You are on page 1of 3

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

 
Nama   OOI JIA FENG   No. KP.   980612025409
 
Pelajar
  Program PISMP :   Mode   SEPENUH MASA
PROGRAM
  IJAZAH
SARJANA MUDA
PERGURUAN
  Opsyen BAHASA Kumpula 2017 / 06 - BAHASA
     
MELAYU n MELAYU : PISMP
  Praktikum   Fasa 2
  Minggu  7
Tarikh   2020-10-26
 
Jurnal
  Kategori   Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran
Pensyarah   ROZEHA BINTI HARUN
 
Major
Guru   Nurul Aidah @ Khasittaton binti Deraman
  Pembimbin
g
  Sekolah   Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati
Tajuk MEMILIH KAEDAH DAN TEKNIK YANG SESUAI BAGI
   
Jurnal MENGAJAR BAHASA MELAYU

  Isu Yang Difokuskan


Setiap minggu saya akan melaksanakan sesi PdPc bagi mata pelajaran bahasa Melayu
terhadap murid Tahun 4 USM. Saya telah menjalankan aktiviti berasaskan kaedah
stesen. Saya pilih aktiviti menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan yang
  bertajuk 'Tanduk Berharag' sebagai langkah 2. Murid mengalami kesusahan semasa
menjalankan aktiviti stesen ini walaupun tahap soalannya senang. Ini menunjukkan
bahawa guru perlu berteliti dalam memilih kaedah atau teknik yang sesuai bagi
melaksanakan Pdpc yang berkesan dengan mencapai objektif pembelajarannya.
  Analisis Yang Difokuskan
  Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan
menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran. Manakala teknik pengajaran pula merupakan suatu kemahiran atau cara
melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid melalui langkah demi
langkah yang khusus. Kemahiran penguasaan teknik perlu ada pada setiap guru kerana
penggunaan kaedah pilihan dengan teknik yang betul akan menyumbang kepada
keberkesanan dalam pengajaran. Dalam sesi pengajaran sebelum ini, kaedah dan
teknik yang saya gunakan lebih menjurus kepada penyoalan, penerangan, hafazan, dan
latih tubi. Meskipun perkara berikut merupakan kaedah utama yang digunakan dalam
pengajaran subjek Bahasa Melayu, namun tidak bermakna kaedah-kaedah lain perlu
diketepikan atau diabaikan. Hal ini kerana dengan penerapan kaedah-kaedah lain akan
menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman tau Kajian
 
Lepas)
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu
III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dalam bukunya Kaedah
  Pengajaran Bahasa Melayu, kaedah merupakan satu rancangan menyeluruh untuk
menyampaikan bahan-bahan pengajaran secara teratur.Menurut Pierce dan Lorber
(1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar iaitu
objektif pengajaran yang hendak dicapai, jangka masa pengajaran, bahan-bahan
pengajaran yang ada, latar belakang pelajar dan jumlah dan susunan pelajar.
  Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah
Saya telah dinasihati oleh guru bimbingan supaya mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, saya mengambil langkah-langkah berikut bagi
mempertingkatkan penguasaan terhadap kaedah dan teknik yang mungkin boleh
diaplikasikan dalam sesi pengajaran: a. Saya akan mempelbagaikan lagi kaedah dan
teknik pengajaran dengan mengadakan pembelajaran secara tidak formal dan
memperbanyakkan kemahiran yang memerlukan kepada berfikir dan menyelesaikan
masalah. b. Saya juga mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan guru dan
meminta nasihat mengenai kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. c. Saya juga melakukan pemerhatian terhadap
 
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru-guru yang lain supaya dapat
mengambil contoh kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan seterusnya
mengaplikasikannya ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. d. Saya juga
akan memperbanyakkan bacaan dan kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknik-
teknik yang boleh digunakan bagi mengajari subjek Bahasa Melayu dengan lebih
menarik dan berkesan. e. Saya akan mengadakan perbincangan dan saling bertukar
pendapat bersama rakan-rakan guru pelatih yang sedang menjalani praktikum
bersama-sama saya kerana mereka mungkin mempunyai idea atau pengalaman yang
lebih menarik dan bermanfaat untuk pengajaran saya.
  Tempoh Masa Penyelesaian
  1 Minggu
  Tindakan Sususlan
Antara tindakan yang telah saya laksanakan ialah mengadakan perbincangan dengan
rakan-rakan guru dan meminta nasihat mengenai sesuatu kaedah dan cara
mengaplikasikannya di dalam kelas. Selain daripada itu, saya juga mencari maklumat
  berkaitan sesuatu kaedah bagi mendalami teknik-teknik dalam pelaksanaannya.
Perkara ini banyak membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai
sesuatu kaedah dengan topik pelajarannya serta memilih kaedah atau teknik yang
sesuai dengan kehendak dan kebolehan murid.
  Rujukan
  Tengku Sarina Aini Tengku Kassim. (2006). Kaedah Mengajar Dan Kemahiran
Interpersonal Guru. Selangor Darul Ehsan:PTS Profesional. Jah Tuan Yusof. (2011).
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia. Hasnah Husiin.(2013). Guru-guru Melayu dan Peranannya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj Husin. (1990). Pedagogi 4.
Selangor Darul Ehsan: Siri Pendidikan Longman.
Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan
Langkah tersebut telah memberikan kesan positif kepada saya untuk memilih kaedah dan
teknik yang sesuai mengikut kehendak dan kemampuan murid. Saya dapat mengaplikasikan
setiap ilmu yang saya dapat semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Murid dapat melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan aktiviti yang sesuai
dengan mereka. Oleh hal yang demikian, PdPc dapat berjalan dengan lancar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, langkah ini amat berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran. Sebagai guru
Bahasa Melayu, saya harus mempunyai pengetahuan berkaitan kaedah dan teknik yang sesuai
untuk mengajar mengikut kehendak dan kemampuan murid kerana murid mempunyai cara
pembelajaran berbeza-beza mengikut tahap kemampuan daya pemikiran mereka. Justeru,
guru mesti mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran dan pemahaman
murid dalam membuat rancangan pengajaran. Langkah ini dapat memberikan suasana yang
baik dan menarik minat murid dalam sesi pembelajaran mereka.

You might also like