You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU,SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

-KERJA KURSUS-

KURSUS: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL


KOD KURSUS : MPU3102
Nama Pelajar : BONG SIAW CHEN
Angka Giliran : 2020072340158
No. Kad Pengenalan : 001114130626
Kumpulan : BM SJKC 3
Ambilan : JUN 2020
Nama Pensyarah : PUAN SUZANA BINTI YAZID
Tarikh Hantar : 16 NOVEMBER 2021
Tugasan : 1 (PENULISAN ESEI)

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada) :

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


Prakata
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak
terhingga kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang telah memberikan
tugasan kerja kursus ini yang bertujuan untuk menilai tahap penguasaan terhadap
pembelajaran kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Moral (MPU 3102).
Selain itu, terima kasih kepada Puan Suzana Binti Yazid selaku pensyarah Pengenalan
Kepada Pendidikan Moral saya kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan kepada
saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Jasa baik beliau akan saya kenang sampai bila-
bila.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak
memberikan sokongan dari segi kewangan kepada saya sepanjang kerja kursus ini
disiapkan. Saya amat menghargai pembelian laptop Acer oleh ibu bapa saya kerana laptop
tersebut telah memudahkan saya membuat kerja kursus ini. Seterusnya, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlibat
sama dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, terima kasih juga kepada semua ahli yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini. Terima kasih kerana sudi
meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga semasa kerja kursus ini dijalankan.
Sekian. Terima kasih.

i
Isi Kandung
Perkara Muka Surat
Prakata........................................................................................................................ i
1.0 Pengenalan...........................................................................................................1
2.0 Ciri-ciri pembentukan individu bermoral dalam kehidupan, sumbangan diri
terhadap keluarga dan masyarakat, konsep nilai dan profil insan moral
dalam kehidupan seharian .........................................................................................7
3.0 Penutup................................................................................................................8
Rujukan...................................................................................................................... 9
1.0 Pengenalan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembentukan insan bermoral adalah penting untuk
melahirkan individu yang mengamalkan nilai-nilai murni dan memberi sumbangan kepada
keluarga, masyarakat dan negara. Penerapan nilai murni, etika, akhlak dan moral dalam diri
individu dapat membentuk insan yang bermoral. Insan bermoral merupakan seseorang
individu yang menerima nilai murni dan segala peraturan yang dipersetujui dalam
masyarakat (Abdul Rahman Aroff, 1986). Justeru, dapat dikatakan bahawa insan bermoral
ialah individu yang mempunyai perlakuan dan tingkah laku yang baik, mengamalkan etika
dan nilai moral dalam kehidupan dan memenuhi dimensi moral. Contohnya, insan bermoral
akan mengamalkan nilai murni seperti jujur, bertanggungjawab dan ikhlas serta mempunyai
pemikiran moral dalam melaksankan perkara dalam kehidupan mereka. Dengan itu, insan
bermoral dan berakhlak mulia dapat dilahirkan demi keamanan dan keharmonian negara.
Perpaduan antara kaum juga dapat dieratkan dan memupuk persefahaman antara rakyat
Malaysia.
2.0 Ciri-Ciri Pembentukan Individu Bermoral dalam Kehidupan, Sumbangan Diri
terhadap Keluarga dan Masyarakat, Konsep nilai dan Profil Insan Moral dalam
kehidupan seharian
Pembentukan individu bermoral dalam kehidupan dapat menjamin keamanan dan
keharmonian dalam keluarga, masyarakat dan negara kerana individu tidak akan melakukan
perbuatan tidak baik yang akan membawa kesan buruk. Individu bermoral akan mempunyai
pemikiran moral yang logik dan rasional dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara.
Ciri-ciri pembentukan insan bermoral dalam kehidupan merupakan insan yang
mengamalkan nilai-nilai murni dan sifat moral dalam perkara yang dilakukan oleh mereka.
Antara ciri insan yang bermoral adalah mempunyai nilai dan sifat hemah tinggi dalam
kehidupan seharian. Nilai hemah tinggi ini melibatkan aspek dalam percakapan yang
berbudi bahasa dan perlakuan yang beradab sopan. Justeru, hemah tinggi merangkumi
makna iaitu beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam setiap tindakan yang diambil.
Dalam interaksi dan hubungan dalam keluarga, nilai hemah tinggi dapat diaplikasikan
apabila individu menggunakan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi dengan ahli
keluarga. Contohnya, saya akan bertutur dengan sopan dan lemah lembut serta
menggunakan kata panggilan seperti kakak, abang dan adik ketika memanggil ahli keluarga.
Dari segi pemakaian pula, saya sentiasa berpakaian sopan untuk menjaga maruah
keluarga. Saya juga sentiasa mengingatkan diri untuk tidak meninggikan suara terhadap ahli
keluarga walaupun dalam emosi marah kerana saya mengetahui bahawa itu adalah tanda
tidak hormat terhadap ahli keluarga. Sumbangan diri terhadap masyarakat pula ialah saya
sentiasa memberikan salam kepada orang yang lebih tua dan beramah mesra dengan jiran
untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Maka, semangat kejiranan dapat dikukuhkan dan
mewujudkan hubungan mesra dengan jiran. Dalam perkara ini, jiran akan rela untuk
menghulurkan bantuan apabila kita berada dalam kesusahan. Sikap hormat-menghormati
antara jiran tetangga juga dapat diwujudkan melalui hubungan mesra yang telah dijalin. Nilai
yang wujud ini amat penting sebagai panduan kepada individu untuk mengambil keputusan
yang rasional dan bertindak dengan betul. Oleh hal yang demikian, jenis nilai yang dapat
dikaitkan dengan contoh bagi nilai hemah tinggi ialah nilai intrinsik. Nilai instrinsik
merupakan nilai yang wujud dalam diri seseorang dan sentiasa diamalkan dalam diri. Nilai
instrinsik biasanya diterapkan dalam diri individu sejak kecil lagi agar individu tersebut
sentiasa mengamalkan nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Individu yang mempunyai
nilai hemah tinggi akan sentiasa berkelakuan sopan dan berbudi bahasa dalam pertuturan di
mana sahaja dia berada. Prinsip moral altruisme dapat dikaitkan dengan contoh bagi nilai
hemah tinggi kerana nilai ini akan mewujudkan sikap dan perbuatan yang menyenangkan
orang lain serta prihatin terhadap orang lain. Contohnya, individu yang mengamalkan nilai
hemah tinggi akan mempunyai keperibadian yang mulia dan sentiasa berbudi bahasa dalam
pertuturan. Perlakuan moral yang dapat dikaitkan dengan nilai hemah tinggi ini ialah individu
bermoral sentiasa menggunakan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi, mempunyai
sikap berterima kasih dan beramah mesra dengan orang sekeliling.
Seterusnya, individu yang bermoral akan mengamalkan nilai kasih sayang dalam
pergaulan seharian. Nilai kasih sayang merupakan perasaan cinta dan sayang yang lahir
daripada hati individu secara ikhlas. Nilai ini penting untuk mengekalkan kesejahteraan dan
keharmonian dalam keluarga, masyarakat dan negara. Kasih sayang dalam keluarga perlu
diamalkan untuk menjaga hubungan baik antara ahli keluarga. Sebagai contoh, saya
menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga seperti membantu ibu bapa membuat
kerja rumah untuk meringankan beban mereka. Saya juga menjadi kakak yang
bertanggungjawab dengan mengajar adik dalam membuat kerja sekolah. Bagi menghargai
jasa ibu bapa, saya juga pernah merancang dan memberi kejutan dalam meraikan hari
istimewa keluarga seperti hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan. Kami sekeluarga
berasa sangat gembira ketika sambutan tersebut dan peristiwa tersebut telah menjadi
kenangan manis kepada kami. Dengan itu, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan dan
menjamin kedamaian dalam keluarga. Nilai kasih sayang dalam masyarakat dapat
ditunjukkan dengan memberi keprihatinan dan bantuan kepada orang yang memerlukan.
Contohnya, sebagai seorang ahli dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, saya boleh
menjadi sukarelawan kepada masyarakat untuk membantu orang yang memerlukan
bantuan. Saya boleh mendapatkan bantuan derma daripada orang ramai untuk membantu
orang yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda disebabkan bencana alam seperti
banjir dan kebakaran. Saya akan menyumbangkan bantuan dalam bentuk tenaga dan
kewangan untuk meringankan beban mangsa bencana alam. Prinsip altruisme dapat
dikaitkan dalam aktiviti memberi sumbangan kewangan dan tenaga kerana aktiviti tersebut
merupakan amalan yang mengutamakan kebajikan orang lain daripada kepentingan sendiri.
Tindakan yang diambil juga adalah berperikemanuisaan. Nilai kasih sayang merupakan nilai
intrinsik. Individu akan sentiasa mengamalkan nilai kasih sayang dan menunjukkan
perlakuan kasih sayang kepada haiwan, keluarga, masyarakat dan negara. Dimensi moral
yang dapat diaplikasikan melalui contoh yang diberikan dalam nilai kasih sayang adalah
perasaan moral. Perasaan moral ini adalah merangkumi perasaan prihatin dan simpati yang
mendorong individu untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Justeru,
tindakan membantu masyarakat akan diambil disebabkan perasaan simpati terhadap
bencana alam yang menimpa mereka.
Di samping itu, ciri pembentukan individu bermoral adalah mempunyai nilai rasional.
Nilai rasional membolehkan individu membuat keputusan dan bertindak selepas membuat
pemikiran dan pertimbangan secara mendalam tentang kesan dan akibat daripada
melakukan sesuatu perkara. Perkara ini dapat mengelakkan individu daripada melakukan
tindakan yang terburu-buru dan mengikut emosi. Dalam sumbangan terhadap keluarga,
keluarga saya telah mengambil tindakan yang wajar dalam menyambut sambutan hari
perayaan secara kecil-kecilan. Contohnya, ketika sambutan perayaan Tahun Baharu Cina
pada tahun 2021, keluarga saya tidak mengadakan rumah terbuka untuk mengelakkan
penularan Covid-19. Walaupun keluarga saya tidak dapat menyambut perayaan ini secara
beramai-ramai dan meriah, namun tindakan ini adalah wajar demi keselamatan dan
kesihatan orang ramai. Justeru, keluarga saya telah mengamalkan nilai rasional dalam
perkara ini. Berdasarkan sumbangan diri terhadap masyarakat, saya harus mengambil
keputusan yang rasional dalam melaporkan perbuatan masyarakat yang tidak
bertanggungjawab seperti pembakaran terbuka dan membuang sisa toksik ke dalam sungai
kepada pihak berkuasa. Dengan itu, keindahan alam sekitar dapat dipelihara untuk
mengekalkan kesimbangan ekosistem. Nilai rasional ini melibatkan penaakulan moral
kerana seseorang akan membuat pertimbangan berdasarkan konsep dan pemikiran moral
sebelum bertindak. Prinsip keadilan dapat diaplikasikan dalam membuat keputusan kerana
pemikiran rasional ini membawa kepada keputusan yang adil. Nilai rasional merupakan nilai
intrinsik yang diamalkan dalam diri seseorang untuk membuat keputusan yang baik.
Tambahan pula, individu yang bermoral akan mengamalkan nilai kerajinan. Nilai
kerajinan membolehkan individu untuk melakukan kerja dengan tekun dan gigih berusaha
untuk mencapai matlamat tertentu. Rajin melakukan kerja dan membantu orang yang
memerlukan bantuan merupakan amalan mulia dan disenangi oleh masyarakat. Dalam
konteks keluarga, nilai kerajinan ini dapat ditunjukkan dengan perlakuan yang bermoral dan
memberi manfaat kepada ahli keluarga. Contohnya, sebagai anak yang taat dan
menyayangi ahli keluarga, saya rajin membantu ibu bapa dalam membuat kerja rumah
seperti mengemas dan membersihkan rumah untuk meringankan beban ibu bapa. Dalam
konteks masyarakat, kita harus rajin dalam menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan perumahan untuk menjaga kebersihan dan keindahan kawasan perumahan.
Dalam perkara ini, saya telah rajin melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat iaitu
gotong-royong untuk membersihkan longkang, mengecat dinding dan menyapu sekitar
kawasan perumahan. Dengan itu, kawasan perumahan yang bersih dan cantik dapat
diwujudkan. Berdasarkan contoh sumbangan terhadap keluarga dan masyarakat, nilai yang
dapat dikaitkan dengan perbuatan tersebut ialah nilai ekstrinsik. Nilai ekstrinsik merupakan
nilai yang perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat. Perlakuan
meringankan beban ibu bapa adalah bergantung kepada nilai lain iaitu kerajinan untuk
mencapai matlamatnya. Perlakuan untuk mewujudkan kawasan yang bersih dan cantik
adalah bergantung kepada nilai kerajinan untuk mencapai matlamat tersebut. Nilai kerajinan
merupakan perlakuan moral yang harus diamalkan oleh kita agar kita tetap gigih berusaha
dan cekal untuk mencapai sesuatu matlamat. Rajin dalam membantu ibu bapa dan
masyarakat merupakan amalan mulia untuk menjalin hubungan yang baik.
Ciri pembentukan individu yang bermoral dalam kehidupan adalah mengamalkan
nilai keadilan. Nilai keadilan penting untuk menjamin keputusan yang adil dan saksama
dapat dibuat di mahkamah tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang. Dalam konteks
keluarga, nilai keadilan dapat diamalkan apabila kita sentiasa bersikap tidak berat sebelah
terhadap sesuatu perkara. Contohnya, sekiranya adik melakukan kesalahan, saya akan
memberi hukuman kepada adik walaupun saya sangat sayang akan adik saya. Keadilan
dalam membuat keputusan dalam keluarga penting untuk menerapkan nilai keadilan dalam
kalangan ahli keluarga. Jika kita membahagikan hadiah seperti alat tulis dan makanan
secara sama rata kepada adik-beradik, perkara tersebut juga mengukuhkan nilai keadilan
dalam keluarga. Dalam konteks masyarakat, nilai keadilan dapat diaplikasikan dalam
membuat keputusan yang saksama demi kesejahteraan masyarakat. Misalnya, sekiranya
saya bertugas sebagai pengawas di sekolah, saya akan menjalankan tugas dengan penuh
bertanggungjawab dan adil. Dalam perkara ini, jika rakan baik saya telah melanggar
peraturan sekolah seperti membuli dan merokok di kawasan sekolah, saya akan melaporkan
perbuatan dia kepada guru yang bertugas walaupun dia merupakan rakan baik saya. Nilai
keadilan adalah berkaitan dengan nilai mutlak kerana nilai ini merupakan nilai yang diterima
umum dan kekal sepanjang masa dalam peraturan dan norma masyarakat. Berdasarkan
contoh dalam keluarga dan masyarakat, individu perlu mengamalkan nilai keadilan untuk
memastikan tindakan yang mereka ambil adalah wajar dan betul. Nilai keadilan merupakan
penaakulan moral yang berasaskan kepada pemikiran individu secara rasional dengan
mengambil kira prinsip moral dan nilai moral dalam mengambil keputusan yang betul.
Prinsip keadilan dapat dilihat dalam contoh memberi barang secara sama rata kepada adik-
beradik dan menjalankan tugas dengan adil walaupun orang yang melakukan kesalahan
adalah merupakan rakan baik. Prinsip keadilan ini perlu diamalkan dalam semua perkara
seperti pemikiran dan perlakuan untuk mengawal diri daripada melakukan perkara yang
buruk.
Secara keseluruhannya, pembentukan individu bermoral adalah berkaitan dengan
penerapan nilai, etika dan moral dalam individu tersebut. Ciri-ciri pembentukan individu
bermoral merupakan ciri yang diamalkan oleh individu bermoral. Perkara yang dilakukan
oleh individu bermoral dapat dikaitkan dengan jenis nilai, prinsip nilai dan dimensi moral
untuk menjamin kesejahteraan hidup.
3.0 Penutup
Kesimpulannya, pembentukan individu bermoral adalah penting untuk menjamin keamanan
dan keharmonian dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikiran kerana individu akan
sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari diri daripada melakukan perbuatan tidak baik
yang akan mendatangkan kesan buruk. Individu bermoral mempunyai keperibadian yang
mulia dan berupaya untuk mempengaruhi orang sekeliling untuk bersama-sama melakukan
kebaikan. Justeru, individu bermoral mempunyai nilai-nilai murni seperti jujur, amanah dan
berdikari dalam menjalani kehidupan mereka.
Rujukan
Aroff, A. R. M. (1999). Pendidikan Moral: Teori etika dan amalan moral. Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

Balakrishnan, V. (2009). Pendidikan Moral. Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Isa, A. M. M., & Mahyuddin, R. (1997). Psikologi Pendidikan: Pertumbuhan dan


Perkembangan. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2010). Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Omar, A. Z., Shuid, M., Aris, M., Sam, F., & Suratnu, R. (2014). Pengantar Pendidikan
Moral. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

You might also like