You are on page 1of 6

1.

PENGENALAN
Satu sesi temubual telah dilakukan semasa menjalankan pengalaman berasaskan
sekolah(PBS) 3. Menepati kehendak tugasan 1 EDUP3063, tujuan utama tembual ini adalah
mendapatkan pendapat guru mengenai implikasi kepelbagaian sosiobudaya global ke atas
pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. Temubual telah dilakukan terhadap En.
Hairuzi Bin Yusop, guru di Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga.

2. HASIL DAPATAN TEMUBUAL


Berdasarkan temubual yang dijalankan, responden berpendapat bahawa kepelbagaian
sosiobudaya global adalah sebuah masyarakat yang mempunyai cara hidup dan cara berfikir
tanpa mempunyai sempadan. Melalui tanggapan beliau, cara hidup dan cara fikir tidak
terbatas kepada masyarakat setempat, tetapi lebih menyeluruh dan mempengaruhi semua
masyarakat. Dalam kata lain, sosiobudaya sesuatu masyarakat boleh merentasi masyarakat
lain (Habib Mat Som Dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud,2008).

Beliau juga menyatakan bahawa kesan sosiobudaya global ke atas PdPc dalam bilik
darjah adalah seperti kemahiran dan penguasaan bahasa. Dalam kepelbagaian sosiobudaya
global ini, bahasa inggeris menjadi bahasa pengantaraan untuk masyarakat berkomunikasi.
Bahasa inggeris merupakan kesan apabila berlakunya kepelbagaian sosiobudaya global
kerana bahasa inggeris merupakan bahasa global atau bahasa antarabangsa (Hamdan Said
& Nasrudin Talib,2000). Kesannya ke atas PdPc dalam bilik darjah pula adalah guru perlu
memahirkan murid-murid dalam bahasa inggeris bermula dari dalam bilik darjah. Terutama
sekali PdPc sains dan matematik yang mana kita lihat sekarang sumber-sumber pendidikan
sains dan matematik yang meluas adalah dalam bahasa inggeris. Maka, responden
menyatakan sokongan kepada program DLP (Dual Language Programme) yang terdapat di
sekolah tersebut. Program DLP adalah program PdPc sains dan matematik dalam bahasa
inggeris. Kesan positif pelaksanaan program ini adalah mampu memberi peluang kepada
murid untuk meningkatkan akses penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing diperingkat
global serta meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan. Program ini juga
menepati dasar MBMMBI( Memertabatkan Bahasa Melaysia, Memperkukuh Bahasa
Inggeris).

Kepelbagaian sosiobudaya global juga mempunyai pro dan kontra bagi penerapannya ke
atas PdPc. Responden menyatakan penerapan kepelbagaian sosiobudaya ini dapat memberi
kesan baik dan salah satunya adalah sikap murid. Mengambil inspirasi daripada budaya
Jepun, beliau menyatakan sekolahnya memastikan murid-murid membersihkan kelas
sebelum PdPc bermula. Setiap kelas mempunyai jadual bertugas untuk kebersihan kelas dan

1
setiap ahli kelas bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka. Kini, ianya telah menjadi
budaya kepada murid dan pengambilan budaya ini daripada masyarkat lain boleh dikatakan
memberi kesan positif kepada masyarakat kita kerana dapat melahirkan individu pembersih.
Kontra apabila kepelbagaian sosiobudaya global diterapkan ke atas PdPc ialah meminggirkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa inggeris digunakan sebagai medium untuk
menyampaikan ilmu misalnya program DLP tersebut di mana PdPc adalah dalam bahasa
inggeris. Mereka menggunakan sumber dan bahan pendidikan dalam bahasa inggeris. Kesan
jangka panjang perkara ini adalah sumber bahan pendidikan dalam bahasa Malaysia semakin
berkurang.

Strategi pedagogi yang releven boleh digunakan oleh guru adalah pembelajaran koperatif
dengan cara membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada berbilang kaum
untuk menyelesaikan tugasan diberi. Tujuannya adalah untuk mereka berkerjasama dan
saling bantu membantu dalam kumpulan. Apabila mereka mampu untuk bekerjasama tak kira
kaum dan bangsa, ini dapat merepatkan jurang perbezaan budaya malah mereka dapat
berinteraksi sesama mereka (Noriati A. Rashid et.all,2011). Responden pernah menggunakan
kaedah ini dengan memberi tugasan kepada setiap kumpulan untuk membina kapal dan
mereka berjaya menyelesaikannya. Mereka berkerjsama dan saling menjalankan peranan
masing-masing. Namun begitu, terdapat juga kekangan dalam pelaksanaan strategi ini.
Murid-murid agak kekok untuk bergaul pada awalnya dan ada daripada mereka tidak begitu
fasih berbahasa Malaysia. Hal ini kerana mereka jarang bergaul dan mereka sering bergaul
dalam bahasa ibunda. Melalui strategi ini, sedikit sebanyak dapat menyelesaikan kekangan
tersebut.

Di Malaysia, kepelbagaian sosiobudaya tidak menjadi masalah yang besar. Hal ini kerana,
rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan kelas sosial. Contoh di dalam kelas kita,
murid-murid terdiri daripada berbilang kaum dan mereka dapat bersama dengan harmoni.
Apabila dibawa keperingkat global, Malaysia tidak menghadapi masalah dalam kepelbagaian
budaya kerana sudah biasa menghormati dan bertoleransi dengan budaya bangsa lain.
Rakyat Malaysia bersikap terbuka dan menerima kepelbagaian dan tiada sikap perkauman
atau merendahkan kelas sosial bangsa lain. Jika dilihat di Amerika Syarikat, orang kulit gelap
dianggap ganas oleh sesetengah orang kulit putih dan ada dari mereka tidak diberi pendidkan
yang sama rata atas dasar berlainan kaum (Marshall,P.L.,2002). Ini tidak menunjukkan sikap
keterbukaan yang baik.

2
3. PENUTUP
Kesimpulannya, PdPc dalam bilik darjah yang menerapkan kepelbagaian sosiobudaya
global ini mengalakkan murid untuk mewujudkan konsep penerimaan dan persefahaman
dalam kalangan murid yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza (Zalina Yahaya
,1999). Perkara tersebut secara tidak langsung dapat menanamkan semangat perpaduan
kaum dalam kalangan murid pelbagai etnik. Oleh yang demikian, bilik darjah mesra budaya
seharusnya dipraktikan oleh guru dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid.

4. RUJUKAN

Habib Mat Som Dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. (2008). Globalisasi Dan
Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Jurnal Masalah Pendidikan. 31(1): 91-101.

Hamdan Said & Nasrudin Talib(2000). Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan
Di Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (6): 35-46.

Marshall,P.L.(2002).Cultural diversity in our schools.,CA.:Wadsworth Publishing Company

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.
Majid,(2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn . Bhd.

Sandi Arumugam (2010). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia.


Academia.com
https://www.academia.edu/8744662/Globalisasi_dan_Cabaran_Pendidikan_di_Malay
sia. [9 April 2019]

Zalina Yahaya (1999). Guru Abad 21 Peranan Lebih Kompleks dan Mencabar.
Utusan Online
.http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm. [9 April 2019].

3
5. LAMPIRAN

Rajah 1 menunjukkan penulis sedang menemubual responden

4
RAKAMAN AUDIO TEMUBUAL.

5
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN .................................................................................................................................. 1
2. HASIL DAPATAN TEMUBUAL ........................................................................................................... 1
3. PENUTUP ......................................................................................................................................... 3
4. RUJUKAN ......................................................................................................................................... 3
5. LAMPIRAN ....................................................................................................................................... 4

You might also like