You are on page 1of 8

TEORI PEMUSATAN KLIEN (PCC)

Carl Rogers merupakan jurucakap utama Psikologi Humanistik. Pada zaman remaja
beliau sering bersendirian. Beliau suka membaca dan berladang sebagai hobi. Perubahan
minat semasa di kolej daripada bidang pertanian kepada sejarah, selepas itu bertugak kepada
agama dan akhirnya bidang psikologi klinikal. Pada tahun 1968, Rogers dan rakan-rakan
telah membina pusat untuk mengkaji manusia di La Jolla. Beliau telah mengaplikasi
pendekatan pemusatan perorangan di dalam politk dengan melatih pembuat dasar, pemimpin
dan kumpulan yang berkonflik. Pada 1987, beliau telah terjatuh dan selamat dibedah. Namun
beliau telah dibedah jantungnya kerana gagal berfungsi dan beliau meninggal dunia selepas
itu.

Carl Rogers (1902-1987) telah membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang
boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk memahami diri mereka sendiri dan
menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan daripada ahli terapi. Rogers juga
menekankan pentingnya sikap dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan
hubungan antara klien dengan ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi
menentukan kejayaan dan keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau
menegaskan bahawa perkara lain yang perlu dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan
daripada aspek teori dan penguasaan teknik yang teraputik.

Rogers (1942) telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang
kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat
suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu
mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui
kepercayaan di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama ciri-ciri positif di dalam diri
seseorang.

Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh
memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh
menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila ahli terapi
dapat benar-benar menghubungi dan menyelami kehidupan klien yang sebenar secara
mendalam, mengambil berat, memberi perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami
klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara. Rogers (1987)
menolak andaian bahawa manusia ialah individu yang tidak boleh dipercayai, perlu dipaksa,
digalakkan, diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal, dan diuruskan oleh orang lain
yang lebih berkuasa, lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang tertentu.

Beliau menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan
suasana menggalakkan pembinaan diri seseorang sehingga membolehkan mereka bergerak
maju,menjadi apa yang mereka mahu dan boleh lakukan. Tiga sifat itu ialah, Kongruens
(Keikhlasan dan ketulenan), Penerimaan tanpa syarat (sedia menerima dan mengambil berat)
dan Empati (kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain.

Menurut Rogers (1987), jika semua sifat ini digunakan oleh kaunselor, klien akan
menjadi lebih berdikari, lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam
kehidupan dan dapat bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina. Antara
teknik yang boleh digunakan oleh kaunselor ialah mendengar, menerima, menghormati,
memahami dan bertindak balas. Kecenderungan menggunakan satu teknik sahaja akan
mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi kaku. Matlamat teori pemusatan klien
bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu bagi diri setiap individu.

Apa yang telah saya fahami ialah, terapi ini berpusat pada klien, bukan
sekadar tentang masalah yang diluahkan oleh klien. Menurut Roger (1977) matlamat terapi
bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah tetapi lebih daripda itu iaitu membantu klien
dalam proses perkembangan agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada
masa kini dan masa hadapan.
TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU ( TEORI ADLERIAN)

Alfred Adler (1870-1937) merupakan pengamal Psikoanalitik selama lebih kurang 10


tahun sebelum membawa haluan sendiri pada tahun 1911 selepas perbezaan pendapat dengan
Freud. Adler mempercayai bahawa minat social adalah elemen penting yang mempengaruhi
pembentukan personality yang sihat berbanding Freud yang memberi penekanan terhadap
minat seksual. Tumpuan Adler lebih kepada membantu kanak-kanak yang bermasalah. Minat
tersebut mendorong kepada penubuhan pusat pendidikan kanak-kanak. Pengalaman hidup
zaman kanak-kanaknya yang merupakan sumber rujukan utama kepada konsep asas
terapinya.

Terapi ini merupakan kepada kognitif dan juga menekankan penilaian terhadap logik
yang salah. Adler percaya bahawa dalam kehidupan, manusia memerlukan keberanian dan
kerelaan untuk mengambil risiko walaupun tanpa mengetahui hasil daripada langkah yang
diambil sama ada berjaya atau tidak. Menurut Adler, jika seseorang berusaha untuk
membantu orang lain, maka dia sebenarnya sedang membantu dirinya dalam mencapai
matlamat. Adler sangat percaya bahawa layanan ibu bapa berbeza terhadap turutan kelahiran
setiap anak tersebut dan daripada layanan semasa peringkat awal inilah yang akan memberi
kesan timbulnya reaksi inferioriti dalam diri anak-anak seterusnya mempengaruhi
pembentukan personality unik dan gaya hidup mereka apabila mereka dewasa kelak.

Terapi dan Kaunseling Adlerian menekankan kepada 4 objektif utama yang


melibatkan 4 fasa proses terapi (Dreikurs, 1967). Fasa-fasa ini adalah seperti berikut.
Mengukuhkan hubungan terapi yang lebih baik (mewujudkan perhubungan melalui empati di
antara kaunselor dengan klien). Meneroka (menjelajah) kepada dinamik psikologikal klien
(penilaian). Menggalakkan pembinaan pemahaman kendiri, self-understanding (melihat
kepada tujuan) dan membantu klien membuat pilihan (reorientation and reeductaion).

Peranan kaunselor dalam teori Adler lebih berfokus kepada terapi kognitif. Fungsi
utama kaunselor ialah membuat tugasan yang komprehensif terhadap fungsi klien. Kaunselor
perlu mendapatkan maklumat keluarga klien, termasuklah ibu bapa, adik-beradik dan orang
yang tinggal bersama klien untuk mendapatkan gambaran ke atas cara kehidupan social awal
klien. Kaunselor membina dan mengekalkan perhubungan empati bersama klien. Dimana
kaunselor perlu menitikberatkan aspek hormat-menghormati dan percaya-mempercayai
dengan klien. Kaunselor perlu meneroka perasaan, motif, kepercayaan dan matlamat yang
ditujui oleh klien. Setelah klien memahami mengapa tingkah lakunya tidak sesuai dan
mengapa gaya hidupnya tidak wajar, maka dia bersedia untuk mengubah semua itu.
Kaunselor dan klien akan bersama-sama mencari pelbagai alternative tindakan untuk
dilakukan oleh klien. Tindakan ini akan dilaksanakan dan dinilai semula, sehingga terhasil
matlamat yang sesuai, tingkah laku yang sesuai dan gaya hidup yang wajar.

Antara kelebihan teori ini ialah Adlerian mempunyai minat dalam membantu orang
lain, minat dalam masyarakat, kepercayaan dan kolektif semangat yang bersesuaian dengan
sistem nilai kumpulan etnik. Teori ini dapat membantu kaunselor untuk memberi sumbangan
dalam rangka interpersonal. Adlerian menggalakkan pendekatan demokratik yang bersifat
keterbukaan dan dialog. Ini sesuai dijadikan sebagai kaedah kaunseling yang mengadungi
hormat-menghormati, pemulihan dan motivasi kea rah sikap yang positif.

Antara kekurangan teori ini ialah terapi ini tidak bersifat analitik, dinamik atau
tingkah laku saintifik. Kebanyakan formula Adler yang asal susah untuk membuat
pengukuhan empirical dan kurang sesuai dengan hipotesis asas beliau.

Selain itu, teori ini memfokuskan kepada kendiri sebagai focus berubah dan
tanggungjawab. oleh kerana terdapat pandangan budaya yang berbeza, maka penekanan
terhadap perubahan autonomi kendiri yang asal akan menjadi satu masalah yang rumit
kepada kebanyakan klien.
TEORI GASTALT

''Gestalt' berasal daripada perkataan Jerman yang bermakna 'menyeluruh' atau


'sempurna'. Ketika Pavlov, Thorndike dan Skinner sedang mengutarkan teori-teori tentang
pembelajaran masing-masing, sekumpulan ahli psikologi Jerman turut terlibat dengan
mengkaji pembelajaran. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai ahli psikologi gestalt
yang terdiri daripada Max Wertheimer (1880-1943), Kurt Koffka (1886-1941) dan Wolfgang
Kohler (1887-1967). Frederick Perls atau lebih dikenali sebagai Fritz Perls dilahirkan di
Berlin merupakan anak tunggal lelaki dalam sebuah keluarga kelas pertengahan berbangsa
Yahudi.

Perls percaya bahawa manusia perlu dilihat secara keselurahan dan tidak diasing-
asingkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Terapi Gestalt bertujuan menyatukan bahagian-
bahagian yang telah dipisah-pisahkan menjadi satu unit yan gmenyeluruh. Perls juga
menekankan mengenai tanggungjawab manusia terhadap tindak-tanduk sendiri serta terkenal
dengan konsep here and now yang menggalakkan individu untuk merasai dan peka terhadap
apa yang berlaku ketika ini tanpa memikirkan mengenai perkara yang telah berlaku mahupun
yang belum berlaku.

Teori Gestalt menyifatkan penyelesaian masalah yang berlaku pada manusia sebagai
dalaman atau "insight" atau persepsi perhubungan antara elemen-elemen situasi penyelesaian
masalah. Melihat masalah dari sudut berbeza adalah penting sebelum interaksi peristiwa yang
membawa gambaran lebih jelas tentang penyelesaian. Dalam erti kata lain, sebaik sahaja
individu menganalisis masalah dengan betul, penyelesaian menjelma dengan tiba-tiba.

Terdapat beberapa prinsip yang digunakan oleh Gestalt dalam menerangkan tentang
sifat semula jadi manusia. Prisip-prinsip tersebut ialah, kesempurnaan iaitu bermaksud
sempurna atau satu bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagian lain.
Kedua ialah berhubung dengan alam persekitaran (Field Theory). Gestalt merupakan teori
yang berasaskan prinsip hubungan manusia dengan persekitaran. Ketiga ialah pembentukan
figure atau apa yang tersurat semassa sesi merupakan pengalaman yang dialami oleh klien
dari semasa ke semasa. Seterusnya ialah, organismic dan self-regulation. Pembentukan figure
merupakan kaitan dengan proses ini. Dengan prinsip ini ialah keseimbangan dalam diri
seseorang diganggu gugat oleh keinginan, pancaindera dan minat terhadap sesuatu.
Organisme akan melakukan yang terbaik untuk mengawal semua yang dinyatakan dengan
menggunakan sumber diri dan persekitaran.

Teori Gestalt mempercayai terdapat satu hubungan yang jelas dan kuat antara berfikir
dan persepsi yang mana kedua-duanya adalah dikawal oleh prinsip yang sama dalam teori
bidang. Empat hukum Gestalt iaitu Penutupan (Closure), Kedekatan (Proximity),
Kesinambungan (Continuance) dan Keserupaan (Similarity); Interaksi antara individu dan
lingkungan disebut sebagai bidang persepsi. Setiap bidang persepsi memiliki organisasi,
yang cenderung dipersepsi kan oleh manusia sebagai "figure and ground". Oleh karena itu
kemampuan persepsi ini merupakan fungsi bawaan manusia, bukan kemahiran yang
dipelajari. Pengorganisasian ini mempengaruhi makna yang dibentuk.

Peranan kaunselor dalam terapi Gestalt menekankan hubungan yang tulen antara
kaunselor dan klien dimana empati amat ditekankan dalam Gestalt. Kaunselor mengamalkan
sifat tulen menggalakan dan meningkatkan kepercayaan, rasa selamat dan arif diri dalam diri
klien. Kaunselor bersifat dinamik dan aktif serta berada sepenuhnya bersama klien dalam
keadaan di sini dan sekarang. (Here and Now). Kaunselor membantu klien mengatasi
halangan emosi yang menyakitkan serta mengenalpasi gaya hidup yang kurang sihat.
Kaunselor membina suasana yang sesuai untuk klien meneroka keperluan mereka untuk
berkembang kea rah yang positif.

Antara kelebihan teori ini ialah, untuk membantu klien bagi membentuk personality
baru yang lebih baik dan bertanggungjawab terhadap dirinya. Terapi ini memberikan
penekanan terhadap penggunaan pendekatan eksistensial atau fenomenologi yang meletakkan
bahawa manusia perlu mencari jalan dalam hidupnya dan bertanggungjawab pada dirinya
sendiri sekiranya mahu mencapai kematangan.

Antara kelemahan yang terdapat dalam teori ini ialah kecenderungan kaunselor untuk
lebih bersifat manipulasi dan mengawal adalah tinggi kerana kaunselor akan banyak
mengarah klien untuk melakukan sesuatu. Teori ini mempunyai kecenderungan
mengetepikan unsur logical, kognitif dan merendahkan factor intelektual dalam personaliti.
TEORI KOGNITIF TINGKAH LAKU (COGNITIVE THERAPY)

Pengasas teori ialah Aaron Beck dilahirkkan pada tahun 1921 merupakan seorang
pakar psikiatri dan professor emeritus di Jabatan Psikiatri di University of Pennusylvannia.
Beliau juga digelar sebagai Bapa Terapi Kognitif. Beliau cuba mengesahkan kesesuaian teori
Psikoanalisis Freud dalam merawat kemurungan. Walau bagaimanapun kajian yang
dijalankannya membuktikan sebaliknya, beliau disisihkan oleh momuniti alhi psikiatri
beberapa tahun tetapi itu tidak melemahkan semangatnya.

Fokus utama terapi kognitif ialah untuk memahami gangguan kepercayaan dalam diri
klien dan seterusnya membantu mereka menukar pemikiran tidak tersesuai dengan
menggunakan teknik efektif dan tingkah laku. Pandangan teori terhadap manusia ialah,
keyakinan manusia mempengaruhi emosi dan tingkah laku. Fikiran manusia terbahagi kepada
samada perkara yang difikirkan itu dapat membantu atau tidak membantu. Teori ini
membantu manusia memahami masalah tingkah laku. Pemikiran, perasaan dan tingkah laku
yang akan membentuk reaksi.

Antara prinsip asas teori ialah individu yang mempunyai masalah emosi mempunyai
perwatakan mencari kesalahan. Mengikut generalisasi berlebih-lebihan ialah membuaat
generalisasi berdasarkan kepercayaan diri sendiri secara berlebih-lebihan. Memperbesarkan
atau memperkecilkan merupakan persepsi ke atas situasi dengan lebih atau kurang drai
kandungan sebenar. Melabel diri mereka kurang sempurna dan mengaitkan diri mereka
kesalahan yang lalu. Manakala fikiran yang bertentangan dengan tingkah laku ialah tidak
mampu mengkategorikan pengalaman dalam situasi seperti betul atau salah. Personalization
ialah apabila seseorang mengambilkira sesuatu peristiwa yang tidak kaitan dengannya
sebagai sesuatu yang berkaitan dengan peribadinya bermakna pemikirannya telah diganggu.
Ramalan negatif ialah apabila seseorang meramaklan sesuatu yang buruk akan berlaku
terhadapnya walau pun beliau tidak ada bukti bermakna heliau telah membuat ramalan yang
negatif.

Terdapat empat tahap pemikiran dalan teori kognitif. Pertama pemikiran Automatik
iaitu sentiasa bergerak dalam diri manusia dan menjadi penengah antara satu kejadian emosi.
Kedua ialah pemikiran pertengahan iaitu refleksi yang agak ekstrem melibatkan peraturan
atau sikap yang tidak fleksibel. Ketiga ialah kepercayaan utama adalah seseorang terhadap
dirinya yang mengandungi semua pemikiran lain. Pemikiran ini biasanya berpunca dari
pengalaman semasa kanak-kanak. Pemikiran ini tidak semestinya betul dan tepat dan boleh
dicabar serta dimodifikasi. kadangkala ia bersifat positif dan bersifat negatif. Keempat ialah
Skema adalah struktur kognitif dalam minda seseorang. Ia lebih mendalam dari kepercayaan
utama di mana ia melibatkan pemikiran emosi dan tindakan. Skema boleh bersifat peribadi,
keluarga, social, budaya dan berkaitan agama. Apabila skema telah terpahat dalam diri
seseorang individu akan mempercayai apa sahaja maklumat yang membenarkan skemanya.
Menurut Beck, skema boleh diubahsuai apabila manusia mengalami perubahan hasil daripada
penilaian dan pengubahsuaian pemikiran mereka yang rosak selama ini.

Antara teknik-teknik dalam teori ini yang digunakan oleh kaunselor ialah, teknik
guided discovery, dimana kaunselor bertanya soalan untuk meneroka apa yang menganggu
pemikiran klien. Kaunselor mendengar, memberi refleksi dan membuat rumusan serta
mendorong klien berfikir secara rasional dan kesan terhadap tindakan. Teknik relaksasi pula
kaunselor membantu klien mengurangkan ketegangan dan menenangkan apabila menghadapi
situasi yang merisaukan. Teknik kerja rumah (homework) penting dalam teori ini untuk
penyertaan klien yang berterusan di luar sesi. Latihan yang berkaitan dengan masalah klien
diberikan oleh kaunselor. Menstruktur semula kognitif ialah memperbaiki cara klien berfikir
dan memproses maklumat. Teknik Dialog skema ialah klien belajar untuk menolak perasaan
yang disebabkan oleh skema pemikiran yang menimbulkan masalah kepada dirinya serta
mencari jalan penyelesaian.

Kelebihan dan kekurangan teori ini lebih kurang sama dengan REBT. Kesamaan
antara REBT dan CT ialah kedua-duanya menekankan kognitif klien. Teori ini terbukti
merawat pelbagai masalah gangguan emosi dan mental. Tetapi keberkesanan CT dalam
konteks budaya kolektivis seperti Malaysia tidak begitu banyak dibuktikan kerana kurangnya
penyelidikan eksperimen di Malaysia. Walaubagaimanapun diagnosis tentang skema kognitif
perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati. Ini kerana klien banyak bergantung dengan
kumpulan sosio budaya yang mempunyai norma dan peraturan memerlukan masa untuk
mengubah skema pemikiran mereka kerana berkemungkinan mereka khuatir untuk
melakukan sesuatu bertentangan dengan norma.

You might also like