You are on page 1of 4

6.

4 Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi di Negara Kita :


i. Perkembangan Bandar
ii. Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum
iii. Perkembangan Pendidikan
iv. Perkhidmatan Kesihatan
v. Pembinaan Penjara

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
 Menyatakan kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita
 Menyatakan ciri-ciri warganegara Malaysia yang bertanggungjawab menjaga kesan akibat
perkembangan ekonomi

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran,murid akan dapat:
 Menyatakan DUA kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita
 Menyatakan SATU ciri-ciri warganegara Malaysia yang bertanggungjawab menjaga kesan
akibat perkembangan ekonomi

PENGENALAN
 Kepesatan kegiatan ekonomi - sebabkan Barat mengukuhkan pentadbirannya dan membawa
perkembangan bandar, pembentukan masyarakat majmuk, perkembangan Pendidikan,
perkhidmatan kesihatan, dan pembinaan penjara

6.4.1A PERKEMBANGAN BANDAR DI NEGERI-NEGERI MELAYU

 Perkembangan sistem pengangkutan jadi penghubung beberapa buah bandar dengan kawasan
lain
 Bandar-bandar ini dihubungkan dengan rangkaian landasan kereta api dan jalan raya - dibina
oleh British
 Kesan - perniagaan dan perdagangan antara bandar pesat
 Contoh - Kuala Lumpur, Seremban, Taiping dan Ipoh
 Membawa perubahan dalam demografi masyarakat di negara kita

6.4.1 B) PERKEMBANGAN BANDAR DI SARAWAK


• 1841 - jadi ibu negeri Sarawak
• Penduduk - orang Melayu dan Cina
• Pertengahan abad ke-19, banyak rangkaian jalan raya dan bangunan kerajaan dibina
• 1862 - bandar Sibu muncul
• 1900 - ramai orang Cina pindah ke Sibu - jalankan aktiviti perdagangan
• Bandar Miri muncul pada abad ke-20
• Disebabkan - penemuan petroleum (1910)

6.4.1 C) PERKEMBANGAN BANDAR DI SABAH


 Akhir abad ke -19 - bandar-bandar muncul di Sabah
 Jesselton - pusat perdagangan dan pelabuhan penting di Sabah
 Nama asal - Jessel Town sempena nama Charles Jessel - pembina bandar kemudian, nama
ditukar - Kota Kinabalu
 Perladangan getah dan pembinaan landasan kereta api - beri sumbangan besar kemajuan
Jesselton
 Perkembangan ekonomi - pertambahan bilangan bandar, penghijrahan penduduk dari luar
bandar ke bandar dan kedatangan buruh luar
 Perbandaran: berlaku perkembangan pesat ekonomi - perlombongan bijih timah - kesannya
kawasan petempatan berkembang jadi bandar, pusat perniagaan, pusat kewangan dan pusat
pentadbiran

6.4.2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM


Kepesatan perkembangan industri bijih timah dan getah - galakkan kedatangan buruh asing ke
negara kita - lahirkan masyarakat berbilang kaum
Orang Melayu
• Petempatan - kampung dan sebahagian di bandar dan pekan
• Kegiatan ekonomi - pertanian, perikanan, perniagaan, perusahaan, harta tanah, perbankan,
ahli profesional dalam pentadbiran dan syarikat swasta
Orang Cina
• Petempatan - bandar dan pekan (banyak peluang ekonomi)
• Kegiatan ekonomi - pertanian, perniagaan, perusahaan, harta tanah, perbankan dan jawat
jawatan tinggi kerajaan
Orang India
• Petempatan - kawasan perladangan tetapi kini jadi penduduk di pekan dan bandar
• Kegiatan ekonomi - sektor perladangan, pengangkutan dan pelbagai pekerjaan dalam sektor
swasta dan kerajaan

6.4.3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


 British bawa sistem pendidikan sekular kepada masyarakat di negara kita
 Masyarakat berbilang kaum dan dasar British - kurang penekanan kepada pendidikan -
muncul sistem pendidikan vernakular di TM
 British - tiada dasar pelajaran tetap atau bermatlamat - kesannya sekolah vernakular
berkembang mengikut etnik

6.4.3 A) PENDIDIKAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU


Sekolah Vernakular Melayu
• British - tidak berminat majukan pendidikan orang Melayu
• Tujuan jadikan orang Melayu punyai pengetahuan asas - (baca, tulis dan kira)

Sekolah Vernakular Cina


• Masyarakat Cina buka sekolah di bandar atau di tempat tinggal
• Berorientasikan kurikulum sekolah dari China
• Guru dan buku teks dari China
• Masyarakat Cina NNS cenderung hantar anak ke sekolah Inggeris

Sekolah Vernakular Tamil


• 1912 - British kenalkan Ordinan Buruh wajibkan majikan ladang dirikan sekolah Tamil
• Pendidikan Tamil hanya sekolah rendah
• Kurikulum, guru dan buku teks dari India

Sekolah Inggeris
• Sekolah Inggeris pertama - Penang Free School (1816) dan Malacca Free School (1826)
• Lokasi - kawasan bandar
• Lulusan sekolah ini - berpeluang lanjutkan pelajaran ke luar negeri, sambung pelajaran dalam
bidang pentadbiran dan kejuruteraan dan diberi keutamaan jawat jawatan baik dalam kerajaan
 1905 - Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan - tarik minat anak-anak raja dan anak
bangsawan Melayu belajar
 Matlamat British - lahirkan pentadbir Melayu berpendidikan Inggeris
 Lulusan kolej - jawat jawatan dalam pentadbiran British
 British - dirikan maktab perguruan latih bakal guru sebelum dihantar mengajar di sekolah
vernakular Melayu dan aliran Inggeris
 1922 - Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) di Tanjung Malim,
Perak dibuka

6.4.3 B) SARAWAK
 20 sekolah didirikan oleh mubaligh - St. Thomas (Kuching), St. Joseph (Kuching), Sekolah
St. Paul (Banting) dan Anglican St. Agustine School (Betong)
 Sekolah St. Mary dan Sekolah St. Teresa (Kuching) - beri pendidikan kepada anak-anak
perempuan
 Sekolah Melayu pertama - Sekolah Abang Kassim, Kampung Jawa, Kuching (1833)
 Madrasah Melayu (Malay College) - latih orang Melayu jadi guru sekolah dan Native Officer
(1931)
 Sekolah Cina ditubuhkan di Bau oleh orang Cina (1870)

6.4.3 C) SABAH
 Mubaligh Kristian dirikan beberapa sekolah - Sekolah Rendah St. Mary dan Sekolah Lelaki
St. Michael
 Mubaligh Kristian juga bina sekolah untuk kanak-kanak perempuan
 SBUB membuka sekolah Melayu di Papar dan Kota Belud

6.4.4 A) PERKHIDMATAN KESIHATAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU


• Kedatangan buruh asing, pembukaan kawasan hutan, pembinaan petempatan baharu dan
kekurangan air bersih - rebak penyakit berjangkit. British bangunkan perkhidmatan perubatan
- kawal wabak penyakit
• Hospital kerajaan pertama - Taiping, Perak (1878)
• 1890-an - British dirikan hospital di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur
(KL) -1904
• Tujuan - rawat buruh asing kerja di lombong, estet dan penduduk tempatan

• British tubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan, KL(1900)


• Penyelidikan saintifik tertumpu - penyakit tropika, iaitu beri-beri dan malaria
• Kesan - masyarakat berubah guna rawatan moden

• Yap Kwan Seng - bina Hospital Tung Shin (Pooi Shin Thong) di Jalan Sultan, KL (1881)
• Hospital persendirian lain dibina - Taukeh Loke Yew (Serendah) dan Taukeh Loh Chin Keng
(Sepang)
• Pahang - hospital persendirian dibina oleh F.E. Maynard (kontraktor Syarikat Perlombongan
Chong Heng Kongsi dan Pahang Consolidated Company and Blat Tin Mining Company)

6.4.4 B) PERKHIDMATAN KESIHATAN DI SARAWAK


 Pentadbiran Brooke - bina sebuah hospital di Kuching (1900) dan di Sibu (1913)
 Sarawak Shell Oilfields Limited bina hospital di Miri
 1925 - Hospital Raja Brooke Memorial dibina satu-satunya tapak penempatan kusta di
seluruh Borneo

6.4.4 C) PERKHIDMATAN KESIHATAN DI SABAH


 William Hood Treacher (Gabenor pertama SBUB) bina hospital di Kota Kinabalu, Sandakan,
Beaufort, Tawau dan Kudat
 Perkhidmatan dispensari - Tambunan, Kota Belud, Sipitang, Keningau, Semporna,
Pensiangan, Papar, Tuaran dan Ranau
 Hospital pertama di Jesselton dibuat daripada binaan kayu

6.4.5 PEMBINAAN PENJARA


Negeri-negeri Melayu (NNM)
• Francis Light duduki Pulau Pinang - jadikan pusat tempatkan banduan dari India
• SHTI jadikan banduan tenaga buruh murah - bina pelabuhan, bangunan, jalan raya, landasan
kereta api dan penjara
• 1790 - banduan dari India ditempatkan di Fort of Cornwallis, Pulau Pinang
• NNMB (Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor) - Penjara Taiping dijadikan pusat
tahanan banduan hukuman lama

Sarawak
• Dinasti Brooke - Penjara Sibu dikenali sebagai Rumah Pasong
• 1890 - Rumah Pasong paling awal dibina
• 1918 - 1963, Pegawai Daerah tadbir Rumah Pasong

Sabah
• SBUB - penjara terawal dibina di Sandakan
• Penjara ditadbir oleh Inspector of Prison (Commisioner of Police)
• Penjara juga dibina di Tawau, Kota Belud dan Tenom

6.4 KESIMPULAN
Kedatangan British
• Bawa perubahan dalam bidang pentadbiran
• Dasar-dasar pentadbiran bawa kesan ekonomi dan kesan sosial
• British - pentingkan keuntungan ekonomi, pelindungan pemodal Eropah dan golongan
kapitalis Barat tanpa fikirkan kebajikan masyarakat
• Pembangunan ekonomi tidak sekata - wujudkan jurang perbezaan

PERPADUAN KAUM
• Kewujudan masyarakat majmuk dan kesan pengenalan pendidikan vernakular sukarkan
perpaduan kaum dibentuk

IKTIBAR
 kepentingan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan kepentingan sikap bermuafakat
dalam majukan negara pada masa depan

You might also like