You are on page 1of 12

Tugasan 2 : Penulisan Esei 2 (25%)

Secara individu, analisis kesalahan bahasa dalam artikel yang dipilih dengan
merujuk kesilapan biasa dalam penulisan, iaitu:
1.1 Idea
1.2 Kosa kata
1.3 Kegramatisan
1.4 Aspek mekanis

2.1 Pengenalan

Konsep kesalahan bahasa sering berlaku dalam penggunaan bahasa. Kesalahan bahasa
ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui
bersama, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata dan susunan frasa dan ayat (Nik
Safiah Karim, 1980). Dari segi pendekatan pula, terdapat dua pendekatan yang kerap
digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk menganalisis dan menghuraikan ayat, iaitu rumus
dan transformasi generasi (Nik Safiah Karim, Hashim Hj. Musa, 2004).

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, analisis ialah penyelidikan atau penghuraian
sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain unutk mengetahui pelbagai
aspeknya secara terperinci atau mendalam. Sebagai contohnya, ayat yang lengkap
terbina daripada konstituen subjek dan predikat. Seterusnya, konstituen subjek dan
predikat kini dilihat terbentuk daripada frasa-frasa tertentu. Pendekatan transformasi
generatif pula menggunakan konsep ayat dasar dan ayat terbitan untk menganalisis dan
menghurai ayat.

Kesalahan bahasa ialah suatu bentuk atau binaan penggunaan bahasa yang tidak
menepati tatabahasa. Binaan yang dimaksudkan itu meliputi binaan ayat, frasa, dan
perkataan. Setiap jenis kesalahan meliputi pelbagai subjenis. Antaranya ialah seperti
kesalahan pemilihan kata, ejaan, binaan ayat, tatabahasa dan juga tanda baca. Menurut
Webber (1981), kesilapan bahasa juga boleh berlaku disebabkan oleh kekeliruan atau
ketidakmampuan seseorang pengguna bahasa untuk menguasai bahasa yang
dipelajarinya.

1
2.2 Artikel yang dipilih (Nilai Tudung Seorang Wanita)

Artikel ini dipetik daripada http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/nilai-tudung-seorang-


wanita/ pada 17 Julai 2008. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis blog ‘anai’ dalam Forum
tentang Cinta.

Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia
menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri
wanita terlalu mahal. Ini kerana, syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian
longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala
hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ia dibungkus
dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga
diumpamakan dengan wanita, wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh
badannya di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat
bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan
dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang
menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapatlah kita saksikan
di sana sini wanita mula memakai tudung untuk menutup aurat mereka. Pemakaian
tudung menutupi aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat
atasan, tidak kiralah samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada
pekerja-pekerja pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak
lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.
Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau
berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan
kerongsang yang menarik. Labuci warna warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-
bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

2
Rekaan itu bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah
ke atas wanita. Walhal sepatutnya, pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan
sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita,
iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak
berhias-hias yang mana akan menjadi daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak
bertanggungjawab. Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah
pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak
dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa
tudung kitalah yang paling cantik, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi
masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak
merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita
tidak merasakan bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan
yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila
boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung
tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih
terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-
tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat
oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan
sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang
ingin mengikuti jejak orang-orang bertudung tersekat melihat sikap orang-orang yang
mencemari hukum Islam. Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja
dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam
yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam.
Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa

3
besarnya peranan tudung untuk berdakwah. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen
bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah
lain tapi hanya melalui pakaian. Kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan
sekiranya tidak terus memperbaiki diri dari segi zahir dan batin, walaupun kita menutup
aurat. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna
kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi pada
masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung
di dalam.

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit
hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita
Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.
Amat tidak wajar jika kita mengatakan Si Polanah itu walaupun bertudung, namun tetap
berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup
aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka
bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan
pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman
lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba
kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu
bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat
suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan
mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik
kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah
orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula
hormat dan mengakui “Islam is really beautiful”. Semuanya bila individu Islam itu sudah
cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak
langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

4
Analisis Kesalahan

3.0 Idea

3.1 Idea Pokok

Idea Pokok Perenggan/ Baris Analisis/ Catatan

Nilai tudung seorang wanita Perenggan 1 baris 1. Idea pokok dengan


keseluruhan isi tidak
relevan. Sepatutnya, idea
pokok yang dinyatakan
ialah menjaga maruah
wanita dengan menutup
auratnya.

Idea pokok dalam rencana yang dipilih ialah “Nilai Tudung Seorang Wanita”. Idea pokok
tersebut dengan keseluruhan isi tidak relevan dan tepat. Idea pokok yang sepatut
dinyatakan ialah menjaga maruah wanita dengan menutup auratnya.

3.2 Idea Sokongan

Idea Sokongan Perenggan/ Baris Analisis/ Catatan


Wanita menutup auratnya Perenggan 3 baris 1 Menutup aurat itu bukan
dengan memakai tudung. sekadar memakai tudung
sahaja, baju dan seluar
yang dipakai juga amat
penting untuk menutup
aurat wanita.

Wanita menutup auratnya dengan memakai tudung merupakan idea sokongan. Idea
sokongan ini terdapat di perenggan ketiga baris pertama. Tetapi menutup aurat dengan
sekadar memakai tudung adalah tidak mencukupi. Pakaian baju dan seluar juga amat
penting untuk menutup aurat wanita.

5
3.3 Rangsangan Tajuk

Tajuk Rangsangan Analisis/ Catatan


Nilai tudung seorang perbincangan Dibincangkan tentang
wanita wanita haruslah menjaga
maruah dengan menutup
auratnya.

Tajuk “Nilai tudung seorang wanita” merupakan satu perbincangan. Tajuk


membincangkan tentang wanita haruslah menjaga maruah dengan menutup auratnya.
Mereka tidak patutlah mengikut fesyen moden pakaian yang menampakkan leher, dada
serta seluar yang ketat.

3.4 Isi

Isi Perenggan Analisis


Wanita tidak sepatutnya Perenggan 2 baris 5 Maruah itu lebih berharga
mengorbankan maruah daripada segala-galanya.
dan dirinya semata-mata
untuk mengejar pangkat,
darjat, nama, harta dan
kemewahan dunia
Pakaian boleh melindungi Perenggan 7 baris 1 Pakaian yang menutup
wanita dari menjadi bahan aurat boleh menahan nafsu
gangguan lelaki yang tidak lelaki.
bertanggungjawab

Isi rencana tersebut ialah wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya
semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Maruah seseorang lebih berharga daripada segala-galanya. Isi kedua ialah pakaian boleh
melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelali yang tidak bertanggungjawab.
Kalau wanita memakai pakaian yang mencolok mata, pakaian mereka akan menarik
perhatian daripada gangguan lelaki. Jadi, pakaian yang menutup aurat boleh menahan
nafsu lelaki.

6
4.0 Kosa kata

Kosa kata Perenggan/ Baris Analisis/ Catatan


Diperaga dan dipakai Perenggan 4 baris 1 Kesalahan tidak
meletakkan imbuhan apitan
dipeR.....kan pada
perkataan peraga.
Seluruh Perenggan 1 baris 4 Golongan kata kerja, kata
adjektif dan kata nama
boleh bergantung pada
apitan Ke-....-an untuk
membentuk kata kerja
dalam ayat pasif. Seluruh
ditukar menjadi
keseluruhan.
Warna warni Perenggan 5 baris 3 Kesalahan tidak
meletakkan imbuhan ber-
dipermulaan perkataan
warna.
Garisan syarak Perenggan 2 baris 5 Istilah yang digunakan
menegaskan syarat adalah
tidak bertepatan. Garisan
ditukar menjadi hukum-
hukum.
Aurat sudah melanda Perenggan 3 baris 4 Kata-kata yang dipilih
adalah keterlaluan.
Melanda ditukar menjadi
bermula.

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses
pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar da
melahirkan perkataan-perkataan terbitan. Kesalahan tidak
meletakkan imbuhan apitan dipeR-...-kan pada perkataan peraga.Kata kerja
yang terbentuk dengan apitan imbuhan ini wujud dalam ayat pasif iaitu ayat yang

7
menjudulkan objek asal. Oleh itu, diperaga dan dipakai tukar menjadi diperagakan dan
dipakai. Selain itu, kesalahan tidak meletakkan imbuhan Ke-…-an. Golongan kata kerja,
kata adjektif dan kata nama boleh bergantung pada apitan Ke-....-an untuk membentuk
kata kerja dalam ayat pasif. Seluruh ditukar menjadi keseluruhan.

Di samping itu, kesalahan tidak meletakkan imbuhan ber- dipermulaan perkataan


warna. Warna warni dibetulkan menjadi berwarna warni. Kesalahan istilah syarak. Istilah
yang digunakan menegaskan syarat adalah tidak bertepatan. Garisan ditukar menjadi
hukum-hukum. Kesalahan istilah perkataan melanda. Kata-kata yang dipilih, iaitu
melanda adalah keterlaluan. Melanda ditukar menjadi bermula.

5.0 Kegramatisan

Frasa Gramatisan Perenggan/ Baris Analisis/ Catatan


Dari pandangan lelaki Perenggan 1 garis 1 Dari hanya digunakan di
hadapan kata nama arah,
tempat, waktu atau masa.
Dari ditukar menjadi
daripada
Labuci warna warni dijahit Perenggan 5 baris 3 Dan merupakan kata
pula di atasnya dan hubung gabungan. Jadi
berbagai-bagai gaya....... dan ditukarkan menjadi
dengan akan lebih
gramatis.
Tidak berhias-hias yang Perenggan 6 baris 5 Perkataan yang mana
mana akan menjadi daya bukan kata hubung untuk
tarikan menyambungkan ayat.
Sekaligus, pakaian boleh Perenggan 7 baris 1 Kesalahan kata sendi
melindungi wanita.......... nama menyebabkan ayat
menjadi tidak gramatis.
Sekaligus ditukar menjadi
selain itu.
Kalau dibuat perbandingan Perenggan 2 baris 1 Penggunaan frasa yang
dari segi harta dunia membazir, berlebih-
seperti.....

8
lebihan. Frasa haruslah
digugurkan.
Pelbagai warna dan Perenggan 5 baris 1 Suku kata kedua
pelbagai fesyen hendaklah digugurkan
kerana pelbagai pada
permulaan ayat sudah
cukup untuk banyak.

Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis,yang dikenali sebagai ayat majmuk (Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor,
2006). Kata hubung dari hanya digunakan dihadapan kata nama arah, tempat,
waktu atau masa. Oleh yang demikian dalam struktur ayat ini penggunaan kata
hubung ‘dari’ d i g a n t i k a n dengan kata hubung “daripada” kerana
daripada berfungsi di hadapan manusia, haiwan, benda, unsur
mujarad, sumber atau asal kejadian suatu benda, perbezaan dan
perbandingan.
S e l a i n i t u , kesalahan penggunaan kata hubung dan. ‘Dan’ merupakan
kata hubung gabungan, iaitu jenis kata yang menghubungkan dua
j e n i s k l a u s a a t a u l e b i h y a n g s a m a t a r a sifatnya. Penggunaan dan pada ayat
majmuk ini adalah tidak tepat. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama ‘dengan’ lebih
bertepatan kerana ia berfungsi untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan.
Seterusnya, kesalahan penggunaan kata hubung yang mana. Perkataan yang
mana bukanlah kata hubung untuk menyambungkan ayat dalam nahu Bahasa Melayu.
Oleh itu, ‘yang mana’ dibetulkan menjadi ‘yang akhirnya’. Kesalahan kata sendi nama
menyebabkan ayat menjadi tidak gramatis. Sekaligus ditukar menjadi selain itu. Di
samping itu, di perenggan 2 baris 1 terdapat penggunaan frasa yang membazir, berlebih-
lebihan. Frasa haruslah digugurkan. Jadi kalau dibuat perbandingan dibetulkan menjadi
dibandingkan.
Tambahan pula, kesalahan penggunaan kata pelbagai yang lewah. Perkataan
pelbagai pada suku kata kedua hendaklah digugurkan kerana pelbagai pada permulaan
ayat sudah cukup untuk banyak.

9
6.0 Aspek mekanis

6.1 Ejaan

Ejaan Perenggan/ Baris Analisis/ Catatan


muhram Perenggan 1 baris 1 Perkataan ini disalah eja.
Sepatutnya ialah muhrim.
samada Perenggan 3 baris 4 Kata majmuk mestilah
diasingkan. Samada
menjadi sama ada.
suratkhabar Perenggan 5 baris 4 Surat khabar haruslah dieja
dengan menjarakkan
antara surat dengan
khabar.

Menurut Amran Halim (1972), ejaan ialah keseluruhan jalinan kaedah-kaedah yang
mengatur pemakaian tanda-tanda tau gabungan tanda-tanda visual untuk melambangkan
kesatuan-kesatuan fonologi sesuatu bahasa. Ringkasnya ejaan dapat digolongkan
sebagai rumus tulisan yang diselaraskan untuk mewakili bunyi-bunyi ujaran. Ejaan
menjadi kesalahan utama yang ketara dan ini merupakan satu perkara penting untuk
diteliti apabila diperkatakan tentang penyalahgunaan bahasa.

Antara kesalahan ejaan yang didapati daripada rencana ini adalah perkataan
muhram di perenggan pertama telah disalah eja. Perkataan muhram sebenarnya
adalah muhrim.huruf ‘a’ selepas ‘r’ harus digantikan dengan huruf ‘i’supaya
maksud perkataan lebih jelas.

Kesalahan ejaan sama ada. Kata majmuk mestilah diasingkan. Samada menjadi
sama ada. Oleh itu, samada dibetulkan menjadi sama ada. Selain itu, kesalahan ejaan
surat khabar. Surat khabar haruslah dieja dengan menjarakkan antara surat dengan
khabar.

10
6.2 Tanda baca

Tanda baca Perenggan/ Baris Analisis/ Catatan


Warna warni Perenggan 5 baris 3 Tanda sempang perlu
diletakkan pada kata ganda
kedua yang tidak
mempunyai makna.
Labuan warna-warni dijahit Perenggan 5 baris 3&4 Tidak perlu titik noktah
pula di atasnya. Dan antara atasnya dengan
berbagai-bagai gaya lagi dan.
terpapar..........
Sombong makin Perenggan 7 baris 4 Penggunaan tanda baca
bertambah. Jalan titik walaupun ayat tidak
mendabik dada....... sempurna.

Kesalahan tidak meletakkan tanda sempang pada kata ganda. Tanda sempang perlu
diletakkan pada kata ganda kedua yang tidak mempunyai makna. Dalam konteks ayat ini
perkataan warni tidak mempunyai makna. (Ahmad Khair Mohd Nor, 2008).

Kesalahan penggunaan noktah dipertengahkan ayat. Sebenarnya, tidak perlu titik


noktah antara atasnya dengan dan. Selain itu, penggunaan tanda baca titik walaupun
ayat tidak sempurna. Dengan ini, titik noktah digantikan dengan tanda baca koma untuk
mengambungkan ayat.

7.0 Kesimpulan

Konkluksinya, kita perlulah fokus dan berjaga-jaga ketika menulis. Penulisan memerlukan
pengetahuan serta komitmen yang tinggi daripada penulis. Kesilapan boleh berlaku jika
kita leka dan lalai. Sebagai langkah berjaga-jaga, semakan tatabahasa boleh dibuat
apabila selesai menulis karangan. Ketelitian yang diaplikasikan akan membuahkan hasil
yang lumayan serta kepuasan yang meningkat. Oleh itu, jagalah tatabahasa dan pastikan
setiap patah perkataan yang ditaipkan telah difikirkan terlebih dahulu agar ayat tidak
berterabur dan disampaikan dengan kemas.

11
8.0 Rujukan

Nik Safiah Karim, Hj Musa. (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. (2006). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna.
Selangor: Utusan Publications dan Distributors Sdn.Bhd.

Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi Generatif Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nuwairi Hj Khazaai. (1992). Beberapa Bentuk Kesalahan Dalam Surat Rasmi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. Selangor: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Awang Sariyan. (1983). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Bin Dahaman. (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

You might also like