You are on page 1of 3

Kaedah Membaca Pelbagai kaedah pemulihan bacaan telah dirancang bagi membantu kanak-kanak membaca dengan lancar dan

bermakna. Kaedah pemulihan bacaan yang akan dibincangkan di sini ialah Kaedah Fonetik, Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. Kaedah Abjad Konsep Kaedah Abjad Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan dijalankan semenjak Kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad, guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z. Menurut Abd Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajar. Manakala, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham(1985) pula berpendapat kedua-

dua huruf besar dan huruf kecil didedahkan serentak. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. Kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Zulkifley Hamid (1994) berpendapat bahawa kaedah abjad berpegang kepada abjad.

prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur perkataan. Menurut Walker, lambang (huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Murid yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca. Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid diajar pula permulaan

perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf danperkataa n, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk

perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan suku kata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah seperti baju, saya dan bola.

Langkah-Langkah Pengajaran Pengenalan Abjad a. Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf. b. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c .... x y z. c. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. d. Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. e. Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. f. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti dengan huruf besar. g. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar. h. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar. Penggabungan Bunyi Vokal Dan Konsonan a. Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata. ca ce ci co cu hingga ke huruf za ze zi zo zu. Membentuk Perkataan Mudah a. Murid diajar mencantumkan suku kata dengan suku kata Contoh: Bu bu, Ba ba b. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah. Contoh: baju , saya , dadu

Membentuk Ayat Mudah a. Seterusnya murid dibimbing mengenal untuk membentuk ayat mudah. Contoh : Bibi buka buku Bibi baca buku

Buku Bibi baru b. Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. c. Pembacaan ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv Contoh : Busu baca buku. Buku Busu biru. Buku Busu baru.

Gambarajah di bawah menunjukkan kronologi kaedah abjad.

You might also like