You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR


JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS 1


(INDIVIDU)
SEMESTER : 1 TAHUN : 1

KOD KURSUS
GSB1012
KURSUS
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Nama Pelajar ABDUL RAHMAN BIN SHAZALI


Angka Giliran
2019172310001
No. Kad Pengenalan
010619-14-0509
Kumpulan/Unit
J 1.8
Nama Pensyarah
AMAT TAROP BIN SUMO
Tarikh Hantar
19 OGOS 2019

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh


pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:

Markah
TUGASAN 1: Penulisan Esei I (Individu)

Huraikan aspek kesantunan bahasa berdasarkan pendangan dua orang tokoh yang
anda pilih serta jelaskan konsep dan kepentingan budi bahasa dalam masyarakat
Malaysia secara berkesan dengan memberikan contoh yang sering diamalkan dalam
masyarakat umum.

Panjang penulisan esei ini ialah 1000 patah perkataan.

Jawapan:

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama


oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi menjadi prasyarat dalam
bermasyarakat. Dalam konteks yang lebih luas, kesantunan ialah perlakuan yang
mengurankan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Kesantunan juga berlaku apabila
kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan
yang harmoni ketika berkomunikasi. Selain itu, kesantunan juga dianggap sebagai
usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka(TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar. Oleh itu, terdapat banyak aspek kesantunan bahasa yang dapat dipelajari
daripada pandangan tokoh-tokoh dunia.

Asmah Haji Omar menyatakan bahawa kesantunan adalah kaedah dan strategi
oleh penutur untuk mencapai sesuatu perkara atau mempunyai tujuan tertentu. Strategi
ini dikaitkan dengan kesantunan seiring dengan tingkah laku dan pertuturan yang sopan.
Contohnya, seorang murid yang meminta bantuan dengan lemah lembut kepada
rakannya supaya hatinya mudah tersentuh dan dapat membantu murid tersebut.
Kesantunan juga terbahagi kepada dua jenis iaitu kesantunan asas dan kesantunan
berkala. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada dan merupakan pedoman bagi
masyarakat supaya sentiasa ada dalam perhubungan yang baik antara satu sama lain.
Hal ini berlaku kerana masyarakat menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama
lain walaupun berlainan kaum dan menghendaki masyarakat bersopan santun antara
satu sama lain. Kesantunan asas ini dapat dikaitkan dengan pendidikan awal kepada
kanak-kanak seperti ajaran agama islam atau agama-agama lain. Kesantunan berkala
pula merujuk kepada kesantunan antara satu sama lain yang dilakukan secara umum

2
yang dilakukan oleh masyarakat bergantung pada keadaan, sitausi dan tempat. Hal ini
dapat dikaitkan apabila ada penutur dan pendengar yang berlaku secara formal seperti
rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin dan guru dengan anak murid.

Menurut J. Ferguson dan Das Gupta, kesantunan berlaku apabila tujuan


perbualan digunakan yang digunakan oleh penutur dan pendengar adalah untuk
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Hal ini
demikian kerana komunikasi yang harmoni dalam kalangan masyarakat akan dapat
menjadikan hubungan antara satu sama lain menjadi lebih akrab. Secara tidak
langsung, sesebuah masyarakat itu dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
mereka. Apabila hendak menganjurkan aktiviti atau melantik pemimpin mestilah ada
persetujuan bersama dalam kalangan masyarakat supaya keputusan yang dibuat
berlaku secara adil dan tidak akan menimbulkan sifat ketidakpuasan hati dalam
kalangan masyarakat. Dalam sesebuah masyarakat itu juga perlu mengamalkan budaya
yang sama supaya budaya tersebut sudah menjadi darah daging mereka dan akan
menjadi serba kekurangan jika mereka meninggalkannya. Sebagai contoh amalan
bertegur sapa semasa berselisih antara satu sama lain perlulah ada dalam diri setiap
masyarakat agar hubungan sentiasa terjalin.

Secara umumnya, budi bahasa merujuk kepada tatatertib, tutur kata yang sopan,
perlakuan, berhemah tinggi, akal kebijaksanaan dan kebajikan yang dilakukan
bercantum dengan kata-kata yang mulia. Dalam erti kata lain, setiap geerak laku, tutur
kata, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Dua aspek budi bahasa yang
perlu diambil perhatian ialah aspek pertuturan dan tingkah laku. Aspek tingkah laku
mempunyai banyak cabang-cabang kecil seperti mimik muka, bahasa tubuh dan respon.
Contohnya, seseorang itu memberi salam atau menegur dengan teguran yang baik
apabila berjumpa dengan kenalan, membongkokkan badan apabila lalu dihadapan
orang yang lebih tua, melayan tetamu dengan menghidangkan juadah dan menunjukkan
sesuatu dengan ibu jari. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa budi bahasa mempunyai
banyak kepentingan kepada sesebuah negara supaya rakyatnya dapat hidup dengan
aman dan harmoni.

3
Salah satu kepentingan budi bahasa ialah mewujudkan perpaduan antara
masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama di negara kita. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu
sama lain tanpa mengira kaum, adat, bangsa dan budaya individu. Mereka akan sering
mengamalkan amalan budi bahasa seperti bertegur sapa apabila berselisih dan ziarah-
menziarahi apabila ada individu yang menghidap penyakit. Panggilan yang digunakan
juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan kesantunanan untuk
memupuk perpaduan dalam sesuatu masyarakat. Sebagai contoh, bagi lelaki yang
sudah meningkat dewasa, masyarakat kini boleh menggunakan panggil tuan atau encik
manakala bagi perempuan dewasa pula boleh menggunakan panggilan seperti puan
atau cik bagi yang belum berkahwin. Dengan cara ini, secara tidak langsung akan dapat
mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara kaum sekaligus dapat
mengelakkan daripada isu perkauman berlaku bak kata pepatah, bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Jelaslah bahawa sesebuah negara itu
hanya akan mampu mengharungi cabaran global apabila masyarakat di negara tersebut
bersatu padu. Sudah tentu sesebuah negara itu menjadi lemah dan mudah untuk dijajah
dari negara asing jika masyarakatnya berbalah dan tidak bertolak ansur antara satu
sama lain kerana rakyat sudah berpecah belah.

Selain itu, amalan budi bahasa juga dapat melahirkan masyarakat yang lebih
bertamadun. Perkara yang meninggikan darjat seseorang itu ialah adab dan cara
pemikiran, bukan dari asal keturunannya. adab dan kesopanan seseorang itu lebih
penting daripada makan dan minumnya. Dalam sejarah ketamadunan manusia,
masyarakat tamadun manusia purba mampu membina empayar dan kerajaan yang kuat
kerana mereka mempunyai kesantunan yang baik dalam kalangan masyarakat.
Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Hwang Ho sangat
mementingkan kesantunan dalam kehidupan seharian mereka supaya aktiviti yang
dijalankan pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar dan tiada gangguan. Pada
zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W. pula, adab dan budi bahasa amatlah
ditekankan dalam kehidupan seharian terutamanya ketika berurusan dengan dengan
orang ramai. Kita dapat lihat bahawa masyarakat islam pada zaman pemerintahan
Rasulullah S.A.W. berjaya mencapai kegemilangan kerana mereka mengamalkan
kesantunan dalam kehidupan harian. Masyarakat pada era ini pula amalan berbudi

4
bahasa membantu memudahkan komunikasi antara dua pihak yang berurusan antara
satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan amalan berbudi bahasa dengan pemimpin
juga akan baik sekaligus dapat menambah baik hubungan antara negara kita dengan
negara luar seterusnya dapat membantu negara terus berkembang maju.

Kesimpulannya sifat-sifat kesantunan dan amalan berbudi bahasa yang


sepatutnya menjadi kebanggaan masyarakat kita ini tapi kian terhakis perlulah
dilestarikan, dipulihakan dan dihidupkan semula. Hal ini demikian kerana, negara kita
akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti
di kelas ketiga. Oleh hal yang demikian, amatlah mustahak bagi untuk negara mencapai
cita-cita yakni untuk mencapai taraf negara maju bak kata pepatah duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Pihak kerajaan juga boleh
menerapkan amalan budi bahasa dan kesantunan ini dengan cara menganjurkan
kempen kesedaran tentang pentingnya kesantunan dan berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat di negara kita.

(1000 patah perkataan)

5
RUJUKAN

Laengkang, A,G. (2015). Analisis Kesantunan Bahasa dalam Ceramah Motivasi Dr.
Mohd Fadzilah Kamsah. Serdang: Penerbit Adam Muslim.

Leech, G. (1983). Principles of Pragmatics. London and New York: Longman.

Maros, M. (2011). Strategi kesantunan Melayu dalam membuat teguran. Jurnal


Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu. 3, 7-20.

Omar, A. (2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sariyan, A. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like