You are on page 1of 7

TUGASAN 1

1 (a) ANALISIS LARAS BAHASA BAGI TEKS PILIHAN:


Sukarkah Bahasa Inggeris? oleh Noraziah Mohd Amin
PENDAHULUAN
Dalam linguistik laras bahasa ialah subset sesuatu bahasa yang digunakan untuk
tujuan tertentu. Laras merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras akan digunakan untuk
keadaan atau situasi tertentu. Sesuatu masyarakat akan menggunakan laras yang tidak
sama untuk situasi yang berbeza kerana mereka sedar akan keadaan sosial yang berbeza
yang ada di sekitar mereka. Oleh itu, laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi
sosial yang berlainan (Siti Hajar, 2009).
Laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang hendak diperkatakan seperti bidang
ketenteraan, sains, komersial dan lain-lain. Oleh itu, ayat-ayat dalam laras tertentu
mengandungi kata-kata serta ungkapan yang berlainan. Laras merupakan fenomena sosial
kerana selain elemen linguistik, laras juga boleh dimanifestasikan melalui tingkah laku orang
yang bercakap, gerak-geri tangan dan intonasi suara. Namun demikian, penanda utama
laras ialah ciri-ciri linguistik yang wujud dalam bentuk sesuatu laras.
ANALISIS LARAS BAHASA
Dalam kajiannya, Nik Safiah Karim (1989) telah meneliti laras ucapan ilmiah dengan
menggunakan empat aspek, yakni leksikal, tatabahasa, keindahan bahasa serta latar dan
ketenunan. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, aspek keindahan bahasa tidak diteliti
kerana buku teks bersifat didaktik dan keutamaan diberikan kepada ketetapan penyampaian
fakta tentang ilmu (Nathesan,S., 1995). Dalam laras bahasa ilmiah, ia meliputi pelbagai
bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik, dan sebagainya yang terletak dalam
ruang lingkup pendidikan.
Berdasarkan teks artikel yang telah dipilih, saya mendapati laras bahasa yang
digunakan oleh penulis iaitu Noraziah Mohd Amin adalah laras bahasa akademik dan laras
bahasa umum. Terdapat tiga ciri laras bahasa umum dan akademik iaitu yang bersifat
formal, tidak terlalu tinggi, dan mudah difahami.
Teks ini sesuai dibaca oleh semua golongan namun pengkhususannya lebih kepada
golongan yang terlibat dalam bahagian pendidikan iaitu guru, pelajar, pegawai kementerian

dan sebagainya. Artikel ini adalah berkenaan dengan kepentingan Bahasa Inggeris dalam
sistem pendidikan khususnya di negara kita, Malaysia.
Artikel ini bersifat formal dan amat menekankan fakta, fungsi dan objektif. Kita dapat
melihat dengan jelas bahawa artikel ini benar-benar berasaskan fakta apabila penulis
menyertakan sebahagian daripada Laporan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
dalam awal penulisan teks. Semua maklumat yang berkaitan dan berkenaan dengan
bahasa kebangsaan diambil dan dimasukkan ke dalam artikel serta ditulis semula oleh
penulis dalam bentuk seperti berikut;
Antara rancangan perubahan yang direka khas dan terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 termasuklah usaha untuk memastikan
setiap pelajar mahir dalam bahasa Inggeris. Menurut laporan kajian yang dilakukan,
terhadap hanya 28 peratus daripada jumlah pelajar yang mendapat kredit minimum dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2011 bagi kertas Bahasa Inggeris jika
dibandingkan dengan standard 1119 Cambridge.
Pelan pendidikan berkenaan tutut menyatakan bahawa isu penguasaan bahasa
Inggeris yang lemah dalam kalangan graduan sejak 2006 juga telah secara konsistennya
disenaraikan sebagai salah satu dariapada lima masalah utama yang dihadapi para majikan
di Malaysia.
(halaman 5)
Berdasarkan artikel ini juga, kita dapat mengenalpasti bahawa teks ini termasuk
dalam bahan ilmiah apabila artikel ini mempunyai kematangan dan keintelektualan.
Kematangan dan keintelektualan mampu ditonjolkan melalui penulisan yang menggunakan
ayat-ayat yang jelas, tiada perlambangan dan bunga-bunga bahasa. Ayat-ayat kiasan
biasanya jarang digunakan untuk bahan ilmiah kerana teks bahan ilmiah atau akademik ini
lebih mementingkan sifatnya yang formal, teknikal dan serius. Selain itu juga, teks artikel ini
menggunakan sudut pandangan orang ketiga dan mengutamakan wacana penghuraian dan
perbincangan. Hal ini juga bertepatan dengan ciri-ciri bagi sebuah bahan akademik.
Kosa kata dan tatabahasa yang digunakan oleh penulis adalah terdiri dari pelbagai
aspek. Larasnya mudah difahami namun ada juga beberapa kosa kata tahap tinggi yang
digunakan untuk mengindahkan lagi bahasa dalam teks. Contohnya, lingua franca, psikologi
kognitif, afektif, divisyen, autentik, mnemonik, transkrip, dan sebagainya. Di antara
perkataan-perkataan ini, terdapat beberapa kosa kata yang diambil melalui kata pinjaman.
Contohnya seperti kognitif adalah merupakan kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris.

Bukan itu sahaja, mnemonik dan psikologi merupakan kata pinjaman dari Greek iaitu
berasal daripada perkataan mnmonikos dan psyche. Malah, lingua franca
adalah kata pinjaman dari bahasa Itali yang bererti bahasa Frank.
Dari segi aspek tatabahasa dan analisis sintaksis, penulis lebih banyak
menggunakan ayat penyata daripada ayat-ayat lain. Hal ini sesuai dengan matlamat artikel,
iaitu untuk menyatakan kepentingan-kepentingan bahasa Melayu terutamanya dalam sistem
pendidikan. Antara contoh ayat-ayat penyata yang terkandung dalam teks artikel adalah;
Untuk merealisasikan impian kerajaan dalam meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris
pelajar, pelajar haruslah bersama-sama berusaha untuk membaiki penguasaan bahasa
tersebut melalui strategi yang efektif.
(halaman 5)
Penyelidikan tentang strategi pembelajaran bahasa mula giat dilakukan pada tahun1960-an
dengan dipengaruhi oleh perkembangan bidang psikologi kognitif yang pesat ketika itu.
(halaman 5)
Antara teknik yang dikatakan paling efektif dalam menguasai sesuatu bahasa termasuklah
teknik mnemonik, teknik ini yang berobjektif meningkatkan memori tentang sesuatu
komponen bahasa yang dipelajari ,terutamanya kosa kata.
(halaman 6)
Dalam laras ini, ragam ayat yang lebih ketara ialah ayat aktif berbanding dengan
ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan sebagai subjek ayat
manakala perbuatan atau objek terletak di belakang ayat sebagai prediket. Ayat pasif
pula ialah ayat yang mana perbuatan terletak di hadapan sebagai subjek ayat manakala
pelaku terletak di belakang sebagai prediket ayat. Antara contoh ayat aktif dalam artikel
ialah;
Melalui pembacaan yang banyak, pelajar dapat menambahkan perkataan baharu dan
mempelajari penggunaan ayat dalam penulisan.
(halaman 6)
Bagi pembelajaran bahasa Inggeris komunikasi secara individual, para pelajar boleh
mendapatkan transkrip perbualan dalam bahasa Inggeris dan menghayatinya.
(halaman 7)
Berikut pula merupakan contoh ayat pasif;

Terdapat pelbagai teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang boleh dipratikkan oleh para
pelajar.
(halaman 5)
Penumpuan terhadap kajian mengenai stategi pembelajaran bahasa bermula pada tahun
1970-an sebagai suatu tindak balas kepada amalan pembelajaran yang berpusat pada guru
atau dalam erti kata lain yang lebih memfokuskan apa-apa yang harus dilakukan oleh
seorang guru berbanding seorang pelajar.
(halaman 5)
Kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris amat penting untuk dimiliki oleh para pelajar
kerana kemahiran ini sangat diperlukan apabila mereka menempuh alam pekerjaan nanti
termasuklah dalam penulisan laporan, dan minit mesyuarat.
(halaman 7)
Selain itu, penggunaan ayat tunggal dan majmuk juga begitu ketara perbezaannya
dan ayat-ayat di dalam artikel boleh dikatakan kebanyakannya merupakan ayat majmuk.
Ayat majmuk ialah ayat-ayat tunggal yang digabungkan menjadi satu ayat dengan
menggunakan kata hubung. Sebagai contoh, antara penggunaan ayat tunggal dalam teks
adalah;
Bahasa Inggeris komunikatif dapat dimahirkan dengan beberapa taktik pembelajaran.
(halaman 7)
Di samping itu, kita juga dapat melihat penggunaan ayat majmuk yang sangat
meluas dalam perenggan-perenggan artikel iaitu;
Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan ingin menyaksikan pada masa hadapan bahawa para
pelajar mampu untuk menguasai bahasa Inggeris dan dapat menggunakannya ketika
diperlukan.
(halaman 4)
Sebenarnya, cara pembelajaran sesuatu bahasa itu berkait rapat dengan keupayaan
seseorang pelajar itu dan elemen bahasa yang dipelajarinya sama ada tatabahasa,
perbendaharaan kata, struktur ayat, sebutan perkataan, penulisan, atau aspek komunikasi
bahasa tersebut.
(halaman 6)

Berkomunikasi dengan penutur asal bahasa Inggeris dapat meningkatkan lagi keyakinan diri
dan membaiki kelemahan dengan respons yang lebih tepat dan diyakini yang diterima.
(halaman 7)
Seterusnya, kita dapat melihat bahawa penulis banyak menggunakan kata kerja dan
kata nama daripada kata adjektif. Itu juga adalah merupakan salah satu ciri yang terdapat
pada sesebuah bahan akademik dan bahan ilmiah. Antara contoh yang dapat dilihat
berkenaan dengan kata kerja dan kata nama dalam teks ini ialah;
Pelajar yang ingin membaiki bahasa Inggeris mereka boleh mengaplikasikan teknik ini
dalam pembelajaran bahasa berkenaan seperti melibatkan penggunaan bahan bercirikan
audio visual.
(halaman 6)
Terdapat pelbagai laman sesawang dan akaun facebook yang menyediakan pengajaran
bahasa Inggeris secara percuma dan komprehensif untuk pembelajaran yang bersifat
autonomi berbanding dengan pergantungan kepada guru seperti American English at State,
engVid and Learning English di facebook yang menyediakan material pembelajaran bahasa
Inggeris yang penuh ciri grafik dan audio.
(halaman 6)
Berkomunikasi dengan penutur asal bahasa Inggeri dapat meningkatkan lagi keyakinan diri
dan membaiki kelemahan dengan respons yang lebih tepat dan diyakini yang diterima.
(halaman 7)
Bukan itu sahaja, aspek membuat rujukan juga penting dan tidak patut dipandang
remeh kerana bibliografi merupakan ciri wajib yang perlu ada pada sesebuah teks bahan
ilmiah. Kita sewajarnya memberikan penghargaan kepada tokoh-tokoh yang mana
ucapannya diambil contoh di dalam penulisan. Sekiranya terdapat mana-mana ucapan
seseorang tokoh atau ahli akademik yang langsung tidak diberi kredit dan penghargaan
dalam ayat tesis atau kerja kursus, penulis layak disaman atas tuduhan plagiarisme. Plagiat
merupakan satu perbuatan yang melanggar peraturan penulisan. Contohnya adalah seperti
berikut,
Rebecaa Oxford terkenal, Language Learning Strategies: What Every Teacher Should
Know, medefinisikan strategi pembelajara sebagai tindakan tertentu yang diambil oleh
seseorang pelajar untuk menjadikan pembelajaran sesuatu perkara itu lebih mudah, cepat
menyeronokkan, berfokus kepada diri sendiri, efektif

Menurut penulis buku, Second Language Learning and Language Teaching, Vivian Cook,
terdapat enam strategi yang dipratikkan oleh pelajar bahasa yang baik, iaitu mengenal pasti
cara pembelajaran yang sesuai dengan diri sendiri, melibatkan diri sepeneuhnya dalam
proses pembelajaran bahasa, menyedari bahawa sesuatu bahasa itu terdiri daripada sisitem
dan komunikasi, memberikan perhatian berterusankepada usaha mengembangakan
kemahiran bahasa, mempelajari bahasa kedua sebagai suatu bahasa yang memiliki system
bahasa tatabahasa tersendiri dan mengambil kira apa-apa yang diperlukan dalam
pembelajaran bahasa kedua.
(halaman 7)
Sebagaimana pengolahan dan analisis yang telah saya jalankan ke atas teks artikel
ini, maka jelaslah bahawa artikel ini menggunakan laras bahasa akademik dan umum. Ayatayat dan isinya merangkumi semua aspek dan mudah difahami oleh para pembaca. Aspek
sintaksis, eleksis, morfologi dan teknik rujukannya amat lengkap. Keseluruhannya mampu
memberikan gambaran kepada kita selaku pembaca berkenaan dengan betapa pentingnya
bahasa Melayu terutamanya dalam sistem pendidikan negara khususnya di negara kita,
Malaysia.

RUJUKAN
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxfard Fajar Sdn. Bhd.
Nathesan, S. (1995). Laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like