You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan
Teori bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Tetapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai psikoterapi untuk

mempengaruhi klien mengembangkan diri mereka dalam cara dipersetujui antara ahli terapi dengan klien. Ahli terapi ini menggabungkan maklumat verbal dan non-verbal yang dibekalkan oleh klien semasa mereka menyampaikan cerita yang akan membawa kepada hasil yang diharapkan. Terapi bercerita susah dibezakan daripada perbualan yang biasa diadakan. Terapi ini adalah berdasarkan pelbagai budaya dan model psikoterapi. Cara ini menggunakan prosedur psikoterapi yang boleh mewujudkan interaksi antara klien dengan ahli terapi. Interaksi ini akan mewujudkan evolusi persendirian dan psikologi dalam klien. Cerita yang telah direka dengan baik akan mengaktifkan sumbersumber yang terpendam. Terapi ini dikira berjaya sekiranya klien mengenali elemenelemen dalam cerita itu dan menggunakan hasil yang ada dalam cerita itu sebagai hasil mereka sendiri. Apabila klien telah membuat pengenalan serta membentuk visual dan imej dalaman, klien telah memahami bahawa dia boleh selesaikan masalah yang dihadapi.

2.0 Konsep Terapi Bercerita


Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui

perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian

budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan sesuatu cerita. Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita yang didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita. Seiring dengan peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar kemudiannya ditulis di atas kayu, buluh, tulang,batu, kulit kayu,kulit binatang, kertas,sutera, kanvas, dirakam pada filem dan disimpan dalam bentuk digital. Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien. Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.

Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan yang positif. Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.

Penerapan nilai murni dan pengajaran

Menggalakkan komunikasi dan hubungan sosial yang positif

BERCERITA SEBAGAI SATU PENDEKATAN TERAPI

Cerita dikaitkan dengan masalah atau pengalaman hidup

Menambah keyakinan diri untuk mengekspresika n perasaan dan idea

3.0 Matlamat Penggunaan Terapi Bercerita


Matlamat Apabila Menggunakan Cerita 3.1 Matlamat Umum 3.1.1 Membantu kanak mengenalpasti tahap kebimbangan atau distress dengan mengenalpasti watak atau situasi dalam cerita tersebut. 3.1.2 Membantu kanak-kanak mengenalpasti tema dan emosi yang berkaitan yang berlaku dalam hidup mereka. Contoh: kanak-kanak yang takut ditinggalkan keseorangan, dengan menyedari perasaan ini, kanakkanak boleh menyediakan cara untuk menghadapi isu yang amat ditakutinya. 3.1.3 Membantu kanak-kanak memikir atau meneroka alternatif bagi menyelesaiakan masalahnya. Matlamat boleh dicapai dengan menukar cerita supaya kanak-kanak mendapat hasil yang berbagai.

3.2 Matlamat Khusus Menyediakan Cerita 3.2.1 Membantu kanak-kanak melahirkan pandangan, harapan dan fantasi. Ini sangat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai pengalaman yang menyakitkan dan sering memberikan cerita yang tidak benar untuk mengelakkan kesakitan. 3.2.2 Dengan menggunakan story telling kaunselor akan membantu kanakkanak menyedari bahawa cerita mereka adalah tidak benar tetapi hanya satu cerita yang memperlihatkan gambaran dirinya sendiri. 3.2.3 Membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar. 3.2.4 Membantu meningkatkan kreativiti klien menerusi cerita yang disampaikan secara kreatif dan spontan. 3.2.5 Pelajar dapat menyampaikan cerita secara berkesinambungan.

4.0 Fasa Dan Langkah Pelaksanaan

1. Perancangan dan Persediaan


a. Kaunselor bermula memilih tajuk cerita yang sesuai. Kriteria : Tema : mengandungi nilai moral yang murni. Isi : menarik dan perkataan yang dipilih sesuai dengan pengalaman Klien atau kanak-kanak yang memerlukan bimbingan.

Tempoh : panjang cerita sesuai dengan peruntukan masa.

b. Selepas cerita dipilih, kaunselor hendaklah: Cuba berlatih menghafaz dan bercerita sendiri tanpa pendengar. Menyediakan alat bantu mengajar semasa bercerita. Menyediakan beberapa soalan untuk menguji apa perasaan kanakkanak mengenai cerita yang mereka dengar.

c. Sebelum mula bercerita, kaunselor hendaklah: Menyusun tempat duduk murid agar murid dapat mendengar dan melihat ekspresi kaunselor. Tempat bercerita dihias dengan alatan atau gambar yang sesuai.
5

2. Sesi Bercerita
Dimulakan dengan satu sesi membina hubungan yang menarik dan berkaitan. Kaunselor menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid. Pastikan setiap murid telah memberi perhatian sepenuhnya. Guru boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing.

3. Penutup
a. Tujuan: membantu kanak-kanak mengukuhkan nilai murni yang diterapkan. b. Pelbagai aktiviti boleh digunakan. Antaranya: Menyoal kanak-kanak tentang isi cerita yang disampaikan. Menyuruh kanak-kanak mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri. Berbincang dengan kanak-kanak tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. Membimbing kanak-kanak berlakon berdasarkan isi cerita yang telah disampaikan. Menyuruh kanak-kanak menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar.

Cara Menggunakan Terapi Bercerita


Salah satu daripada kebaikan bercerita sebagai terapi adalah bagaimana kanakkanak akan menerima pengajaran dengan mempelajari tentang watak-watak dalam cerita tanpa perlu mempertahan isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak telah melalui pengalaman traumatik boleh memproses pengalaman tersebut dan boleh belajar untuk mempercayai dan mempunyai perasaan selamat semula melalui cerita-cerita yang penuh dengan hasil positif yang didengar meraka secara berulang-ulang kali. Garis panduan ketika menggunakan aktiviti bercerita sebagai terapi: 1. Kelembutan (Subtle) Walaupun anda ingin menangani masalah tertentu, anda juga tidak boleh terlalu ghairah berkenaannya. Misalnya, adakah kanak-kanak ini diejek oleh rakan mereka di sekolah? pastikan cerita yang digunakan adalah berkenaan situasi yang sama tetapi bukan yang betul-betul sama. Adakah kanak-kanak ini baru kehilangan ibu atau bapa? Anda mungkin ingin menggunakan haiwanhaiwan sebagai watak-watak dalam cerita anda untuk menggantikan manusia. Anda mungkin boleh mengubah watak yang digunakan. 2. Kreatif Anda perlu bercerita dengan kreatif dan bersemangat supaya kanak-kanak itu lupa bahawa dia mempunyai perasaan sedih dan dalam keadaan kesakitan. Sebaliknya kanak-kanak itu boleh melibatkan diri dalam cerita itu sendiri. Cerita yang menghiburkan boleh menyampaikan mesej dan perasaan yang signifikan. Jika boleh, pencerita perlu menggunakan pelbagai prop seperti boneka, patung haiwan dan papan cerita (story board) untuk membuat cerita anda menarik dan merangsang murid. Ubah suai cerita jika anda terpaksa mengulangi cerita yang sama kerana kanak-kanak akan dapat menangkap apa yang anda cuba sampaikan. Jika mereka mengetahui yang anda sebenarnya telah tahu akan masalah mereka, kanak-kanak ini mungkin akan mempunyai perasaan defensif.

3. Positif Sentiasa akhiri cerita secara positif di mana watak-watak dalam cerita dapat menyelesaikan masalah. Gunakan cerita untuk meneroka perasaan, mulakan perbualan dan teroka tajuk yang hendak diselesaikan. Tetapi di sini anda perlu pastikan anda membenarkan watak-watak dalam cerita itu berfikir sendiri dalam cara yang akan dapat merangsang kanak-kanak itu berfikir tentang hasil yang positif. 4. Ajak kanak-kanak mereka cerita Anda akan mendapat pemahaman yang mendalam tentang bagaimana kanak-kanak itu menghadapi masalah dengan mendengar cerita-cerita mereka. Dengan mereka cerita sendiri, kanak-kanak itu mungkin boleh memproses peristiwa-peristiwa yang tidak menyenangkan dengan lebih mendalam, dengan meneroka emosi dan mencapai penyelesaian semasa dia bercerita. Tugas anda adalah untuk mendengar dengan teliti dan memberi kanak-kanak itu kebebasan untuk berpura-pura.

5.0 Kekuatan Dan Kelemahan Terapi Bercerita 5.1 Kelebihan Terapi Bercerita
Terapi bercerita mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya ialah kanak-kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat diri sesama kawankawan mereka. Hal ini membolehkan mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah dalam kaunseling kelompok. Secara tidak langsung, ahli-ahli kumpulan akan cuba untuk menyatakan langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka terhadap masalah yang dihadapi. Terapi ini juga memberi kelebihan kepada kaunselor kerana dapat memahami konflik kanak-kanak dengan lebih senang secara sukarela. Melalui aktiviti bercerita, kanak-kanak akan memegang sesuatu watak dan secara tidak langsung cara untuk mereka menyelesaikan masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kaunselor akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya kanakkanak yang bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok. Melalui terapi ini juga, kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa mereka memegang sesuatu watak ketika bercerita. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh. Kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan terutamanya

dalam terapi kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama.

5.2 Kelemahan Terapi Bercerita


Antara kelemahan terapi bercerita pula adalah apabila cerita yang disampaikan oleh kaunselor menyamai situasi yang sedang dialami oleh kanak-kanak atau klien. Oleh itu, kanak-kanak akan terasa seolah-olah mereka diperli oleh kaunselor atas masalah yang mereka hadapi seterusnya mengurangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak serta menambah lagi masalah mereka. Sepatutnya kaunselor menceritakan cerita yang telah diolah agar tidak menyinggung perasaan kanak-kanak. Selain itu, cerita tidak disampaikan dengan penuh kreatif, semangat dan sepenuh perasaan. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat menghayati cerita tersebut dan berkemungkinan tidak dapat memberi pengajaran kepada kanak-kanak untuk dicontohi mereka. Terapi bercerita juga mempunyai kelemahan lain yang telah dikenal pasti. Seperti yang diketahui, penggunaan bahasa dan perkataan merupakan salah satu elemen penting dalam menyampaikan sesuatu cerita. Apabila penggunaan perkataan dan bahasa yang digunakan oleh kaunselor terlalu tinggi daripada jangkaun akal fikiran klien, ini secara tidak langsung menyukarkan pemahaman klien. Seterusnya, terapi bercerita juga mempunyai kelemahan di mana jika kanakkanak malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor tentang masalah yang dihadapi. Oleh itu, kaunselor akan mengalami kesukaran untuk mereka bercerita berkaitan dengan masalah kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mengalami masalah biasanya akan memutarbelit cerita sebenar yang akan menyukarkan kaunselor mengaitkan cerita kanak-kanak tersebut dengan cerita yang ingin direka. Secara tidak langsung akan merencatkan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada kanak-kanak tersebut. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat membuat keputusan atau

menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh kaunselor.

10

6.0 rumusan
Menurut Kamus Dewan, cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan pencerita sahaja. Terapi pula bermaksud rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan (Kamus Dewan Edisi Ketiga). Oleh itu, terapi bercerita boleh disimpulkan sebagai satu rawatan sesuatu penyakit secara proses pemulihan dengan menggunakan kaedah bercerita. Terapi bercerita yang diperkenalkan oleh Michael White dan David Epston merupakan salah satu kaedah atau teknik untuk kaunselor ingin menyampaikan sesuatu disamping dapat membantu menyelesaikan masalah kanak-kanak. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat. Kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi kepada kanak-kanak di mana kaunselor boleh meneroka dan cuba mendekati kanakkanak bermasalah dengan bercerita. Kanak-kanak yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada kaunselor. Oleh itu, kaunselor perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Berdasarkan sumber tersebut, kaunselor perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila kanak-kanak mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika kanak-kanak masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor, kaunselor perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada kanak-kanak tersebut. Hal ini supaya kanak-kanak dapat membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh kaunselor. Namun begitu, kaunselor haruslah bijak membuat pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif. Jalan cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas, mudah difahami, menarik, menggunakan bahasa yang sesuai dan mempunyai nilai moral yang tinggi supaya
11

kanak-kanak dapat menghayati pengajaran yang ingin disampaikan pada akhir sesi bercerita. Nilai-nilai murni boleh diserapkan secara langsung dan juga tidak langsung. Penyerapan nilai murni secara langsung selalunya dilaksanakan oleh kaunselor semasa akhir sesi penceritaan. Manakala penyerapan secara tidak langsung dapat diselitkan semasa penceritaan tersebut berlangsung. Selain itu, dengan terapi bercerita, kanak-kanak juga dapat menambah keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan dan idea di mana pendekatan ini memerlukan penglibatan kanak-kanak secara aktif. Bimbingan dan nasihat akan diberikan oleh kaunselor semasa proses penyampaian supaya kanak-kanak dapat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan keupayaan diri. Di samping

meningkatkan keyakinan diri, kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan dan idea mereka dengan cara yang sihat di mana mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau merosakkan harta benda jika mereka berhadapan dengan masalah. Dengan terapi bercerita, mereka dapat mengaitkan diri mereka dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan pendapat kaunselor. Kesimpulannya, terapi bercerita merupakan terapi yang sangat baik dan berkesan untuk digunakan kerana terapi ini sangat menarik. Kanak-kanak akan mudah tertarik dengan penceritaan disamping dapat membayangkan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Namun begitu, terapi ini perlu dikuasai sepenuhnya oleh kaunselor supaya objektif sebenar penceritaan tercapai. Oleh itu, teknik-teknik dalam terapi bercerita perlulah difahami oleh seseorang kaunselor supaya matlamat kaunselor untuk membantu menyelesaikan masalah kanak-kanak terlaksana dengan baik.

12

7.0 Borang kolaborasi

13

8.0 Refleksi individu

14

9.0 Bibliografi

Aminah Hj. Hashim dan Arthur P. Lloyd, (1988). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji A. Aziz Bin Deraman, (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Ahmad, (2002). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn.Bhd. Lee Keok Cheong, et. al., (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, (2010). Bimbingan Kaunseling dan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Noriati A. Rashid, et. al., (2009). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm http://www.scribd.com/doc/6491550/Tugasan-Bm
http://www.narrativetherapycentre.com/index_files/Page378.htm http://www.narrativeapproaches.com/?new_sess=1 http://knappfamilycounseling.com/narrative.html http://www.centerfornarrativepractice.com/narrative_therapy.html http://www.alban.org/conversation.aspx?id=6170

15

You might also like