You are on page 1of 12

HEAD START

Head-start
Program Head Start adalah satu program yang

diperkenalkan pada tahun 1964 di Amerika di bawah Head Start Bureau dan disokong oleh Administration for Children and Families dan dinaungi oleh U.S. Department of Health and Human Services. Tujuan program ini diperkenalkan untuk membantu kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah sebelum memasuki sekolah. Program ini meliputi kanak-kanak peringkat bayi , tatih dan prasekolah iaitu bagi kanak-kanak berumur antara 4-5 tahun

Matlamat penubuhan Headstart


Head Start adalah sebuah program yang diasaskan sebuah

organisasi yang terancang di bawah naungan kerajaan. Program Head Start lebih kepada perkhidmatan sosial yang menyeluruh Program Head Start mempunyai matlamat iaitu memberi tumpuan kepada menyelesaikan kemiskinan menerusi pendidikan. Program ini percaya kemiskinan boleh diatasi dengan memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak golongan yang tidak berkemampuan. Teori perkembangan atau behavioris menjadi teras kepada program ini yang melihat pemeringkatan pembelajaran mengikut tahap umur.

Asas falsafah dan matlamat Program Head Start ialah untuk menyediakan pengalaman untuk

membantu kanak-kanak memasuki alam kehidupan masyarakat dengan lebih kejayaan. Pengalaman tersebut termasuklah penyusunan perkhidmatan dari peringkat awal, memberi pendidikan awal kanak-kanak, kesihatan dan pergigian, pemakanan dan pendidikan keibubapaan. Program Head Start lebih kepada memperkayakan pengalaman kanak-kanak ke arah perkembangan kanak-kanak.

Penekanannya adalah meliputi semua aspek

perkembangan kanak-kanak.

Tujuan
Untuk memerangi kemiskinan dengan cara membantu kanak-kanak untuk mempersiapkan diri mereka memasuki

sekolah. Head Start merupakan sebuah program United States Department Health dan Human Services yang memberikan sarana pendidikan, sosial, kesihatan bagi kanakkanak yang berasal dari keluarga miskin.

Ciri-ciri Head-Start
Penglibatan Ibu bapa
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran,

perancangan program dan pengurusan prasekolah.

Kesihatan
Program Headstart menyediakan program kesihatan yang

meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

Pemakanan
Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara

untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

Pendidikan
Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman

individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

Perkhidmatan sosial
Program ini membantu keluarga berusaha secara diri

sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

Ketidakupayaan
Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada

pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas.

Kesihatan mental
Ahli professional kesihatan mental bekerjasama

dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Antara pengisian dalam Head start


Early Head Start
Memperkenalkan tentang kesihatan bayi baru lahir,

memperkenalkan kesihatan dan fungsinya, kuatkan pembangunan bayi.

Migrant and Seasonal Program Branch


Mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak

berumur tiga hingga lima tahun.

Amerika Indian Alaska Native Program Branch


Dikhususkan untuk orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska

Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, sosialisasi yang berunsurkan pendidikan, pemakanan serta pemakanan lain untuk meningkatkan kesediaan kanakkanak untuk ke sekolah ( Alice Butler et.al., 2004)

Peranan Guru
Berkebolehan menerangkan kepada ibu bapa

tentang apa yang diperlukan oleh kanakkanak. Menurut Kantos (1999), the key ingredient of high quality early childhood program is teacher-child interaction. Guru dalam program Head Start mempunyai kawalan dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

Guru menyediakan aktiviti dan peralatan yang

dipilih untuk menekankan pembelajaran pengalaman konkrit kepada kanak-kanak seperti:


Memupuk konsep kendiri yang positif, deria kecekapan dan

perasaan positif terhadap pembelajaran Menggalakkan kanak-kanak berfikir, alasan, penyoalan dan mencuba jaya (eksperimen) Menggalakkan perkembangan bahasa Memupuk kemahiran dan perkembangan fizikal Menggalakkan dan menunjukcara tentang kesihatan, keselamatan dan amalan pemakanan Menggalakkan ekspresi kreatif dan apresiasi seni Menghormati kepelbagaian budaya guru dan kanak-kanak

Rujukan
http://ksweety.blogspot.com/2010/01/artikel.

html http://sitemaker.umich.edu/356.bell/teachers http://kongsiparelabasha.blogspot.com/2010/02/1.html http://www.scribd.com/doc/61331054/anPendidikan-Awal-Kanak-Kanak-2-B

You might also like