You are on page 1of 1

Terapi Bercerita

Terapi telah diberikan satu definisi iaitu merupakan satu perkhidmatan


rawatan pemulihan yang diberikan kepada pesakit yang pernah menghidapi
sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara
normal. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau
masalah tubuh badan dan sebagainya.

Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan


di dalam bidang perubatan dimana pesakit diberi rawatan ke atas masalah kesihatan
yang dialaminya sama ada fizikal ataupun mental. Dalam konteks pendidikan pula,
terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu
untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang
tertentu.

Dalam situasi yang diberikan berdasarkan tajuk soalan, kumpulan kami telah
memiliki terapi bercerita sebagai satu intervensi untuk mengatasi masalah disiplin
murid kelas 6 Mawar tersebut. Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan
untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara pencerita.
Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta
pandangan dan nilai-nilai murni. Terapi bercerita ini biasanya digunakan oleh guru
kaunseling untuk memberikan ajaran serta nilai murid yang betul melalui cerita yang
diberitahu kepada murid yang bermasalah disiplin.

Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi


dalaman. Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak
perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka
memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih
yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian.

You might also like