You are on page 1of 11

Art Therapy Bagi Meneroka Tingkah Laku Efeminet.

Juliana Dumpil
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGK Kent, Tuaran Sabah.
____________________________________________________________________________________________________
Abstrak

Isu kecelaruan identiti atau efeminet di universiti bukanlah satu perkara baru. Kemunculan efeminet ini juga telah menular
ke Institut Pendidikan Guru. Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji tanda-tanda efeminet dalam kalangan pelajar di Institut
Pendidikan Guru (IPG). Disamping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat kecenderungan tingkah laku efeminet dalam
kalangan pelajar
di Institut Pendidikan Guru. Selanjutnya untuk melihat pelaksanaan art therapy sebagai pendekatan
tambahan dalam menjalankan sesi kaunseling bagi pelajar efeminet di IPG. Inventori Senarai Semak Pengenalpastian Tanda
Efeminet (SSPTE) oleh Prof. Madya. Dr. Rusnani Bt. Abdul Kadir ditadbirkan untuk mengenalpasti tanda-tanda efeminet
dalam kalangan pelajar IPG Kampus Kent Tuaran. Manakala Art Therapy digunakan bagi meneroka kecenderungan
tingkahlaku efeminet pelajar IPG. Rekabentuk kajian ialah kajian kes dan data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif.
Subjek kajian terdiri daripada 2 orang pelajar IPG Kampus Kent Tuaran yang telah dikenalpasti mempunyai 10 atau lebih
tanda-tanda efeminet. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat kecenderungan tingkahlaku efeminet dalam kalangan
pelajar di IPG. Seterusnya penggunaan Art Therapy sebagai pendekatan tambahan bagi meneroka tingkahlaku efeminet
dalam kalangan pelajar IPG sangat berkesan kerana pendekatan ini kurang mengancam dan menyediakan rasa selamat dan
selesa, menyediakan perbincangan berfokus dan kaedah penyelesaian masalah yang kreatif serta membantu menggambarkan
peristiwa peristiwa lampau klien.

Kata kunci: Art Therapy, tingkah laku efeminet, pelajar Institut Pendidikan Guru,

____________________________________________________________________________________________________

In universities, identity confusion or effeminate is not a new issue. Effeminatte emergence has also infected the Teacher
Training Institute. This case study is aimed to investigate the signs and identify the effeminate tendency among students at
the Teacher Training Institute (IPG). Also to know the effectiveness of the Art Therapy as an additional approach to the
conventional counseling to compliment the investigation done earlier. Thus, Effeminate Signs Identification Checklist
Inventory (SSPT) by Prof. Assoc. Dr. Rusnani Bt. Abdul Kadir is administered to identify signs of effeminate behavior
among students of IPG. While Art Therapy is used to explore the effeminate behavior tendency among IPG students. The
research design is a case study and data were analyzed using descriptive methods. There were two respondents that had
been identified has 10 or more signs of effeminate behavior. The study revealed that there were effeminate behavior tendency
among students in IPG. Hence the use of Art Therapy as an additional approach to explore efeminet behavior among IPG
students are very effective becuase it is less threatening and provides a sense of safety and comfort, provide a focused
discussion and creative solutions, as well and can portray past events.

Keywords: Art Therapy, effeminate behavior, students of Teacher Training Institute (IPG)

____________________________________________________________________________________________________

1.

Pengenalan

Kaunseling merupakan satu profesion yang memberi fokus untuk menjadikan pengalaman-pengalaman manusia lebih
konstruktif, bermakna dan menyeronokan samada dari segi pencegahan mahupun pemulihan. Lebih lanjut, ianya adalah
suatu proses yang kreatif yang berfokus kepada membantu klien membuat pilihan-pilihan dan perubahan-perubahan yang
sesuai. Seorang kaunselor yang berkesan perlu menyedari kepelbagaian dimensi profesion ini dan berkeupayaan bekerja
dengan pelbagai populasi dengan menggunakan intervensi yang sesuai. Antara lain intervensi yang sesuai digunakan dalam
aspek kaunseling ialah penggunaan seni. Selain itu berbanding stail konvensional, penggunaan teknik art therapy berupaya
mempercepatkan proses penerokaan kaunseling khususnya dalam meluahkan perasaan dan pemikiran serta mengenal pasti
masalah sebenar klien.

Selanjutnya, seni merupakan satu-satunya cara dalam membantu seseorang berintegrasi dan berhubung (Gladding, 2004).
Kerapkali individu yang mengalami gangguan mental seperti anorezia dan depresi mempunyai pandangan distorted
terhadap diri mereka. Oleh itu mereka cuba memisahkan diri dari realiti, mengasingkan dari orang lain dan mengelak diri
mereka untuk berusaha bertindak ke arah kesembuhan diri.

Usaha memasukkan komponen-komponen seni dalam kaunseling juga bertujuan untuk membina new sense of self
(Gladding, 2004). Biasanya kualiti kesedaran kendiri seseorang meningkat selaras dengan peningkatan umur seseorang,
(Erikson, 1968; Jung, 1933). Bagaimanapun kemampuan seseorang untuk lebih menghayati pelbagai dimensi kehidupan
boleh dipercepat melalui penggunaan seni dalam proses kaunseling. Aspek visual, pendengaran dan deria yang lain yang
digunakan semasa sesi kaunseling memberi ruang kepada klien untuk menghayati diri mereka dalam suasana yang berbeza
yang mana spontaniti dan kesediaan menghadapi cabaran adalah digalakkan. Klien berpeluang mempamerkan dan
mengamalkan tingkahlaku-tingkahlaku yang baru.

Gladding (2004) menyatakan bahawa penggunaan seni dalam proses kaunseling membantu klien mengalami suasana yang
konkrit. Ini bermakna klien dapat menggunakan seni bagi merangka konsep. Sebagai contoh, sekiranya mencipta sajak dapat
dianggap sebagai suatu rawatan, maka klien boleh diminta untuk menulis sajak sebagai salah satu media meneroka
masalahnya. Dengan menulis sajak tadi klien menyediakan suatu kerangka di mana klien boleh melihat, merasa dan
menyedari apa yang telah dicapainya selama ini. Proses sedemikian membantu klien menghidupkan semula kenangankenangan kecemerlangannya dan membantunya untuk memperoleh pencapaian seterusnya.

1.1

Konsep Art therapy

Art therapy diperkenalkan oleh Carl Jung (1963). Menurut beliau, alam tidak sedar seseorang individu adalah pelengkap
kepada alam sedar seseorang. Ia boleh dihasilkan melaui seni dalam bentuk simbolik dan gambaran. Simbolik dan gambaran
boleh dihasilkan melalui sajak, mimpi, lukisan, tarian, dan pelbagai bentuk yang lain. Penghasilan seni adalah berdasarkan
kepada kreativiti semulajadi seseorang. Disamping itu gambaran kepada alam tidak sedar akan dipersembahkan melalui
mimpi dan fantasi, mitos dan agama. Gambaran alam tidak sedar ini membawa maksud yang sukar untuk dijelaskan. Untuk
memahami dan merealisasikan simbol dalam lukisan tentang alam tidak sedar, seseorang yang berpengetahuan dalam bidang
art therapy boleh mentafsir alam tidak sedar yang telah digambarkan.

1.2

Jenis-Jenis Terapi

Furth (1988) membahagikan art therapy kepada dua jenis: (a) art therapy untuk penyembuhan dan (b) art therapy untuk
diagnosis. Art therapy untuk penyembuhan menggunakan falsafah asas terapi pemusatan klien yang menggunakan pelbagai
jenis seni seperti pergerakan, lukisan, lakaran, muzik, penulisan dan bunyi-bunyian. Dalam terapi ini ahli terapi mesti
bersikap empatik, terbuka, jujur, kongruen dan penyayang. Terapi jenis ini menggabungkan kepercayaan bahawa setiap
individu mempunyai harga diri dan berkebolehan untuk mencari jalan hidup sendiri.Ia adalah satu proses pencarian kendiri
yang terhasil daripada emosi dalaman yang tersimpan.

Art therapy untuk diagnosis pula adalah berdasarka teori Carl Jung (1963). Dalam terapi ini ahli terapi tidak boleh
meletakkan sebarang tingkah laku ke atas klien. Ahli terapi mestilah sanggup bersama-sama klien untuk meneroka alam
tidak sedarnya. Hal ini kerana alam tidak sedarnya adalah pelengkap kepada alam sedar seseorang klien.

1.3

Prinsip-Prinsip dalam Art therapy

Menurut Furth (1988) terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi memahami suatu lukisan dalam art
therapy. Pertama, mencatatkan impresif terhadap lukisan yang dilukis oleh klien. Elakkan melakukan sebarang intepretasi
terhadap lukisan, memberikan tumpuan kepada perasaan terhadap lukisan yang dihasilkan. Semasa menjalankan sesi art
therapy, kaunselor tidak perlu menyatakan sebarang pandangan kepada klien. Kedua, kaunselor harus bertindak sebagai
penyelidik dengan menggunakan pendekatan yang sistematik terhadap aspek yang ingin diberi fokus. Hal ini kerana melalui
cara dan bahan yang digunakan untuk melukis akan memberi makna terhadap masalah klien.Dari aspek bahan, kaunselor
boleh bertanya kepada klien tentang jenis kertas dan saiz kertas yang dipilih oleh klien.Selain itu perkara seperti, warna,
bentuk, arah pergerakan, kedudukan, ulangan lukisan beberapa objek dan item yang tidak ada pada lukisan klien, perlu diberi
perhatian. Kaunselor boleh memecahkan gambaran yang dilukis kepada beberapa komponen kecil dan boleh memilih
bahagian tertentu yang ingin diberi penumpuan.

Prinsip ketiga, kaunselor harus mensintesiskan apa yang telah dipelajari daripada lukisan klien dan mengumpulkan semua
maklumat menjadi satu maklumat yang menyeluruh berkaitan dengan keadaan klien. Terdapat beberapa perkara yang perlu
diperhatiakn untuk membuat interpretasi sesebuah lukisan seperti berikut:

1.4

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Sesuatu yang ganjil dalam lukisan


Memerhatikan objek yang menjadi penghalang dalam lukisan
Benda yang telah tertinggal atau hilang dalam lukisan
Kedudukan dan saiz sesuatu objek
Objek yang dilukis secara berulangan
Rekabentuk yang tidak terurus
Perubahan warna (shading)
Perkataan yang telah tulis di dalam lukisan
Latar lukisan
Kesan Pemadam
Lain-lain perkara seperti encapsulating, iaitu melukis sesuatu d luar musim dan membuat perbandingan dengan
persekitaran.

12.

Lain-lain perkara yang menarik minat pengkaji.

Kajian-Kajian Lepas

Art therapy merupakan satu psikoterapi yang amat terkenal di Negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat. Di Negara
barat art therapy sangat meluas digunakan dalam bidang perubatan seperti membantu orang yang mengidap penyakit barah,
trauma dan sebagainya. Namun demikian pengkaji agak sukar mendapat kajian-kajian tempatan mengenai penggunaan terapi
dalam proses kaunseling.

Paw Eng See, Noridah Mohd Ishak dan Salleh Amat (2008) telah menjalankan kajian kes yang menggunakan art therapy
sebagai satu proses diagnosis dan rawatan dalam kaunseling terhadap klien kurang upaya. Tujuan kajian adalah untuk
melihat perkembangan kajian dari aspek meningkatkan estim kendiri. Dapatan kajian menunjukkan klien dapat
menggunakan lukisan dengan berkesan dan meneroka masalahnya serta mendapat celik akal tentang bagaimana
menyelesaikan masalahnya dengan lebih cepat.

Kajian tempatan seterusnya ialah kajian kes yang dijalankan oleh Siaw Teck Fung dan Lau Siew Mee (2009) yang mengkaji
tentang masalah imsonia menggunakan art therapy. Hasil kajian menunjukkan murid yang mengalami isu isomnia boleh
menggunakan kaedah art therapy, agama dan perbincangan untuk membantu murid tersebut.

Borgmann (2002) telah menjalan satu kajian kes menggunakan seni terhadap tiga orang perempuan yang telah didiagnosis
menghidap penyakit barah. Kajian beliau bertujuan untuk membantu membina strategi mengatasi masalah kehidupan
mereka, memahami kesakitan mereka dan kesan penyakit barah terhadap mereka serta membantu mereka mengatasi
perasaan ketakutan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa art therapy merupakan satu mod pengawalan dengan
mempromosikan self expression dan memboleh kan peserta kajian mencari cara baru dalam memperlihatkan diri dari segi
fizikal, psikologikal dan rohani. Selain itu art therapy juga telah membantu peserta kajian menperolehi cara mengatasi dan
meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi dilema penyakit barah.

Gussak (2004) pula telah menggunakan art therapy terhadap banduan di sebuah penjara. Kajian beliau bertujuan melihat
keberkesanan art therapy terhadap banduan penjara. Dalam kajian ini , beliau telah menggunakan Formal Elements Art
Therapy Scale sebagai alat kajian. 48 responden bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan art therapy memberi banyak
manfaat kepada responden terutamanya memberi perubahan positif kepada banduan penjara. Lebih lanjut beliau mendapati
bahawa sikap, tingkah laku dan kemahiran sosialisasi responden meningkat setelah mengikuti art therapy.

Kesimpulannya, penggunaan art therapy mempunyai banyak faedah dalam membantu seseorang yang bermasalah
sekiranya digunakan mengikut prosedur yang benar. Sehubungan dengan itu fokus kajian ini ialah untuk melihat
kecenderungan tingkah laku efeminet dalam kalangan pelajar IPG dan juga pelaksanaan art therapy sebagai pendekatan
tambahan dalam menjalankan sesi kaunseling bagi pelajar efeminet di Institut Pendidikan Guru berdasarkan beberapa
persoalan kajian seperti dibawah:-

a)

Apakah terdapat kecenderungan tingkah laku efeminet dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan
Guru.

b)

2.

Bagaimana pelaksanaan art therapy sebagai pendekatan tambahan dalam


bagi pelajar efeminet di Institut Pendidikan Guru.

menjalankan sesi kaunseling

Pernyataan Masalah

Memasuki abad ke 21 ini menjadikan kehidupan masyarakat semakin kompleks. Sehubungan itu isu kehidupan yang
dahulunya boleh diselesaikan melalui perbincangan antara ahli keluarga, kini menuntut penglibatan pihak luar dalam bentuk
yang lebih profesional. Hal ini menjadi suatu cabaran kepada individu yang melibatkan diri secara profesional dalam bidang
membantu, khususnya kaunselor atau ahli terapis. Kepelbagaian isu yang ditimbulkan oleh individu yang memerlukan
bantuan menyebabkan seseorang yang ingin membantu harus mempunyai pelbagai kemahiran supaya dapat memberikan
perkhidmatan yang lebih berkesan. Myrick (2001) menyatakan kaunselor perlu menggabungkan pelbagai teknik dan strategi
kaunseling semasa menjalankan sesi kaunseling. Menurut beliau suatu sesi kaunseling yang berkesan tidak hanya bergantung
kepada teori kaunseling semata-mata tetapi penggabungan teori kaunseling dengan pelbagai terapi yang sesuai mempercepat
proses celik akal dalam kalangan klien.

Walaupun demikian, cabaran yang biasanya dihadapi oleh kaunselor ialah kurang kemahiran menggunakan pelbagai
pendekatan dalam kaunseling untuk tujuan membantu klien. Kekurangan pendekatan yang pelbagai ini menyebabkan
kaunselor kurang kreatif semasa menjalankan sesi kaunseling ( Pifalo, 2005; Rogers, 1996). Hal ini menyebabkan klien
cepat bosan dan tidak puas hati kerana matlamat mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang berkesan tidak
tercapai.

Selain daripada cara konvensional, salah satu pendekatan yang boleh membantu kaunselor untuk mempercepat penerokaan
masalah klien secara berkesan ialah pendekatan seni. Seni dapat memberi ruang kepada klien yang sukar menceritakan
masalah secara lisan. Pifalo (2005) menyatakan bahawa art therapy memberi ruang kepada individu menyatakan masalahnya
melalui lukisan.

Namun demikian terdapat beberapa cabaran bagi kaunselor yang memilih menggunakan pendekatan seni sebagai salah satu
intervensi tambahan semasa mengadakan sesi kaunseling. Antara cabaran utama tersebut ialah pendekatan seni kurang
memberi manfaat kepada klien yang bergiat dalam bidang seni (Gladding, 2004). Lebih lanjut, Fleshmen dan Fryear (1981;
dalam Gladding, 2004) menyatakan bahawa, bagi pelukis, penggunaan seni dalam terapi kemungkinan besar memberi kesan
yang sebaliknya iaitu tidak memberi makna kepada pelukis sebagai klien. Menurut beliau, fenomena ini berlaku kerana bagi
pelukis, seni merupakan cara mereka menyatakan diri. Apabila diminta untuk menyatakan masalah mereka menggunakan
pendekatan seni dalam seting terapiutik, mereka menganggap hal ini sama seperti pekerjaan mereka sebagai pelukis. Dalam
hal ini penggunaan art therapy merupakan halangan kepada perkembangan rawatan.

Sehubungan dengan cabaran di atas, rata-rata pelukis ( dan sebahagian klien) kemungkinan besar akan memandang
kaunseling dan aktiviti seni yang dijalankan sebagai sesuatu yang tidak artistik. Oleh yang demikian, mereka kurang
berminat untuk menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan seni sekiranya format tidak distruktur dengan baik. Bagi
individu ini, penggunaan art therapy dalam sesi kaunseling hanya akan mengganggu dan mengecewakan.

Persoalan seterusnya tentang keberkesanan pendekatan seni dalam kaunseling ialah bahawa adanya salah tanggap terhadap
seni iaitu hubungan seni dengan kesihatan mental (Gladding, 2004). Menurut beliau , pada abad ke 17, ahli fisik
berbangsa Itali, Ceare Lombroso telah menghubungkaitkan kreativiti dengan penyakit mental. Walaupun hubungan tersebut
tidak dapat dibuktikan secara saintifik namun persepsi tersebut masih bertahan dan menggalakan klien untuk tidak
melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang menekankan ciri-ciri kreativiti.

Kesinambungan daripada permasalahan tersebut di atas, wujudnya kecenderungan klien kurang melibatkan diri dalam
aktiviti yang menekankan kreativiti kerana disebabkan oleh adanya ketakutan tidak rasional iaitu penglibatan melampau
dalam seni. Beberapa contoh pelukis terkenal seperti Mozart dilaporkan melibatkan diri dengan seni melebihi kesihatan dan
keluarganya. Individu yang memilih untuk mengelak terlibat dengan seni dalam sesi kaunseling takut diletakkan dalam
situasi yang berpotensi memberikan bebanan kepadanya (Gladding, 2004).

Maka dalam kajian ini, pengkaji telah memilih art therapy sebagai pendekatan tambahan semasa menjalankan sesi
kaunseling. Tambahan pula bidang ini merupakan salah satu pendekatan yang masih baru dalam proses kaunseling di
Malaysia.

3.

Metodologi Kajian

3.1

Reka bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kes. Ia bersesuaian dengan hasrat dan matlamat kajian ini iaitu untuk memahami
dan meneroka pengalaman hidup guru pelatih lelaki lembut. Seperti kata Stake (1995; dalam Othman Lebar, 2009): Case
study is the study of the particularity and complexity of a single case to understand its activity wirthin important
circumstances.

3.2

Tempat Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru Zon Sabah.

3.3

Sampel Kajian

Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada sampel terpilih yang memenuhi kriteria yang dikehendaki dalam kajian
berbentuk purposive sampling. Oleh itu sampel kajian ini ialah pelajar efeminet yang sedang mengikuti pengajian di IPG
Kampus baik program PPISMP mahupun PISMP.

Jumlah sampel tidak dapat ditentukan dari awal kerana bagi kajian kualitatif pemilihan sampel dan analisis data adalah
berterusan hingga sampai ke satu tahap di mana tidak lagi ditemui maklumat baru. Hal ini dipanggil sebagai satu titik
ketepuan (Glaser dan Strauss,1976; Guba, 1978; dalam Othman Lebar, 2009).

3.4

Alat Kajian

Alat-alat yang digunakan dalam kajian ini ialah alat-alat seperti pensil 2B, pensel warna, pen, pemadam, kertas putih bersaiz
A4 untuk peserta kajian melukis gambar. Selain itu pita rakaman juga akan digunakan untuk merakam sesi kaunseling.

3.5

Metod Kajian

3.1.1

Fasa Pertama

Mengedarkan soal selidik, Inventori Senarai Semak Pengendalian Tanda Efeminet (SSPTE) kepada mentor untuk
mengenalpasti sampel bagi kajian ini

3.1.2

Fasa Kedua

Memberikan surat kepada peserta kajian untuk mendapat persetujuan mereka mengambil bahagian dalam kajian ini sebagai
peserta kajian serta menandatangani surat ppersetujuan kebenaran (consent letter), yang membolehkan data yang diperolehi
kemudiannya diterbitkan. Memandangkan kajian ini bertujuan untuk menggunakan art therapy bagi membantu peserta kajian
mengatasi kecelaruan gender yang dialaminya, maka pengkaji akan membina serta memasukkan elemen art therapy dalam
sesi kaunseling yang akan dijalankan.

3.1.3

Fasa Ketiga

Pengkaji akan menggunakan teknik-teknik kaunseling seperti membina hubungan, penerokaan, konfrontasi, dorongan
minimum, soalan terbuka dan sebagainya dalam

proses menjalankan sesi kaunseling. Art therapy diterapkan dalam beberapa sesi kaunseling untuk membantu pengkaji
mendapat maklumat yang diperlukan untuk memahami masalah peserta kajian.

3.1.4

Fasa Keempat

Peserta Kajian akan diminta melukis dihadapan pengkaji. Tajuk-tajuk yang akan diberikan seperti melukis tentang keluarga
anda, melukis orang dalam hujan dengan mengambil payung dunia kehidupan peserta kajian. Masa yang diberikan
kepada peserta kajian untuk melukis adalah antara 20-30 minit. Selepas peserta kajian melukis, pengkaji akan meminta
peserta kajian menerangkan tentang lukisannya.

3.1.5

Fasa Kelima

Pengkaji akan membuat analisis dapatan-dapatan secara menyeluruh.

4.

Analisis Data

Lukisan dianalisis menggunakan teknik, teknik yang terkandung dalam buku 1) Using Drawings in Assessment and Therapy
oleh Gerald D. Foster dan Patricia Gould Crone (2004) dan 2) The Secret World of Drawings oleh Gregg M. Furth (1988),
iaitu mengguna pendekatan Jung untuk mentafsir lukisan yang telah dilukis oleh klien. Mengikut Furth, mentafsir sesuatu
lukisan memerlukan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti:

4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11

Sesuatu yang ganjil dalam lukisan


Memerhatikan objek yang menjadi penghalang dalam lukisan
Benda yang telah tertinggal atau hilang dalam lukisan
Kedudukan dan saiz sesuatu objek
Objek yang dilukis secara berulangan
Rekabentuk yang tidak terurus
Perubahan warna (shading)
Perkataan yang telah tulis di dalam lukisan
Latar lukisan
Kesan Pemadam
Lain-lain perkara seperti encapsulating, iaitu melukis sesuatu di luar musim
dan membuat perbandingan
dengan persekitaran.
4.12
Lain-lain perkara yang menarik minat pengkaji.
Selain itu, pemerhatian dalam bentuk catatan atau laporan sesi digunakan untuk merekodkan perkembangan peserta kajian.

Pengkaji meletakkan nama dan tarikh pada lukisan sebagai catatan dan rekod. Pengkaji akan meminta peserta kajian
melukis secara impromptu iaitu melukis isu yang ingin dikongsikan tanpa sebarang latihan. Ini adalah untuk mengesan
perkembangan masalah peserta kajian. Selanjutnya pengkaji meminta peserta kajian bercerita tentang lukisannya dan
pengkaji akan mencatatkan dan merakamkan perbualan peserta kajian. Jika pengkaji mendapati lukisan yang dihasilkan
terdapat objek yang pengkaji tidak pasti, maka pengkaji akan bertanya kepadanya tentang objek tersebut. Soalan yang akan
digunakan adalah, Bolehkah anda ceritakan tentang objek ini? Selepas itu, pengkaji akan melihat lukisan tersebut dan
menggunakan terapi warna untuk melihat hasil lakaran dan warna yang digunakan oleh peserta kajian untuk menyemak isu
yang disampaikan.

5.

Dapatan Kajian dan Perbincangan

5.1

Kecenderungan Efeminet Pelajar IPG

5.1.1

Dari segi fizikal dan penampilan, peserta:

Bil

Item

Ya/Tidak

01

Menggunakan nada suara yang tinggi apabila bercakap

Ya

02

Meniru bercakap dengan suara

Ya

03
05
06
07
09

Berjalan dengan lenggang keperempuanan


Berjalan dengan lenggok pinggul
Mempamerkan pergelangan tangan yang lemah gemalai
Suka menyentuh dengan gaya lembut semasa bercakap.
Duduk di ats kerusi dengan kaki yang bersilang rapat sambil mengiring ke sisi (hanya

Ya
Ya
Ya
Ya
Ya

10
11

sedikit ruang di antara dua paha.


Duduk bersimpuh di atas lantai.
Tidak mahu mempamerkan kekuatan tenaga seperti mengangkat barang berat.

Ya
Ya

5.1.2
Bil
01
02
04
05
09
10

Dalam pergaulan dan perhubungan, peserta cenderung:


Item
Menjauhkan diri daripada rakan sebaya lelaki
Dilayan dengan kasar oleh rakan sebaya lelaki.
Selesa berkawan dengan pelajar perempuan.
Didekati oleh kawan-kawan perempuan
Takut atau tidak selesa kepada bahasa kasar yang digunakan oleh orang lain.
Disisihkan daripada aktiviti permainan lasak.

Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya

5.1.3

Dalam pemilihan aktiviti atau permainan, peserta:

Bil
01
03
05
06
07
08

Item
Minat kepada aktiviti kraftangan (menggubah, menjahit, menganyam, )
Suka terlibat dalam aktiviti seni (drama, menyanyi)
Didekati oleh kawan-kawan perempuan
Dilayan dengan kasar oleh guru
Mempunyai hubungan yang rapat dengan guru perempuan
Diusik/ditegur oleh guru tentang sifat lembutnya.

5.1.4

Dalam Pemilihan Aktiviti Atau Permainan,peserta:

Bil
01
02
03
04
05
06
07

Item
Minat kepada aktiviti kraftangan (mengubah, menjahit, menganyam).
Suka menari atau berjoget.
Suka terlibat dalam aktiviti seni seperti (drama, menyanyi).
Mengambil peranan perempuan dalam aktiviti kesenian.
Tidak berminat dengan aktiviti yang lasak.
Terlalu takut kepada kecederaan (luka, lebam).
Menghadapi kesukaran dalam sukan berbentuk contact sports seperti bola sepak, ragbi,

Ya/Tidak
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya

Ya/Tidak
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya

bola keranjang.
08
09
10
11

Suka kepada benda-benda cantik.


Suka membaca novel cinta.
Meneliti segmen fesyen dalam majalah.
Mempunyai cita-cita ( kerjaya ) stereotaip perempuan (jurusolek, jururawat, pereka

Ya
Ya
Ya
Ya

fesyen).

5.1.5

Antara sifat dan penerimaan diri yang boleh dikaitkan dengan peserta kajian:

Bil
03

Item
Mudah merajuk dan tersentuh.

Ya/Tidak
Ya

6.
Pelaksanaan art therapy sebagai pendekatan tambahan dalam menjalankan sesi kaunseling bagi pelajar
efeminet di IPG.

Oleh kerana kajian ini ialah tinjauan awal kecenderungan tingkahlaku efeminet pelajar di IPG maka pengkaji hanya
melakukan 4 kali pertemuan dengan peserta kajian. Selama 4 sesi kaunseling ini, pengkaji telah menggunakan teori

pemusatan klien. Teori yang dipelopori oleh Carl Rogers ini percaya bahawa individu itu sentiasa boleh bergerak untuk
menjadi seorang insan yang lebih sempurna ( Corey, 2005). Selain menggunakan kemahiran asas kaunseling pengkaji telah
menggunakan art therapy sebagai alternative tambahan. Myrick (2001) menyatakan kaunselor perlu menggabungkan
pelbagai teknik dan strategi kaunseling semasa menjalankan sesi kaunseling. Menurut beliau suatu sesi kaunseling yang
berkesan tidak hanya bergantung kepada teori kaunseling semata-mata tetapi penggabungan teori kaunseling dengan
pelbagai terapi yang sesuai mempercepat proses celik akal dalam kalangan klien.

Art therapy khususnya yang melibatkan visual, membantu klien melihat lebih jauh apa yang diinginkannya dan sejauhmana
perkembangan yang telah dicapainya (Allan, 1988; Lazarus, 1977; dalam Gladding, 2004). Sepanjang 4 sesi kaunseling
peserta kajian telah menghasilkan sebanyak empat keping lukisan. Berikut adalah lukisan yang telah dihasilkan oleh peserta
kajian:

Gambarajah 1 : Melukis Orang (D-A-P Test)

Lukisan dalam gambarajah 1 ini telah dihasilkan oleh peserta kajian semasa sesi pertemuan pertama. Lukisan ini merupakan
analisis pengkaji tentang Inventori Senarai Semak Pengenalpastian Tanda Efeminet (SSPTE) yang telah di tandakan oleh
responden sokongan (rakan baik peserta kajian). Pengkaji ingin melihat keselarasan dapatan analisis SSPTE dengan
maklumat daripada lukisan orang yang telah dihasilkan peserta kajian. Gambarajah 1 merupakan hasilan lukisan peserta
kajian. Dalam lukisan tersebut peserta kajian telah memberikan penekanan terhadap garisan. Selain itu tangan orang dalam
lukisan juga terpotong atau dimasukkan dalam poket seluar. Peserta kajian juga telah melukis tali pinggang secara terperinci
dan kalau dilihat lukisan tersebut secara keseluruhan, bahunya dilukis secara persegi.

Menurut Jolles,1971; Mitchell, Trent, & McArthur, 1994 (dalam Oster & Crone, 2004) garisan yang terlalu diberi
penekanan merupakan emosi marah, rapuh dan pertahanan emosi. Sementara tangan yang dilukis secara terputus
menunjukkan bahawa individu tersebut troubled dan feeling of inadequacy. Selanjutnya tali pinggang yang dilukis oleh
peserta kajian secara terperinci, teliti dan melingkari pada bahagian kawasan pinggang memberi gambaran bahawa peserta
kajian mempunyai konflik dari segi seksual. Akhir sekali ialah bahu yang dilukis secara persegi menunjukkan pertahanan
diri peserta kajian yang melampau dan hostile toward others.

Setelah mendapat maklumat melalui art therapy, pengkaji cuba pula mengesan sifat yakin diri peserta kajian dalam
menghadapi tekanan hidup dan pengalaman-pengalaman negative sepanjang berada di IPG. Berikut adalah lukisan kedua
peserta kajian.

Gambarajah 2: Melukis Orang Dalam Hujan

Gambarajah 2 ini dilukis oleh peserta kajian selepas pertemuan yang pertama. Dalam lukisan ini peserta kajian telah melukis
kuantiti dan intensiti hujan yang banyak. Menurut Furth (1988) dan Oster & Crone (2004), kuantiti dan intensiti hujan yang
banyak menggambarkan banyaknya tekanan kehidupan dan persekitaran yang dialami oleh peserta kajian. Di samping itu
peserta kajian juga telah melukis pondok yang besar sebagai tempat perlindungannya dari hujan. Hal ini menunjukkan
pertahanan atau perlindungan emosi peserta kajian. Ia juga menggambarkan bahawa peserta kajian berkeupayaan
menguruskan tekanan yang dihadapinya. Kalau dilihat dari segi wajah orang yang dilukis oleh peserta kajian menunjukkan
wajah yang gembira. Ini bermakna peserta kajian adalah seorang yang tidak mudah tenggelam bila menghadapi tekanan.

Gambarajah 3: Melukis Rumah Pokok dan Orang

Gambarajah 3 juga dihasilkan oleh peserta kajian semasa sesi kaunseling yang seterusnya. Melukis Rumah Pokok dan Orang
ini bertujuan untuk meneroka dan mendapatkan maklumat tentang personality, integrasi dan hubungan interpersonal peserta
kajian. Daripa lukisan tersebut maklumat diperolehi antaranya adalah saiz pintu yang agak besar berbanding dengan saiz
rumah. Ini memberi gambaran bahawa peserta kajian terlalu bergantung kepada orang lain. Manakala tangga yang dipagar
menunjukkan keperluan peserta kajian terhadap pertahanan atau perlindungan emosi. Selain itu, tingkap yang dilukis dengan
langsir menunujukkan peserta kajian seorang yang reserved, controlled. Peserta kajian juga melukis langsir secara teliti. Ini
menggambarkan bahawa peserta kajian seorang yang concern with oral issues of dependeness dan mempunyai conflik dalam
seksual. Akhir sekali lakaran pada pintu memberi gambaran bahawa peserta kajian seorang yang ambivalence untuk bercerita
secara terbuka mengenai kehidupannya di rumah atau kemungkinan peserta berasa ragu-ragu dan berhati-hati ketika ingin
menceritakan fikiran-fikiran paranoidnya.

Gambarajah 4: Melukis Rumah Pokok dan Orang

Gambarajah 4 adalah lukisan peserta kajian yang terakhir. Lukisan tentang pokok menunjukkan kepenuhan dalam kehidupan
yang dirasakan oleh peserta kajian. Berdasarkan Furth (1988) dan Oster & Crone (2004), beberapa maklumat dapat
diperolehi daripada lukisan ini. Pertama ialah pokok tersebut tidak kelihatan akarnya yang mencecah pada tanah. Ini
menggambarkan peserta kajian yang mudah terdedah pada tekanan. Sementara tanda bonggol atau bulatan pada batang kayu
menunjukkan trauma yang pernah dialami oleh peserta kajian serta simbol seksual. Saiz bulatan tersebut adalah kecil
menunjukkan peserta kajian pernah mengalami aktiviti seksual peringkat awal. Terdapat juga bulatan ditengah-tengah
bulatan menunjukkan pengalaman masa lampau dan kemungkinan besar sedang dalam proses penyembuhan.

7.

Cadangan

Kajian ini bertujuan untuk melihat kecenderungan tingkah laku efeminet dalam kalangan pelajar di IPG, juga melihat
pelaksanaan Art Therapy sebagai pendekatan tambahan dalam menjalankan sesi kaunseling bagi pelajar efeminet di IPG.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan tingkah laku efeminet dalam kalangan pelajar IPG . Selain itu,
Art Therapy yang digunakan sebagai pendekatan tambahan bagi meneroka tingkah laku efeminet dalam kalangan pelajar di
IPG juga berjaya menyediakan tempat yang selamat kepada peserta kajian untuk berkongsi pengalaman, mendapatkan
maklumat tentang personality, integrasi dan hubungan interpersonal, coping strategy serta menyediakan tempat bagi melukis
kisah lampaunya yang sukar diungkapkan melalui perkataan.

Sehubungan dengan itu terdapat beberapa cadangan dikemukakan bagi memanfaatkan dan mengembangkan penggunaan Art
Therapy ini. Antaranya ialah penggunaan Art Therapy bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti murid bermasalah
pembelajaran, Autisme dan diseleksia baik dari aspek psikologi mahupun dalam pembelajaran di sekolah. Bagi kanak-kanak
diseleksia Art therapy dicadangkan untuk digunakan dalam kelompok bagi meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan
komunikasi dan juga sebagai tempat untuk memperolehi sokongan emosi. Kajian Feilden dalam Liebmann (1990) mendapati
bahawa penggunaan Art Therapy dalam kalangan kanak-kanak diseleksia berjaya memberikan gambaran menyeluruh
tentang kanak-kanak yang dikajinya, meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri mereka walaupun mengambil
masa yang agak panjang untuk melihat perkembangan respondennya. Dicadangkan juga kepada guru-guru pendidikan khas
yang terlibat secara langsung dengan murid bermasalah pembelajaran agar dapat merancang secara sistematik penggunaan
Art Therapy dalam pengajaran mereka kerana nilai Art Therapy itu sendiri yang dapat membantu meningkatkan keupayaan
berinteraksi dengan alam sekitar, membantu kanak-kanak meluahkan perasaan, menguatkan daya imaginasi dan menguatkan
motor kasar dan motor halus. Dari aspek psikologi pula Art Therapy ini sangat sesuai dengan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran kerana nilai yang terdapat di dalamnya seperti penglibatan yang kreatif, sifat semulajadi yang nonjudgemental,
alat untuk mengungkapkan diri mengikut keupayaan individu dan hasil lukisan yang boleh disimpan untuk tujuan rujukan
( Kuczaj, dalam Liebmann, 1990). Bagi Autisme pula, art therapy ini sangat sesuai diaplikasikan kerana pakar atau ahli
terapi mendapati kanak-kanak Autisme mempunyai bakat dalam kerja seni seperti jahitan croshtich dan menggulung kertas
untuk dijadikan bakul atau kraf tangan.

8. Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa seorang kaunselor perlu kreatif dan sensitif semasa menjalankan
sesi kaunseling. Elemen-elemen dalam seni menggalakkan seseorang memahami dan menghayati dunianya dengan pelbagai
cara. Ianya memperkaya, merangsang dan mempunyai unsur merawat. Apabila diterapkan dalam situasi klinikal, seni
membantu kaunselor dan klien memperoleh perspektif yang unik dan menyeluruh mengenai masalah dan kemungkinankemungkinan penyelesaiannya.

10

Seterusnya Art Therapy menyediakan tempat yang selamat kepada peserta kajian untuk berkongsi pengalaman serta
menyediakan tempat bagi melukis kisah lampaunya yang sukar diungkapkan melalui perkataan. Hal ini selaras dengan
pendapat Pifalo( 2005) yang menyatakan bahawa kaedah ini mengurangkangkan ancaman kepada peserta kajian.
Penggunaan teknik art therapy berupaya mempercepatkan proses penerokaan kaunseling khususnya dalam meluahkan
perasaan dan pemikiran serta mengenal pasti masalah sebenar klien.

Aktiviti yang dilakukan dalam art therapy memberikan tenaga kepada klien dan seterusnya merangsang semangat klien
kerana dia mempunyai halatuju. Hal ini seterusnya membawa kepada peningkatan kefungsian seseorang.
Selanjutnya penggunaan art therapy dalam kaunseling membantu klien lebih fokus kepada masalahnya. Art therapy
khususnya yang melibatkan visual, membantu klien melihat lebih jauh apa yang diinginkannya dan sejauhmana
perkembangan yang telah dicapainya (Allan, 1988; Lazarus, 1977; dalam Gladding, 2004).

Rujukan
Borgmann, E (2002). Art therapy with women diagnosed with cancer, The Arts in Psychoterapy 29 (5), 245-251.Corey,
Gerald (2005). Theory and Practice of Counseling & Psychottherapy. 7 ed Singapore: Thomson Brooks/Cole
Furth, J. (1988). Healing images: viewing the clients world through drawings. Journal of Holist Nurs. 19 (11) 21-41.
Gladding, Samuel, T. (2004). Counseling As An Art: The Creative Arts In Counseling. Ohio: Merrill Prentice Hall.
Gussak, D. (2004). The effectiveness of art therapy in reducing depression in prison populations. International Journal of
Offender Therapy and Comparative Criminology. 51: 444-460.
Jung, C. (1963). Memories, Dreams, Reflection. New York : Pantheon.Liebmann, Marian (1990). Art Therapy in Practice.
London & Philadelphia: Jessica Kingsley Publishers.
Lynette, L. (1998). Art and Poetry Therapy. Thesis Sarjana Tidak diterbitkan. Nazareth College of Rochester, New York.
Myrick, T. (2001). Play Therapy: The Art of Relationship. International Journal of Play Therapy, 30,1, 33-45.
Othman Lebar (2009). Penyelidikan Kualitatif. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Paw Eng See, Noridah Mohd Ishak dan Salleh Amat (2008). Lukisan Sebagai Proses Diagnosis dan Intervensi Rawatan
dalam Sesi Kaunseling. Jurnal PERKAMA. Volume 14, 1-22.
Pifalo, W.B. (2005). Art Based Therapy in the treatment of eating disorder. Eating Disorder,12:1107-1111

11

You might also like