You are on page 1of 7

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara berperingkat-peringkat.


Apabila seseorang bayi dilahirkan, turut bersama-samanya ialah alat fizikal yang sesuai
untuk memperoleh bahasa. Pemerolehan bahasa akan berlaku sedikit demi sedikit dan
berperingkat-peringkat mengikut perkembangan otaknya, iaitu hasil perkembangan
fizikal bayi tersebut. Kanak-kanak yang bermula pada peringkat bayi lagi akan belajar
seterusnya memperoleh sesuatu bahasa secara tidak formal dan tanpa disedari
bermula dalam persekitaran keluarga dan kemudian dalam masyarakat yang
didiaminya. Dalam teori pemerolehan bahasa ini, terdapat empat teori utama yang telah
dikemukakan oleh beberapa orang pelopor teori ini.
Antara teori pemerolehan bahasa yang telah dikemukakan ialah termasuklah
teori behaviorisme. Teori ini telah diasaskan oleh Ivan Pavlov. Beliau telah
menggunakan anjing sebagai subjek penyelidikan untuk membuktikan keberhasilan
teori ini. Yang turut mengetengahkan teori behaviorisme ini ialah Leonard Bloomfield.
Setelah teori ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan Leonard Bloomfield, beberapa
orang tokoh telah mengembangkan teori ini. Antara tokoh yang telah mengembangkan
teori ini ialah termasuklah Watson, Skinner dan Thorndike. Teori ini menekankan
bahawa pemerolehan sesuatu bahasa itu berlaku melalui ulangan dan latih tubi. Teori
ini menekankan bahawa semua bentuk pembelajaran yang berlaku tidak ada kaitan
dengan keupayaan mental sebaliknya menegaskan bahawa tingkah laku manusia
adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka.
Dalam proses pembelajaran pula,aliran teori ini menekankan kepentingan
rangsangan dan tindak balas. Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan
perhatian penting dalam aliran ini. Teori ini menekankan bahawa bahasa merupakan
sesuatu yang hidup dan berubah serta perlu dipelajari dalam suasana lisan. Selain itu,
teori ini juga menekankan bahawa penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk
mendapatkan

gerak

balas yang

sempurna.

Contoh

membuktikan teori ini telah dilakukan oleh Ivan Pavlov.

eksperimen

yang

dapat

Pavlov (1849-1936) menekankan bahawa dengan melakukan sesuatu secara


berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov telah
menjalankan eksperimen dengan menggunakan anjing, makanan dan loceng
membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan
mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan.
Thorndike (18741949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response
Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan
respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons
terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus
terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus
dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila
hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki.
Lanjutan daripada itu, Skinner (19041990) mengemukakan teori Contiguity of
Feedback/Reinforcement,

iaitu

tingkah

laku

boleh

dibentuk

dengan

memberi

peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi ganjaran/pujian


(peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja
rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja
rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses
pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses rotelearning.
Walau bagaimanapun, teori ini masih belum dapat memberi kepuasan tentang
tokoh-tokoh yang mengkaji pemerolehan bahasa ini. Hal ini demikian kerana teori ini
menolak pemerolehan bahasa melalui mental atau kognitif seseorang individu.
Keadaan tersebut telah membolehkan beberapa orang tokoh turut berusaha
mengemukakan bukti dan melakukan eksperimen serta kajian. Mereka ingin
membuktikan bahawa kebolehan kognitif seseorang sangat penting dalam usaha
memperolehi sesuatu bahasa. Akhirnya, lahirlah satu lagi teori pemerolehan bahasa
iaitu teori mentalis.

Teori mentalis ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky. Selain daripada belaiu,
terdapat beberapa lagi ahli psikologi yang sealiran dengan teori atau fahaman ini
antaranya ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel, Bruner
dan Gagne. Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara
memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka lagi, manusia
seperti haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.
Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan
yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar. Teori mentalis ini memfokus kepada
proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan.
Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa
yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran
sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif
kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori
perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini
menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila
kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang
dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru.
Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan
maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory,
WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang
(long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM
dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas
digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk
tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan
semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda
sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini
dinamakan proses pembelajaran.

Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang


mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan
lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta
lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
Teori ini sangat popular digunakan, namun pada masa yang sama, masih ada
lagi ahli psikologi yang tidak dapat menerima sepenuhnya teori ini. Hal ini demikian
kerana mereka beranggapan bahawa kebolehan pemerolehan bahasa tidak sama bagi
setiap individu kerana kebolehan kognitif individu adalah berbeza. Oleh itu, muncul pula
satu lagi teori iaitu teori konstruktivisme.
Teori konstruktivisme ini telah diasaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky. Teori
yang telah dikemukakan oleh beliau ini memberi penekanan khusus kepada perbezaan
antara individu. Teori ini juga mengaitkan pengaruh budaya dengan proses pengajaran
dan pembelajaran. Di samping itu, cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur
alam seperti sikap, kemahiran, idea dan sebagainya. Oleh itu, pelajar harus
mengeksploitasi unsur alam tersebut demi pembelajaran mereka. Selain itu, teori ini
juga menegaskan bahawa kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan
orang dewasa mengenai unsur yang diperoleh murid semasa berinteraksi di dalam bilik
darjah samaada berinteraksi dengan rakan atau guru.
Contoh yang jelas tentang teori konstruktivisme ini dapat dilihat dalam
pembinaan ayat. Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan semua
minda untuk mencipta sesuatu yang baharu. Guru boleh membantu pelajar
mengurangkan jurang perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa.
Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara konsep yang penting dalam teori ini
ialah termasuklah zon perkembangan proksimal, perancah, perantaraan semiotic dan
peraturan batin.

Walaupun teori ini dapat membuktikan pemerolehan sesuatu bahasa, namun


teori ini belum cukup lengkap kerana interaksi atau komunikasi kurang ditekankan.
Walaupun pelajar diberi latih tubi atau ulangan, mempunyai kebolehan kognitf dan
bantuan daripada persekitaran untuk mendapatkan sesuatu ilmu, namun untuk
mendapat sesuatu bahasa juga, komunikasi dengan pihak lain juga sangat penting.
Maka, dengan itu, lahirlah satu lagi teori yang sangat penting dalam kajian pemerolehan
bahasa iaitu teori interaksionalis.
Teori interaksionalis ini telah dipelopori oleh Halliday. Dalam teori ini, Halliday
menekankan aktiviti komunikasi untuk memperolehi sesuatu bahasa. Bagi Halliday,
seseorang akan menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Contohnya, seorang
kanak-kanak yang masih kecil akan cuba berkomunikasi dengan ibubapanya apabila
dia memerlukan sesuatu contohnya susu, walaupun bahasa cara komunikasi tersebut
tidak dapat difahami sepenuhnya. Maka, melalui komunikasi tersebut, maka lahirlah
bahasa. Selain itu, teori ini juga menekankan bahawa perkembangan bahasa
melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.
Melalui interaksi terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Selain itu, bahasa juga
melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan
manusia atau masyarakat. Di samping itu, manusia dapat bertindak balas secara peka
terhadap pengalaman mereka. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan
kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.Kanak-kanak yang dilahirkan
adalah

bergantung

sepenuhnya

kepada

orang

lain.

Mereka

tidak

dapat

memperkembangkan bahasa mereka dengan sendirinya. Maka, dengan adanya


komunikasi dengan pihak lain akan dapat memperkembangkan penguasaan bahasa
mereka.

Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan


sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.
Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks
sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran
berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Perilaku
manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat
pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka. Manusia
saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain bagi membentuk komunikasi
yang berkesan serta dapat menghasilkan suatu interaksi.
Dengan adanya empat teori utama, dapatlah dirumuskan bahawa semua teori yang
dikemukan oleh ahli psikologi ini ada kebenaran. Selain itu, dapat juga kita ketahui
bahawa sesuatu bahasa itu boleh diperolehi dengan melakukan lebih banyak latih tubi
atau ulangan sehingga berjaya memperoleh sesuatu. Setelah itu, keupayaan yang
diperolehi melalui latih tubi tadi diperhebat lagi dengan kebolehan kognitif seseorang
dalam menilai sesuatu bahasa tersebut. Walaupun kebolehan individu adalah berbeza
dari segi kognitif, namun jika pelajar atau individu tersebut melakukan ulangkaji secara
berulang-ulang, maka dia juga dapat memperolehi kebolehan yang sama dengan orang
lain.
Setelah mendapat latihan secara berulang-ulang dan ditambah dengan kebolehan
individu untuk berfikir secara mentalis, bantuan dari persekitaran juga dapat
meningkatkan lagi penguasaan bahasa seseorang. Ini dapat dilakukan dengan
mengaplikasikan teori konstruktivisme contohnya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini demikian kerana guru dapat membantu murid semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa guru mengajar, secara tidak langsung
berlakunya aktiviti komunikasi yang sangat ditekankan dalam teori interaksionalis.
Keadaan tersebut membuktikan dengan jelas bahawa pemerolehan bahasa itu dapat
diperolehi dengan gabungan beberapa teori utama dalam pemerolehan sesuatu bahasa
tidak kira Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

You might also like