Islam. Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contohnya, Hulubalang mempertahankan dan melindungi raja dan negeri daripada musuh. Undang-undang Jenayah pula menetapkan 360 seksaan bagi kesalahan menderhaka. Selain itu, undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan perumahan.

Manuskrip Hakum Kanun Pahang juga mencatatkan hal-hal lain seperti hukum orang yang dititahkan raja-raja mencuri; hukum tatacara menutus ke Benua Siam; hukum larangan diraja yang nampaknya bukanlah suatu hal yang penting dalam urusan kerajaan sesebuah negeri. Hukum Kanun Pahang bukanlah khas disusun untuk kegunaan negeri Pahang. Ada tercatat dalam Hukum Kanun Pahang tentang ketetapan dalam Hukum Kanun tersebut juga dipakai di negeri Johor, Pahang dan Perak. Ini jelas menunjukkan bukti tentang betapa rapatnya hubungan antara ketiga-tiga buah negeri tersebut.

17

Memandangkan doktrin undang-undang yang digunakan dalam manuskrip Hukum Kanun yang dipakai oleh negeri-negeri Melayu di seluruh Nusantara terlalu banyak menggunakan doktrin fiqah Islamiyah, dapatlah dibuat kesimpulan tentang betapa rapatnya golongan ulama dengan pihak istana, khususnya sebagai penasihat kepada sultan-sultan dalam hal ehwal agama Islam. Nasihat para ulama sentiasa diterima pakai oleh pemerintah dan seterusnya dilaksanakan sebagai undang-undang. Kepercayaan golongan pemerintah kepada ulama merupakan faktor membolehkan penyebaran dan perkembangan Islam dijalankan dengan lancar di seluruh Nusantara. Seterusnya, keutuhan sistem pemerintahan dalam bidang politik dapat dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun Pahang menerusi fasal 31. Fasal 31 ini menerangkan tentang tanggungjawab ataupun bidang kuasa yang dimiliki oleh seseorang penghulu bendahari dalam melaksanakan tugasnya. Contoh petikan teksnya ialah:

Dan dijadikan pula penghulu bendahari, maka diserahkan padanya dan menyurat daftar segala hambanya dan mengiring segala hasil yang baik kepadanya dan memulih segala pekerjaanya yang dalam pagar istana. Maka ia menetukan dia segala pekerjaanya itu. Dan dijadikan pula Temenggung. Maka menyerahkannya segala pekerjaan negeri kepadanya seperti kota parit dan orang si mati dan ehwal negeri atasnyalah tertanggung ...

18

Selain itu, pada fasal 31 hingga 35 pula menyatakan tanggungjawab dalam sistem politik masyarakat melayu mengikut susunan dari atas ke bawah seperti Raja, Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang, Syahbandar dan tanggungjawab hamba. Berdasarkan Hukum Kanun Pahang ini, raja mempunyai hak mutlak ke atas tanah. Hal ini kerana, ianya disifatkan bahawa tanah adalah milik Tuhan dan Raja pula adalah bayangan Tuhan di muka bumi. Sehubungan ini, maka dalam fasal 18 ianya menjelaskan tentang konsep perkongsian tanah antara Tuhan dengan raja. Penjelasan ini mengambarkan bahawa raja yang bertindak sebagai bayangan Tuhan di muka bumi, maka raja mempunyai hak mutlak terhadap tanah yang ada di muka bumi ini. Situasi ini termasuklah hasil yang terdapat di muka bumi ini adalah milik raja. Ekonomi Selain aspek politik, dalam pemikiran dan persoalan Hukum Kanun Pahang juga dapat dilihat dalam aspek ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun Pahang yang membicarakan tentang terdapatnya hukum tanah tanaman terbakar, hukum orang bertanam, hukum orang berjual beli, hukum hasil dan cukai serta sebagainya. Contoh teksnya iaitu:

Tanah tanaman yang tiada diperhuma oleh tuannya. Maka barang siapa hendak berbuat dia dipinjamnya pada tuannya atau disewanya. Kemudinya jika berkehendak tuannya dikembalikan pada tuannya. Maka hendaklah kamu segala sekalian menolong saudara kamu yang se-Islam.

19

Menerusi Hukum Kanun Pahang ini jelas menyatakan bahawa sekiranya terdapat tanah tanaman yang tidak diusahakan oleh pemiliknya dan ada individu yang berminat untuk mengusahakannya maka sistem penyewaan boleh dilakukan menerusi tuannya. Seterusnya, jika tuannya berhasrat untuk mengambil balik tanah yang disewakan itu maka haruslah individu menjadi penyewa tersebut mengembalikannya. Seterusnya, lebihan hasil yang diperolehi tersebut hendaklah disalurkan kepada kaum seislam yang memerlukan pertolongan. Justeru itu, undang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Pahang itu sendiri telah membentuk pemikiran masyarakat dalam membantu kestabilan ekonomi negeri tersebut. Undang-undang yang dibuat bukan sahaja menguntungkan sebelah pihak tetapi setiap individu mendapat kebajikan daripadanya. Goloangan rakyat pula sedia maklum dengan peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, antara golongan pemerintah dan rakyat telah samasama membantu menjana ekonomi dengan lebih pesat lagi.

Hukum bertanam pula ialah, maka hendaklah segala kamu yang bertanam tanaman itu kamu perbuat pagarnya, jangan kamu taksir pada menuggui dia. Bermula pada tanam-tanam itu atas dua perkara. Suatu tanam berpagar. Jika masuk kerbau atau lembu, maka tertikam pada malamnya, menyilih, sebelah harga tanaman pada kaul sah menyilih suatu harganya tanaman itu di sebelah umpanya kerbau itu.(fasal keenam).

20

Berdasarkan teks ini ianya menunjukkan bahawa sekiranya seseorang individu tersebut mengusahakan tidak kira apa sahaja tanaman, maka ianya hendaklah menjaga tanamannya sebaik mungkin jika menginginkan hasil yang baik. Penjagaan tanaman tersebut seperti membuat pagar bagi mengelakkan daripada binatang yang boleh memusnahkan tanaman tersebut. Selain itu, dalam Hukum Kanun Pahang terdapat upah menenun kain. Harga upahan hendaklah diberi jika hanya selesai kain tersebut ditenun seluruhnya. Perkara ini dapat menggalakkan si pengambil upah bersungguh-sungguh bekerja. Ini menjelaskan bahawa undang-undang yang ditetapkan itu bukan sahaja menjamin kestabilan ekonomi malah menjamin kebajikan rakyat jelata. Tambahan pula, memberi kesedaran kepada rakyat seterusnya memupuk kesetiaan dan kepatuhan rakyat dengan menghormati undang-undang. Berdasarkan beberapa teks undang-undang yang diketengahkan ini iaitu banyak menyentuh tentang penanaman, pelabuhan dan juga perdagangan ataupun perniagaan. Maka jelaslah bahawa masyarakat melayu pada masa dahulu sudah mengalami perubahan ketamadunan jika dilihat dari aspek ekonomi walaupun melalui aktiviti sara diri yang mereka lakukan. Penduduk pada ketika itu menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan pencarian hasil hutan dalam meneruskan hidup seharian mereka. Oleh yang demikian jelaslah menunjukkan bahawa ketertinggian kebudayaan Melayu dapat dibuktikan dengan kehadiran Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis sejak abad ke-15 lagi.

21

Sosial Aspek sosial merupakan satu item penting dalam membuktikan ketertinggian kebudayaan Melayu dengan kehadiran Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis iaitu sejak abad ke-15 lagi. Hal ini kerana, aspek sosial secara umumnya merupakan satu aspek yang menjadi pelengkap kepada sesebuah kebudayaan mahupun undang-undang. Berdasarkan undang-undang Melayu tradisi ini maka ianya dapat membuktikan bahawa pemerintah pada ketika itu sudah mengambil berat tentang keadaan sosial masyarakatnya. Situasi ini dapat dilihat melalui penelitian yang dilakukan terhadap fasal nikah kahwin yang mana ianya menunjukkan keprihatinan penggubal undang-undang tentang mewujudkan institusi kekeluargaan dengan sempurna. Sistem sosial masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja atau sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana. Golongan diperintah pula ialah orang merdeheka dan hamba. Institusi perhambaan telah lahir di kalangan orang Melayu lebih awal daripada kedatangan agama Islam. Oleh itu adalah salah jika kita katakan bahawa institusi ini datangnya bersama-sama dengan agama Islam. Akan tetapi kemudiannya undang-undang Islam banyak mempengaruhi sastera undang-undang mengenai undang-undang perhambaan ini (Maxwell 1890: 247).

Raja atau sultan dilambangkan sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi. Sultan dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam juga memastikan peraturan Islam dilaksanakan. Raja wajib mengekalkan keamanan dan keharmonian di dalam negeri baginda. Raja berhak mengerah rakyat untuk khidmat sosial seperti membina
22

istana dan sebagai tentera. Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat contohnya mengetuai segala upacara diraja seperti pertabalan. Golongan diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas dan merdeheka. Rakyat biasa seperti petani, nelayan, dagang dan tukang. Golongan ini tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dalam pentadbiran. Selain itu, mereka mengamalkan tradisi gotong-royong. Walau bagaimanapun, terdapat tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir. Mereka ini bebas menjalankan kegiatan ekonomi dalam bidang pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

Dalam masyarakat Melayu golongan hamba terbahagi kepada dua iaitu hamba abdi dan hamba berhutang. Jika dipandang dari kaca mata sastera undang-undang, hamba jenis pertama nyatalah paling rendah kedudukannya. Hamba jenis ini dapat diklafikasikan seperti barang. Seseorang hamba itu dapat dijual atau dipinjamkan oleh tuannya kepada orang lain, iaitu mengikut sesuka hati tuannya. Hamba yang dibeli itu jika didapati cacat dapat dipulangkan semula kepada tuannya. Contohnya, dalam Hukum Kanun Pahang, fasal 26 :-

Pertama hamba itu pelari dan pemukah dan pencuri dan gila dan busung dan burut dan buta larangan dan tuli dan sopak dan kelu atau hamba itu bersuami atau aib yang terbunyi kemudian kelihatan beberapa lamanya pun, dapat dikembalikan.

23

Terdapat juga hamba raja yang dipaksa berkhidmat dengan raja atau masuk ulur kepada negara lantaran mengelakkan daripada sesuatu hukuman. Hukum Kanun Pahang juga menyatakan dalam fasal 19 bahawa hamba raja juga tidak boleh dipalu dengan sewenangwenangnya. Jika seseorang merdeheka berbuat demikian, dia akan masuk ulur kepada raja dan jika abdi berbuat demikian, abdi itu akan dikerat lehernya. Jika perbuatan abdi itu dengan setahu tuannya, tuannya akan didenda sebanyak satu kati lima tahil.

Hamba berhutang pula disebabkan seseorang yang berhutang itu tidak sanggup menjelaskan hutang-hutangnya. Hukum Kanun Pahang dalam fasal 12 ada menyebut bahawa seseorang yang berhutang yang ditentukan tempoh masa pembayarannya. Jika seseorang itu terlewat walaupun sehari sahaja untuk menjelaskan hutangnya dia akan bekerja dengan tuan emas. Sebenarnya dengan kewujudan hierarki atau lapisan dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah dalam membezakan kedudukan dan penghormatan. Tambahan pula, dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British. Pahang diisytiharkan sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah (1592-1614) sebagai Khalifah. Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab Shafie. Menurur pendapat W.Linehan, selepas tahun 1450-an Masihi, agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan kepada

24

fakta sejarah bahawa penerimaan agama Islam di Pahang, dikatakan berlaku abad ke-15 Masihi atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, naskhah-naskhah Melayu yang bercorak sejarah dan tidak bercorak sejarah boleh digunakan sebagi sumber sejarah Melayu. Walaupun kadang kala sukar untuk menilai unsur dan kualiti sejarah tersebut kerana banyak strategi penulisan yang mengelirukan, bukanlah menjadi alasan untuk par ilmuan menolak seratus peratus naskhah tersebut sebagi naskhah bukan bercorak sejarah. Pada hal, sejarah itu sendiri merupakan disiplin yang amat luas yang meliputi aspek ilmu, budaya, filologi, sosiologi, antropologi, ethologi, falsafah dan sebagainya. Untuk Pengkajian naskhah Melayu perlu bagi pengkaji dan penyelidik mengetahui latar belakang sejarah seterusnya menggunakan sdisiplin sejarah agar dapat membuat tafsiran

Kewujudan sejumlah besar manuskrip undang-undang adalah manefestasi kesedaran rajaraja Melayu yang cuba mengamalkan keadilan dalam pemerintahan.dan menyempurnakan kajian. Konsep keadilan undang-undang Melayu semakin diperkukuhkan lagi dengan kemasukan nilai-nilai keadilan pemerintahan dalam agama Islam. Ketertinggian kebudayaan Melayu dapat dibuktikan dengan wujudnya Undang-undang Melayu Tradisi iaitu bertulis sejak abad ke-15 lagi. Hal ini kerana undang-undang itu dibentuk adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran yang hendak dijalankan dalam setiap organisasi tertentu. Sekiranya undang-undang tidak dilaksanakan oleh setiap bangsa mahupun negara tersebut maka ianya tidak akan mencapai

25

kesepakatan yang menyeluruh. Oleh itu, Undang-undang Melayu bertulis merupakan aspek utama wujudnya ketertinggian ketamadunan kebudayaan Melayu sehingga ke hari ini.

Pemikiran tentang persamaan undang-undang antara golongan raja dengan rakyat jelata tidak wujud sama sekali. Rakyat yang cuba mencerobohi, menentang dan mengancam kedudukan raja akan dituduh sebagai penderhaka dan dijangka menerima hukuman yang berat. Walaupun terdapat sesetengah hukuman dikenakan mempunyai unsur kekerasan ianya sengaja digubal sebagai cara untuk menghalang daripada kedudukan raja itu digugat oleh rakyat. Jika masih ada rakyat yang melanggar peraturan, melakukan kesalahan dan menentang raja mereka perlu bersiap sedia dengan segala hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka.

26

Bibliografi Abdullah Siddik, Pengantar undang-undang adat di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1975. Jalilah Sharif dan Jamilah Ahmad, Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Muhammad Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber,

Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu, Kuala Lumpur : Teks Publising Sdn Bhd. 1998. Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahuyudin Hj. Yahya, Sejarawan Dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998. Rogayah A. Hamid dan Maryam Salim, Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006. Othman Ishak, Hubungan antara undang-undang Islam dengan undang-undang adat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 Yaakub Isa Hukum, Kanun Pahang: manuskrip agung Negeri Pahang, Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2003. Zaini Nasohah, Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia: sebelum dan menjelang merdeka, Utusan Publications, 2004.

27

You might also like