You are on page 1of 2

JELASKAN MAKSUD AGRESIF.

BINCANGKAN SALAH SATU CARA TERBAIK


MENGATASI MASALAH MURID BERSIFAT AGRESIF YANG MENGGANGGU
PEMBELAJARAN DIRI DAN ORANG LAIN

PENGENALAN

Tingkah laku langsang bersamaan dengan tingkah laku agresif yang ditunjukan oleh
seseorang atas faktor-faktor yang tertentu. Menurut Pusar Rujukan Persuratan Melayu
(PRPM) langsang bererti agresif. Tingkah laku langsang (agresif) boleh dibahagikan kepada
dua iaitu langsangan emosi dan langsangan instrumental. Dalam kes-kes yang tertentu
langsangan dirangsang oleh emosi yang kuat. Seseorang itu akan bertindak ganas dan diluar
kawalan apabila berada didalam keadaan yang terlalu marah yang biasanya bertujuan untuk
mendatangkan keederaan dan kesengsaraan kepada mangsa. Langsangan emosi ini juga
dinamakan sebagai langsangan yang bersifat permusuhan, afektif, kerengsaan, impulsive
dan kemarahan. Sementara itu untuk langsangan instrumental ianya terjadi apabila manusia
menggunakan keganasan untuk mengawal dan mempengaruhi orang lain. Misalnya,
seseorang yang memukul orang lain boleh menyebabkan orang berkenaan tercedera,tetapi
tindakanya itu adalah cara beliau untuk menyelamatkan diri. Dengan kata lain tingkah laku
langsang itu merupakan cara atau alat seseorang untuk mengawal dan mempengaruhi orang
lain,dan bukanlah disebabkan emosi beliau (marah atau benci). Seterusnya ialah langsangan
sah atau langsangan tidak sah. Kita biasanya tidaklah mengutuk atau mengkritik semua
bentuk langsangan. Misalnya,kita tidak akan mengutuk polis yang membunuh penjenayah.
Begitu juga,kita tidak akan mengutuk tindakan tukang gantung yang mengggantung
penjenayah yang dihukum mati. Dalam contoh ini,kita mengetahui bahawa tindakan mereka
ini disahkan atau diterima oleh masyarakat. Manusia biasanya akan membuat pertimbangan
tertentu sebelum memastikan sesuatu tingkah laku langsangan itu sah ataupun
tidak. Berdasarkan kepada bahan hebahan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Permata
Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa individu yang dikategorikan sebagai kanak-
kanak ini mengikut seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kanak-kanak didefinisikan
sebagai mereka yang berada di bawah umur 18 tahun.
CARA MENGATASI

Berdasarkan kepada teori tingkah laku terdapat beberapa teknik peneguhan yang boleh
digunakan bagi mengatasi masalah tingkah laku langsang yang ditunjukan oleh murid
berkenaan. Pertama sekalinya guru boleh merujuk murid berkenaan untuk berjumpa dengan
kaunselor. Kaunselor akan membantu mengenalpasti tahap emosi murid iaitu dari aspek
tekanan melalui ujian DASS. Intervensi yang boleh diambil hasil daripada ujian DASS oleg
kaunselor ataupun guru di dalam kelas bagi mengatasi masalah tingkah laku langsang ini
antaranya ialah Peneguhan positif ialah apa sahaja yang digunakan atau dilakukan untuk
menggalak atau menghapus sesuatu pelakuan. Ransangan yang memuaskan diberikan
terhadap sesuatu tingkah laku supaya diulangi. Biasanya pemberian yang menyenangkan
atau menyeronokkan. Semua guru yang berwibawa sedia maklum segala galakkan dan pujian
yang tertentu mahu pun ganjaran jangka pendek lebih berkesan daripada dendaan.
Disamping itu murid belajar dengan lebih pantas dan lebih berkesan jika mendapat ganjaran
di atas pelakuan dan perubahan tingkah laku. Ini kerana, apabila mendapat pujian atau
barangan daripada guru, murid akan rasa dihargai dan meningkatkan motivasi diri. Minat,
usaha, harga diri berkait rapat dan lebih berkesan ke arah membentuk peneguhan positif. Ini
lebih kepada jenis masalah yang dipamerkan oleh seseorang murid dan ciri-ciri yang ada
pada murid berkenaan. Dan peneguhan ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan
asas yang mana lebih bersifat material seperti pemberian bunga, hadiah dan makanan.
Manakala yang kedua ialah peneguhan lazim yang lebih bersifat spontan seperti pujian
dengan kata-kata atau bahasa badan.

You might also like