You are on page 1of 6

Teori Pemerolehan Bahasa Teori Behaviorisme Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak

balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran. Menurut Skinner,

pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanakkanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanakkanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar. Ganjaran akan diberi untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Contohnya, ganjaran seperti pujian, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal iaitu melalui proses peniruan daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapanya. Ini adalah kerana, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkanya dengan betul. Ganjaran boleh diberi untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul seperti mereka berjaya meniru atau menyebut perkataan yang diajar dengan betul. Dalam prinsip teori behaviorisme telah mengutamankan bahasa lisan diikuti dengan tulisan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting. Oleh sebab itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi penekanan kepada latihan lisan, kemudian diikuti dengan kemahiran menulis. Oleh sebab bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu mengutamakan latih tubi. Maksudnya, guru perlu memberi latihan yang mencukupi untuk murid sehingga seseorang murid itu berjaya menguasai dan memahami sistem bahasa yang dipelajari. Selain itu, hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid. Oleh itu, teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian yang dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.

Dalam teori behaviorisme ini kelemahannya pula termasuklah proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Contohnya, guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas. Murid hanya berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif. Sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas oleh murid tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku yang wajib dalam pembelajaran mereka. Kesimpulannya, teori ini menganggap bahasa sebagai satu set kebiasaan yang diserapkan dalam sistem saraf penutur bahasa ibunda. Mereka berpendapat bahawa bahasa adalah proses tingkah laku, iaitu hasil operasi stimulus atau rangsangan dan respon tindak balas yang bergantung semata-mata kepada ciri-ciri naluri yang ada pada manusia. Aktiviti berbahasa adalah sama seperti aktiviti lain dan aktiviti ini dikuasai oleh kanak-kanak melalui hubungan rangsangan dan gerak balas. Kanak-kanak belajar berbahasa daripada data bahasa yang didengar, kemudian diulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan.

Teori Interaksionalis Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli pemikiran terkenal yang terlibat dalam aliran ini ialah Mark Halliday. Oleh hal demikian, teori ini dikenali sebagai teori Halliday. Selain Halliday, ahli pemikiran lain teori interaksionalis ini ialah Bloom, Bowemen, dan Schlesinger yang berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan penguasaan bahasa. Oleh hal demikian kerana kebolehan kognitif sahaja yang membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Dengan itu, dalam teori ini telah menerangkan perkembangan bahasa kanakkanak melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Ketika kanak-kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih memberi penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. Persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam proses pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Kanak-kanak selain menerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa, mereka juga dapat memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa. Beberapa faktor seperti persekitaran sosial, permatangan biologi dan kognitif memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Semua faktor ini saling berinteraksi lalu melakukan penyesuaian antara satu sama lain. Terdapat tiga prinsip dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa interaksionalisme iaitu dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna adalah lebih diutamakan. Menurut prinsip ini sama ada pembelajaran bahasa pertama atau kedua, penyampaian makna adalah amat penting. Prinsip kedua ialah pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Teori ini merupakan interaksi sosial dalam kehidupan seharian. Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat. Kebanyakan akan menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial. Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat. Teori ini berpendapat kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan tepat.

Teori Mentalis Noam Chomsky merupakan salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Noam Chomsky berpendapat bahawa seorang anak telah dilahirkan dengan kecakapan semula untuk menguasai bahasa apabila sampai peringkat

kematangannya yang tertentu. Pada setiap peringkat kematangan anak tersebut akan membentuk hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli

masyarakatnya. Segala pembetulan kesalahan yang dibuat oleh ahli masyarakatnya akan memperkukuhkan lagi rumus-rumus bahasa yang tersimpan di dalam otaknya. Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky lagi, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam

pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. Teori ini juga menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanakkanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat serta pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia. Kaedah pengajaran dalam teori ini juga berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. Yang kelemahan dalam teori ini adalah lebih mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir

menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur). Dengan itu, guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka.

Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai konsep tatabahasa dan kemudian barulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal. Ciri-ciri bagi teori mentalis ialah bahasa dihasilkan melalui proses otak (mental) serta kanak-kanak boleh merumus bahasa berdasarkan keupayaan semula jadi yang berlaku secara biologi. Mereka belajar bahasa secara formal dan penguasaan bahassa berdasarkan logik. Selain itu, mereka belajar bahasa melalui latih tubi ataupun ulangan. Jadi melalui proses ulangan mereka dapat belajar melalui kesilapan maka proses yang berulangan dapat membuatkan mereka untuk berbahasa dengan lebih baik. Teori pemerolehan bahasa mentalis adalah menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu, pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. Di samping itu, ia juga menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Tambahan pula, teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan

penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

Teori Kognitif Teori ini berlandaskan oleh Jean Piaget, iaitu seorang ahli psikologi

berbangsa Swiss. Menurut Piaget (1963) perkembangan mental kanak- kanak boleh dibahagiakan kepada empat peringkat (Abd. Aziz Abd.Talib, 2000). Peringkat pertama melibatkan tahap motor- sensori iaitu bermula umur 0 hinggalah dua tahun. Walaupun perkembangan kognitif sudah bermula sedikit namun kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara rasional dan logik. Perlakuan kanak-kanak pada tahap ini lebih kepada bercorak motor ( fizikal). Apabila memasuki peringkat kedua, iaitu tahap pemikiran pra-operasi dari umur dua hinggalah tujuh tahun. Perkembangan bahasa bermula seawal umur dua tahun. Semasa berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun perkembangan bahasa mereka menjadi lebih pesat seiring dengan perkembangan sosial yang semakin meluas. Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah sebelas tahun. Kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi

mereka hanya mampu berfikir secara konkrit dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat secara fizikal. Peringkat terakhir melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas hinggalah 15 tahun. Daripada kajian dan pemerhatian Jean Piaget, beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Di samping itu, beliau telah membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun), dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Menurut beliau, setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak ini merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada dalam konkrit atau abstrak. Pada tahun 1960, beliau berpendapat bahawa semua manusia yang dilahirkan pada dunia ini adalah dengan kecenderungan secara positif untuk berinteraksi dan mentaksir persekitarannya. Ketika umur bayi, mereka mula mengenali sesuatu objek melalui skema. Dengan kata lain, skema merupakan satu struktur kognitif dan struktur kognitif yang terkumpul lebih dari satu akan membentuk skemata. Skemata boleh berubah melalui proses, iaitu organisasi.

You might also like