You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK
DARUL RIDZUAN

MPU3012
BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
ANALISIS LARAS BAHASA

Nama : NUR ALIA SURAYA BINTI MOHD HAFIZ


No. K/P : 010821-06-0158
Angka Giliran : 2020242340192
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : V10
Nama Pensyarah : PUAN NOOR LIZA BINTI ABDULLAH
Tarikh Hantar : 29 SEPTEMBER 2020

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_____________________ Tarikh:

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


ISI KANDUNGAN

SOALAN KERJA KURUS......................................................................................................................... 2


PENGHARGAAN....................................................................................................................................... 3
1.0 PENGENALAN..................................................................................................................................... 4
2.0 LARAS BAHASA................................................................................................................................. 4
3.0 LARAS BAHASA KREATIF................................................................................................................ 4
3.1 BERSIFAT AMBIGUITI........................................................................................................................ 5
3.2 KEUTUHAN KARYA........................................................................................................................... 5
3.3 BERSIFAT IMAGINATIF DAN FIGURATIF.......................................................................................5
3.4 PENGGUNAAN BAHASA BAKU....................................................................................................... 6
3.5 PENGGUNAAN SUDUT PANDANGAN ORANG PERTAMA...........................................................7
3.6 BERSIFAT KOMUNIKATIF................................................................................................................ 7
3.7 WACANA PERLUKISAN.................................................................................................................... 7
4.0 KESIMPULAN...................................................................................................................................... 8
LAMPIRAN............................................................................................................................................... 10
RUJUKAN................................................................................................................................................. 15

1
SOALAN KERJA KURUS
TUGASAN 4: ANALISIS LARAS BAHASA (45%)

Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna
bahasa menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut
kesesuaiannya. Berdasarkan artikel yang dipilih analisis penulisan tersebut mengikut laras
bahasa secara kritis. Analisis perlu disokong dengan pengurusan grafik. Panjang penulisan
analisis laras bahasa 1500 perkataan.

2
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan
kerja kursus bagi subjek Bahasa Melayu Komunikatif (MPU3012) dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


saya, Puan Noor Liza binti Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada
beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap perkara yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya tanyakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

3
1.0 Pengenalan
Bagi kerja kursus Bahasa Melayu Komunikatif (MPU3012), saya telah ditugaskan
untuk memilih sebuah artikel yang bersesuaian dan menganalisis artikel tersebut mengikut
laras bahasa secara kritis. Oleh itu, saya telah memilih sebuah artikel yang pernah
diterbitkan dalam akhbar Berita Harian iaitu sebuah cerpen yang bertajuk ‘Tetamu Istimewa’,
hasil penulisan saudara Mohd Helmi Ahmad, seorang penulis yang amat berbakat. Karya
yang telah saya pilih ini kemudiannya dikupas dan dianalisis berdasarkan penggunaan laras
bahasa kreatif. Objektif kerja kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman siswa guru dalam menganalisis laras bahasa dalam bahan ilmiah dengan kritis
secara bertulis. Objektif kerja kursus ini telah tercapai kerana berjaya meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman saya berkaitan laras bahasa kreatif.

2.0 Laras Bahasa


Sesungguhnya, laras bahasa bermaksud gaya atau cara guna sesuatu bahasa
dalam sesuatu situasi dan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Selain
itu, menurut Za’ba (1962), laras bahasa ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila
bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya,
cara susunannya atau bentuk peribahasanya.

Menurut Asmah Hj. Omar (1984) pula, laras bahasa didefinisikan sebagai khusus
dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunannya, seperti bidang ilmu dan bidang
sosial. Nik Safiah Karim (1989) juga menyatakan bahawa pengguna bahasa Melayu perlu
mengetahui jenis laras yang terkandung dalam bahasa tersebut. Pengetahuan ini dapat
membantu mereka menggunakan laras yang betul dan tepat ketika berkomunikasi
berkenaan bidang yang tertentu.

3.0 Laras Bahasa Kreatif


Laras bahasa kreatif merupakan satu cabang laras bahasa dalam Bahasa Melayu.
Menurut Farid M. Onn (1982), laras bahasa ini terbentuk daripada tulisan imaginatif yang
memerlukan penggunaan atau gaya bahasa yang kreatif dan imaginatif, iaitu bahasa yang
memenuhi konsep foregrounding, mengandungi nilai-nilai estetika yang tinggi sehingga
dapat menimbulkan kepuasan dan kenikmatan pendengar dan pembacanya. Karya yang
mempunyai laras bahasa kreatif ini sering kali digunakan sebagai bahan pengantaraan
untuk menyampaikan mesej, pengalaman atau maklumat daripada penulis kepada
pembaca. Oleh itu, karya-karya yang mempunyai laras bahasa kreatif ini biasanya wujud
dalam bentuk prosa seperti cerpen dan novel, puisi seperti syair, pantun dan sajak, dan
drama seperti filem, teater, dan pementasan.

4
3.1 Bersifat Ambiguiti
Antara ciri-ciri laras bahasa kreatif ialah bersifat ambiguiti. Ambiguiti atau ketaksaan
didefinisikan sebagai unsur kesamaran atau ketidaktentuan yang memungkinkan dua
tafsiran dibuat terhadap sesuatu (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2008). Oleh sebab itu, idea
yang hendak disampaikan oleh penulis atau penyampai mempunyai pelbagai tafsiran
daripada pembaca. Antara unsur yang sering digunakan ialah unsur metafora, personifikasi
dan imejan. Penulis secara tidak langsung dapat memikat diri pembaca dengan
menggunakan unsur ambiguiti dalam penulisan dan penyampaiannya.

Contoh ayat yang menunjukkan sifat ambiguiti ialah ‘Dikatanya jika Emak menumis,
tetamu Adik akan meronta-ronta’ (Perenggan 14, Ayat 8). Perkataan yang mempunyai unsur
kekaburan serta ketidakjelasan yang terdapat dalam contoh ialah ‘meraung-raung’.
‘Meraung-raung’ merupakan sifat perorangan dan bukanlah sifat benda. Pengarang cuba
menimbulkan kesan ambiguiti melalui penggunaan personifikasi dengan meletakkan sifat
perorangan terhadap penyakit demam campak yang dialami oleh Adik. Pemilihan
penggunaan bahasa yang tersirat menjadi satu cabaran buat pembaca bagi memahami
maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh pengarang.

3.2 Keutuhan Karya


Seterusnya, sesuatu karya yang dihasilkan haruslah utuh, iaitu setiap bahagian atau
perkataan yang ditulis yang disampaikan oleh penulis mempunyai tujuan yang tersendiri. Hal
ini membawa erti bahawa setiap bahagian atau unsur yang digunakan dalam karya tersebut
sengaja dicipta dan benar-benar diperlukan untuk mengungkapkan makna yang ingin
disampaikan oleh penulis. Oleh itu, secara amnya, keutuhan karya bermakna bahawa setiap
perkara atau kata yang ingin disampaikan oleh penulis merupakan hasil pemilihan dan
pertimbangan pengarang dan tidak mempunyai unsur kebetulan.

Misalnya, ‘Sekarang baru kutahu bahawa tetamu yang dimaksudkan Emak’


(Perenggan 19, Ayat 1). Contoh tersebut menunjukan sebuah ayat yang terdapat dalam
cerpen yang bertujuan memberitahu pembaca mengenai identiti sebenar tetamu yang
sentiasa menemani Adik. Contoh ini menjelaskan bahawa setiap penggunaan kata dan
unsur dalam ayat tersebut dipilih oleh pengarang dengan sengaja dan diperlukan untuk
menerangkan keadaan tersebut.

3.3 Bersifat Imaginatif dan Figuratif


Selain itu, laras bahasa kreatif mempunyai ciri-ciri seperti bersifat imaginatif dan
figuratif. Hasil gabungan antara realiti dan imaginasi, penulis dapat menampilkan ungkapan
atau makna yang tersendiri yang dapat menimbulkan kesan yang kuat kepada pendengar
atau pembaca.

5
Sifat figuratif dalam laras bahasa kreatif mempunyai penyimpangan makna yang
berbeza daripada pengucapan bahasa biasa, namun ini tidak bererti bahawa laras bahasa
kreatif mengetepikan peraturan tatabahasa. Sifat figuratif adalah bahasa yang digunakan
untuk memberi makna secara tidak langsung dengan tujuan untuk memberikan kesan yang
mendalam dalam sesebuah penulisan. Bentuk yang terlibat dalam sifat figuratif ini adalah
berunsur personifikasi, metafora dan hiperbola.

Sebagai contoh, ‘Selepas Adik dan Angah, tetamu Adik itu beralih pula kepada kami
sekeluarga. Dia menyondol-nyondol kami semua; dia menyondol punggung Emak, dia
menyondol badan Along, dia menyondol kaki dan tangan Ayah. Dan juga dia menyondol
muka Emak’ (Perenggan 17, Ayat 1-3). Kebiasaaanya, perkataan ‘menyondol’ merupakan
satu kata kerja yang sinonim dengan manusia ataupun haiwan yang mempunyai kaki sahaja
dan tidak kepada penyakit.

Secara fitrahnya, memang mustahil jika penyakit demam campak mempunyai


kebolehan untuk menyondol manusia. Namun, dalam cerpen ini, penulis telah meletakkan
sifat perorangan itu melalui penyakit demam campak. Pemilihan ayat-ayat yang bersifat
imaginatif dan figuratif ini sememangnya dapat memberi impak kepada pembaca serta
mampu menjadikan sesebuah karya itu lebih hidup.

3.4 Penggunaan Bahasa Baku


Di samping itu, penggunaan bahasa baku merupakan salah satu ciri laras bahasa
kreatif. Bahasa baku sering digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti yang terdapat
dalam penulisan surat, laporan dan penyampaian maklumat. Namun penggunaan bahasa
baku juga digunakan dalam laras bahasa kreatif untuk menunjukkan cara percakapan atau
perbezaan cara berkomunikasi antara masyarakat atau golongan tertentu. Penggunaan
bahasa baku dalam laras bahasa kreatif juga merupakan satu usaha untuk mengekalkan
identiti bahasa yang mencerminkan keintelektualan dan kemajuan sesuatu bangsa.

Contoh penggunaan bahasa baku yang terdapat dalam cerpen tersebut ialah
‘Ternyata Adik bukanlah seorang yang bijak kerana terang-terang Emak memasukkan
sedikit air dari sumber lain kemudian mencampurkan ke dalam air itu’ (Perenggan 6, Ayat 4).
Ayat yang terdapat dalam contoh sememangnya mempunyai ciri-ciri bahasa baku kerana
ayat tersebut bersifat gramatis dan lengkap dalam bentuk ayatnya. Bahasa baku yang
digunakan mestilah tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan jelas.
Penggunaan bahasa baku juga dapat menunjukkan atau menerangkan situasi dengan lebih
berkesan dan efektif.

6
3.5 Penggunaan Sudut Pandangan Orang Pertama
Bukan sahaja itu, laras bahasa kreatif juga menggunakan sudut pandangan orang
pertama. Penggunaan sudut pandangan orang pertama seperti aku, saya dan kita, mampu
mewujudkan hubungan yang dekat antara pembaca dan penulis. Kewujudan hubungan ini
mampu memudahkan pembaca untuk mentafsir emosi, menyebarkan ilmu pengetahuan dan
melukiskan idea, maklumat atau sesuatu mesej dengan berkesan.

Sebagai contoh, ‘Sekarang baru kutahu bahawa tetamu yang dimaksudkan Emak’
(Perenggan 19, Ayat 1). Contoh berikut mempamerkan bahawa watak menggunakan kata
ganti diri pertama iaitu ‘ku’ dalam percakapannya. Penggunaan kata ganti nama ini
sememangnya merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh penulis untuk
memudahkan proses penyampaian makna kepada pembaca. Para pembaca akan berasa
diri mereka turut terlibat dalam cerita. Oleh itu, sesebuah cerita yang dibaca akan
mendatangkan kesan yang mendalam kepada para pembaca.

3.6 Bersifat Komunikatif


Lain daripada itu, semua hasil karya kreatif bersifat komunikatif, iaitu membentuk
satu perhubungan langsung antara pengarang dengan pembaca. Penglahiran idea dan plot
penceritaan yang disampaikan oleh penulis dalam laras bahasa kreatif lazimnya dapat
membawa pembaca bersama menghayati maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis.
Dengan penghayatan yang mendalam terhadap apa yang dibaca akan menimbulkan rasa
perhubungan yang dekat antara penulis yang menyampaikan mesej kepada pembaca yang
menerima mesej.
Misalnya, ‘Penduduk kampung dinasihati agar membawa anak-anak yang baru
dilahirkan untuk pemeriksaan doktor’ (Perenggan 19, Ayat 7). Contoh yang terdapat dalam
cerpen tersebut jelas membuktikan bahawa laras bahasa kreatif turut mempunyai sifat
komunikatif. Ayat tersebut menampakkan tentang perhubungan antara penulis dan
pembaca. Penulis cuba memberi nasihat bahawa ibu bapa seharusnya peka dengan tahap
kesihatan anak-anak dan tidak memandang ringan sakit yang dihadapi oleh anak mereka.
Oleh itu, sifat komunikatif yang baik diperlukan dalam usaha memudahkan pembaca untuk
memahami mesej yang ingin disampaikan.

3.7 Wacana Perlukisan


Lanjutan daripada itu, laras bahasa kreatif yang bercirikan wacana perlukisan
merupakan satu cara yang digunakan untuk menampilkan gambaran pengarang yang jelas
dan mantap serta hidup tentang peristiwa, aksi dan emosi dalam sesebuah penulisan.

7
Sebagai contoh, ‘Adik pulang dari sekolah. Pakaian seragam sekolah dibuka. Kasut
dibiarkan terbengkalai di depan pintu. Stokin yang masam-masam itu diletakkan di atas
meja kopi. Beg sekolah dicampakkan di atas kusyen.’ (Perenggan 2, Ayat 1-5).

Contoh tersebut menggambarkan tentang situasi yang berlaku pada watak itu
dengan memerihalkan tentang keadaan serta perlakuan watak pada waktu itu dengan jelas.
Setiap pembaca dapat membayangkan perbuatan Adik setelah tiba di rumah selepas sesi
persekolahan tamat. Wacana perlukisan memudahkan pembaca untuk memahami serta
lebih mudah untuk menjiwai watak yang terdapat dalam cerpen tersebut.

4.0 Kesimpulan
Konklusinya, laras bahasa kreatif merupakan satu cabang laras bahasa yang penting
dan digunakan dalam kebanyakan karya-karya kreatif. Terdapat tujuh ciri laras bahasa
kreatif yang telah dikenal pasti yang terdapat dalam cerpen ‘Tetamu Istimewa’ karya Mohd
Helmi Ahmad. Oleh itu, tujuh ciri laras bahasa kreatif yang berjaya dikenal pasti ialah
bersifat ambiguiti, keutuhan karya, bersifat imaginatif dan figuratif, penggunaan bahasa
baku, penggunaan sudut pandangan orang pertama, bersifat komunikatif, dan wacana
perlukisan. Memahami ciri-ciri laras bahasa kreatif dalam sesebuah karya amat penting
untuk membantu pembaca mendekati elemen seni bahasa.

Di samping itu, dengan menguasai ciri laras bahasa kreatif, mesej yang ingin
disampaikan oleh seseorang pengarang dalam setiap karyanya akan lebih mudah untuk
difahami oleh pembaca kerana laras bahasa ini merupakan medium yang digunakan oleh
pengarang untuk menyampaikan bentuk perasaan, mesej, serta pengalaman mereka. Karya
yang mengandungi laras bahasa kreatif yang lengkap dengan penggunaan fonem, diksi,
dan seterusnya memiliki unsur wacana merupakan karya penulisan yang bermutu, berkesan
dan indah. Oleh itu, jelaslah bahawa laras bahasa kreatif merupakan sebuah laras bahasa
yang kaya dengan ciri-ciri bahasa yang sempurna dan penggunaanya akan berterusan
sepanjang zaman ibarat peribahasa melayu ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.

(1566 patah perkataan)

8
5.0 Pengurusan Grafik

Bersifat
ambiguiti

Wacana Keutuhan
perlukisan karya

Ciri-Ciri
Laras
Bahasa Bersifat
Bersifat Kreatif imaginatif
komunikatif dan
figuratif

Penggunaan
sudut
Penggunaan
pandangan
bahasa baku
orang
pertama

Rajah 1: Pengurusan grafik menunjukkan Ciri-Ciri Laras Bahasa Kreatif

9
LAMPIRAN
Cerpen: Tetamu Istimewa

Oleh Mohd Helmi Ahmad

KATA Emak semenjak Adik pulang dari sekolah, dia sentiasa mengurungkan diri di
dalam rumah, tidak mahu keluar bermain mahupun menghirup udara. Umurnya baru berusia
lapan tahun, agak janggal bagi kanak-kanak yang seusianya tidak memanfaatkan waktu itu
untuk bermain. Agak rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja. Bukan senang untuk
memperuntukkan waktu sebegitu. Masa tidak akan berpatah kembali. Apa yang ada harus
diharungi. Begitulah perjalanan hidup.

Adik pulang dari sekolah. Pakaian seragam sekolah dibuka. Kasut dibiarkan
terbengkalai di depan pintu. Stokin yang masam-masam itu diletakkan di atas meja kopi.
Beg sekolah dicampakkan di atas kusyen. Emak yang sibuk memasak ketika itu tidak
menghiraukan gelagat Adik. Adik terus mengurung diri di dalam bilik. Ada tetamu yang
dibawa balik dari sekolah kata Emak. Tetamu itu tidak dipelawa untuk datang, tetapi mahu
juga mengikut Adik pulang.

Adik tidak kenal akan tetamu itu, bercakap pun tidak, inikan pulak untuk bertanya
khabar. Apa yang menghairankan Emak kenal akan tetamu yang tidak diundang itu. Seolah-
olah sudah serasi dengan Emak, walaupun sebelum ini tidak pernah berkunjung ke rumah
kami. Tetapi kata Emak tetamu yang ini lain sedikit sikapnya, dia tidak meminta makan dan
minum. Dia hanya minta untuk tumpang tinggal sahaja di rumah kami. Dia mahu berlindung
dari hujan panas. Dia mahu tinggal bersama Adik. Dia mahu berkawan bersama Adik. Dan
juga dia mahu bermain bersama Adik. Tetapi Adik tidak mahu berkawan dengannya. Adik
tidak mahu bermain dengannya. Malahan Adik tidak mahu berkongsi bilik dengannya. Adik
rimas. Setiap kali tetamu itu menyondol-nyondol ke tubuhnya Adik, dia akan rasa rimas,
gatal merenyam dan tidak selesa. Setiap kali itu juga Adik akan menangis. Meronta-ronta
menyeru tetamu itu pulang saja ke rumahnya. Tetapi tetamu itu masih tegar untuk tidak
mahu pulang.

Seketika cuma Adik, tenang. Tetamu itu tidak mengganggunya. Namun semenjak
itulah Adik tidak lagi ke sekolah. Kawan-kawannya yang lain tidak mahu berkawan
dengannya lagi. Dikatakan Adik seorang yang sombong. Tidak mahu berkawan dengan
mereka. Adik hanya berkawan dengan tetamu barunya itu saja. Adik pentingkan diri sendiri.
Adik hanya tahu mengurung diri di dalam rumah. Dah macam anak dara. Sementelahan
itulah adik hilang banyak kawan. Pelajarannya juga terganggu.

10
Terang-terang tangan Emak sudah menyediakan sarapan. Nasi lemak bungkus
bersama teh kepada kami. Adik sudah pun bangun. Tetamunya juga begitu. Emak
membuka bungkusan nasi lemak itu. Kemudian Emak menyuapkan nasi ke mulut Adik. Adik
nganga lalu menelan setiap butir nasi yang masuk ke dalam mulutnya. Kami adik beradik
yang lain hanya melihat sahaja. Layanan Emak kepada Adik lain sekali. Sebelum ini Adik
tidak mahu dilayan sebegitu rupa. Adik sudah besar. Tidak suka diperlakukan macam
budak-budak lagi. Adik sudah boleh makan, mandi dan uruskan diri sendiri. Tanpa bantuan
Emak lagi.

Adik malu jika kawan-kawannya melihat Emak mandikan Adik. Suapkan makan ke
mulutnya. Tetapi pagi ini Adik tidak membantah. Adik seakan rela. Kami menganggapkan
bahawa Adik hanya mahu menunjuk-nunjuk kepada tetamunya itu. Dia tidak mahu Emak
melayan tetamunya itu seperti Emak melayannya sewaktu kecil-kecil dahulu. Adik akan rasa
cemburu. Adik merasakan hanya dia seorang yang wajar menerima layanan seperti itu.

Selepas makan, Emak memandikan Adik pula. Emak mencampurkan sedikit air yang
berada di dalam botol ke dalam besen yang disediakan. Lain sedikit cara memandikan Adik.
Sebelum ini Adik hanya dimandikan dengan air paip yang mentah-mentah itu saja, tetapi kali
ini Emak memasukkan sedikit campuran air yang dibawa balik oleh Ayah dari rumah Haji
Soot. Air itu dalam keadaan keperangan. Kandungannya seperti campuran akar kayu yang
telah dihancurkan dan dicampurkan dengan air biasa.

“Air apa ni mak?”

“Ni air penawar.”

“Air penawar?”

“Air penawar ni untuk memulihkan kau.”

Kami adik beradik yang lain curi-curi dengar perbualan Emak bersama Adik. Kami
tergelak bersama-sama. Mudah benar Adik ditipu. Ternyata Adik bukanlah seorang yang
bijak kerana terang-terang Emak memasukkan sedikit air dari sumber lain kemudian
mencampurkan ke dalam air itu. Tujuannya adalah untuk meyakinkan Adik supaya mudah
untuk mandi. Adik memanglah seorang yang ketegar untuk mandi. Dia takut dengan air.
Seboleh-bolehnya dia akan mandi sehari sekali sahaja. Itupun jika diingatkan Emak.

Tetamu yang mengikut Adik pulang masih tidak mahu pulang. Sudah seminggu dia
bertamu di rumah kami. Kawannya adalah dengan Adik. Dia tidak mahu berkawan dengan
kami semua. Termasuk Emak.

“Mak boleh Ijam tanya sikit?”

11
“Ada apa?”

“Kenapa dengan Adik?”

“Kenapa pulak dengan dia?”

“Iyalah kenapa Adik dilayan begitu?”

“Kenapa kamu pun cemburu?”

“Bukannya cemburu, tapi kenapa Adik disuap makannya, dimandikan dengan air
penawar?”

“Adik kamu tu sakit.”

“Sakit! Adik sakit apa mak?”

“Dia demam baik.”

“Demam baik!”

Kami adik beradik yang lain ketawa terbahak-bahak. Jawapan yang diberikan Emak
kepada kami amat melucukan. Kalau sudah demam baik buat apa lagi susah-susah nak
mandikan dengan air penawar. Sahlah jangkaan kami sebelum ini Adik sudah kena tipu.
Adik yang dikatakan bijak dalam matematik sebelum ini senang-senang ditipu Emak. Dia
tidak dapat mengira setiap butir kata Emak yang membelit akal fikirannya. Jelasnya
kemahiran adik untuk menafsir masih pada tahap yang rendah.

Adik menangis lagi. Adik tidak dapat tidur malam. Tidurnya sentiasa diganggu tetamu
yang mengikutnya pulang. Kami sudah mengagak Adik hanya pandai bermuka-muka.
Sebelah siangnya memanglah Adik buat tak layan sahaja dengan tetamunya itu, sebaliknya
pada waktu malam dia akan kembali cergas. Dia seperti burung hantu yang aktif pada waktu
malam. Dia akan bermain-main dengan tetamunya itu. Dia akan berkawan dengan
tetamunya itu. Sehinggalah lewat malam. Pandai sungguh Adik bersandiwara.

Apabila sudah letih, sendi-sendinya akan terasa lenguh. Badannya akan terasa gatal-
gatal. Tenaganya sudah tentu kehabisan ketika bermain bersama tetamunya itu. Kulitnya
akan mudah dinaiki bintil-bintil kemerahan. Keadaan itu disebabkan peluh yang berlinangan
di badannya. Angin sukar menyelinap masuk ke bilik Adik. Jadi keadaan bilik Adik
terpeluwap.

Setelah Adik kalah dalam permainannya Adik akan menangis. Adik akan meronta-
ronta. Sudah agak dah Adik macam itu. Hanya dia seorang yang boleh menang. Orang lain
tidak akan berpeluang jika bermain dengan Adik.

12
“Kenapa ni Adik?”

“Badan Adik gatal-gatal.”

“Itulah mak cakap jangan main sampai lewat malam. Nanti gatal-gatal susah.”

“Adik tak main apa-apa pun.”

“Dah mari sini mak tengok!”

Kami sekali lagi terkesima. Bualan Adik bersama Emak seakan tidak masuk akal.
Sekali lagi Adik ditipunya Emak hidup-hidup. Tabiat Adik yang sukar diubah adalah suka
tidur lewat. Sewaktu usianya ini tidak elok baginya berjaga lewat malam. Kesihatannya akan
mudah terganggu. Keesokannya apabila Adik ke sekolah Adik akan mengantuk. Mata Adik
akan jadi merah. Mahu tidak mahu Adik akan tidur di dalam kelas. Dia tidak akan dapat
menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran lagi.

Keesokannnya Emak tidak lagi menggoreng ikan dan menumis masakannya. Emak
hanya merebus ikan yang dibeli Ayah. Ikan itu direbus semata-mata untuk menjamu Adik
dan tetamunya. Kami gelisah. Ternyata Adik dan tetamunya itu betul-betul menyusahkan.
Makan minum Adik dan tetamunya dijaga begitu rapi. Tidak boleh silap sedikit. Emak sangat
berhati-hati dalam menyediakan makanan kepada Adik.

Sebelum ini Emak tidak mengambil kisah akan bab-bab masak-memasak ini.
Maksudnya Emak akan memasak mengikut cita rasanya sahaja. Tapi lain untuk kali ini.
Lauk mesti direbus setiap hari. Emak tidak akan menggoreng lauk lagi. Tidak ada lagi
masakan yang melibatkan tumis-menumis. Semuanya rebus semata-mata. Dikatanya jika
Emak menumis, tetamu Adik akan meronta-ronta. Keadaan ini menyebabkan Adik turut
meronta-ronta juga. Emak tidak sanggup melihat Adik dalam keadaan itu. Sangat terseksa.

“Adik kamu tu demam biji. Tak boleh sembarangan. Nanti merebak susah. Mak kena
jaganya baik-baik.”

Kelucuan yang Emak ciptakan sememangnya menggeletek perut kami. Seketika itu
kami ketawa tidak henti-henti. Seakan mahu pecah perut dibuatnya. Sekejap demam baik,
sekejap demam biji. Mana satu yang betul pun tidak tahu. Orang-orang dulu ada-ada saja
istilah yang diciptakan. Melihat saja badan penuh dengan bintil-bintil dikatakan demam biji.

Adik semakin pulih. Dia tidak lagi menangis pada waktu malam. Tidurnya lena dibuai
mimpi-mimpi indah. Tetamunya tidak mengganggunya lagi. Sebaliknya Angah pula yang
mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak mahu bercakap dengan orang lain. Tetamu Adik itu
seolah-olah mahu berkawan dengan Angah. Dia tidak mahu berkawan dengan Adik lagi.

13
Malahan tidak mahu bermain dengan Adik lagi. Agaknya tetamu Adik itu sudah bosan untuk
bermain dengan Adik. Tiada permainan baharu yang dimainkan. Dia mahu mencari kawan
baharu. Angah adalah orangnya. Sebelum ini Angah menunjukkan minat untuk berkawan
dengan tetamu Adik. Angah selalu melawat bilik Adik. Di mana saja Adik berada di situlah
Angah juga berada. Termasuk tetamu Adik.

Selepas Adik dan Angah, tetamu Adik itu beralih pula kepada kami sekeluarga. Dia
menyondol-nyondol kami semua; dia menyondol punggung Emak, dia menyondol badan
Along, dia menyondol kaki dan tangan Ayah. Dan juga dia menyondol muka Emak. Kami
semua mengurungkan diri di dalam rumah. Makan ikan rebus setiap hari. Mandi air
penawar. Hampir setiap malam tidur kami diganggunya tetamu Adik. Sendi-sendi kami
terasa lenguh. Badan kami mudah terasa gatal merenyam. Bintil-bintil kemerahan tumbuh di
mana-mana sahaja di tubuh kami semua. Orang kampung mengatakan keluarga Deris
sombong belaka. Tidak mahu bertegur sapa. Hanya mengurungkan diri di dalam rumah.

Setelah itu datanglah Kiah Murai melawat kami semua. Sementelahan itu, berita
tetamu yang dibawa pulang Adik tersebar ke seluruh pelusuk kampung. Habis semua rumah
penduduk kampung dilawati tetamu Adik. Tetamu Adik itu mahu berkawan dengan semua
penduduk kampung. Dia mahu bermain-main dengan penduduk kampung. Dia mahu
menyondol-nyondol tubuh penduduk kampung. Habis semua penduduk kampung
mengurungkan diri di dalam rumah. Mereka sedang bermain-main dengan tetamu Adik.

Sekarang baru kutahu bahawa tetamu yang dimaksudkan Emak. Di tempat kami
demam itu dikenali sebagai demam baik, demam biji dan juga demam campak. Sebab itulah
tidur malam Adik terganggu. Tidur malam penduduk kampung yang lain juga terganggu.
Seluruh tubuh mereka gatal-gatal. Sejurus selepas itu kampung kami dibina sebuah klinik
desa untuk merawat penyakit campak yang dihidapi penduduk kampung. Penduduk
kampung dinasihati agar membawa anak-anak yang baru dilahirkan untuk pemeriksaan
doktor. Kanak-kanak di kampung kami selepas itu diberi suntikan campak bagi mencegah
daripada diserang campak. Setelah diberi suntikan campak kampung kami kembali aman
damai. Tidak ada lagi tetamu yang datang tanpa diundang.

14
RUJUKAN
Asmah Hj. Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Farid M. Onn. (1982). Stilistik Simposium Keindahan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Gregory, M. (1967). Aspect of Varieties Differentiation. Journal of Linguistics, 3(2), 177-197.

Hamdan Haji Yaakub. (2020). Bahasa Melayu Kontekstual. Ipoh: Jabatan Pengajian Melayu
IPGKI Ipoh.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laras Bahasa Bahasa Melayu. (2013). Dimuat turun daripada http://nota-


ipg.blogspot.com/2013/04/laras-bahasa-bahasa-melayu.html?m=1

Mohd Helmi Ahmad. (2014. Tetamu Istimewa. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia.

Nik Safiah Karim. (1989). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Za’ba. (1962). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

15

You might also like