You are on page 1of 7

Jenis-jenis Terapi

Apa itu Terapi?

Manurut Dryden W (2011), terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang
bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata
kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan
yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati
penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.

Jenis-jenis Terapi

Terdapat lima jenis terapi yang boleh dilaksanakan iaitu ;

Terapi Bermain

Terapi Pasir, Tanah Terapi Biblio, Psikodrama,


Liat Bercerita

Jenis-jenis
Terapi

Terapi Muzik, Terapi Seni


Pergerakan Aktif
1.0. Terapi Bermain

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Secara psikologikalnya, terapi bermain merupakan
salah satu platform kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan
sehingga kanak-kanak belajar untuk memahami dunia sebenar berdasarkan pengalaman yang
telah dilaluinya. Secara ringkasnya terapi bermain merupakan satu kaedah kepada kanak-
kanak untuk menunujukkan perkembangan dari asoek fizikal, intelek, sosial dan emosi. Hal ini
demikian kerana kanak-kanak kebiasaanya akan memberi tindak balas berdasarkan
pengalaman yang telah dilalui, gaya berfikir, minat, gaya belajar dan sebgainya. Terapi ini
membantuu kaunselor untuk membantu murid yang mengalami trauma atau gangguna emosi
secara teraputik, meningkatkan tahap tumpuan kanak-kanak dan sebgainya. Terdapat dua jenis
terapi bermain iaitu :

 Non-directive yang bermaksud kanak-kanak itu sendiri yang memutuskan apa yang
perlu dilakukan dalam lingkungan kawasan yang selamat
 Directive yang bermaksud ahli terapi atau kedua-duanya memimpin sepanjang proses
terapi berlangsung. Kaedah ini sesuai untuk dilakukan pada kanak-kanak yang pasif.

Contoh-contoh permainan

Set Permainan Blok Set Permainan Memasak

2.0. Terapi Pasir

Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang
membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina
‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya. Terapai merupakan salah satu kaedah di mana
kanak-kanak tersebut akan membentuk satu imej, corak atau Menara pasir atau mesejsebagai
mesej perkara atau perasaan yang dirasainya. Terapi bukan lisan seperti terapi pasir ini adalah
yang paling berkesan untuk memindahkan pengalaman peribadi ke bentuk konkrit dan tiga
dimensi. Disamping menyatakan perasaan, emosi dan masalah dan meningkatkan kesedaran
diri dan komunikasi. Bermain dengan pasir dapat membantu dan memberikan kanak-kanak
peluang untuk meluahkan kehidupan perasaan mereka . 

 
Contoh Sesi Terapi Pasir

3.0. Terapi Tanah Liat

Kanak-kanak lazimnya akan menghadapi kesukaran untuk mengungkapakan dalam


perkataan untuk menunjukkan apa yang dialaminya kerana mungkin disebabkan kosa kata
yang terhad dan sebagainya. Namun, mesej ini mungkin boleh disampaikan melalui terapi
tanah liat. Tanah liat digunakan oleh ahli terapi utnuk menerokai klien untuk mengungkapkan
perasaannya secara tidak verbal. Melaui kaedah ini juga kanak-kanak lebih tertarik unutk
menjalankan sesi tersebut. Kaedah yang digunakan dalam Terapi tanah liat mempunyai kaedah
yang hampir sama dalam terapi pasir untuk memahamai klien. Yang membezakannya ialah
tanah liat lebih berbentuk dimensi dan kanak-kanak boleh membentuk objek yang wujud dalam
pemikiran mereka.

4.0. Terapi Muzik

Muzik bukanlah lagi satu perkara yang asing dalam


kehidupan manusia. Kerana, kebanyakan manusia
gemar mendengar muzik dengan pelbagai tujuan
seperti untuk menenangkan minda dan sebgainya.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana
getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Muzik juga boleh digunakan sebagai
satu komponenen terapi untuk merawat manusia yang mengalami trauma, tekanan jiwa dan
sebagainya. Berdasarkan sejarah, terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba lagi di mana
terdapat sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan bahawa muzik mempunyai kuasa
untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan
emosi seseorang. Selain itu, terdapat banyak kajian dan tokoh psikologi yang menyokong
penggunaan muzik sebgaia salah satu kaedah menjalankan terapi kaunseling seperti Jellison
(1975), mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress dan membantu dalam proses
relaksasi. Nakayama H. (2009), juga menyatakan bahawa terapi muzik sebagai penggunaan
intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam
perhubungan antara terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang telah
menamatkan program terapi muzik yang diiktiraf.

5.0. Terapi Seni

Terapi seni merupakan satu bentuk perkhidmatan terapi yang menggunakan


media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien. Secara konseptualnya,
terapi seni ini menjadikan tindak balas atau hasil seni yang dihasilkan sebagai
gambaran perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan
pertelingkahan. Oleh itu, terapi ini, dapat membantu secara teraputik unutk meluahkan
perasaan dan pemikirannya untuk membantu menyelesaikan konflik emosi dan
sebagainya. Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni secara amnya adalah untuk pelajar
khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan
emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus. Terdapat beberapa
cara untuk melaksnakan terapi seni iaitu:

Lukisan

.
Stensilan Catan
.

Jenis-jenis
.

Percikan Kolaj

Gusiran Montaj

Resis
Cetakan

Gosokan

6.0 Terapi Bercerita

Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa
dengan perkataan, imej dan suara. Kanak-kanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka
mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk
kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah. Terdapat beberapa unsur
penting semasa melakukan penceritaan iaitu watak, plot dan nilai-nilai murni. Pemilihan cerita
perlulah bersesuaian dengan situasi yang dihadapi oleh klien. Semasa menjalankan sesi
bercerita, kaunselor perlulah kreatif, positif dan serta mengajak kanak-kanak tersebut itu sekali
untuk mendengar secara aktif dan sering berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut. Sebagai
contoh, guru-guru boleh mencari certia yang bersesuaian dengan situasi klien dan tukarkan
watak-watak kepada haiwan di hutan serta boleh menggunakan boneka dan sebagainya yang
boleh menarik minat pelajar.
7.0. Terapi Psikodrama

Secara konseptualnya, terapi ini menjadikan platform seni drama atau lakonan sebgai
kaedah untuk merawat dan menreko isu klien. Terapi psikodrama ini boleh membantu klien
untuk mendapatkan mengembangkan pengunaan bahasa dan perspektif melalui penerokaan
zaman lampau, sekarang dan akan datang serta dapat melihat diri mereka dan situasi yang
dihadapi dari perspektif luaran. Terdapat beberapa elemen untuk menjalankan sesi terapi
psikodrama ini iaitu:

Ahli terapi yang


Direktor membimbing
drama

Watak utama drama


Protagonist yang tema dibina
berdasarkan dirinya

Watak tambahan
Auxiliry
dalam drama
Egos protagonist

The
Stage Tempat berlakunya
aksi

8.0 Terapi Biblio

Definisi biblio ialah bahan bacaan atau rujukan. Terapi Biblio ialah satu kaedah terapi
yang menjadikan pembacaan buku dan bahan ilmiah untuk menolong orang menyelesaikan
konflik yang dihadapi. Menurut, Harris dan Hodges (1995), terapi Biblio ini merangkumi
penggunaan pembacaan bahan- bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari
segi kesedaran kendiri. Secara ringkasnya, terapi Biblio ini merupakan satu bentuk bimbingan
melalui bacaan berdasarkan bahan bacaan yang bersesuian berdasarkan klien yang diterima.
Bagi kanak-kanak, terapai ini dilaksnakan bagi membantu kanak-kanak untuk memperoleh
pemahaman dan menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan teraputik kanak-kanak.
Sebagai contoh, bahan bacaan yang mempunyai unsur positif dan memeberi semangat boleh
membantu kanak-kanak yang mengalami tekanan. Contoh bukunya:

Rujukan

A. Dale, William J. Lyddon, M. (2000). Sandplay: A constructivist strategy for assessment and
change. Journal of Constructivist Psychology, 13(2), 135-154.

Dryden, W. (2011). Be Your Own CBT Therapist: Beat negative thinking and discover a happier
you with Rational Emotive Behaviour Therapy. Hachette UK.

Hidayah, R. (2014). Pengaruh terapi seni terhadap konsep diri anak. Makara Hubs-Asia, 18(2),
89-96.

Kraus, J. F., Rock, A., & Hemyari, P. (1990). Brain injuries among infants, children, adolescents,
and young adults. American Journal of Diseases of Children, 144(6), 684-691.

Nakayama, H., Kikuta, F., & Takeda, H. (2009). A pilot study on effectiveness of music therapy
in hospice in Japan. Journal of Music Therapy, 46(2), 160-172.

You might also like