You are on page 1of 34

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3
2.0 TUJUAN 4
3.0 TAFSIRAN 5
4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWAB
4.1 Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 6
4.2 Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri dan Bahagian/Daerah 7
4.3 Pendidik Masyarakat (PM)/Pembantu Pendidik Masyarakat 8
(PPM)/Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS)
4.4 Ibu bapa/Penjaga dan Jawatankuasa TABIKA/TASKA 9

5.0 PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN OPERASI PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK
5.1 Pengurusan Premis Pendidikan Awal Kanak-Kanak 11
5.2 Pengisytiharan Kesihatan 12
5.3 Pengurusan Kanak-Kanak 13

6.0 PENGOPERASIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


6.1 Waktu Tiba 14
6.2 Pelaksanaan Pembelajaran/Aktiviti 17
6.3 Waktu Makan 18
6.4 Waktu Mandi dan Menukar Pakaian 19
6.5 Waktu Tidur/Rehat 19
6.6 Waktu Pulang 20

7.0 AMALAN PENCEGAHAN JANGKITAN


7.1 Mesyuarat/Latihan/Perjumpaan Kakitangan 21
7.2 Kehadiran Pelawat 22
7.3 Tindakan Jika Warga TABIKA. dan TASKA Disahkan Bergejala 23
dan Kontak Rapat Covid-19 24
7.4 Tindakan Jika Warga TABIKA dan TASKA. Disahkan Positif
Covid-19 25
7.5 Penutupan Premis PAK Bagi Kes Covid-19

8.0 PENUTUP 26
9.0 RUJUKAN DAN LAMPIRAN 28

2
1.0 PENGENALAN

1.1 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian


Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan program
Pendidikan Awal Kanak-kanak yang terdiri daripada dua kategori
iaitu Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) untuk kanak-
kanak berusia 4 hingga 6 tahun dan Taman Asuhan Kanak-kanak
(TASKA) bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun.
1.2 Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 dan seterusnya
dilanjutkan kepada beberapa fasa termasuklah Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) yang bertujuan untuk membendung penularan
jangkitan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) dari terus
merebak di Malaysia.
1.3 Hal ini telah menyebabkan semua pusat pendidikan awal kanak-
kanak KEMAS telah ditutup pengoperasiannya sebagai langkah
pencegahan penularan wabak berkenaan.
1.4 Selaras dengan cadangan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara
(PPN) maka Garis Panduan Pelaksanaan Pengoperasian Semula
TABIKA dan TASKA KEMAS (dikemaskini 1 Oktober 2021) ini
dikeluarkan sebagai panduan untuk pengoperasian semula Pusat
Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut ‘Standard Operating
Procedure’ (SOP) yang telah ditetapkan.
1.5 Penyediaan garis panduan ini adalah merujuk kepada Panduan
Pencegahan Penularan Covid-19 Pasca Perintah Kawalan
Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-
Kanak (TASKA) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 oleh

3
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang selari dengan
SOP dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN).

2.0 TUJUAN

2.1 Garis panduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan


kepada pegawai di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri,
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian/Daerah serta
semua TABIKA dan TASKA dengan mengambil kira langkah-
langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit COVID-19.
2.2 Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan surat
arahan pentadbiran serta peraturan berkaitan yang sedang
berkuat kuasa dan yang akan dikeluarkan dari semasa ke
semasa.
2.3 Garis panduan yang disediakan adalah untuk memastikan aspek
kesihatan diutamakan dan terjamin bagi mengurangkan risiko
kesihatan kepada ibu bapa/penjaga, kanak-kanak serta
kakitangan KEMAS.
2.4 Garis Panduan Pelaksanaan Pengoperasian Semula TABIKA dan
TASKA KEMAS (kemaskini pada 1 Oktober 2021) ini disesuaikan
dan diselaraskan penggunaannya di semua pusat pendidikan
awal kanak-kanak KEMAS bagi memastikan pematuhan dalam
kalangan semua kakitangan, ibu bapa/penjaga dan kanak-kanak.
2.5 Kegagalan untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan boleh
membawa kepada penarikan balik kebenaran beroperasi atau
apa-apa tindakan yang berkaitan.

4
3.0 TAFSIRAN

Berikut adalah tafsiran bagi terma yang digunakan dalam garis panduan
ini :

3.1 Penjarakan fizikal bermaksud jarak antara seorang individu


dengan individu lain sekurang-kurangnya satu (1) meter dalam
sebarang aktiviti.
3.2 Bergejala bermaksud simptom awal COVID-19 iaitu sama ada
mengalami demam (suhu badan melebih 37.5°C), batuk, selsema,
sakit tekak atau sesak nafas.
3.3 Bilik PdP bermaksud bilik darjah atau bilik-bilik khas yang
digunakan bagi tujuan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP).
3.4 Bilik Isolasi bermaksud bilik kesihatan/sakit atau bilik/ruang lain
yang bersesuaian bagi menempatkan kanak-kanak yang
bergejala/kontak rapat/positif COVID-19 secara berasingan
sebelum mendapatkan rawatan
3.5 Pesakit bermaksud kanak-kanak, Pendidik Masyarakat (PM),
Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM) atau warga KEMAS yang
disahkan positif COVID-19
3.6 Vaksinasi bermaksud proses imunisasi dengan pemberian
vaksin bertujuan untuk menghasilkan imuniti terhadap penyakit
COVID-19
3.7 Vaksin Lengkap bermaksud 14 hari selepas suntikan dos ke-2
bagi vaksin seperti Pfizer,AstraZeneca dan Sinovac dan 28 hari
selepas menerima suntikan vaksin seperti CanSino dan Johnson
& Johnson.
3.8 Premis PAK bermaksud pusat pendidikan awal kanak-kanak
samada TABIKA atau TASKA dibawah kendalian Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

5
4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Garis panduan ini menjelaskan peranan dan tanggungjawab pihak yang


terlibat seperti berikut :

4.1 Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat

4.1.1 Menyelaras dan mengadakan sesi taklimat bagi


memastikan pematuhan Garis Panduan Pelaksanaan
Pengoperasian Semula TABIKA dan TASKA Jabatan
Kemajuan Masyarakat kepada semua pihak pengurusan
KEMAS Negeri dan KEMAS Bahagian/Daerah.
4.1.2 Memastikan premis PAK berada dalam keadaan selamat
untuk beroperasi.
4.1.3 Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan
kepada kanak-kanak, PM, PPM/PPMS dan ibu
bapa/penjaga mengenai penularan jangkitan COVID-19
dengan memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan
seperti mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai
pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.
4.1.4 Memantau proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
yang dijalankan samada secara PdP di TABIKA atau PdP
di rumah dan memberikan sokongan yang bersesuaian.
4.1.5 Membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian
semula premis PAK berdasarkan garis panduan yang
dikeluarkan serta mengambil kira pandangan pihak yang
berkaitan seperti KKM, MKN, KEMAS Negeri dan KEMAS
Bahagian/Daerah.
4.1.6 Memastikan garis panduan ini di patuhi oleh KEMAS
Negeri, KEMAS Bahagian/Daerah, TABIKA, TASKA dan
ibu bapa/penjaga.

6
4.2 Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri dan Bahagian/Daerah

4.2.1 Mengedarkan dan memberi taklimat Garis Panduan


Pelaksanaan Pengoperasian Semula TABIKA dan TASKA
kepada pengurusan TABIKA dan TASKA.
4.2.2 Melaksana dan menyelaras pemantauan pematuhan
mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
4.2.3 Menyediakan laporan pemantauan pengoperasian
TABIKA dan TASKA kepada Ibu Pejabat.
4.2.4 Memastikan premis PAK berada dalam keadaan selamat
untuk beroperasi.
4.2.5 Memastikan waktu pengoperasian premis dibuka
mengikut waktu yang ditetapkan.
4.2.6 Memastikan kanak-kanak, PM dan PPM/PPMS yang hadir
ke premis PAK berada dalam keadaan sihat dan selamat.
4.2.7 Menjaga kerahsiaan kanak-kanak yang disahkan sebagai
pesakit COVID-19.
4.2.8 Memastikan premis PAK bersedia dari masa ke semasa
untuk beroperasi mengikut Fasa yang ditetapkan oleh
Kerajaan.
4.2.9 Memastikan pengurusan premis PAK memenuhi
keperluan keselamatan dan pencegahan penularan covid-
19 seperti alat pengimbas suhu, pensanitasi tangan dan
penjarakan fizikal.
4.2.10 Memaklumkan pengoperasian TABIKA dan TASKA
kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan
dan bertanggungjawab untuk memastikan garis panduan
dipatuhi sepenuhnya.

7
4.3 Pendidik Masyarakat (PM)/ Pembantu Pendidik Masyarakat
(PPM)/ Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS)

4.3.1 Hendaklah mengisi Borang Akuan Pengisytiharan


Kesihatan dan sekiranya bergejala, tidak dibenarkan hadir
ke premis PAK serta perlu memaklumkan lebih awal
kepada Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak
(PPPAK) dan Pegawai KEMAS Bahagian/Daerah.
4.3.2 Mengimbas suhu setiap kanak-kanak di hadapan ibu
bapa/penjaga sebelum masuk ke premis PAK pada setiap
hari dan bacaan suhu setiap kanak-kanak direkod dalam
Buku Log Harian.
4.3.3 Mengajar kanak-kanak cara mencuci tangan dengan betul
setiap hari.
4.3.4 Mengingatkan kanak-kanak untuk sentiasa menjaga
kebersihan dan mengamalkan penjarakan fizikal.
4.3.5 PM dan PPM/PPMS perlu mengalakkan kanak-kanak
mencuci tangan sebelum dan selepas setiap kali aktiviti
dilaksanakan.
4.3.6 PM dan PPM/PPMS hendaklah mematuhi arahan serta
garis panduan pencegahan COVID-19 yang telah
ditetapkan dari masa ke semasa.
4.3.7 Memaklumkan arahan dan garis panduan kepada ibu
bapa/ penjaga.
4.3.8 PM dan PPM/PPMS yang masih belum menerima vaksin
lengkap atau tidak mengambil vaksin tidak dibenarkan
mengadakan PdP secara bersemuka dan hanya
dibenarkan berada di premis PAK semasa ketiadaan
kanak-kanak.

8
4.3.9 PM dan ibu bapa/penjaga adalah diingatkan agar sentiasa
berhubung dan mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan bagi memastikan pengoperasian TABIKA dan
TASKA berjalan dengan lancar dan selamat.
4.3.10 Kehadiran PM dan PPM/PPMS adalah tertakluk kepada
arahan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
KEMAS/KPLB dan agensi lain yang berkaitan dari masa
ke semasa.
4.3.11 Latihan dan pemahaman berterusan berkaitan langkah-
langkah kebersihan dan keselamatan. PM dan
PPM/PPMS boleh melayari Infosihat atau ‘Portal
MyHEALTH’ dari KKM bagi mendapatkan poster dan
video sebagai panduan.

4.4 Ibu bapa/ Penjaga dan Jawatankuasa TABIKA/TASKA

4.4.1 Memahami dan mematuhi arahan serta garis panduan


yang telah ditetapkan.
4.4.2 Ibu bapa/penjaga perlu mengisi dan menandatangani
Borang Pengisytiharan Kesihatan Kanak-Kanak dan Surat
Akuan Ibu Bapa/Penjaga sebelum menghantar anak ke
TABIKA dan TASKA.
4.4.3 Memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat,
menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala
seperti batuk, demam dan mata berair sebelum hadir ke
premis PAK.
4.4.4 Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab untuk mengambil
dan membawa anak untuk mendapatkan rawatan dengan
segera sekiranya menerima panggilan daripada TABIKA
dan TASKA untuk mengambil anak yang tidak sihat.

9
4.4.5 Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk menghantar anak
mereka ke TABIKA dan TASKA bagi memastikan kanak-
kanak dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
asas sebagai persediaan untuk pembelajaran seterusnya.
4.4.6 Mendidik anak-anak mempraktikkan amalan kebersihan di
rumah.
4.4.7 Memberikan kesedaran kepada anak-anak tentang
penjarakan fizikal serta tidak berjabat tangan (bersalaman)
atau bersentuhan antara satu sama lain samada PM,
PPM/PPMS, rakan-rakan atau orang sekeliling.
4.4.8 Menjaga kebersihan dan keselamatan kanak-kanak
sebelum dan selepas pulang dari TABIKA dan TASKA
serta kerap membasuh tangan dan mandi.
4.4.9 Memastikan anak sentiasa memakai pelitup muka.
4.4.10 Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas
TABIKA dan TASKA.
4.4.11 Mematuhi sistem pergerakan pergi dan balik kanak-kanak
ke TABIKA dan TASKA.
4.4.12 Menjalinkan kerjasama antara ibu bapa/penjaga,
Jawatankuasa TABIKA/TASKA dengan PM bagi
memastikan garis panduan ini dipatuhi.
4.4.13 Kadar bayaran sumbangan/yuran bagi ibu bapa yang
menghantar anak kurang dari tempoh masa sebulan
adalah di atas budi bicara bersama PM.

10
5.0 PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN OPERASI PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

5.1 Pengurusan Premis Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAK)

5.1.1 Memastikan premis PAK berada dalam keadaan yang


selamat dan bersih untuk kanak-kanak, kakitangan
TABIKA dan TASKA dan ibu bapa.
5.1.2 Memastikan kawasan dan bangunan premis PAK
termasuk bilik/ruang pembelajaran/aktiviti dibersihkan
dengan kerap terutama sebelum dan selepas tamat
operasi TABIKA dan TASKA setiap hari.
5.1.3 Memastikan semua peralatan dibersihkan selepas setiap
sesi penggunaan.
5.1.4 Memastikan tombol pintu, kerusi meja dan tempat yang
selalu disentuhi perlu dibersihkan dan disinfeksi sekurang
kurangnya dua kali sehari.
5.1.5 Susun atur kelas perlu mengambil kira kesesuaian ruang,
penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan kanak-
kanak.
5.1.6 Memastikan pengudaraan dan pencahayaan adalah
mencukupi. Tingkap dan pintu hendaklah sentiasa dibuka
untuk aliran udara. Penggunaan penghawa dingin
hendaklah dielakkan (sekiranya boleh).
5.1.7 Menyediakan bilik/ruang isolasi bagi menempatkan kanak-
kanak yang tidak sihat semasa berada di TABIKA dan
TASKA sebelum dibawa oleh ibu bapa untuk rawatan.
5.1.8 Memastikan sabun pencuci tangan dan air yang
mencukupi disediakan. Bagi premis PAK yang mempunyai

11
masalah bekalan air, pensanitasi tangan perlu disediakan.
(Kemudahan sinki di luar kelas adalah digalakkan
mengikut kesesuaian tempat).
5.1.9 Menyediakan peralatan untuk mengimbas suhu badan.
Jangkasuhu yang perlu digunapakai adalah dari jenis
jangkasuhu infrared.
5.1.10 Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala.
Tanda penjarakan diletakkan untuk memandu arah
pergerakan kanak-kanak.
5.1.11 Panduan penggunaan pelitup muka, penggunaan
pensanitasi tangan, langkah mencuci tangan ditampal di
sekeliling TABIKA dan TASKA.
5.1.12 Mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah
kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti
laluan, bilik PdP dan ruang menunggu. Bahan bercetak
terbitan KKM boleh dimuat turun daripada laman
sesawang KKM.
5.1.13 Sentiasa merujuk kepada Prosedur Operasi Standard
(SOP) yang dikeluarkan oleh KKM, MKN dan
KPLB/KEMAS dari semasa ke semasa.
5.1.14 Mendaftarkan premis dalam aplikasi MySejahtera.
5.1.15 KEMAS Negeri dan KEMAS Bahagian/Daerah perlu
memaklumkan pengoperasian TABIKA/TASKA kepada
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan serta
bertanggungjawab untuk memastikan garis panduan
dipatuhi sepenuhnya.

5.2 Pengisytiharan Kesihatan

5.2.1 Memastikan PM dan PPM/PPMS dalam keadaan yang


sihat dan bebas COVID-19 serta bersedia untuk bertugas.

12
5.2.2 Kakitangan, kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga
hendaklah mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan
sebelum sesi persekolahan TABIKA dan TASKA bermula
(Lampiran A dan B).
5.2.3 Kegagalan pengisytiharan maklumat dengan benar boleh
menyebabkan kanak-kanak dan keluarga tersebut
digantung/dikeluarkan daripada TABIKA dan TASKA dan
boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa.
5.2.4 Ibu bapa/penjaga perlu mengisi Borang Akuan Ibu
Bapa/Penjaga (Lampiran C) dan menyerahkan kepada
TABIKA dan TASKA bersama Borang Pengisytiharan
Kesihatan sebelum menghantar anak ke TABIKA dan
TASKA. Borang ini perlu disimpan di dalam Fail iaitu :-
a. Kanak-kanak dan penjaga (Fail D1); dan
b. Pendidik Masyarakat/ Pembantu Pendidik Masyarakat
(Fail A4)

5.3 Pengurusan Kanak-kanak

5.3.1 Kehadiran kanak-kanak adalah tertakluk kepada kapasiti


kelas yang disesuaikan dengan penjarakan fizikal. Jika
ruang mencukupi, semua kanak-kanak boleh hadir seperti
biasa di TABIKA dan TASKA, jika sebaliknya pihak
TABIKA dan TASKA boleh menyediakan jadual
penggiliran kehadiran kanak-kanak.
5.3.2 Keutamaan adalah diberikan kepada ibu/bapa dikalangan
petugas barisan hadapan dan suami isteri bekerja yang
tidak dipertimbangkan untuk kebenaran bekerja dari
rumah.
5.3.3 Kehadiran setiap kanak-kanak dan pengasuh serta
pelawat perlu dicatat di dalam buku Rekod Keluar dan

13
Masuk bagi memudahkan proses penyiasatan oleh
Pejabat Kesihatan Daerah. (Buku DB1).
5.3.4 Kakitangan dan kanak-kanak yang tidak sihat atau demam
serta mengalami gejala batuk, selesema, sakit tekak,
sesak nafas dan suhu badan 37.5°C dan ke atas adalah
dilarang berada dalam premis PAK.
5.3.5 Kanak-kanak yang tidak sihat hendaklah diasingkan di
bilik isolasi sementara menunggu ibu bapa/penjaga
membawa mereka pulang ke rumah.
5.3.6 Kakitangan dan kanak-kanak yang pernah kontak rapat
dengan orang yang disahkan positif COVID-19 tidak
dibenarkan hadir ke TABIKA dan TASKA dalam tempoh
10 hari.
5.3.7 Kakitangan dan ibu bapa/penjaga harus segera
memaklumkan pihak TABIKA dan TASKA sekiranya
mereka ataupun anak mereka pernah berkontak rapat
dengan orang yang diuji positif COVID-19.
5.3.8 Memastikan PM, PPM/PPMS dan kanak-kanak mematuhi
penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta kerap
membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau
mengunakan pensanitasi.
5.3.9 Pintu/ pagar sentiasa berkunci bagi tujuan keselamatan
selepas jam 8.30 pagi.

6.0 PENGOPERASIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

6.1 Waktu Tiba

6.1.1 Sebelum menghantar anak ke TABIKA dan TASKA, ibu


bapa/penjaga digalakkan mengambil suhu anak terlebih
dahulu. (Sekiranya ada penyukat suhu).

14
6.1.2 Memastikan anak mencuci tangan dengan air dan sabun
selama 20 saat sebelum masuk kenderaan.
(Penggunaan pensanitasi tangan dengan kerap adalah
tidak sesuai terutamanya bagi kanak-kanak).
6.1.3 Memakai pelitup muka apabila keluar dari kenderaan.
6.1.4 Bersihkan dan disinfeksi permukaan yang kerap disentuh
di dalam kereta seperti tombol pintu, selusur tangan,
tingkap dan tempat duduk secara berkala.
6.1.5 Memastikan kanak-kanak adalah sihat sebelum dihantar
ke TABIKA dan TASKA. Jika sebaliknya, rehatkan
kanak-kanak di rumah atau bawa ke klinik untuk
pemeriksaan kesihatan.
6.1.6 Ketibaan kanak-kanak dan memasuki ke TABIKA dan
TASKA adalah tidak serentak dengan jarak waktu 5-10
minit. Ruang menunggu di luar kelas berjarak 1 meter
hendaklah disediakan bagi membolehkan ibu
bapa/penjaga menunggu giliran anak masuk ke kelas.
6.1.7 Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan
premis PAK. Hanya menghantar anak di pintu masuk
premis dan PM akan menyambut kanak-kanak.
6.1.8 Saringan gejala dan pemeriksaan suhu semasa ketibaan
kakitangan dan kanak-kanak hendaklah dilakukan seperti
berikut ;-
a. Saringan gejala dan pemeriksaan suhu dilakukan di
pintu masuk premis PAK untuk setiap kakitangan,
kanak-kanak dan pelawat. (Mengikut kesesuaian
lokasi dan jenis premis TABIKA dan TASKA);
b. Penjadualan kakitangan TABIKA dan TASKA untuk
membuat pemeriksaan kesihatan di pintu masuk.
Semua PM dan PPM/PPMS hendaklah
mengamalkan kebersihan diri semasa pemeriksaan;

15
c. Jika suhu badan kanak-kanak melebihi 37.5’C atau
lebih, ibu, bapa/penjaga perlu membawa kanak-
kanak tersebut pulang untuk mendapat rawatan;
d. PM hendaklah merekodkan suhu badan kanak-
kanak dihadapan ibu bapa/penjaga sebelum masuk
kelas;
e. Gunakan “termometer tanpa kontak” seperti alat
pengimbas suhu digital dan termometer infrared.
Rujuk garis panduan cara penggunaan termometer
yang betul, julat bacaan suhu biasa dan arahan
pembersihan; dan
f. Pengambilan suhu badan hendaklah dilakukan
sebanyak 3 kali iaitu ketika menerima kanak-kanak,
sebelum waktu tidur dan ketika kanak-kanak
diserahkan semula kepada ibu bapa pada waktu
balik dari TABIKA dan TASKA. (Sila rekod di dalam
Buku Log Harian)
6.1.9 PM, PPM/PPMS dan kanak-kanak hendaklah memakai
pelitup muka sepanjang tempoh berada di premis PAK.
6.1.10 PM, PPM/PPMS dan kanak-kanak perlu meletakkan
tangan di dada sebagai tanda memberikan salam.
6.1.11 Sabun pencuci tangan dan air perlu diletakkan di tempat
ketibaan/pintu masuk. Jika premis PAK mempunyai
masalah air, penggunaan pensanitasi tangan adalah
dibenarkan.
6.1.12 Kanak-kanak mesti mencuci tangan sejurus tiba di
premis PAK.
6.1.13 Penggunaan sinki bagi tujuan mencuci tangan sebelum
memasuki premis PAK adalah digalakkan jika terdapat
kemudahan dan bersesuaian dengan TABIKA dan
TASKA.

16
6.2 Pelaksanaan Pembelajaran/Aktiviti

6.2.1 PM TABIKA dan TASKA hendaklah menyediakan


Rancangan Pelajaran Harian (RPH) / Rancangan
Pelaksanaan Aktiviti (RPA) mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.
6.2.2 Proses pengajaran dan pembelajaran di TABIKA adalah
mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan
2017).
6.2.3 Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan dengan
memberi tumpuan dan penekanan kepada pengetahuan
tentang amalan keselamatan dan penjagaan kebersihan
diri semasa dikelas dan di rumah.
6.2.4 Memastikan aktiviti berkumpulan dan aktiviti yang
memerlukan sentuhan tidak dilaksanakan.
6.2.5 Memastikan bilangan kanak-kanak yang bersesuaian
mengikut ruang dengan mengambil kira penjarakan
fizikal bagi setiap aktiviti PdP yang dilaksanakan.
6.2.6 Memastikan kanak-kanak tidak berkongsi bahan
pembelajaran dan peralatan.
6.2.7 Memastikan semua bahan dan peralatan dibersihkan
setiap kali sebelum dan selepas sesi penggunaan.
6.2.8 Kanak-kanak mesti mencuci tangan sebelum dan
selepas menjalankan aktiviti.
6.2.9 Memastikan PM dan kanak-kanak mencuci tangan
dengan air dan sabun sebelum dan selepas bimbingan
setiap murid (contoh : PM perlu memegang tangan
kanak-kanak untuk membimbing cara memegang pensel
dengan betul).

17
6.2.10 Memastikan semua aktiviti ko-kurikulum dan sukan
secara bersemuka dilaksanakan dengan mematuhi
penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan
(tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke
semasa).
6.2.11 Merancang dan melaksanakan aktiviti PdP di luar kelas
(dalam kawasan TABIKA dan TASKA) dengan
mengambilkira pergerakan fizikal, kebersihan dan
keselamatan (contoh: Taman Pintar Botani, sudut main
air dan pasir).
6.2.12 Aktiviti di luar kawasan (luar pagar) TABIKA dan TASKA
tidak dibenarkan seperti taman permainan awam dsb.
6.2.13 Meningkatkan kekerapan membasuh tangan dan
memastikan bahan untuk membasuh tangan mudah
dicapai. Penggunaan tisu atau kain lap tangan juga
adalah diasingkan bagi setiap kanak-kanak.

6.3 Waktu Makan

6.3.1 Kanak-kanak dan kakitangan TABIKA dan TASKA


makan di dalam bilik/ruang masing-masing.
6.3.2 Memastikan kanak-kanak mengamalkan penjarakan
fizikal. (Letakkan penanda di atas lantai berjarak 1 meter
bagi memudahkan kanak-kanak menentukan tempat
untuk mereka duduk atau berdiri). Walau bagaimanapun,
ruang kelas yang terhad dan sempit perlu disesuaikan
dengan jarak bagi langkah pencegahan.
6.3.3 Memastikan kanak-kanak tidak berkongsi makanan dan
peralatan makan minum seperti sudu, cawan dan
sebagainya.

18
6.3.4 Menyelaras jadual waktu makan mengikut umur dan
kelas sekiranya berkongsi penggunaan ruang makan
6.3.5 Memastikan bahan dan peralatan dibasuh sebelum dan
selepas digunakan.
6.3.6 Kanak-kanak membersihkan meja masing-masing
sebelum dan selepas makan.

6.4 Waktu Mandi dan Menukar Pakaian

6.4.1 Kanak-kanak dimandikan seorang demi seorang.


6.4.2 Memastikan ruang mandi dan tandas yang digunakan
dibersihkan selepas setiap kali mandi atau sebelum
kanak-kanak lain menggunakannya.
6.4.3 Baju dan tuala kanak-kanak perlu ditukar seorang demi
seorang dan ibu bapa/penjaga perlu membawakan baju
yang lebih setiap hari.
6.4.4 Memastikan PM dan PPM/PPMS memakai pelitup muka
semasa menukarkan pakaian kotor kanak-kanak.
6.4.5 Pakaian terus dimasukkan ke dalam beg plastik dan
menutupnya.
6.4.6 Lampin terpakai perlu dibuang segera ke dalam tong
sampah tertutup.
6.4.7 PM dan kanak-kanak hendaklah membasuh tangan
selepas menyalin baju/pakaian.

6.5 Waktu Tidur/ Rehat

6.5.1 Setiap kanak-kanak, secara individu, harus dikhaskan


katil/tempat tidur, tilam, bantal, dan lain-lain yang
dilabelkan mengikut nama masing-masing atau

19
menggunakan kemudahan yang telah sediakan
(Bekerjasama dengan ibu bapa/penjaga).
6.5.2 Memastikan penjarakan fizikal diutamakan.
6.5.3 Memastikan PM dan PPM/PPMS memakai pelitup muka
dan membasuh tangan sebelum dan selepas membantu
kanak-kanak (jika diperlukan) sewaktu tidur siang.
6.5.4 Sarung bantal perlu ditukar setiap hari dan dibekalkan
oleh ibu bapa/penjaga.

6.6 Waktu Pulang

6.6.1 Pengasingan atau penggiliran waktu pengambilan balik


semua kanak-kanak di dalam kumpulan kecil kanak-
kanak (3-5 orang) dalam satu-satu masa untuk dijemput
oleh ibu, bapa/ penjaga dengan jarak waktu 5-10 minit.
6.6.2 Ibu, bapa/penjaga digalakkan sampai ke TABIKA dan
TASKA sejurus/sebelum waktu pengambilan yang
ditetapkan untuk mengurangkan waktu menunggu, dan
mengelakkan perkumpulan.
6.6.3 Memastikan ruang menunggu disediakan untuk ibu
bapa/penjaga mengambil anak-anak mereka yang
disesuaikan dengan penjarakan fizikal.
6.6.4 Memeriksa suhu setiap kanak-kanak, kakitangan dan
pelawat yang meninggalkan kawasan premis PAK.
6.6.5 Semua kakitangan dan kanak-kanak digalakkan
membasuh tangan dengan sabun sebelum
meninggalkan TABIKA dan TASKA.
6.6.6 Mengelakkan daripada membincangkan perihal anak
dengan ibu bapa/penjaga di dalam kawasan TABIKA dan
TASKA untuk meminimakan aktiviti berkumpul.

20
Sebaliknya, berkomunikasi melalui panggilan ataupun
aplikasi telefon/ Buku Log Harian. (Buku DB2).
6.6.7 Kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga harus segera mandi
setelah sampai ke rumah sebelum berinteraksi dengan
ahli keluarga yang lain (elakkan daripada bersentuhan
atau berpelukan).

7.0 AMALAN PENCEGAHAN JANGKITAN

7.1 Mesyuarat / Latihan / Perjumpaan Kakitangan

7.1.1 Menggalakkan mesyuarat/latihan dalam talian.


7.1.2 Jika mesyuarat/latihan perlu dilakukan secara
bersemuka maka pihak yang terlibat perlu memastikan
amalan penjagaan kesihatan dan keselamatan adalah
dipatuhi ;-
a. Menekankan amalan 3W iaitu mencuci tangan
dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (wash),
memakai pelitup muka (wear) dan amaran yang
berkonsepkan peringatan (warn) daripada KKM;
b. Mengelakkan 3C iaitu menjauhi kawasan sesak
(crowded places), mengelak kawasan sempit
(confined space) dan mengelak
bercakap/bersembang dengan jarak yang dekat
(close conversation);
c. Mematuhi penjarakan fizikal;
d. Tidak bersalaman;
e. Elakkan aktiviti yang memerlukan kontak fizikal; dan
f. Mendapatkan kebenaran dan kelulusan dari
Pengurusan KEMAS Negeri atau Pegawai KEMAS

21
Daerah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang
mesyuarat / perjumpaan.

7.2 Kehadiran Pelawat

7.2.1 Pelawat tidak dibenarkan hadir ke premis TABIKA dan


TASKA tanpa kebenaran sehingga keadaan COVID-19
pulih sepenuhnya kecuali bagi tujuan pengoperasian
pendidikan awal kanak-kanak.
7.2.2 Pelawat yang ingin melawat TABIKA dan TASKA boleh
berurusan melalui telefon untuk mendapatkan kebenaran
lawatan daripada Pengarah KEMAS Negeri dan Pegawai
KEMAS Daerah/Bahagian, namun hanya untuk tujuan
pengoperasian TABIKA dan TASKA.
7.2.3 Keutamaan waktu penerimaan adalah semasa ketiadaan
kanak-kanak. Kehadiran pelawat perlu direkodkan di
dalam Buku Kehadiran Pelawat dengan memasukkan
nama, nombor telefon dan tujuan kehadiran (Buku AB1).
7.2.4 Pelawat yang telah mendapat kebenaran hendaklah
mematuhi perkara berikut ;-
a. Mengimbas suhu badan;
b. Tiada mengalami gejala;
c. Mematuhi arahan penjarakan fizikal,
pemakaian pelitup muka dan prosedur
keselamatan yang lain; dan
d. Mengamalkan mencuci tangan dengan air
dan sabun/pensanitasi.

22
7.3 Tindakan Jika Warga TABIKA dan TASKA Disahkan Bergejala
dan Kontak Rapat Kes COVID-19

7.3.1 Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala


adalah dilarang untuk berada di TABIKA dan TASKA atau
diasingkan (mengikut Peraturan 50 Peraturan
TABIKA/TASKA 2012) dan dirujuk untuk nasihat
perubatan (Peraturan 46 & 47 Peraturan TABIKA/TASKA
2012).
7.3.2 Warga atau kanak-kanak yang bergejala perlu diisolasi
segera di bilik isolasi sementara menunggu untuk rawatan
serta diberi pelitup muka untuk dipakai.
7.3.3 Menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk
khidmat nasihat dan tindakan selanjutnya.
7.3.4 Memaklumkan ibu bapa/penjaga untuk mengambil kanak-
kanak tersebut dan membawa mereka ke klinik/hospital
untuk disaring atau berdasarkan nasihat Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD).
7.3.5 Kakitangan yang mengendalikan kanak-kanak yang
bergejala memakai pelitup muka serta digalakkan
memakai sarung tangan dan apron pakai buang, menjaga
penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter
daripada kontak rapat dan kerap mencuci tangan dengan
air dan sabun/pensanitasi tangan.
7.3.6 Kakitangan yang bergejala hendaklah hendaklah
mendapatkan rawatan dan kembali ke rumah untuk
berehat.
7.3.7 Kakitangan dan kanak-kanak yang menjadi kontak rapat
pesakit COVID-19 tidak dibenarkan hadir ke TABIKA dan
TASKA dalam tempoh 10 hari.

23
7.3.8 Memberikan kebenaran kepada pihak pengurusan PAK
untuk melaksanakan ujian kendiri COVID-19 (sekiranya
perlu) dengan mengisi Borang Kebenaran Pelaksanaan
Ujian Kendiri Covid-19 (Lampiran D).
7.3.9 Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
7.3.10 Memaklumkan dan memahamkan ibu bapa/penjaga
mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh TABIKA dan
TASKA samada melalui telefon atau pesanan individu.
Pengurusan TABIKA dan TASKA hendaklah memberikan
penerangan kepada ibu bapa/penjaga berhubung
langkah-langkah yang akan diambil supaya mereka boleh
mempersiapkan diri dan anak-anak mereka untuk
menghadapi sebarang perubahan.

7.4 Tindakan Jika Warga TABIKA DAN TASKA Disahkan Positif


COVID-19

7.4.1 Berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk


mendapatkan khidmat nasihat dan arahan selanjutnya.
7.4.2 Premis PAK hendaklah ditutup serta merta setelah
mendapat nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan
memaklumkan Pengarah KEMAS Negeri melalui Pegawai
KEMAS Bahagian/Daerah untuk dipanjangkan ke Ibu
Pejabat Putrajaya.
7.4.3 Sekiranya terdapat warga yang positif COVID-19, maka
semua kakitangan dan kanak-kanak di TABIKA dan TASKA
yang merupakan kontak rapat perlu disaring dan di ambil
sampel COVID-19. Sekiranya, keputusan negatif, TABIKA
dan TASKA boleh dibenarkan beroperasi semula.

24
7.4.4 Pengurusan TABIKA dan TASKA hendaklah memaklumkan
kepada semua ibu bapa/penjaga yang berkenaan bahawa
premis PAK diarah tutup serta merta.
7.4.5 Berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga, kanak-kanak dan
kakitangan menggunakan telefon, whatsapp atau email
bagi mengelakkan jangkitan berlaku.
7.4.6 Tidak mendedahkan identiti kakitangan, kanak-kanak
ataupun ibu bapa/penjaga yang dijangkiti dan
berkomunikasi dengan cara yang mampu mengelakkan
stigma dan diskriminasi.
7.4.7 Mensanitasi tempat dan peralatan yang digunakan oleh
kontak rapat serta mendapatkan nasihat daripada Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD) mengenai keperluan
melaksanakan pembasmian kuman dilokasi yang dikenal
pasti.
7.4.8 Buka pintu dan tingkap untuk membantu peredaran udara
di kawasan tersebut.
7.4.9 Premis PAK hanya beroperasi apabila tahap kebersihan
dan keselamatan dipatuhi dan mendapat kebenaran dari
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

7.5 Penutupan Premis PAK Bagi Kes Covid-19

7.5.1 Premis PAK yang disahkan mempunyai kes positif perlu


memaklumkan dengan segera kepada Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD), Pejabat KEMAS Daerah dan Pejabat
KEMAS Negeri.
7.5.2 Membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) menjalankan
penilaian risiko dan mengenalpasti kontak rapat.

25
7.5.3 Menerima nasihat dan arahan Pejabat Kesihatan Daerah
(PKD) berhubung penutupan premis PAK.
7.5.4 Memaklumkan penutupan/pembukaan semula premis PAK
kepada ibu bapa/penjaga, Pejabat Kesihatan Daerah
(PKD), Pejabat KEMAS Daerah, Pejabat KEMAS Negeri
dan Ibu Pejabat KEMAS.
7.5.5 Meletakkan notis penutupan dan tarikh pembukaan semula
premis PAK di pintu masuk utama premis PAK.

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Garis Panduan Pelaksanaan Pengoperasian


Semula TABIKA dan TASKA Jabatan Kemajuan Masyarakat
(Kemaskini Pada 1 Oktober 2021) ini dapat memastikan pengurusan
dan pengoperasian pendidikan awal kanak-kanak serta proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. KEMAS Negeri
dan KEMAS Bahagian/Daerah hendaklah memantau pelaksanaan
pengoperasian semula premis PAK di negeri dan daerah masing-
masing bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan ini.
Pengurusan TABIKA dan TASKA dinasihatkan untuk menghubungi
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan maklumat
mengenai keadaan jangkitan COVID-19 daerah masing-masing.

Sekiranya kerajaan mengisytiharkan TABIKA dan TASKA ditutup


semula atas sebab penularan wabak, maka KEMAS Negeri dan Daerah
perlu memastikan kaedah PdPR dilaksanakan berdasarkan kepada
Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah

26
(PdPR) dan Pentaksiran di TABIKA dan TASKA KEMAS Tahun 2021
sepanjang tempoh tersebut. Sebarang pengoperasian semula adalah
tertakluk kepada garis panduan ini.

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT


Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Telefon: 60 3 8891 2682 Faks: 60 3 8888 2312

27
RUJUKAN DAN LAMPIRAN

BIL TAJUK AGENSI

1. Garis Panduan Pengendalian Kanak- Kementerian Kesihatan


kanak di TASKA dan Prasekolah 2007 Malaysia

2. Garis Panduan Pengurusan dan Kementerian Pendidikan


Pengoperasian Sekolah 3.0 Malaysia

3. Peraturan-peraturan Taman Asuhan Jabatan Kebajikan


Kanak-kanak 2012 Masyarakat

Panduan Pencegahan Penularan


4. Covid-19 Pasca Perintah Kawalan Jabatan Kebajikan
Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Masyarakat
Taman Asuhan Kanak-Kanak Taska

5 Garis Panduan Pengurusan dan Kementerian Pendidikan


Pengoperasian Sekolah 3.0 Malaysia

6. Majlis Keselamatan Negara


SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN)
(MKN)

Manual Pengurusan Dokumentasi Jabatan Kemajuan


7.
TABIKA dan TASKA 2020 Masyarakat (KEMAS)

Bahan bercetak dan Panduan Kementerian Kesihatan


8.
Kesihatan Malaysia (KKM)

9. Borang Pengisytiharan Kesihatan Lampiran A

Borang Pengisytiharan Kesihatan


10. Lampiran B
Kanak-Kanak

11. Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga Lampiran C

Borang Kebenaran Pelaksanaan Ujian


12. Lampiran D
Kendiri COVID-19

28
Lampiran A
BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN

Nama Penuh PM/PPM/PPMS : _________________________________________

Tempat Bertugas : __________________________________________

Daerah / Negeri : __________________________________________

1. Adakah tuan/puan mengalami 2 atau lebih gejala-gejala berikut:

Demam (Suhu badan: …………) Ya Tidak


Kesejukan Ya Tidak
Menggigil Ya Tidak
Sakit badan Ya Tidak
Sesak kepala Ya Tidak
Sakit tekak Ya Tidak
Loya atau muntah Ya Tidak
Cirit birit Ya Tidak
Keletihan Ya Tidak
Selsema atau hidung tersumbat Ya Tidak
Cirit birit Ya Tidak

2. Selain yang di atas adakah tuan/puan mengalami gejala-


gejala berikut:

Batuk Ya Tidak
Sesak nafas Ya Tidak
Hilang deria bau Ya Tidak
Hilang deria rasa Ya Tidak

3. Adakah tuan/puan pernah disahkan positif


COVID-19? Ya Tidak

4. Adakah tuan/puan mempunyai kontak rapat


dengan individu yang disahkan positif COVID-19? Ya Tidak

29
5. Adakah tuan/puan mempunyai kontak rapat kepada individu
yang sedang menjalani kuarantin di rumah? Ya Tidak

6. Adakah tuan/puan sedang menjalani Perintah Kawalan Kuarantin di rumah


seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia Ya Tidak

7. Adakah tuan/puan mempunyai ahli keluarga


tinggal serumah dengan Patient Under Investigation (PUI)
atau Person Under Surveillance (PUS)? Ya Tidak

8. Adakah tuan/puan melancong ke kawasan yang berisiko


dalam tempoh 14 hari? Ya Tidak

Jika YA, nyatakan tempat dilawati:


Tarikh :

9. Adakah tuan/puan pernah menghadiri majlis/perjumpaan


yang dikaitkan dengan kes positif COVID-19? Ya Tidak

Dengan ini saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.

Tandatangan :_______________________________________

Tarikh :_______________________________________

Nota: Borang ini hendaklah diisi oleh Pendidik Masyarakat / Pembantu


Pendidik Masyarakat / Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela semasa hari
pertama persekolahan.

30
Lampiran B
BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Nama Penuh Kanak-kanak :_____________________________________________


TABIKA / TASKA :_________________________________________________
Daerah / Negeri :_________________________________________________
Nama Ibu bapa/Penjaga :_______________________________________________
No Kad Pengenalan :_________________________________________________
No Tel :_________________________________________________

3. Adakah anak jagaan tuan/puan mengalami 2 atau lebih gejala-gejala berikut:

Demam (Suhu badan: …………) Ya Tidak


Kesejukan Ya Tidak
Menggigil Ya Tidak
Sakit badan Ya Tidak
Sesak kepala Ya Tidak
Sakit tekak Ya Tidak
Loya atau muntah Ya Tidak
Cirit birit Ya Tidak
Keletihan Ya Tidak
Selsema atau hidung tersumbat Ya Tidak
Cirit birit Ya Tidak

4. Selain yang di atas adakah anak jagaan tuan/puan


mengalami gejala-gejala berikut:

Batuk Ya Tidak
Sesak nafas Ya Tidak
Hilang deria bau Ya Tidak
Hilang deria rasa Ya Tidak

3. Adakah anak/anak jagaan tuan/puan pernah disahkan positif


COVID-19? Ya Tidak

4. Adakah anak/anak jagaan tuan/puan mempunyai kontak rapat


dengan individu yang disahkan positif COVID-19? Ya Tidak

31
5. Adakah anak/anak jagaan tuan/puan mempunyai kontak rapat
kepada individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah? Ya Tidak

6. Adakah anak/anak jagaan tuan/puan sedang menjalani Perintah Kawalan


Kuarantin di rumah seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia Ya Tidak

8. Adakah anak/anak jagaan tuan/puan mempunyai ahli keluarga


tinggal serumah dengan Patient Under Investigation (PUI)
atau Person Under Surveillance (PUS)? Ya Tidak

9. Adakah anak tuan/puan melancong ke kawasan yang berisiko


dalam tempoh 14 hari? Ya Tidak

Jika YA, nyatakan tempat dilawati:


Tarikh :

10. Adakah anak tuan/puan pernah menghadiri majlis/perjumpaan


yang dikaitkan dengan kes positif COVID-19? Ya Tidak

Dengan ini saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.

Tandatangan Ibu bapa/Penjaga :_______________________________________

Tarikh :_______________________________________

Nota: Borang ini hendaklah diserahkan kepada Pendidik Masyarakat KEMAS


semasa hari pertama persekolahan.

32
Lampiran C
TABIKA/ TASKA KEMAS : ............................................................……………………………………….

ALAMAT TABIKA/ TASKA : ...................................................................................................................

AKUAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya, ________________________________ dan _______________________________

Ibubapa/penjaga kepada : ___________________________________________________

Bersetuju untuk membenarkan anak saya meneruskan pembelajaran di TABIKA/TASKA ini


mengikut peraturan dan Garis Panduan yang diarahkan oleh Kerajaan Malaysia yang
berkuatkuasa. Saya memberi kepercayaan penuh kepada pihak pengurusan
TABIKA/TASKA untuk mendidik, mengasuh dan membantu melaksanakan rutin kebersihan
dan keselamatan dengan sewajarnya. Oleh itu saya bersedia dan bersetuju untuk
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan bagi kepentingan dan kebaikan bersama.

Saya bersetuju untuk :

 sentiasa mematuhi waktu/jadual pengoperasian TABIKA/TASKA dan saya tidak akan


menyalahkan atau mengambil apa-apa tindakan sekiranya berlaku sebarang kejadian ke atas
anak saya di luar waktu tersebut.
 saya juga akan mengikuti waktu semasa/waktu standard melalui jam utama yang terdapat di
TABIKA/TASKA.
 mengelakkan anak saya untuk hadir di TABIKA/TASKA sekiranya anak saya tidak sihat atau
disahkan menghidap sebarang penyakit berjangkit terutama mempunyai simptom batuk,
selsema dan demam.
 memaklumkan kepada pihak TABIKA/TASKA sekiranya terdapat sebarang kesan kecederaan
ditubuh badan anak saya untuk direkodkan oleh pihak pengurusan.
 memastikan anak saya sentiasa membawa pakaian, tuala dan sarung bantal yang diarahkan
bagi tujuan kebersihan dan keselamatan setiap hari.
 memberi kerjasama dan perhatian kepada setiap arahan/maklumat terkini yang dikeluarkan
oleh pihak TABIKA/TASKA samada secara lisan ataupun bertulis dan sebagainya.
 memberi komitmen penuh dalam setiap aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan
TABIKA/TASKA sepanjang tempoh ditetapkan berdasarkan PdP yang dirancang.
 bersikap terbuka dan bertoleransi terhadap pihak TABIKA/TASKA dan sentiasa bersedia
untuk berbincang secara baik sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau kekeliruan
tanpa memperbesarkan isu-isu atau melibatkan pihak-pihak yang tidak berkaitan.
 akur dengan kosep dan amalan TABIKA/TASKA agar menyerahkan anak saya dalam
keadaan bersih dan bersedia untuk aktiviti di TABIKA/TASKA.
 tidak menyalahkan TABIKA/TASKA dan KEMAS sekiranya anak saya disahkan positif
COVID-19 sepanjang tempoh persekolahan.

Kami sesungguhnya faham dan bersetuju akan segala perkara yang tersebut di atas.

…………………………………….
( Tandatangan Ibubapa/penjaga ) ( Cop Rasmi Kelas )
Tarikh :

33
Lampiran D

BORANG KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA


PELAKSANAAN UJIAN KENDIRI COVID-19

Saya ________________________________________________ *ibu/bapa/penjaga


kepada _______________________________________________________ dari
TABIKA/TASKA KEMAS_____________________________ Negeri_____________

*BERSETUJU/TIDAK BERSETUJU untuk membenarkan pihak sekolah / Jabatan


Kemajuan Masyarakat Daerah / Negeri melaksanakan Ujian Kendiri COVID-19
kepada anak jagaan saya berdasarkan keperluan dan ketetapan kerajaan Malaysia.

Tandatangan *Ibu/Bapa/Penjaga : ______________________________

No. Kad Pengenalan : ____________________________

Tarikh : _____________________________

Sekiranya tidak bersetuju untuk melaksanakan Ujian Kendiri COVID-19, sila


nyatakan sebab:

………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………..

34

You might also like