You are on page 1of 3

Tugasan 1 : Penulisan Akademik (30%)

Seorang murid tahun enam telah dirujuk kepada anda oleh Guru Penolong Kanan kerana
terlibat dengan kes pergaduhan yang melibatkan senjata tajam seperti besi dan pisau. Beliau
juga seringkali merosakkan harta benda sekolah seperti papan tulis, kerusi, meja da cermin
tingkap. Ketika di rumah, beliau seorang yang sangat pendiam dan bersopan. Menurut
ibunya, beliau seorang anak yang pendiam, baik dan sentiasa akur dengan arahan ibu bapa.

Berdasarkan perspektif Teori Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud dan Carl
Jung, bincangkan pembentukan tingkah laku murid di atas.
Perkhidmatan kaunseling merupakan keperluan kepada masyarakat dan ia
merupakan

satu

bentuk

perkhidmatan

(Capuzzi&Gross,2008).Tujuannya

ialah

bagi

memberikan bantuan kepada individu bagi membuat pilihan dan penyesuaian dalam
hidupnya.Banyak faktor yang menyumbang kepada keperluan perkhidmatan kaunseling
seperti agenda transformasi negara , gagasan 1 Malaysia , jenayah dan masalah sosial ,
kesan yang lahir akibat dari perkembangan pesat ekonomi, penghijrahan penduduk,
kemajuan dan perkembangan teknologi , masalah penghakisan nilai , penderaan kanakkanak, masalah penyalahgunaan dadah dan masalah pengabaian warga emas.
Merujuk kepada kamus DBP personaliti merujuk kepada sahsiah atau keperibadian.
Bagi tafsiran psikologi pengertian ini tidak lengkap. Tafsiran ini lebih merujuk kepada aspek
tertentu seperti aspek sosial, fizikal dan simbolik. Walaupun terdapat perbezaan huraian
personaliti, sebagai definisi asas kita boleh gunakan definisi yang dikemukakan oleh Pervin
personaliti mewakili bahagian-bahagian yang berstruktur dan dinamik bagi seseorang
individu atau beberapa individu semasa mereka melahirkan gerakbalas yang kebiasaan
dalam satu-satu situasi. Dengan perkataan lain, personaliti merupakan ciri-ciri yang tekal
yang membezakan dirinya dari orang lain. Personaliti pada akhirnya dilihat dari sudut tingkah
laku yang boleh diukur.
Bagi menyiapkan tugasan yang diberi saya telah memilih Teori Psikoanalitik Carl
Jung. Situasi yang diberi adalah berbentuk seperti di bawah :
Seorang murid tahun enam telah dirujuk kepada anda oleh Guru Penolong Kanan
kerana terlibat dengan kes pergaduhan yang melibatkan senjata tajam seperti besi dan
pisau. Beliau juga seringkali merosakkan harta benda sekolah seperti papan tulis, kerusi,
meja da cermin tingkap. Ketika di rumah, beliau seorang yang sangat pendiam dan

bersopan. Menurut ibunya, beliau seorang anak yang pendiam, baik dan sentiasa akur
dengan arahan ibu bapa.
Jung berpendapat bahawa manusia mempunyai tujuan dan matlamat di dalam
hidupnya. Tindak tanduknya bukan sahaja ditentukan oleh peristiwa-peristiwa masa lampau
sepertimana yang ditekankan oleh Freud bahkan juga oleh aspirasi-aspirasi dan cita-cita di
masa hadapan. Bagi Jung, manusia sentiasa berusaha terus berkembang bagi mencapai
nirwana kendiri. Ia melihat manusia sebagai makhluk yang kreatif dan optimistik. Walaupun
Jung mementingkan masa depan, tidaklah pula ia mengabaikan langsung masa lampau.
Bagi Jung, personaliti seseorang itu terdiri daripada sembilan sistem yang berlainan,
tetapi saling bergantungan di antara satu sama lain. Merujuk kepada situasi yang diberi,
murid ini mempunyai dua personaliti yang berbeza iaitu di sekolah dan juga di rumah.
Pertamanya, saya ingin mengaitkan alam tidak sedar peribadi murid dengan
personalitinya. Di dalam kehidupan sehari-hari banyak pengalaman yang dilalui. Setengahsetengah pengalaman ini amat menyakitkan, dan kerana itu ditekan ke dalam alam tidak
sedar. Dari pengalaman-pengalaman ini terdapat pengalaman-pengalaman yang mempunyai
unsur-unsur persamaan. Pengalaman-pengalaman sebegini akan terhimpun bersama
menjadi kompleks. Di dalam kompleks ini terdapatlah himpunan perasaan, persepsi dan
kenangan-kenangan yang tersusun. Jika dikaitkan dengan situasi yang diberi, murid
mungkin mempunyai pengalaman pahit seperti didera dan dihukum oleh ibu bapa di rumah
kerana tidak akur kepada perintah, oleh kerana pengalaman itu murid menunjukkan
personaliti pendiam dan akur kepada perintah di rumah tetapi menunjukkan keagrasifan
semasa berada di sekolah. Oleh kerana di rumah, dia dikawal dengan peraturan oleh ibu
bapa ia menyebabkan personaliti pendiam telah ditunjukkan.
Selain daripada itu, saya ingin menyatakan bahawa murid ini kemungkinan
mempunyai topeng. Persona adalah satu bentuk arkitaip yang merupakan topeng yang
dipakai oleh setiap individu untuk memenuhi konvensyen dan tradisi masyarakat, serta juga
keperluan-keperluan arkitaipnya. Sebagai contoh , murid ini mempunyai dua topeng yang
berbeza di rumah dan juga di sekolah. Di rumah, dia ingin memenuhi kehendak ibu bapa
dengan cara akur kepada peraturan dan menjadi seorang yang pendiam, manakala semasa
berada di sekolah dia lebih bertingkah laku ke arah kebebasan dan tidak suka berperaturan.
Sikap introversi dan ekstroversi boleh dikaitkan dengan personaliti yang ditunjukkan
daripada murid ini. Murid ini seorang yang introvert kerana mempunyai ciri-ciri seperti malu,
tak banyak bercakap, bersendirian dan suka memikirkan hal-hal peribadi sendiri secara
objektif. Merujuk kepada situasi ini, murid bersikap introvert kerana dia tidak banyak
2

bercakap semasa berada di rumah dan juga di sekolah. Walaupun murid ini terlibat dalam
pergaduhan , namun dia masih menggunakan alatan tajam sebagai perlindungan kerana
sikapnya yang pada asasnya seorang pendiam dan malu.
Selain itu , Jung percaya bahawa manusia mempunyai pelbagai keupayaan, sama
ada untuk menjadi baik atau jahat. Manusia perlu berlawan dengan dua pola seperti jahatbaik, kerana ianya sentiasa bertembung. Merujuk kepada situasi ini, murid ini perlu berlawa
dengan dua pola baik dan jahat. Saya ingin mengaitkan
Merujuk kepada situasi murid di atas, murid ini mempunyai 2 personaliti yang
berbeza di sekolah dan juga di rumah. Id murid ini ialah ke arah keseronokan dan inginkan
kebebasan . Oleh kerana di rumah ,murid ini sering disekat dengan peraturan-peraturan dia
lebih menumpukan perhatian kepada id semasa berada di sekolah. Ini menyebabkan dia
bertingkah laku agresif di sekolah, ketika berada di sekolah egonya tidak dapat mengawal id.
Manakala, semasa berada di sekolah, super ego mengawal ego dan id dan menyebabkan
dia menunjukkan personaliti seperti pendiam, baik dan sentiasa akur kepada arahan ibu
bapa. Pada pendapat saya, id yang tidak dapat dikawal oleh ego menyebabkan dia
menunjukkan dua personaliti yang berbeza.
Sebagai rumusan, setiap manusia adalah unik dan berbeza jadi ia akan menentukan
personaliti masing-masing. Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling kita perlulah
pandai mengaitkan teori personaliti dengan masalah murid supaya dapat menolong dengan
berkesan.

You might also like