You are on page 1of 1

Basikal

Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka.
Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu
pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000

[1]

di seluruh dunia

pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai
bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.
Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka,
roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama
diperkembangkan di sekitar 1885 [2], walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat,
khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu
komputer (CAD).
Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian.
Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa
kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.
[sunting]Kegunaan
Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan
manusia yang berlainan, umpamanya sebagai:

mainan kanak-kanak

rekreasi dan kesihatan dewasa

pengangkutan harian

sukan lumba basikal

pelancongan basikal

bahan asas untuk gimnasium statik atau versi perkakas kesihatan rumah.

Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal telah disesuaikan untuk digunakan dalam
banyak pekerjaan, termasuktentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. Tema yang
berulang-ulang dalam menunggang basikal ialah perasaan cemas antara penunggang basikal dan
pemandukereta, dengan setiap kumpulan menuntut bahagian yang adil untuk jalan raya dunia

You might also like