You are on page 1of 4

Kaedah Membaca Membaca adalah satu proses yang kompleks yang memerlukan seseorang itu menguasai pelbagai sub

kemahiran yang berkaitan dengan asas-asas bacaan. Untuk memahami apa yang dibaca, seseorang itu mestilah mengetahui makna perkataan-perkataan yang dibacanya, sama ada makna perkataan sebagai satu konsep yang tersendiri ataupun mengikut konteks ayat. Kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca ialah proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman. Goodman (1976), membaca sebagai proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuk makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Kamarudin Hussin (1988) pula mentakrifkan bahawa membaca satu ketika dahulu adalah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Namun perubahan zaman menyaksikan bahawa membaca pada hari ini bukan sekadar memindahkan tulisan kepada suara, bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Menurut Robert Lado, 1964 membaca itu bermaksud mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya. Menurut Smith (dalam Mangantar Simanjuntak, 1985:3 ) mengatakan membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang membentuk semula di dalam pemikirannya dengan sebaik mungkin erti yang telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan yang kemudian di baca oleh si pembaca tadi. Mengikut Atan Long 1978, membaca melibatkan satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambing-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara ( bahasa ) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Steinberg 1982:197 mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya ialah memberi maklumat melalui bnetuk-bentuk tertulis.

Kaedah Abjad Konsep Kaedah Abjad Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang klasik dan dijalankan semenjak Kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini digemari oleh ramai guru yang mengajar murid untuk membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad, guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z. Menurut Abd Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajar. Kaedah abjad sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kaedah abjad mensyaratkan murid supaya mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Untuk membolehkan murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur perkataan. Menurut Walker, lambang (huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Murid yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca. Murid juga diperkenalkan dengan beberapa patah perkataan yang huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid diajar pula permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf danperkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan suku kata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataanperkataan mudah seperti baju, saya dan bola.

Langkah-Langkah Pengajaran Kaedah Abjad Pengenalan Abjad a. Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf. b. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c .... x y z. c. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. d. Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. e. Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. f. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti dengan huruf besar. g. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar. h. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar.

Penggabungan Bunyi Vokal Dan Konsonan a. Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata. ca ce ci co cu hingga ke huruf za ze zi zo zu.

Membentuk Perkataan Mudah a. Murid diajar mencantumkan suku kata dengan suku kata Contoh: Bu bu, Ba ba b. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah. Contoh: baju , saya , dadu

Membentuk Ayat Mudah a. Seterusnya murid dibimbing mengenal untuk membentuk ayat mudah. Contoh : Bibi buka buku Bibi baca buku Buku Bibi baru b. Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. c. Pembacaan ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv Contoh : Busu baca buku. Buku Busu biru. Buku Busu baru.

You might also like