You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

MPU3102
TUGASAN 1

Nama : ARULVELAN THEVAR A/L ULAGANATHAN


No. K/P : 011114-08-1245
Angka Giliran : 2020122340118
Program : 4 PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : MATEMATIK 2
Nama Pensyarah : EN. MOHD FUAD BIN SAM
Tarikh Hantar : 18/12/2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Murid:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan murid terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( ARULVELAN THEVAR A/L ULAGANATHAN )
Tarikh : 18/12/2021
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
1.0 Pengenalan

Mengikut pepatah melayu, bagai aur dengan tebing, begitulah juga perpaduan dan kerjasama
merupakan dua perkara asas yang perlu diberi penekanan jika kita hendak mewujudkan keseimbangan
dalam masyarakat di negara terbilang ini. Terutama ke arah membina sebuah masyarakat yang lebih
harmoni, apatah lagi dengan kehidupan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya seperti di Malaysia.
Penduduk Malaysia pada tahun 2021 dianggarkan berjumlah 32.7 juta, dengan 28.9 juta daripadanya
warganegara dan selebihnya bukan warganegara, menurut Jabatan Statistik. (Utusan Melayu, 2021).
Jelaslah bahawa, negara kita diliputi dengan pelbagai kaum, agama dan bangsa. Di negara Malaysia, kita
terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat negara
kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Penghayatan nilai dalam pelbagai agama dan budaya akan
membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai
pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat .

Kita berasa bertuah dilahirkan di negara yang mempunyai kepelbagai etnik. Rakyat Malaysia telah
terdidik dengan nilai-nilai murni iaitu penerimaan dengan menghormati perbezaan kebudayaan kaum
masing-masing. Kewujudan kepelbagaian kaum dengan dilimpahi kepelbagai budaya daripada segi
perayaan, pemakanan, bahasa dan pemakaian telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Dalam
kepelbagaian itu, persefahaman juga menjadi asas yang kukuh untuk mengekalkan keharmonian, keamanan
dan ketenteraman di negara ini. Banyak langkah dan dasar yang dilaksanakan dalam usaha mengimbangi
kehendak semua etnik agar dapat meletakkan perpaduan di tangga teratas.

Gambar 1: menunjukkan statistik perpaduan tahun 2018


2.2 Konsep Nilai

Mengikut kamus dewan edisi keempat (2007), nilai didefinisikan sebagai ‘taksiran’ harga iaitu harga
sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain. Dalam kata lain nila juga dikatakan sebagai darjat,
kualiti, dan mutu. Seterusnya, nilai sebagai elemen utama pembentukan konsep-konsep moral dan sikap
dilihat sebagai elemen yang menyokongnya. Hal ini kerana orientasi pembentukan nilai dilihat sebagai
elemen penting yang berfungsi sebagai panduan atau tunjuk arah sesuatu tingkah laku dan juga merupakan
jalan keluar kepada seseorang individu untuk menyelesaikan masalah.

Bagi menyelesaikan fenomena moral, nilai moral digunakan sebagai tunjuk arah, rujukan dan panduan.
Ini bermakna nilai akan menjadi penyelesaian masalah bagi beberapa masalah yang konflik. Nilai juga
berfungsi sebagai pembatasan. Inidividu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan
sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati. Apabila kita mengetahui batasan nilai kita,
maka kita tidak akan pengaruh dengan gejala-gejala yang negatif dan akan memahami kepentingan nilai
terhadap diri sendiri dan orang lain.

3.0 Nilai-nilai universal diamalkan dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Dalam era permodenan ini, bagi mengaji nilai serta norma masyarakat di Malaysia, perlulah diambil
kira tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Proses menilai yang utama ialah dari segi sosial, dimana
ia berdasarkan bahawa manusia dipengaruhi dan bertindak dalam konteks sosial. Nilai masyarakat Malaysia,
walaupun mungkin berbeza dengan masyarakat di Barat, adalah tidak semestinya sama dengan nilai
masyarakat yang lain (Abdul Rahim, 2001). Di Malaysia terdapat pelbagai jenis nilai dan norma, disebabkan
masyarakat Malaysia adalah gabungan berbagai jenis etnik dan agama. Oleh itu sukar untuk mengenal pasti
nila-nilai sebenar masyarakat di Malaysia. Berikut adalah beberapa nilai yang biasa terdapat dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Terdapat banyak cara yang pragmatik, sistematik dan konkrit dalam menyemai nilai
moral dalam insan.

Persoalannya, apakah nilai-nilai universal yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat di


Malaysia?

3.1 Nilai Kerjasama

Di Malaysia, nilai ini sering diaplikasikan oleh masyarakat yang berbilang kaum. Kerjasama
didefinisikan sebagai sesuatu kerja dilakukan secara bersama di peringkat individu, masyarakat dan negara
(Yunus, 2006) dalam buku ciri-ciri pembangunan bandar sejahtera. Nilai ini amat sesuai dengan cara hidup
masyarakat di negara kita. Hal ini kerana kebanyakkan aktiviti dilaksanakan oleh semua lapisan
masyarakat secara bersama di semua peringkat. Elemen kerjasama amat penting dalam kalangan
masyarakat agar kemajmukan masyarakat terpelihara pada setiap masa. Sikap kerjasama arus dipupuk
dalam semua jenis golongan masyarakat. Seterusnya, tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat,
negara akan menjadi huru-hara dan tidak stabil. Akibatnya, terdapat kemunduran dalam pembangunan
sektor ekonomi, politik, dan sosial. Secara tidak langsung semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat akan kurang. Untuk mengelakkan situasi tersebut berlaku kita sebagai rakyat haruslah
mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan.
Antara langkah yang dilakukan ialah mengunjungi rumah terbuka semasa sesuatu perayaan disambut.
Contohnya, rumah terbuka sempena perayaan Hari Raya Adilfitri. Melalui mengadakan rumah terbuka
perayaan tersebut bertambah meriah melalui kunjungan dari pelbagai pihak yang berlainan kaum, bangsa
dan agama seperti kaum India, Cina dan sebagainya. Kesannya, dapat mewujudkan situasi yang aman
dan mesra budaya antara semua pihak. Di samping itu, dapat mewujudkan hubungan yang baik antara
semua orang.

Langkah seterusnya ialah mengadakan program kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong di


peringkat taman. Ia juga merupakan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara semua
pihak. Seterusnya, mewujudkan semangat kerjasama antara kaum. Sebagai contoh, masyarakat bergotong-
royong membersihkan kawasan tempat tinggal. Hasilnya, dapat meningkatkan kualiti kehidupan melalui
persekitaran yang bersih. Secara tidak langsung memupuk nilai semangat cinta alam sekitar kepada semua
golongan masyarakat. Selain itu, bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringkan bebanan yang
dipikul oleh setiap anggota masyarakat. Situasi tersebut amat sesuai dengan bak kata pepatah berat sama
dipikul ringan sama dijinjing. Kesannya, kesejahteraan masyarakat dapat dikekalkan dan pembangunan
negara dari segi aspek sosial terus maju ke hadapan.

Gambar 2: Amalan bergotong royong

3.2 Nilai Hormat-menghormati

Nilai ini pula sangat ditekankan oleh masyarakat timur terutamanya di negara kita Malaysia. Nilai ini
telah menerangkan tugas menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi
layanan yang bersopan (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007). Hormat-menghormati adalah nilai yang patut
dipupuk bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama orang lain. Masyarakat yang berhemah selalunya
akan mempunyai nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Pada masa yang sama masyarakat yang
mengamalkan nilai ini, akan memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain.
Hal ini jelaslah bahawa, sesiapa yang mempunyai nilai ini akan bersikap ikhlas dan tidak akan mengharapkan
balasan daripada orang lain. Dengan ini, nilai ini merupakan sesuatu nilai yang mustahak bagi setiap kaum.

Dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India ketiga-tiga kaum ini mengamalkan nilai ini
dengan menghormati ibu bapa dan orang tua. Dengan ini mereka dapat mendengar dan menghormati setiap
pendapat yang diberi oleh mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang anak mendengar dan menghormati
pendapat orang yang lebih tua maka, mereka akan mendapat pahala. Cara yang lain untuk menghormati
orang tua-tua di setiap kaum tersendiri adalah dengan bersalam dan bersapa mereka. Apabila perlakuan
seperti ini dilaksanakan, mereka akan berasa kagum dengan sikap kita dan akan mula memberi hormat
kepada kita tak kira usia. Selain menghormati orang-orang tua, cara lain untuk menghormati dalam setiap
kaum ialah dengan horrmat dan taat kepada ibu bapa. Hal in menjelaskan kewajipan dan tanggungjawab
seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa. Cara mengamalkannya adalah seperti, menolong ibu bapa,
mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa dan menghargai dan menyanjungi mereka. Sebagai contoh,
dalam setiap kaum ini, seseorang anak membesar dengan adanya pengorbanan besar ibu bapa. Maka,
sekiarnya hendak membalas jasa mereka, setiap kaum ini akan menghormati mereka dengan tidak melawan
cakap dan menjaga mereka dengan baik sewaktu mereka tua. Jelaslaha bahawa, nilai hormat-menghormati
merupakan nilai yang diamalkan oleh setiap kaum tidak kira agama dan bangsa di negara kita.

Gambar 3: Mendapat restu daripada ibubapa

3.3 Nilai Kasih Sayang

Dalam dunia yang indah ini, setiap manusia dilahirkan dengan nilai kasih sayang secara semulajdi.
Nilai kasih sayang agak berbeza dengan nilai murni yang lain. Kerana nilai kasih sayang merupakan nilai
semulajadi yang terdapat pada setiap manusia. Nilai kasih sayang tidak hanya ada pada manusia malah
juga dikurniakan kepada haiwan dan benda-benda hidup di permukaan dunia ini. Oleh itu, kasih sayang
merupakan perasaan kasih dan sayang yang mendalam yang lahir dari hati yang mulia dan ikhlas (Yunus,
2006). Nilai kasih sayang tidak boleh dilihat dan bersifat bukan kebendaan. Tetapi boleh dirasa dalam hati
kita. Seterusnya, amalan nilai kasih kasih sayang dalam masyarakat majmuk malaysia dapat dilihat daripada
pelbagai sudut. Antara contoh situasi yang menghayati nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat ialah
pungutan derma dan barangan kepada mangsa banjir. Semasa banjir telah melanda negeri seperti Perak,
Pahang, Kedah telah menyebabkan penduduk kawasan terlibat dalam banjir terpaksa pindah ke pusat
pemindahan. Situasi tersebut telah menyebabkan pihak NGO dan agensi lain turut berkolaborasi dengan
kerajaan dalam misi membantu mangsa banjir. Antara cara yang dilaksanakan bagi membantu mangsa
banjir ialah pungutan derma dan barangan terpakai. Bantuan yang dikumpulkan dari semua pihak telah
disalurkan kepada mangsa banjir dari segi makanan, barangan keperluan dan sebagainya. Situasi ini
memberi gambaran yang jelas bahawa rakyat malaysia memberi prihatian kepada semua pihak tidak kira
bangsa, agama atau budaya. Kesannya, rakyat Malaysia dapat mengurangkan jurang antara mereka dan
hidup secara aman dan damai.

Gambar 4: Pihak NGO sedang membantu mangsa banjir dengan


pemberian makanan dan minuman.

3.4 Nilai Semangat Bermasyarakat

Nilai semangat bermasyarakat dikaitakan dengan semangat suka membantu serta memberi khidmat
secara sukarela tanpa mengharapkan ganjaran atau upah daripada komuniti (Adnan, 2013). Antara contoh
yang mengaitkan dengan nilai tersebut ialah semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Jiran
ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah
kita. Seterusnya, jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang
akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa
“Jiran sepakat membawa berkat”. Selain itu, memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi
mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat
dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Di samping itu, amalan
gotong-royong juga akan dapat menyatukan rakyat malaysia yang berbilang kaum. Di samping itu, hubungan
baik melalui amalan gotong-royong ini setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat dilakukan
dengan cara membersih taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini
boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang masyarakat kejiranan
daripada dijangkiti demam denggi. Jelasnya bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui
hubungan baik antara jiran.

Tambahan pula, semangat bermasyarakat ini juga penting kepada negara kerana memudahkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan
“Negara Maju Rakyat Sihat” menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka
pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang
kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala
kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama
secara adil dan saksama (Rahman, 1999). Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai
kemudahan dan infrastrukutur di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya,
taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan
yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat
kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai
kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Gambar 5: Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan


Kami @ Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur hari ini. -BERNAMA

3.5 Nilai Bertanggungjawab

Menurut Yunus (2006), bertanggungjawab membawa maksud sebagai suatu bentuk sikap dan
perbuatan seseorang dalam melaksanakan tugas dan kewajibannya baik terhadap diri sendiri, masyarakat,
lingkungan alam, lingkungan sosial budaya, negara dan Tuhan. Ia merupakan sikap menghargai dan
menghormati hak-hak orang lain. Terdapat beberapa kategori dalam tanggungjawab, iaitu tanggungjawab
terhadap diri sendiri, tanggungjawab terhadap keluarga, tanggungjawab terhadap alam sekitar,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Contohnya, umat Islam ditanggungjawabkan untuk
menjaga kebersihan diri dan tubuh badan seperti, membersihkan badan seperti mandi, mencukur misai,
memotong kuku serta mencukur bulu adalah amalan-amalan sunat yang dituntut dalam Islam. Amalan-
amalan ini mempunyai hikmah seperti, boleh mengekalkan kesihatan, mengelakkan diri daripada pelbagai
penyakit, lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan, nilai personaliti seseorang.

Seterusnya, kaum India turut mengamalkan nilai bertanggungjawab ini dalam pelbagai situasi. Dalam
keadaan ini, situasi yang kerap dikaitkan adalah tanggungjawab yang mereka patuhi dalam situasi kewajipan
dalam sesuatu amalan. Sebagai contoh, apabila sebuah keluarga pindah ke rumah baru, susu hendaklah
dididihkan terlebih dahulu di atas dapur masak yang baru sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Ini adalah
simbolik untuk rezeki yang sentiasa melimpah ruah untuk keluarga tersebut dan juga memberkati rumah
baru. Susu yang telah dididih itu akan dipersembahkan untuk dewa-dewa terlebih dahulu sebelum diberikan
kepada tetamu dengan sedikit gula. Pernyataan ini merupakan salah satu tanggungjawab yang harus
dipatuhi oleh kaum india.
Kaum Cina pula dipertanggungjawabkan supaya mengamalkan agama mereka dengan cara yang betul
dan perlu bersabar kepada golongan masyarakat yang akan datang. Tuntasnya, apabila berlakunya
kematian, mereka haruslah memastikan dengan memakai pakaian yang berwarna-warni sewaktu pergi ke
rumah orang mati. Sebaiknya, pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan
sebagainya. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau
gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib
baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Jelaslah bahawa, pernyataan ini merupakan
tanggungjawab yang harus dipatuhi oleh kaum Cina sewaktu berlakunya kematian.

Gambar 6 menunjukkan seorang kanak sedang membuang sampah


ke dalam tong sampah untuk menjaga alam persekitaran.

4.0 Rumusan

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelaslah bahawa penerapan nilai-nilai
murni dalam kalangan masyarakat di Malaysia amat penting kerana perkara ini dapat memberi banyak
sumbangan demi kesejahteraan sejagat. Masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni juga akan dapat
menyemai rasa cinta akan Negara sekaligus menghargai keamanan yang dikecapi (Teh, 2009). Hasrat agar
masyarakat lebih berjiwa murni di samping tidak dengki antara satu sama lain akan tercapai melalui
penerapan nilai-nilai murni. Sikap masyarakat yang memberi tumpuan terhadap matlamat menerapkan nilai-
nilai murni seperti mutiara kata “pahit manis sama dirasa, satu arah satu tujuan” kerana kesenangan dan
kemewahan yang dimiliki yang dikongsi bersama.
RUJUKAN

Adnan, M. B. (2013). Nilai semangat kemasyarakatan. Diakses pada 5 Dec 2021,

http://ohkarangan.spot.my/2017/10/contoh-karangan-spm-memupuk-semangat.html

Abdul, R. (2001). Nilai Murni Dalam Pendidikan Menghadapi Perubahan Dan Cabaran Alaf Baru. Shah
Alam: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Noresah, B. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas
kurikulum KBSR I KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Teh, W. (2009). Relatoins In Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (ASIA) Ltd.

Rahman. (1999). Pendidikan Moral.Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:


Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Utusan Melayu. (2021). Penduduk Malaysia dianggar 32 juta tahun ini. Diakses pada
4 Dec 2021,

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penduduk-malaysia-dianggar-32-juta-tahun-ini-
1.502818#ixzz5BfoBPmCa.

Yunus, S. (2006). Ciri-ciri Pembangunan bandar sejahtera. Kuala Lumpur: MIMOS.


LAMPIRAN

FENOMENA MASYARAKAT BERBILANG KAUM MENJALINKAN HUBUNGAN MESRA MELALUI


RUMAH TERBUKA YANG DILANGSUNGKAN SECARA BESAR-BESARAN.

SITUASI YANG DAPAT DILIHAT DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG


IBRAHIM YANG BERBILANG KAUM
FENOMENA MASYARAKAT BERBILANG KAUM PADA HARI SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI
MALAYSIA

LOGO RASMI RUKUN TETANGGA YANG MENJADI ASAS TERHADAP PERPADUAN KAUM YANG
TERJALIN DI MALAYSIA
KERATAN AKHBAR BERKAITAN DENGAN NILAI KASIH SAYANG

You might also like