You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI


71760 BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN,
MALAYSIA
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
PPISMP SEMESTER 1
PENULISAN ESEI 1

NAMA MUHAMMAD NASRI BIN MUHAMMAD ALI

NO.KAD PENGENALAN 001017-12-1939

1 PPISMP SAINS 1
KUMPULAN / UNIT

GSB1012 KESANTUNAN MASYARAKAT


KOD & NAMA KURSUS MALAYSIA

TAJUK PROJEK PENULISAN ESEI 1

PENSYARAH PEMBIMBING PUAN TAN SOK PHIAW

TARIKH SERAHAN 27 OGOS 2018


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama Pelajar : MUHAMMAD NASRI BIN Angka Giliran : 201816231087
MUHAMMAD ALI
Tajuk Tugasan : PENULISAN ESEI 1
Pensyarah : PUAN TAN SOK PHIAW Kod/Kursus : GSB1012 KESANTUNAN
MASYARAKAT MALAYSIA

Tarikh Hantar : 27 OGOS 2018 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah) :

Pengakuan Pelajar

Tandatangan : Tarikh :
(MUHAMMAD NASRI BIN MUHAMMAD ALI)

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa Moderator (Jika berkaitan)

Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh dibaiki : Aspek yang boleh dibaiki :

Tandatangan Pensyarah : Tandatangan Pensyarah :


Tarikh : Tarikh :

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumat Yang Diberikan Pensyarah

Tandatangan : Tarikh :
1.0 PENGENALAN

Kebanyakan masyarakat dunia melihat kuasa, pengaruh, harta benda, dan


kekayaan sebagai kayu ukur kehebatan dan kemajuan sesebuah tamadun. Namun,
harus kita ingati bahawa nilai ketamadunan bangsa itu terletak pada kesantunan
berbahasa dan budi pekerti mulia yang diamalkan oleh barisan kepimpinan dan
setiap peringkat umur dan generasi bangsa tersebut. Nasib dan masa depan
sesebuah negara itu terletak pada generasi mudanya terutamanya remaja kerana
mereka yang akan memegang tampuk pemerintahan negara. Oleh itu, pemantapan
kesantunan berbahasa amat penting bagi memastikan kelangsungan pembangunan
negara di masa depan.

2.0 TAKRIF DAN KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA MENURUT


PANDANGAN TOKOH DALAM DAN LUAR NEGARA

2.1 PANDANGAN TOKOH DALAM NEGARA

2.1.1 ASMAH HAJI OMAR (2002)


Menurut Asmah Haji Omar (2002), peraturan berbahasa merujuk penggunaan
bahasa yang berpandukan peraturan tertentu, yang pada amnya mempunyai tiga
jenis peraturan, iaitu peraturan linguistik, sosiolinguistik, dan pragmatik. Kepatuhan
kepada peraturan itu menunjukkan bahawa bahasa penggunaannya bercirikan
santun bahasa.
Peraturan pertama ialah linguistik dimana peraturan penggunaan bahasa yang
menekankan aspek ketepatan bentuk dan binaan bahasa iaitu dari segi sebutan,
intonasi, ejaan, kosa kata, dan tatabahasa. Penggunaan peraturan ini amat penting
ketika urusan dan majlis rasmi berbanding urusan tidak rasmi. Hal ini kerana
kebanyakan tetamu yang hadir di majlis-majlis rasmi terdiri daripada orang-orang
kenamaan dalam agensi atau organisasi kerajaan,maka penggunaan bahasa yang
linguistik dapat memastikan kejelasan mesej yang disampaikan agar perjalanan
urusan atau majlis berjalan lancar. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan jurang
komunikasi antara ahli-ahli majlis.
Peraturan seterusnya ialah sosiolinguistik yang secara amnya melibatkan
penggunaan kata sapaan yang betul dan telah ditetapkan dalam sesebuah
masyarakat. Peraturan ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu peraturan bahasa
yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar dalam
konteks komunikasi lisan. Manakala, aspek kedua melibatkan konteks komunikasi
tulisan antara penulis dengan pembaca.
Akhir sekali, kepatuhan kepada peraturan pragmatik yang dilaksanakan untuk
mencapai matlamat dan tujuan interaksi secara sopan dan berkesan. Antara aspek
yang perlu dipatuhi dalam peraturan pragmatik ialah pemilihan kata, ungkapan, dan
wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara itu.

Secara ringkasnya, kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan ini amat penting


agar kejayaan dalam kesantunan berbahasa bagi setiap golongan masyarakat dapat
dicapai dengan menyeluruh dan berkesan eperti yang telah ditegaskan oleh Asmah
Haji Omar.

2.1.2 ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH (2012)


Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012), kesantunan dapat ditakrifkan
sebagai penggunaan bahasa yang halus dan santun yang dapat melambangkan nilai
sosial dan budaya sesuatu masyarakat. Kesantunan juga dapat diklasifikasikan
sebagai etika sosial, iaitu sesuatu perkara asas dan perlu diamalkan untuk
mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada tetamu.
Penggunaan bahasa yang halus boleh dianggap sebagai cara berbahasa yang
lembut digunakan secara meluas dalam ungkapan bertatasusila untuk menjaga
perasaan orang lain semasa berkomunikasi. Misalnya, seseorang mengucapkan
“Terima kasih” apabila mendapat pertolongan dan bantuan dari insan lain.
Perkara ini menunjukkan bahawa kesantunan dalam berbahasa seperti yang
ditunjukkan oleh orang Melayu dalam mengambil langkah untuk menghidupkan
masyarakat yang bersopan santun perlu dijadikan teladan oleh semua masyarakat.
Ia juga turut menjadi lambang kepada budaya orang Melayu yang mementingkan
adab dan sopan. Tegasnya, bahasa yang lembut dan sopan perlulah dipraktikkan
serta dimartabatkan kerana ia merupakan cerminan kepada nilai sosial dan budaya
sesuatu masyarakat seperti yang diulas oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah.
2.1.3 ABDULL SUKOR SHAARI et al. (2003)
Kemudian, Abdull Sukor Shaari et al. (2003) mendefinisikan kesantunan sebagai
cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan,
tidak biadap, atau kurang ajar seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur
sapa, nada, gerak laku, dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.
Kita boleh menggunakan kata sapaan yang betul dan sopan contohnya,
“Selamat pagi encik, apa saya boleh bantu?”. Ayat ini menunjukkan penggunaan
kata sapaan yang baik dan santun kerana memberi kata penghormatan terlebih
dahulu sebelum membuat pertanyaan. Seseorang itu juga perlu menggunakan
konteks percakapan yang sesuai mengikut situasi, contohnya dalam konteks mahu
menasihati seseorang kita hendaklah menggunakan bahasa yang halus dan dan
nada yang rendah. Bukan itu sahaja, penggunaan kata seperti “mohon” atau “tolong”
serta ekspresi muka yang mesra juga dapat membantu mengelakkan konflik dan
menjaga hati orang yang dinasihati itu.
Tuntasnya, penggunaan bahasa yang penuh sopan, tidak biadap atau kurang
ajar yang telah diperkatakan oleh Abdull Sukor Shaari et al dapat mengekalkan
suasana yang harmoni dalam kita berkomunikasi antara satu sama lain..
2.2 PANDANGAN TOKOH LUAR NEGARA

2.2.1 HAMKA (2002)

Hamka (2002) berpendapat bahawa kesantunan merujuk kepada adab dan


ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang.
Menurut beliau, kecantikan sebenar seseorang itu tidak terletak pada paras rupa dan
cara pemakaiannya tetapi dilihat melalui adab dan ketinggian peribadinya.
Tambahan pula, kesantunan juga meliputi kata-kata yang lemah dan beradab
sehingga dapat melembutkan hati seseorang. Hal ini menunjukkan bahawa
seseorang itu tidak boleh dinilai berdasarkan zahirnya sahaja,tetapi ia perlu dinilai
melalui ketinggian akhlak dan budi pekerti yang dimiliki olehnya. Seseorang yang
mempunyai pegangan agama yang baik akan mempunyai budi bahasa dan tingkah
laku yang penuh sopan santun kerana agama amat menuntut umatnya berakhlak
mulia.
Sehubungan dengan itu, masyarakat seharusnya berusaha untuk
memperelok dan memperbaiki hubungan diri dengan Tuhan agar dapat menjadi
manusia yang baik budi pekertinya melalui adab dan akhlak yang diajarkan dalam
agama. Sebagai contoh,seseorang yang mempunyai akhlak yang terpuji kebiasaan
menggunakan kata-kata yang lemah lembut dan beradab ketika berapaan dengan
orang lain seperti memberi ucapan “Assalamualaikum” atau “Hai,selamat sejahtera”
ketika bertemu dengan seseorang.
Tuntasnya, adab dan ketinggian ilmu merupakan perkara pokok yang perlu
diberi penekanan dalam melahirkan individu yang berbudi pekerti di dalam sesebuah
masyarakat.
2.2.2 BROWN DAN LEVINSON (1987)

Brown dan Levinson (1987) pula mengaitkan kesantunan dengan usaha untuk
mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar. Mereka
menyatakan bahawa wajah merupakan kurniaan peribadi yang dimiliki oleh setiap
insan dan bersifat universal. Dalam teori ini, mereka membahagikan wajah kepada
dua jenis, iaitu wajah positif (positive face) dan wajah negative (negative face).
Sehubungan dengan teori itu, Siti Hajar Abdul Aziz (2008) telah mengupas tentang
wajah positif berkaitan dengan nilai perpaduan, tidak formal, keikhlasan, dan
keakraban sementara wajah negatif merujuk kepada keinginan seseorang untuk
berdikari, bebas daripada gangguan pihak luar tetapi sentiasa mengharapkan
penghargaan daripada orang lain terhadap sikap berdikari yang ditunjukkannya.
Teori ini menunjukkan bahawa mimik muka dan wajah memainkan peranan
yang besar dan memberi kesan yang mendalam ketika interaksi sosial iaitu antara
penutur dan pendengar. Sebagai contoh, apabila seorang rakan ingin mengucapkan
takziah kepada ahli keluarga si mati, mimik muka dan nada suara yang digunakan
mestilah hiba dan simpati supaya ianya relevan dan bersesuaian dengan situasi
kurang bernasib baik yang dilanda mereka . Oleh itu, kita mestilah bijak dalam
menggunakan ekspresi dan mimik muka yang sesuai semasa berinteraksi dengan
seseorang agar sebarang konflik dapat dielakkan.
Kesimpulannya, penggunaan air muka yang betul bersesuaian dengan keadaan
dan sutuasi yang dihadapi amat penting kerana aspek ini biasanya dipandang
enteng oleh sesetengah golongan masyarakat tanpa menyedari impaknya yang
besar dalam interaksi seharian kita.
2.2.3 THOMAS (1995)

Menurut Thomas (1995) pula, kesantunan ialah kesedaran tentang jarak sosial.
Jarak sosial bermaksud satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud antara
individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan
kelompok. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai status yang setara
membuatkan jarak sosial yang lebih dekat dalam kalangan mereka dibandingkan
dengan orang-orang yang memiliki status berbeza. Beberapa faktor yang
menentukan jarak sosial iaitu perbezaan status, darjah keakraban, jantina, usia,
kelas pekerjaan, tahap pendidikan, etnik, dan sebagainya.
Perkara ini bermaksud seseorang penutur perlu sentiasa mengamalkan sikap
sopan apabila berhubung dengan orang lain kerana adanya had antara seorang
penutur dengan yang lain. Sebagai contoh, kita cenderung menggunakan perkataan,
sebutan, dan intonasi yang berbeza ketika berbual dengan orang yang jarak
sosialnya lebih rapat dengan kita seperti ibu bapa dan kawan-kawan, berbanding
dengan masyarakat atau orang yang lebih dewasa daripada kita. Selain itu juga, cara
perhubungan seseorang itu dengan orang yang baru dikenalinya dan kawan
rapatnya mempunyai perbezaan yang amat ketara kerana terdapatnya sempadan
dimana mereka masih belum dapat mengenali isi hati masing-masing.
Oleh sebab itu, seseorang itu haruslah dapat membezakan darjah kesopanan
yang patut digunakan semasa bergaul dengan seseorang berdasarkan jarak
sosialnya agar komunikasi yang berkesan dapat direalisasikan antara ahli-ahli
masyarakat
3.0 KESIMPULAN
Natijahnya, definifi kesantunan berbahasa pada umumnya merupakan nilai
kesopanan dan kehalusan yang wujud ketika menggunakan bahasa sama ada
berbentuk lisan atau tulisan contohnya berbudi bahasa, bersopan santun, lemah
lembut, dan beramah mesra dengan orang lain. Perkara ini seharusnya menjadi
fokus utama dalam pembangunan modal insan kita yang lebih gemilang dan
terbilang dari segi akademik mahupun sahsiah. Maka, secara tidak langsung ianya
dapat melahirkan masyarakat yang amat berbudi bahasa dan saling hormat
menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum, agama, bangsa, dan
budaya seterusnya membolehkan perpaduan dan keamanan yang telah lama kita
kecapi akan kekal terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi muda yang akan
datang. Orang bijak pandai pernah berkata janganlah kita menjadi seperti enau
dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing kerana jelaslah kehidupan
bermasyarakat merupakan kunci kepada kelangsungan negara kita di masa depan.
RUJUKAN

Abdul Sukor Shaari, Nuraini Yusoff dan Mohd Isa Awang. (2003). Bahasa Melayu
Komunikasi. Bentong Pahang Darul Makmur: PTS Publication and Distributor Sdn.
Bhd.

Asmah Haji Omar. (2002). Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Brown, P. dan Levinson, S.. (1987). Politeness: Some Universal in Language Usage.
Cambridge: Cambridge University Press.

Faridah Nazir, Ratna Laila Shahidin dan Faiziah Shamsudin. (2015). Kesantunan
Masyarakat Malaysia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Hamka. (2002). Merantau ke Deli. Kuala Lumpur: Crescent News

Khairuddin Mohamad. (2018). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Shah Alam: Oxford


Fajar Sdn. Bhd.

Thomas dan Jenny. (1995). Meaning in Interaction: An Introduction to Pragmatics.


New York: Longman.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2012). “Penggunaan Strategi Ketidaksantunan dalam


Kalangan Remaja di Sekolah”. Jurnal Linguistik. Jil. 16. Persatuan Linguistik
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like