You are on page 1of 1

5.

4 Perubahan Sosial SBUB di Sabah


1.SBUB membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api,jalan raya,sekolah,hospital dan telegraf.SBUB membina landasan pertama pada tahun 1986 sepanjang 32km dibina bagi menghubungkan Weston ke Beaufort.Pada tahun 1905 landasa itu disambung dari Beaufort ke Hesselton dan dari tenom ke Malalap memudahkan SBUB untuk mengangkut hasil keluaran. 2.SBUB menumpukan pembinaan jalan raya di bandar besar seperti Jesselton,Sandakan,Lahad Datu,Kudat & Tawau untuk menghubungkan kegiatan ekonomi dengan bandar & pelabuhan. 3.Pengangkutan air & sungai turut dimajukan.Syarikat perkapalan seperti Straits Steamship memulakan perkhidmatan pada tahun 1890 untuk mengangkut penumpang dan barangan. 4.Mubaligh Kristian berperanan membina sekolah untuk menyebarkan agama Kristian.Sekolah pertama dibina oleh mubaligh Roman Katolik di Sandakan pada tahun 1883 &dinamakan Institut Byron.Menjelang tahun 1939 terdapat 49 sekolah mubaligh dengan murid lebih kurang 3700 orang.Pada tahun 1909 Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan.Terdapat sebuah sekolah bernama Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri dibina untuk menjadi pegawai pentadbiran. 5.Sekolah Melayu pertama didirikan di Kota Belud pada tahun 1921.Tahun 1930 hanya 10 buah sekolah menampung 400 pelajar,terdapat juga sekolah Cina didirikan sendiri oleh orang Cina.Pada tahun 1940 terdapat kira-kira 11000 murid berdaftar di sekolah melayu,mubaligh dan sekolah cina. SBUB hanya menyediakan pendidikan rendah kerana kekurangan wang &menganggpa bidang pendidikan merugikan.SBUB hanya menyediakan pendidikan rendah kerana kekurangan wang &menganggap bidang pendidikan merugikan. 6.SBUB membina hospital di bandar besar seperti Jesselton,Beaufort,Sandakan dan Kudat.Menjelang 1940,terdapat sembulan buah hospital dan 40 klinik di Sabah.Luar bandar pula disediakan pusat kesihatan.Tetapi bilangan doctor tidak mencukupi & perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah. 7.Kemajuan bidang ekonomi dan social telah membawa kemunculan bandar baru seperti Sandakan,Kudat,Jesselton,Tawau dan Lahat Datu.Bandar-bandar ini berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan. 8.Bandar Sandakan telah diasaskan oleh William Pyrer pada tahun 1879.Beliau menamakannya sebagai Elopura bermaksud bandar yang cantik.Sandakan berkembang maju kerana peranannya sebagai pusat pentadbiran,pelabuhan antarabangsa dan pusat pembalakan. 9.Pada tahun1881 SBUB telah menjadikan Kudat sebagai pusat pentadbiran yang pertama lalu.Sebilangan kecil pedagang mula menetap dan membina kedai di Kudat.Namun Kudat gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya yang tidak sesuai untuk pertanian.SBUB memindahkan pusat pentadbiranya ke Sandakan pada tahun 1884. 10.Bandar Jesselton diasaskan pada tahun 1990,nama asalnya ialah Jessel Town yang diambil sempena nama Charles Jessel yang membuka bandar itu.Nama Jessel Town kekal selama beberapa tahun sebelum disingkatkan kepada Jesselton. 11.Bandar Jesselton turut dikenali dengan nama Api-Api,Singga Mata atau Diasuka.Penbinaan landasan kereta api dan perkembangan tanaman getah menjadikan bandar Jesselton berkembang maju.Jesselton juga merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan yang penting.

You might also like