You are on page 1of 2

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

 
Nama   OOI JIA FENG   No. KP.   980612025409
 
Pelajar
  Program PISMP :   Mode   SEPENUH MASA
PROGRAM
  IJAZAH
SARJANA MUDA
PERGURUAN
  Opsyen BAHASA Kumpula 2017 / 06 - BAHASA
     
MELAYU n MELAYU : PISMP
  Praktikum   Fasa 2
  Minggu  8
Tarikh   2020-11-02
 
Jurnal
  Kategori   Pengurusan Bilik Darjah
Pensyarah   ROZEHA BINTI HARUN
 
Major
Guru   Nurul Aidah @ Khasittaton binti Deraman
  Pembimbin
g
  Sekolah   Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati
Tajuk   Pdp semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
 
Jurnal

  Isu Yang Difokuskan


Tanggal 14 September 2020, saya bersama tiga rakan guru pelatih telah melaporkan
diri di Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati bagi menjalani Praktikum Fasa 2
sebelum bergelar seorang guru sebenar. Namun begitu, perjalanan praktikum pada
kali ini menjadi satu cabaran baharu bagi saya sebagai seorang guru pelatih dengan
  wujudnya norma baharu bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) untuk menangani wabak Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan berpandukan prosedur operasi standard (SOP)
dari World Health Organisation dan secara tidak langsung telah mewujudkan suasana
dan budaya baharu di sekolah.
  Analisis Yang Difokuskan
Dalam mematuhi (SOP) yang telah ditetapkan maka wujudlah beberapa peraturan
baharu di sekolah seperti pengambilan suhu pelajar setiap pagi dan penjarakan sosial
aktiviti bilik darjah. Isu yang difokuskan kali ini ialah penjarakan sosial di bilik
  darjah. Oleh kerana terikat kepada penjarakan sosial, maka susunan meja dan kerusi
telah menjadikan ruang bilik darjah menjadi sempit dan kurang selesa untuk
pergerakan guru dan murid-murid. Oleh itu, aktiviti bilik darjah yang boleh dijalankan
juga adalah sangat terhad.
Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman tau Kajian
 
Lepas)
Pembelajaran abad ke-21 merupakan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid
diberi peluang untuk mengambil tempat dalam aktiviti bilik darjah secara aktif (Ainun
  et al, 2017). Pergerakan aktif dan perbincangan kumpulan dapat membantu murid-
murid untuk menjana idea secara kreatif dan kritis di mana kedua-dua unsur ini
merupakan unsur utama dalam pembelajaran abad ke-21.
  Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, saya telah memperoleh beberapa langkah
penyelesaian masalah ini: i. Mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru-guru
  sekolah tentang pelaksanaan aktiviti bilik darjah dalam norma baharu. ii. Bertukar
pendapat dengan rakan guru pelatih yang lain untuk merancang aktiviti PdPc bilik
darjah dengan mengikut SOP.
  Tempoh Masa Penyelesaian
  1 Minggu
  Tindakan Sususlan
Saya telah melaksanakan tindakan susulan seperti yang telah diusulkan pada bahagian
cadangan penyelesaian masalah tersebut. Saya telah berjumpa dengan guru-guru yang
 
berpengalaman dan guru pembimbing untuk meminta nasihat, idea dan tunjuk ajar
mengenai aktiviti bilik darjah yang boleh dilakukan dalam menempuhi norma baharu.
  Rujukan
Ainun Rahmah et al. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap
  sikap, motivasi dan pencapaian bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 7(2), 77-78
Keberkesannya
Selepas tempoh seminggu, saya dapat melihat keberkesanan nasihat dan tunjuk ajar yang
diberikan oleh guru-guru di sekolah tersebut. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dilakukan
ialah pembinaan kumpulan yang tidak melibatkan banyak pergerakan seperti kumpulan
memanjang atau menghadap. Selain itu, guru-guru juga telah memberikan saya idea untuk
melalukan aktiviti kumpulan tetapi dengan syarat sanitasi semula semua barang sebelum
digunakan oleh murid. Seterusnya, hasil perbincangan saya dengan rakan praktikum saya, kami
juga mendapati bahawa aktiviti yang sesuai dijalankan adalah aktviti secara individu tetapi
memerlukan perbincangan kumpulan contohnya, aktiviti hot seat. Murid-murid dapat
berbincang dalam kumpulan tetapi perbincangan dilakukan melalui mini white board secara
bergilir-gilir untuk menggelakkan mereka bergerak ke tempat yang lain.

You might also like