You are on page 1of 12

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Nama Pelajar MUHAMMAD ARIF BIN CHE YUSOFF

Angka Giliran
2020162310020
No Kad Pengenalan 030102-03-0735

Kumpulan/Unit BAHASA MELAYU 2


BMM1024 PENGENALAN KEBUDAYAAN DAN
Kod & Nama Kursus
KESUSASTERAAN MELAYU
Nama Pensyarah HAJJAH RATNA LAILA BINTI SHAHIDIN

Tarikh Hantar 2 NOVEMBER 2020

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh


pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:


Markah:

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: MUHAMMAD ARIF BIN CHE Angka Giliran: 2020162310020


YUSOFF
Kod: BMM1024 Nama Kursus: PENGENALAN
KEBUDAYAAN DAN KESUSASTERAAN
MELAYU
Pensyarah: HAJJAH RATNA LAILA BINTI SHAHIDIN
Tarikh Hantar: 2 NOVEMBER 2020 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:___________________________ Tarikh :________________

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

2
ISI KANDUNGAN MS

1.0 PENGENALAN 4

2.0 GURINDAM DUA BELAS 5

3.0 FASAL KETIGA GURINDAM DUA BELAS 6

3.1 MAKSUD DAN NILAI SETIAP RANGKAP FASAL KETIGA 7-10

4.0 KESIMPULAN 11

5.0 BIBLIOGRAFI 12

3
1.0 Pengenalan

Menurut laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, gurindam membawa maksud sajak dua
baris yang berisi nasihat. Gurindam ini telah dibawa oleh orang Hindu atau sastera Hindu.
Gurindam juga berasal daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil (India) “yaitu kirindam”
yang bermaksud perumpamaan. Menurut Suroso (1999) pula menyatakan bahawa gurindam
merupkan bentuk puisi yang berasal dari Tamil, India Selatan. Baris pertama gurindam dikenali
sebagai syarat (protatsis) dan baris kedua dipanggil jawab (apodotis). Antara tujuan gurindam ini
ialah sebagai didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-
majlis formal. Gurindam juga mempunyai nilai-nilai yang tersendiri sebagai panduan ataupun
rujukan kepada masyarakat kini mahupu dahulu. Menurut tokoh Md Ali Bachik (2003), beliau
mendefinisikan gurindam sebagai sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang
berirama dan isinya berunsur nasihat dan bentuknya menyamai bidalan. Manakala menurut
Ismali Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun ia berasal
daripada bahasa asing tetapi dalam perkembangan puisi Melayu, gurindam mempunyai
bentuknya yang tersendiri dan jauh berbeza dengan bahasa Sanskrit. Harun Mat Piah (1989),
kemudiannya pula menjelaskan lagi definisi gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu sejenis puisi
Melayu lama yang tidak tentu bentuknya sama ada terikat atau tidak. Bentuk yang terikat terdiri
daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dalam
sebaris dengan rimanya a, a.

4
2.0 Gurindam Dua Belas

Gurindam Dua Belas telah dihasilkan oleh Raja Ali Haji yang merupakan seorang sastrawan dan
Pahlawan Nasional dari Pulau Penyengat, Provinsi Kepulauan Riau. Gurindam ini terdiri daripada
12 Fasal dan dikategorikan sebagai Syi’r al-Irsyadi atau dipanggil puisi didaktik. Hal ini kerana
gurindam ini mempunyai isi kandungan yang diklasifikasikan sebagai nasihat dan petunjuk untuk
menuju hidup yang diredhai oleh Allah S.W.T. Gurindam ini telah diciptakan oleh beliau pada
tahun 1864 berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki dirinya sendiri.

Raja Ali Haji Bin Raja Haji Ahmad ataupun lebih dikenali dengan nama panggilan beliau iaitu Raja
Ali Haji merupaka seorang tokoh Pujangga Melayu. Beliau telah dilahirkan di kalangan keluarga
bangsawan di Pulau Penyengat, Riau dan beliau merupakan cucu kepada Raja Haji ataupun
nama dipanggil Marhum Teluk Ketapang. Pengaruh dan ketokohan beliau dalam bidang keilmuan
bermula sejak daripada beliau kecil hasil daripada usaha kerasnya untuk mendalami ilmu bahasa
dan keagamaan di Mekah. Pada zaman pemerintahan Raja Ali, beliau telah diberi tanggungjawab
yang besar iaitu beliau telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai seorang perdana menteri
dan penasihat agama. Hal demikian kerana beliau telah menguasai ilmu nahu, usuludin, fiqh dan
tasauf.

Dalam penulisan penulisan pula, Raja Ali Haji merupakan penulis pertama yang dapat memberi
definisi gurindam secara lengkap. Sebelum itu, gurindam tidak mempunyai ciri dan bentuk yang
khusus, sebaliknya hanya dianggap sebagai ungkapan puisi biasa yang berbeza daripada
pengucapan seharian. Bukan sahaja ini, beliau juga menjadi orang pertama yang dapat
mengaplikasikan sistem pentarikhan ke dalam karya secara tepat dan jelas.

5
3.0 Fasal Ketiga Gurindam Dua Belas

Apabila terpelihara mata,


sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


keluarlah fi'il yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,


di situlah banyak orang yang hilang semangat

Hendaklah peliharakan kaki,


daripada berjalan yang membawa rugi.

6
3.1 Maksud dan Nilai Setiap Rangkap Fasal Ketiga

Apabila terpelihara mata,


sedikitlah cita-cita.

Rangkap pertama di dalam fasal ketiga ini membawa maksud bahawa mata manusia ini perlulah
dipelihara sebaik mungkin agar penglihatan terhadap perkara yang dilarang oleh Tuhan dapat
dihindari. Seperti mana yang kita ketahui, agama Islam melarang sama sekali umatnya untuk melihat
perkara yang dapat membawa kepada ambang dosa besar seperti melihat aurat wanita mahupun
lelaki, menonton perkara yang tidak berfaedah dan melihat kejahatan. Hal ini kerana berdasarkan
kajian saintifik, pandangan akan menentukan perasaaan serta keadaan hati seseorang.
Peredarannya bermula dari mata dan turun ke hati, serta dari hati lahirnya lisan dan tindakan. Jika
pandangan seseorang itu baik, maka perkara yang akan dilakukannya juga baik namun, jika
pandangannya berlawanan, maka perbuatannya akan menghala kearah kebinasaan. Kita dapat lihat
penulis iaitu Raja Ali Haji ingin menyampaikan bahawa kita perlu menerapkan nilai kesabaran di
dalam diri seperti sabar dari segi melihat perkara yang negatif agar segala kemungkaran dapat
dielakkan. Dengan ini, diri juga tidak akan terpesong dari ajaran agama.

Apabila terpelihara kuping,


khabar yang jahat tiadalah damping.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kuping yang dinyatakan dalam ayat pertama di
rangkap kedua ini ialah telinga. Rangkap ini bermaksud telinga manusia perlulah dijauhkan daripada
mendengar segala hasutan dan kejian. Hasutan dan kejian merupakan perkara yang tidak elok dan
dapat membendung diri ke arah kemungkaran. Pengaruh Islam jelas dilihat kerana agama Islam tidak
membenarkan umatnya untuk mendengar perkara yang tidak berfaedah serta dianggap sebagai
pembaziran masa. Pendengaran yang terjaga dapat mengelakkan diri daripada mendengar berita
yang tidak baik tamsilnya menjauhkan diri daripada mendengar umpatan kepada seseorang. Selagi
kebenaran tidak diketahui, kita tidak boleh untuk terus mempercayainya secara bulat-bulat kerana ia
dapat menimbulkan fitnah kepada orang yang tidak bersalah. Nilai yang terdapat dalam rangkap ini
ialah berwaspada. Kita sewajarnya berwaspada dalam memlilih pendengaran yang akan didengari
agar perbuatan yang akan diikuti selepas mendengar ini juga baik. Ianya bersesuain dengan firman
Allah S.W.T dalam Surah AzZumar ayat yang ke-18 iaitu bermaksud ”Yang berusaha mendengar
perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-
baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah
dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.”

7
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.

Bagi rangkap yang ketiga pula, maksudnya ialah seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat
banyak faedahnya. Apabila seseorang itu dapat menjaga pertuturan ataupun percakapan dengan
betul, makan banyak faedah yang akan diterima kepada dirinya sendiri seperti disenangi oleh
masyarakat setempat. Agama Islam telah melarang umatnya untuk menyebarkan perkara yang tidak
sahih. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-6 menyatakan “Wahai orang yang beriman,
jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan)
kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan
sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan”. Raja Ali Haji telah menerapkan nilai kebijaksanaan di dalam rangkap ini. Kebijaksanaan
yang dimaksudkan ialah bijak dalam menuturkan kata-kata agar fitnah yang kian berleluasa di dunia
ini dapat diberhentikan.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


daripada segala berat dan ringan

Maksud rangkap yang keempat pula ialah tangan manusia perlulah dipelihara daripada mengambil
barang yang bukan hak kita walaupun barang itu berharga ataupun sebaliknya. Firman Allah S.W.T
dalam surah Al-Maidah ayat ke-38 bermaksud “laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri,
potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai
siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Ini membuktikan bahawa agama
Islam mengambil serius hal ini kerana hukuman yang sewajarnya diberikan kepada pencuri ialah
dengan memotong kedua belah tangan mereka. Raja Ali Haji telah menyampaikan nasihat kepada
pembaca agar mengelakkan diri daripada melakukan perkara jahil ini agar tidak akan berhadapan
dengan hukuman yang dapat menjejaskan keseluruhan kehidupan. Keprihatinan juga perlu diamalkan
oleh manusia agar diri berasa bersalah apabila ingin melakukan perkara buruk ini.

Apabila perut terlalu penuh,


keluarlah fi'il yang tiada senonoh.

Rangkap yang kelima di dalam fasal ini pula bermaksud nafsu makan perlu dikawal supaya tidak
melakukan perbuatan yang dilarang. Nilai yang ingin disampaikan oleh Raja Ali Haji kepada pembaca
ialah seseorang itu perlu mengamalkan sifat besederhana dalam semua perbuatan. Tamsilnya
semasa makan, seseorang itu perlulah makan sebelum mencapai tahap kekenyangan dan tidak boleh
bersifat tamak dengan rezeki yang ada. Nilai ini selaras dengan ajaran agama Islam. Berdasarkan
Riwayat Bukhari, Rasulullah SAW pernah bersabda “sesungguhnya harta ini ibarat buah segar yang
manis, maka barang siapa yang mengambilnya dengan hati yang lapang (tidak rakus dan memaksa
orang lain) maka dia akan diberkati untuknya, dan barang siapa yang mengambilnya dengan hati
8
yang rakus (memaksa orang lain) maka dia tidak akan diberkati untuknya ibarat orang yang makan
dan tidak pernah kenyang, tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah”. Sabda ini
membawa maksud bahawa keberkatan akan diberi kepada manusia yang besederhana manakala
manusia yang tamak tidak akan menerima keberkatan.

Anggota tengah hendaklah ingat,


di situlah banyak orang yang hilang semangat

Bagi rangkap yang keenam pula, maksudnya ialah pentingnya untuk menjaga nafsu syahwat supaya
semangat tidak luntur. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nafsu didefinikasikan sebagai
keinginan yang keras, kehendak hati yang kuat dan kemahuan yang kuat manakal syahwat pula
diklasifikasikan sebagai keinginan untuk melakukan persetubuhan. Judith Orloff, M.D pula
mendiskripsikan nafsu sebagai kondisi kesadaran yang berubah diprogram oleh dorongan primal
untuk berkembang biak. Raja Ali Haji mengatakan bahawa kita sebagai manusia perlulah
mengamalkan nilai kebijksaan dalam mengawal serta menjaga nafsu syahwat yang ada di dalam diri
ini kerana perkara ini menyebabkan ramai orang mendapat bala yang setimpal sekali gus memberi
kesan kepada keseluruhan hidup. Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Maidah ayat ke-49
bermaksud “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang
diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati hatilah kamu
terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan
Allah kepadamu. Jika mereka berpaling ( dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah
bahawa sesunggunya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan
sebahagian dosa dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang
fasik”. Wajarlah apa yang diperkatakan oleh Raja Ali Haji kerana Allah Ta’ala juga telah memberi
amaran yang keras kepada orang yang mengikut nafsu ini.

Hendaklah peliharakan kaki,


daripada berjalan yang membawa rugi

Rangkap yang terakhir dalam fasal ini menjelaskan bahawa setiap manusia perlu mengetahui dengan
lebih jelas setiap tindak tanduk yang dilakukan samaada memberi kebaikan atau keburukan kepada
diri sendiri dan orang di sekeliling. Dalam kata lain kaki manusia perlulah dijaga daripada menghampiri
tempat maksiat. Raja Ali Haji menyemaikan nilai berhati-hati di dalam rangkap ini. Seseorang manusia
perlulah berhati-hati dalam memilih detinasi yang ingin dikunjungi seperti mengelakkan diri daripada
tempat maksiat yang dapat mengundang diri kearah perbuatan zina. Firman Allah S.W.T di dalam
Surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.

9
Sebagai umat Islam, perbuatan ini amatlah bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak boleh
melakukannya walaupun mempunyai pelbagai alas an kerana ia dapat memberi kemudaratan kepada
diri kita termasuk mendapat penyakit merbahaya seperti Aids.

10
4.0 Kesimpulan

Akhir wacana, Raja Ali Haji telah menyampaikan banyak nasihat yang berguna kepada setiap
manusia melalui Gurindam Dua Belas Hasil karya agong beliau menepati dengan matlamat sebenar
gurindam. Gurindam 12 karya Raja Ali Haji adalah salah satu naskah Nusantara yang sangat bernilai
kepada masyarakat. Kumpulan gurindam ini merupakan salah satu bentuk penyebaran ilmu oleh Raja
Ali Haji. Beliau memberikan bimbingan moral yang berkaitan agama pada rakyatnya melalui karyanya
ini. Tanpa meningggalkan keindahannya sebagai karya sastera, Gurindam 12 memberikan ajaran dan
nasihat tentang ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak, kewajiban orang tua, budi pekerti, dan hidup
bermasyarakat yang dapat dijadikan pedoman hidup semua golongan dalam masyarakat. Naskah
Gurindam Dua Belas mencirikan kebudayaan bangsa Melayu yang sangat memegang teguh nilai-
nilai agama/religius, nilai moral, nilai keindahan, dan nilai kebenaran/ keyakinan. Oleh itu, keadaan
ini menunjukkan keteguhan nilai ini sudah dipesan atau disampaikan sejak beratus tahun yang lalu.
walaupun nilai-nilai tersebut sudah mulai pudar bahkan mulai hilang dari diri bangsa Melayu, keadaan
ini merupakan kewajiban kita bersama untuk terus saling mengingatkan jika ada kesalahan yang
dilakukan oleh anggota masyarakat yang lain.

11
5.0 Bibliografi

Bachik, M. A. (2003). Khazanah Puisi Klasik Melayu. Melaka: ILADAM dan PERZIM.

Hamid, I. (1989). Khazanah Puisi Klasik Melayu. Kuala Lumpur: Longman.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Orloff, J. (2011). Emotional Freedom: How to liberate yourself from negative emotions and create a positive
life. Psychology Today.

Piah, H. M. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Samsudin, F. (2018). Fikir Dulu Sebelum Sebar. Harian Metro, Rabu 8 Ogos.

Suroso. (1999). Ikhtisar Seni Sastra. Indonesia: Solo : Tiga Serangkai.

Yusoff, A. S. (2015). Utamakan Hidup Sederhana, Adil. Berita Harian, Oktober 2.

Dr. Seri Lanang Jaya Bin Haji Rohani, (2015, May) Gurindam 12, Raja Ali Haji “Falsafah dan
Pemikiran dan Kepengarangan dan Estetika”
http://mimbarsastera.blogspot.com/2015/05/gurindam-12-raja-ali-haji-falsafah-dan.html

Karya Agung Melayu 2015, Analisi Gurindam 12 oleh Raja Ali Haji,
http://karyaagungmelayu2015.blogspot.com/p/analisis-3.html?m=1

Mohd Ramsul Abd. Rahman, (2019, Mei) Nota Gurindam 12 Fasal Ketiga,
https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2019/05/nota-gurindam-dua-belas-fasal-ketiga.html

Yulian Purnama, S.Kom, (2018, Oktober) Mencuri Adalah Dosa Besar, https://muslim.or.id/43057-
mencuri-adalah-dosa-besar.html

Dewan Bahasa Dan Pustaka, https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=gurindam

12

You might also like