You are on page 1of 6

ciri dan kajian lepas berkaitan kaedah koperatif.

Kajian terdahulu banyak


membincangkan tentang strategi yang diunjurkan sebagai jalan penyelesaian
bagi menyelesaikan masalah dalam matematik ataupun penerangan tentang
pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah secara keseluruhannya. Ia
merangkumi penggunaan Kaedah Polya iaitu memahami masalah, merangka
satu perancangan, melaksanakan penerangan dan melihat semula. Strategistrategi dalam penyelesaian masalah juga ada dinyatakan iaitu memgenalpasti
corak, melukis gambar dan diagram penekaan atau pemeriksaan, membuat
jadual, penggunaan sebuah model, jalan kerja dari belakang dan penggunaan
kesimpulan induktif. Strategi-strategi ini adalah tidak asing bagi guru tetapi
kebanyakkan murid-murid tidak diperjelaskan kaedah penggunaannya secara
spesifik.
2.2

Konsep pendekatan pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif didefinasikan sebagai pembelajaran di dalam


bilik darjah di mana pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil. Setiap satu kumpulan adalah terdiri daripada pelajar pada aras
kebolehan yang berbeza (heterogenus). Pelajar ini akan diberikan satu
tugasan dan mereka perlu belajar cara menyelesaikannya dan
memastikan setiap ahli kumpulan dapat menyelesaikannya.
Pembelajaran koperatif ini memberi peluang kepada pelajar untuk
berkongsi idea dan saling membantu dalam pembelajaran. Pelajar diajar
berkemahiran sosial dan kumpulan disusun dalam keadaan ahli
mengadap satu sama lain. Kaedah ini menekankan perlunya meraikan
kejayaan kumpulan,ada matlamat kumpulan, dan kumpulan diberi
ganjaran dalam bentuk mata. Ahli kumpulan adalah bertanggungjawab
terhadap setiap ahli kumpulan dalam mencapai matlamat pembelajaran
yang sama. Dengan itu dapat meningkatkan minat serta peningkatan
dalam pembelajaran mereka. Beberapa strategi diusahakan dalam
pendekatan ini, antaranya penyiasatan kumpulan distrukturkan untuk

menekankan kepada kemahiran berfikir tahap tinggi seperti proses


analisa dan penilaian. Pelajar bekerja untuk menghasilkan projek
kumpulan di mana mereka sendiri yang memilihnya. Pencapaian turut
digunakan kepada pelajar dari pelbagai tahap keupayaan akademik.
Kaedah koperatif mengambilkira aspek berikut:
2.2.1

Kumpulan heterogenus, empat orang pelajar yang terdiri daripada

pelajar berkebolehan tinggi,sederhana dan lemah.


2.2.2

Tiada ketua dalam kumpulan, tetapi pelajar yang berkebolehan perlu

memastikan ahli kumpulannya tahu apa yang dibincangkan.

Secara tidak

langsung pelajar dapat meningkatkan kefahaman mereka.


2.2.3

Arahan dan halatuju tugasan yang jelas dan lengkap.

2.2.4

Semua pelajar mesti menganggap objektif yang ditetapkan sebagai

objektif diri mereka sendiri dan juga objektif mereka sebagai satu unit di
dalam satu pasukan
Menurut Johnson & Johnson(1990) untuk mencapai matlamat pembelajaran
iaitu menghargai matematik,menaakul secara matematik,menanamkan rasa
yakin terhadap kebolehan sendiri dalam matematik,dan membolehkan
penyelesaian masalah matematik,guru harus beralih daripada kaedah
tradisional kepada penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan
pendekatan koperatif.
2.3

Kajian lepas

Kajian Meriam Ismail (1997)

melalui kesan Strategi Team-Games-

Tournament, salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap


pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri Sarawak. Kajian quasieksperimental ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan
selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif. Walaupun tiada

perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi kajian menunjukkan


terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke
kelas. Pengkaji menganggap kedua-dua ini boleh dijadikan pununjuk tentang
sikap pelajar terhadap penggunaan strategi Team-Games-Tournment dalam
pengajaran matematik.
Kajian Aranador berkaitan keberkesanan dan kesan atau implikasi
pengajaran dan pembelajaran koperatif ke atas matapelajaran matematik. Ianya
dijalankan menggunakan kaedah eksperimen dan melibatkan ujian pra dan
ujian pasca. Ujian-ujian ini dijalankan sebelum dan selepas kumpulan ini
didedahkan kepada empat pendekatan yang telah dirancang. Kajian Aranador
bolehlah dirumuskan seperti berikut;
2.3.1

Pendekatan yang digunakan, iaitu koperatif adalah satu pendekatan

yang paling berkesan di antara pendekatan pengajaran matematik dan aspek


pencapaian kognitif dalam proses mengingat, memahami dan menyelesaikan
masalah matematik dan seterusnya mengingat konsep dan kemahiran yang
dipelajari.
2.3.2

Melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran koperatif, pencapaian

yang lebih baik ditunjukkan dikalangan pelajar baik, sederhana dan lemah
berbanding pelajar yang mengikuti pendekatan lain.
2.3.3

Pendekatan

atau

kaedah

koperatif

yang

digunakan

berupaya

menghasilkan sikap yang lebih positif terhadap matapelajaran matematik.


2.3.4

Konsep kendiri, ketidak bergantungan terhadap sumber, motivasi,

kerjasama, sokongan akademik guru dan semangat kekitaan merupakan


elemen-elemen yang signifikan dalam mempengaruhi peningkatan pencapaian
dalam matapelajaran matematik.

Siti Khodzimah Sallip(2001)telah mengkaji tentang pola kemahiran


pengajaran dan menumpukan kepada strategi penyelesaian masalah
dikalangan guru pelatih pengajian matematik . Beliau menumpukan tentang
penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah dalam matematik
Faridah Hanim Omar (1997)pula telah mengkaji pembelajaran koperatif
dalam matapelajaran matematik di sebuah sekolah menengah . Kajian hanya
menumpukan kepada strategi penerapan pendekatan kemahiran sosial dan
refleksi kumpulan.
Saya mengambil pengalaman dan permasalahan pengkaji-pengkaji ini untuk
mengkaji secara lebih mendalam terhadap penyelesaian masalah menggunakan
pendekatan pembelajaran koperatif bagi topik peratus secara terperinci.
2.4

Rumusan

Ternyata daripada dapatan-dapatan dan kajian-kajian lalu yang dikemukakan


sepanjang penulisan ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif yang
dikembangakan dengan sempurna dapat membantu murid-murid belajar
mengenai sikap, keterampilan,

informasi, perilaku sosial dan pandangan.

Pembelajaran secara koperatif dapat menghilangkan sifat mementingkan diri


sendiri atau egois dan meningkatkan rasa saling percaya antara satu sama lain.
Justeru itu, dengan adanya kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam
meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dan meningkatkan sikap
positif terhadap pelajaran mereka.
Kaedah pembelajaran koperatif mempunyai manfaat-manfaat yang
positif apabila diterapkan di dalam kelas. Melalui kaedah koperatif ini,
mengajarkan murid-murid menjadi percaya kepada guru, berkemampuan untuk
berfikir, mencari informasi dari pelbagai sumber dan belajar dari rakan-rakan

lain di samping membantu murid-murid untuk mengungkapkan ideanya secara


verbal dan membandingkan dengan idea rakan mereka.
Secara umumnya kaedah

pembelajaran koperatif masih kurang

diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan adanya


kajian ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid
memperkembangkan

potensi

individu,

berketrampilan

dan

dan
lebih

bertanggungjawab.
Para

pengkaji

terdahulu

secara

keseluruhannya

mengenalpasti

keberkesanan pendekatan koperatif ini dalam beberapa aspek termasuklah,


perkongsian maklumat antara pelajar, penglibatan pelajar secara aktif secara
verbal (idea) atau tidak seperti isyarat, eye contact dan lain-lain. Selain
daripada itu kajian juga banyak menjurus kepada penggunaan Kaedah Polya
dalam penyelesaian masalah matematik di kalangan pelajar.
Namun demikian kajian mereka tidaklah menjurus kepada satu-satu
topik tertentu. Inilah yang mendorong saya untuk mengkaji bagaimanakah
keberkesanan pendekatan pembelajaran koperatif terhadap penyelesaian
masalah bagi topik peratus. Pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan
atau pendekatan koperatif yang digunakan akan membolehkan pelajar aktif
sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

You might also like