You are on page 1of 13

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
(BMMB 3163 )

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR : JEEVA A/L SHANMUGAM

ANGKA GILIRAN : 2017192340003

NOMBOR KAD
PENGENALAN : 960826-05-5699

KUMPULAN : PISMP C1 AMBILAN JUN 2017


(MAJOR/MINOR) BAHASA MELAYU/ PENDIDIKAN MORAL

KOD DAN NAMA BMMB 3163


KURSUS : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

EN MOHD FAUZI BIN ABDULLAH


NAMA PENSYARAH :

TAJUK TUGASAN : PENULISAN ESEI


TARIKH HANTAR : 28 FEBRUARI 2021

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
DARIPADA
PENSYARAH :

1
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

ISI KANDUNGAN

Bahagian Prelim

Kandungan 2

Tajuk Kajian 3

Penghargaan 4

Bahagian Isi

1.0 Pengenalan 5

2.0 Ciri-ciri Budaya 6

3.0 Elemen Budaya 7

4.0 Proses Pembudayaan Dalam Masyarakat Malaysia 9

KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12

2
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

SOALAN TUGASAN

PENULISAN ESEI (25%)

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(UNESCO) pada tahun 1972 mentakrifkan Melayu sebagai suku bangsa yang tinggal di
Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Mereka mengamalkan budaya
dengan ciri-ciri dan elemen budaya tersendiri kesan daripada proses pembudayaan dengan
masyarakat tempatan. Manakala sejarah dan latar belakang masyarakat Melayu Malaysia
sebagai masyarakat asal menjadi tunjang kepada pembentukan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan tahun 1971.

Huraikan secara terperinci ciri-ciri, elemen dan proses pembudayaan dalam kehidupan
masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kepada pembinaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dalam membantu pembangunan negara.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Penulisan ini dilaksanakan secara individu. Panjangnya sekitar 1000 perkataan, tidak
termasuk rujukan dan lampiran (jika ada).
2. Muka depan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

Nama Pelajar
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan
Kumpulan
Kod/Nama Kursus
Tajuk Tugasan 1: (nyatakan secara jelas)
Nama Pensyarah
Tarikh Terima dan Tarikh Hantar Tugasan

3. Huruf jenis Arial bersaiz 11 dengan langkauan baris 1.5.


4. Rujukan mengikut format APA (Sistem American Psychological Association) terkini
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
6. Hasil tugasan dihantar secara dalam talian (GC) kepada pensyarah masing-masing.

3
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

PENGHARGAAN

Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkat-
Nya, saya dapat menyiapkan tugasan kursus Kebudayaan Kebangsaan (BMMB 3163) ini
dengan jayanya.

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya En
Mohd Fauzi bin Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang
sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-
rakan sekelas yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dalam menjalankan
tugasan ini sehingga jayanya.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadikan saya seorang bakal
guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga,
harapan saya ialah kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta
kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada
masyarakat setempat khususnya.

Sekian, Terima Kasih.

4
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

1.0 Pengenalan

Setiap warganegara Malaysia sudah semestinya trauma apabila ditanyakan berkaitan


peristiwa tarikh 13 Mei 1969 ini. Apakah peristiwa yang terjadi pada tarikh ini? Apakah
implikasi peristiwa ini kepada penduduk Tanah Melayu?. Pada 13 Mei 1969 satu rusuhan
kaum berlaku antara masyarakat pelbagai bangsa yang berpunca daripada ‘Pilihan Raya
Umum 10 Mei 1969’. Rusuhan ini dikatakan berlaku akibat tindakan beberapa pengikut
mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. (Polis Diraja
Malaysia, 2016). Implikasi daripada rusuhan kaum ini menjurus kepada termeterainya
pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 yang berpandukan
masyarakat Melayu Malaysia sebagai tunjang kepada dasar ini.Terdapat tiga prinsip utama
yang ditetapkan Kerajaan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
DASAR KEBUDAYAAN
KEBAN G SAAN 1971

Berteraskan kepada
kebudayaan rakyat asal rantau
ini

Unsur-unsur kebudayaan lain


yang sesuai dan wajar diterima

Islam menjadi unsur yang


penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.

Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi
kepada generasi seterusnya. Menurut Kamus Dewan (2005) perkataan budaya didefinisikan
sebagai kemajuan fikiran, akal budi dan kelakuan berkelakuan. Antara elemen yang
terkandung dalam sesuatu budaya masyarakat ialah unsur sosial, kepercayaan, sistem
simbol, unsur teknologi, dan ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya. Hal ini
menunjukkan, budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan
sesebuah negara. Konsep ini disokong oleh ahli antropologi seperti Thomas J.Sullivan
(1993) yang melabel budaya sebagai adat dan perlakuan seseorang. Selain itu, budaya

5
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

juga merupakan keseluruhan daripada kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang tertatur
oleh tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar.(Prof.Koetjaraningrat, 1997).
Justeru mari kita menyelam lebih mendalam untuk mengetahui ciri-ciri, elemen dan proses
pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kepada
pembinaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam membantu pembangunan negara.

2.0 Ciri-Ciri Budaya

Umum mengetahui budaya merupakan sesuatu amalan masyarakatnya yang


melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat . Oleh hal demikian, budaya
ini mempunyai beberapa ciri yang menjadikan sesuatu amalan diterima dalam
masyarakatnya.

Ciri pertama ialah budaya itu bersifat dinamik iaitu berubah dari semasa ke semasa
dan perubahan ini berlaku dalam bentuk persambungan (Wan Abdul Kadir Wan Yusof,
1983). Menurut A.Azizi Deraman (1994), bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup
masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa dan kemajuan
masyarakatnya. Sebagai contoh budaya Melayu telah mengalami banyak perubahan setelah
Islam mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7. Masyarakat Melayu dahulu kala tidak
mementingkan tatacara pemakaian mereka. Namun selepas kedatangan Islam masyarakat
Melayu mula berpakaian menutup aurat kerana dalam ajaran Islam jika tidak menutup aurat
maka hukumnya adalah haram. Merujuk ciri budaya di atas maka prinsip ketiga dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan iaitu “Islam Menjadi Unsur Penting Dalam Pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan” adalah amat bertepatan.

Menerima dan menolak unsur tertentu merupakan salah satu unsur ciri
kebudayaan.Faktor berlakunya sesuatu penolakan atau penentangan terhadap perubahan
asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan cara hidup lama yang
sedia ada.( Ayu Nor Azilah Mohamad, 2019). Misalnya, budaya pemberian ang pau semasa
sambutan Tahun Baru Cina yang diamalkan masyarakat Cina sejak dahulu kala kini menjadi
ikutan masyarakat Melayu yang memberi ang pau kepada anak-anak kecil semasa
sambutan Hari Raya Aidilfitri. Perkara ini jelas menampakkan kesediaan masyarakat untuk
memasukkan idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya. Selain itu, ciri
budaya ini juga selaras dengan prinsip kedua Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu
“Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Wajar Diterima”. Pemberian angpau tidak
melanggar mana-mana hukum agama Islam maka budaya ini diterima masuk ke dalam
budaya melayu.

6
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

Ciri ketiga sesuatu budaya ialah budaya harus diwarisi daripada satu generasi
kepada generasi yang lain.Sebagai contoh,adat perkahwinan masyarakat Melayu yang
diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan.Antara adat perkahwinan ialah
amalan berandam, malam berinai, khatam Qu’ran dan adat bersanding. Adat perkahwinan
ini masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran
zaman.Selain itu budaya Melayu diwarisi jelas kelihatan dalam seni tarian Mak Yong yang
masih diamalkan sehingga kini di negeri Kelantan.Tarian ini menjadi warisan masyarakat
Melayu Kelantan yang masih diamalkan dan dipersembahkan dalam upacara rasmi.

Seterusnya, kita beralih pula kepada ciri budaya yang keempat iaitu  budaya tidak
kelihatan. Hal ini disebabkan, budaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran yang
sudah menjadi tabiat secara semulajadi. Misalnya, masyarakat Cina di Tanah Melayu pada
zaman dahulu tidak membuka kelambunya selepas bangun pada waktu pagi. Pada waktu
malam mereka akan terus masuk tidur. Perkara ini bukan satu kejanggalan kerana hal itu
sudah menjadi sebati dalam diri masyarakat Cina itu. Berbeza pula dengan amalan orang
Melayu yang membuka dan melipat kelambu serta menggulung tilam sejurus mereka
bangun pagi (Gazali Dunia ,1992). Maka dapat kita simpulkan sesuatu amalan yang
dijadikan rutin pada setiap hari tidak boleh dibendung tetapi meneruskan amalan itu
selamanya.

Proses kesinambungan merupakan salah satu ciri budaya yang penting dalam
pembentukan sesuatu budaya baharu. Proses kesinambungan ini berlaku sama ada dalam
bentuk seni bina,peralatan kepercayaan dan adat resam (Azarudin Awang dan Khadijah,
2016) . Misalnya pada zaman dahulu amalan berbalas pantun semasa upacara meminang
merupakan amalan wajib semasa pihak lelaki bertandang ke rumah pihak
perempuan.Namun apabila berlaku proses kesinambungan ini amalan berpantun pada
masa kini digunapakai secara lebih meluas seperti dalam penghasilan dan penerbitan karya
sastera bagi bacaan masyarakat umum.Hal ini juga menjadi salah satu faktor dalam
pembinaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang mengambil berat faktor
kesinambungan budaya dalam memastikan perkembangan budaya yang positif.

3.0 Elemen Budaya

Elemen budaya dapat dibahagikan kepada dua iaitu,budaya material dan budaya bukan
material. Budaya material ini terdiri daripada objek fizikal tau artifak. Menurut Anwar Din
(2008), budaya yang bersifat maujud iaitu boleh dilihat, disentuh dan dipegang dan terdiri
daripada objek-objek fizikal mahupun artifak yang berkaitan dengan cara hidup sesuatu

7
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

masyarakat. Peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya merupakan contoh budaya material ini.

Rumah Tradisional Melayu seperti Rumah Limas Bungkus dan Rumah Kutai Perak
telah diwarisi semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk Rumah Tradisional
Melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim. Iklim adalah
perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah Tradisional
Melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan
lebat seiring dengan iklim di perantauan Nusantara. Rumah-rumah dan bangunan dibina
dengan berpanggung atau bertiang untuk mewujudkan pengedaran udara yang baik. Selain
itu, Rumah Tradisional Melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air
apabila berlaku banjir.Tahun demi tahun bertambah maju begitu juga dengan reka bentuk
Rumah Tradisional Melayu ini yang mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Namun reka
bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan
yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atau batang nibung, telah digantikan dengan
bahan-bahan lain seperti genting untuk bumbung dan simen serta batu bata. Walaupun
dilabel sebagai Rumah Tradisional Melayu namun seni bina ini menjadi ikutan masyarakat
Cina dan India dalam membina rumah mereka juga. Budaya material seperti ini jelas
memaparkan tunjang pembinaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mementingkan
“Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau Ini”.

Seterusnya, kita lihat pula pada budaya bukan material (budaya bukan benda) iaitu
unsur yang tidak wujud secara fizikal (bersifat abstrak) serta tidak boleh dilihat, disentuh,
dipegang dan dirasa seperti adat, kepercayaan, bahasa ada nilai. (Azlina Endut, 2019).Jika
ditelusuri pada aspek kepercayaan masyarakat Tanah Melayu sebelum kedatangan agama
Islam ialah mengamalkan kepercayaan animisme iaitu kepercayaan setiap benda
mempunyai roh yang mempengaruhi kehidupan manusia. Antara kepercayaan khurafat
yang diamalkan masyarakat Melayu dahulu ialah mandi safar. Amalan mandi safar ialah
mandi tolak bala pada hari Rabu terakhir dalam bulan Safar.Orang ramai akan bermandi-
manda di pantai dan menulis surat untuk dihanyutkan dalam laut. Mereka percaya dengan
berbuat demikian mereka akan dilindungi daripada bala. Bukan kepercayaan mandi safar
sahaja yang diamalkan pada masa dahulu namun mereka juga percaya tidak boleh
mengambil gambar bertiga kerana dianggap salah seorang daripada mereka bertiga dalam
gambar itu akan meningga dunia. Namun apabila ajaran Islam mula menusuk masuk ke
dalam diri mereka kepercayaan khurafat ini dapat dihapuskan. Hal ini kerana,kepercayaan
seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.Maka, dapat kita simpulkan
budaya bukan material seperti kepercayaan ini memainkan peranan penting dalam menjadi
tunjang kepada pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971. Prinsip ketiga dalam

8
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang berbunyi “Islam Menjadi Unsur Yang Penting
Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan” menjadi bukti kepada pernyataan di
atas.

4.0 PROSES PEMBUDAYAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Proses pembudayaan merujuk kepada proses yang bagaimana sesuatu budaya meresap
masuk ke dalam sesuatu kelompok masyarakat. Pada dasarnya, proses pembudayaan
dalam kalangan masyarakat Malaysia telah berlaku sejak dahulu kala lagi. Proses
pembudayaan ini berlaku menerusi interaksi antara satu kelompok masyarakat dengan
masyarakat yang lain. Secara amnya, proses pembudayaan dalam hidup masyarakat
Malaysia dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu asimilasi, akulturasi, akomodasi,
amalgamasi dan segresi.Hal ini menyebabkan wujudnya kepelbagaian budaya dalam
kalangan masyarakat majmuk di negara Malaysia.

Proses pembudayaan pertama ialah melalui proses ‘akulturasi’. Proses akulturasi ini
merupakan perpaduan antara dua budaya yang berbeza atau dikenali sebagai pinjam-
meminjam unsur kebudayaan. Suatu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur daripada satu kebudayaan yang asing. Kebudayaan asing itu
secara perlahan-lahan akan diterima dalam budaya sendiri tanpa menghilangkan unsur
kebudayaan kelompok itu. Misalnya,adat melenggang perut dalam masyarakat Melayu yang
diserap masuk daripada adat orang India yang mengadakan upacara ‘valaikappu’ semasa
bayi kandungan sudah berumur 8 bulan. Hal ini menunjukkan berlakunya proses akulturasi
budaya selaras dengan tunjang Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang menekankan
prinsip “Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima”

Yang kedua ialah melalui proses asimilasi. Konsep asimilasi ini merujuk kepada satu
proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. (Mansor, Abdul
Rahman dan Mohamad Ainudin, 2007). Proses asimilasi ini wujud akibat daripada interaksi
yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.
Terdapat dua jenis asimilasi iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya
ialah proses di mana kumpulan minoriti mempelajari ciri-ciri kebudayaan masyarakat
setempat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian manakala asimilasi struktur pula
merupakan proses di mana kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti
sosial dalam masyarakat dominan.Sebagai contoh,proses asimilasi ini dapat dilihat dari
sudut pengenalan seni khat dan tulisan Jawi oleh kerajaan yang membuka ruang dan

9
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

peluang kaum Cina serta India mengenali kedua-dua seni itu, sekali gus melestarikan
perpaduan kaum yang dipertahankan. Penggunaan seni khat dan Jawi dalam premis
perniagaan Cina dan India seumpama ucapan selamat datang kepada kaum Melayu untuk
mengunjungi premis itu sudah pasti menyenangkan hati kaum Melayu yang mengkunjungi
premis tersebut. Begitu juga apabila orang Melayu mampu bertutur bahasa Mandarin, sudah
pasti memudahkan urusan antara kedua-dua belah pihak.(Siti Nurshahidah Shah Allam,
2019)

Yang ketiga ialah melalui proses akomodasi. Akomodasi merupakan proses setiap
kumpulan etnik menyedari kepentingan budaya mereka serta menghormati norma
kehidupan etnik yang lain.Dalam proses akomodasi ini pelbagai kumpulan etnik hidup
secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan
pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan selain
mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap
kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Misalnya,
masyarakat Melayu hidup saling menghormati dan bertolenrasi dengan masyarakat lain
yang berbilang kaum dan bangsa.(Ruslan Zainuddin et al., 2005). Semasa sambutan
perayaan seperti Deepavali dan Tahun Baru Cina masyarakat Melayu akan hadir ke
sambutan Rumah Terbuka yang diadakan. Hal ini menunjukkan mereka menghormati
budaya masyarakat lain dengan menghadirkan diri ke sambutan tersebut. Proses
akomodasi ini berperanan dalam menjadi tunjang kepada pembentukan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan bagi mewujudkan satu negara yang stabil dari segala aspek hasil daripada
perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum.

Proses pembudayaan seterusnya ialah proses ‘amalgamasi’. Amalgamasi


merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. (Shamsul Amri Baharuddin 2012) Cara utama
dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur
antara kumpulan etnik. Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak
yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Misalnya, kewujudan masyarakat
Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Percampuran yang berlaku akibat proses amalgamasi
antara lelaki India Muslim dari Selatan India dengan perempuan Melayu di Pulau Pinang.
Faktor positif yang wujud akibat proses amalgamasi ini ialah generasi yang lahir dari
perkahwinan campur ini tidak bersikap perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya
lain. Disebabkan terdapatnya variasi dalam keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih
berkualiti dari segi fizikal dan mental. Dari aspek negara, kahwin campur dapat memupuk
sikap perpaduan dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini. Di samping itu,
ekonomi juga dapat dijana melalui pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan.Proses

10
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

amalgamasi ini berkait rapat dengan tunjang Dasar Kebudayaan Kebangsaan kerana prinsip
pertama dasar ini adalah “Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau
ini”.Walaupun berlakunya percampuran budaya namun kebudayaan etnik rakyat asal diberi
penekanan yang lebih besar berbanding etnik negara luar.

Proses pembudayaan kelima ialah proses segregasi. Proses segregasi merupakan


pengasingan atau penyatuan antara satu kumpulan etnik dengan satu kumpulan etnik yang
lain.(Nurizayatul Azee Daud 2020). Pengasingan tersebut berlaku atas dasar agama, ras,
kebudayaan dan ciri-ciri lain. Pengasingan tersebut berlaku dalam beberapa kaedaan iaitu
tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar. Misalnya
semasa pemerintahan British, kaum di Tanah Melayu telah diklasifikasikan mengikut
pekerjaan mereka. Orang Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan, orang Cina sebagai
pelombong bijih timah manakala orang India sebagai pekerja ladang getah.Perkara ini
mewujudkan jurang antara kaum dan menyukarkan perpaduan antara satu sama
lain.Dengan mengambil berat proses segregasi ini maka Dasar Kebudayaan Kebangsaan
diperkenalkan dengan menekankan kepentingan perpaduan dan menekankan keutamaan
budaya Islam tanpa mengabaikan kebudayaan masyarakat lain,

5.0 Kesimpulan

Akhirulkalam,kebudayaan merupakan suatu yang harus dihayati dan dipelajari. Hal ini
penting bagi memastikan kemerdekaan yang diperoleh sejak 64 tahun tidak menjadi usaha
sia-sia sahaja. Kita sebagai bakal tenaga pengajar hendaklah menerapkan diri anak murid
kita dengan nilai kebudayaan setiap kaum di negara Malaysia. Selain itu, penerapan
kepentingan Dasar Kebudayaan Negara bukan sahaja dalam diri murid malah dalam diri
setiap warganegara Malaysia adalah penting bagi menjamin kesinambungan kehidupan
masyarakat sejagat. Dengan adanya pengetahuan berkaitan kebudayaan masyarakat
Malaysia maka sikap ‘assabiyah’ dalam diri sesetengah golongan manusia dapat
disingkirkan.

11
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

RUJUKAN

Anwar Din. (ed). (2008).Asas kebudayaan dan kesenian Melayu Cetakan Kedua. Penerbit
UKM.
Ayu Nor Azilah Mohamad et al.(2019). Pemupukan nilai-nilai murni antara etnik di Malaysia
melalui dasar kebudayaan kebangsaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor, 3-7.

Azarudin Awang & Khadijah. (2016). Perkaitan Akulturasi Budaya dan Hubungan Antara
Agama: Kajian Terhadap Komuniti Cina Pra Konversi di Negeri Terengganu. Jurnal
Hadhari, 8(1), 85-102.

Aziz Deraman. (2005). Asas pemikiran kebudayaan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz Deraman.(1994). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Cahaya Pantai(M) Sdn Bhd.

Gazali Dunia.(1992).Sastera melayu lama.Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

Kamus Dewan.(2005).Dewan Bahasa dan Pustaka

Mansor Mohd Noor et al. (2007). Hubungan etnik di Malaysia. Prentice Hall.

Nurizayatul Azee Daud. (2020). Tajuk: ciri-ciri budaya mampu menyumbang kepada
kejayaan dalam organisasi. Program Hubungan Industri, Fakulti Kemanusiaan,
Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, 3-5.

Polis Diraja Malaysia (.2016). Peristiwa 13 Mei. Portal Polis Diraja Malaysia.
https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/peristiwa-13-
mei

Prof.Koetjaraningrat, (1997). Anthropological aspects of cultural tourism', in: Wiendu


Nuryanti (ed.), Tourism and heritage management, pp. 101-104. Gadjah Mada
University Press.-

Ruslan Zainuddin et al. (2005). Kenegaraan Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

12
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN BMMB 3163

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik edisi kedua. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Siti Nurshahidah Shah Allam. (2019, Ogos). Asimilasi seni khat, Jawi satukan budaya
Malaysia. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/08/596973/asimilasi-seni-khat-jawi-
satukan-budaya-malaysia

Thomas J.Sullivan (1993) Introduction to social problems. College of the Redwoods

Wan Abdul Kadir Wan Yusof, (1983). Kajian budaya dan masyarakat di Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia.

13

You might also like