You are on page 1of 1

Memahami gejala ponteng sekolah

Abstrak
Ponteng sekolah ialah fenomenon fitrah dalam dunia persekolahan. Ia
sentiasa menduduki tempat teratas dalam senarai salah laku pelajar di
seluruh Malaysia. Ia juga seringkali mendahului kes-kes ponteng jenis
lain. Kefahaman terhadap gejala ponteng setempat digarap melalui
penyelidikan yang dijalankan. Data ponteng sekolah mudah diperoleh
daripada Buku Rekod Kedatangan Pelajar dan dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian
telah menzahirkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan purata
ponteng mengikut hari. Kajian ini juga mendapati bahawa wujud
perbezaan yang signifikan purata ponteng mengikut bulan. Dari segi
peristiwa pula, kajian ini mendapati bahawa wujud perbezaan yang
signifikan. Kajian ini seterusnya mendapati bahawa wujud perbezaan
yang signifikan purata ponteng antara kumpulan jantina, tingkatan dan
kelas. Justeru beberapa tindakan telah diambil agar purata ponteng
harian yang konsisten dapat diminimumkan seberapa yang dapat dengan
mengambil tindakan melalui prosedur sedia ada, warkah berwarna,
pamer, saring dan singkir. Pihak sekolah juga telah bertindak
mengadakan program kawalan pesalah buang daerah, mengaplikasi
konsep kumpulan sasaran berfokus apabila mengelola sebarang acara
dan mendefinisi semula peranan kaunselor pelajar agar memberikan
tumpuan kepada kumpulan sasaran ini serta menggunakan kerjasama
strategik dengan Penolong Kanan Kurikulum untuk membuat dasar
pemilihan hari ujian. Untuk mempertingkatkan keberkesanan kefahaman
dan tindakan, maka PK HEM perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu
dan kemahiran mengurus kerja secara berfokus, kemahiran menjalankan
penyelidikan, kemahiran menyepadukan aplikasi beberapa perisian
komputer dan melibatkan diri secara langsung dalam usaha menangani
gejala salahlaku pelajar. Amalan kepemimpinan instruksional perlu
dimantapkan lagi penghayatannya.

You might also like