You are on page 1of 2

Laporan Permainan Span dengan Air

Permainan span dengan air adalah salah satu aktiviti yang dicadangkan oleh ahli jawatnkuasa
akvititi. Permainan ini akan diadakan semasa menjalankan akiviti di rumah kebajikan. Ahli
jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam permainan tersebut ialah Bryan Chew Ching Gee.
Bryan telah memilih beberapa ajk untuk membantu dia semasa aktiviti dijalankan.

Semasa sesi permainan, kanak-kanak di rumah kebajikan dibahagikan kepada enam


kumpulan. Pada masa yang sama, dua permainan akan dijalankan secara serentak. Oleh itu,
satu permainan terdapat tiga kumpulan yang akan bermain untuk permainan tersebut. Selepas
itu, mereka akan bertukar stesen dan tiga kumpulan yang lain akan bermain permainan yang
lain. Pendek kata, 6 kumpulan itu akan bergilir-gilir untuk bermain dua permainan dalam masa
itu. Masa yang diperuntukkan untuk satu permainan adalah 15 minit. Selain itu, alatan yang
diperlukan untuk permainan ialah beberapa keping span, tiga tong sederhana, dan beberapa
botol besar yang kosong. Ajk peralatan telah menolong ajk aktiviti untuk menyediakan segala
peralatan yang diperlukan.

Cara-cara untuk permainan tersebut adalah seperti berikut. Sebelum permainan


dimulakan, ajk-ajk aktiviti telah menyusun tiga tong sederhana, tiga botol kosong dalam tiga
barisan. Seterusnya, tiga tong sederhana itu diisikan dengan air. Cara bermain permainan
tersebut ialah, seseorang perlulah menggunakan span untuk menyerapkan air yang terdapat
dalam tong sederhana, dan jalan ke arah botol kosong untuk memasukkan air pada ke dalam
botol kosong. Kumpulan mana-mana satu yang memasukkan air ke dalam botol kosong
dikirakan menang.

Sebelum permainan dijalankan, semua kumpulan diberikan sedikit taklimat oleh ketua
ajk permainan tersebut, iaitu Bryan Chew. Untuk menjaga keselamatan kanak-kanak, mereka
tidak dibenarkan untuk berlari semasa permainan dijalankan. Semasa permainan span dengan
air dijalankan, semua kanak-kanak bermain dengan gembira dan seronok. Kumpulan 1 menjadi
juara untuk permainan span dengan air. Kumpulan 5 menjadi naib johan manakala kumpulan 3
mendapat nombor ketiga. Ketiga-tiga kumpulan ini mendapat hadiah.
Secara konklusinya, permainan span dengan air dijalankan dengan lancar dan
suksesnya. Permainan ini dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain
itu, permainan tersebut telah memberi kenangan yang indah untuk anak-anak yatim.

Disediakan oleh,

______________

(Bryan Chew Ching Gee)


Ajk Aktiviti

You might also like