You are on page 1of 3

4.

3 Persoalan Kajian Pertama

Persoalan kajian pertama adalah “Sejauh manakah guru-guru mengetahui tentang konsep pembelajaran koperatif?”.
Persoalan kajian ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan guru-guru terhadap konsep pembelajaran koperatif. Analisis
dibuat berdasarkan data soal selidik yang dijawab oleh responden.

Terdapat 20 item yang telah dibina untuk mengetahui tahap pengetahuan guru-guru terhadap pembelajaran koperatif. Item-
item ini dianalisis bagi mendapatkan skor min. Jadual 4.4 menunjukkan keseluruhan skor min dan sisihan piawai yang
diperolehi daripada hasil analisis. Daripada nilai skor min yang telah dinyatakan, didapati item ke-17 mempunyai nilai skor
min yang tertinggi berbanding item yang lain sebanyak 4.1040 dengan sisihan piawai 1.9046 di mana ia berada pada tahap
yang tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru mengetahui pembelajaran koperatif merupakan kaedah pengajaran
yang menekankan kemahiran komunikasi pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala nilai skor min
yang terendah adalah item ke-11 iaitu 3.976 dengan sisihan piawai 0.235 di mana ia berada pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan purata skor min bagi menjawab persoalan kajian pertama adalah 3.999
dengan sisihan piawainya 1.975. Secara keseluruhan guru-guru sekolah menengah mempunyai pengetahuan tentang kaedah
pembelajaran koperatif ini.

Jadual 4.4 : Skor Min Bagi Tahap Pengetahuan Tentang Konsep Pembelajaran Koperatif
4.4 Persoalan Kajian Kedua

Persoalan kajian kedua adalah “Sejauh manakah guru-guru mengamalkan strategi pembelajaran koperatif di dalam proses
pengajaran di sekolah menengah?

Persoalan kajian ini adalah untuk melihat pengamalan strategi pembelajaran koperatif dalam kalangan guru-guru di sekolah
menengah. Analisis dibuat berdasarkan data soal selidik yang dijawab daripada responden.

Terdapat 26 item yang telah dibina untuk mengetahui pengamalan pembelajaran koperatif dalam kalangan guru-guru. Item-
item ini dianalisis bagi mendapatkan skor min. Seterusnya daripada nilai skor min yang diperolehi, tahap pengamalan
strategi pembelajaran koperatif dapat diketahui dengan menggunakan tahap kecenderungan min. Setelah analisis dibuat,
didapati item ke-4 mempunyai nilai skor min tertinggi berbanding item yang lain iaitu sebanyak 4.0160 dengan sisihan
piawai 0.17853di mana ia berada pada tahap yang tinggi.

Guru-guru bersetuju bahawa mereka sentiasa memberikan galakkan kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi
kumpulan pada sesi pengajaran akan datang. Ini adalah sebagai dorongan kepada pelajar-pelajar untk
meningkatkan kemahiran-kemahiran kepada pelajar untuk sesi akan datang.

Purata keseluruhan skor min bagi 26 item dalam bahagian C ialah 3.995 dengan sisihan piawai 0.761. Daripada
purata skor min, dapat ditentukan bahawa tahap bagi amalan pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran
guru-guru adalah berada pada tahap yang tinggi.

Satu carta palang dihasilkan daripada Jadual 4.5 bagi menunjukkan keseluruhan hasil analisis yang diperolehi bagi setiap
item soalan di dalam bahagian C seperti dalam Rajah 4.5.

Jadual 4.5 : Skor Min Bagi Pengamalan Perlaksanaan Strategi Pembelajaran Koperatif
4.5 Persoalan Kajian Ketiga

Persoalan kajian ketiga adalah “Apakah faktor persekitaran yang menjadi penggalak kepada perlaksanaan pembelajaran
koperatif di sekolah menengah?”.

Persoalan kajian ini adalah untuk melihat apakah faktor persekitaran yang menjadi penggalak kepada guru-guru dalam
perlaksanaan pembelajaran koperatif di dalam proses P&P. Analisis dibuat berdasarkan data soal selidik yang dijawab
daripada responden.

Terdapat 16 item yang telah dibina untuk mengetahui faktor-faktor persekitaran yang terlibat dalam menggalakkan
perlaksanaan pembelajaran koperatif di sekolah menengah. Pengkaji telah mengkategorikan faktor persekitaran kepada tiga
aspek iaitu aspek kemudahan (item 1- 5), aspek motivasi (item 6-12) dan aspek pembangunan profesional (item 13-16).
Item- item ini di analisis bagi mendapatkan nilai skor min. Seterusnya daripada nilai skor min

Item

Skor Min ini, faktor persekitaran yang menjadi penggalak dapat diketahui dengan menggunakan tahap kecenderungan min.

Jadual 4.6 menunjukkan keseluruhan skor min dan sisihan piawai yang diperolehi daripada hasil analisis. Daripada analisis
yang dilakukan, responden bersetuju bahawa aspek kemudahan, aspek motivasi dan aspek pembangunan profesional
merupakan faktor yang menjadi penggalak kepada mereka untuk melaksanakan pembelajaran koperatif di mana nilai skor
min bagi ketiga-tiga aspek berada pada tahap yang tinggi dengan nilai julat skor min di antara 3.890 hingga 4.308. Merujuk
Rajah 4.6, aspek kemudahan memberikan nilai skor min tertinggi iaitu 4.308 dengan sisihan piawai 0.690. Kebanyakan
responden bersetuju bahawa ruang kelas yang selesa merupakan faktor penggalak kepada mereka untuk melaksanakan
pembelajaran koperatif.

Manakala bagi aspek motivasi pula, purata nilai skor min adalah 3.93 dengan nilai sisihan piawai 0.796 dan berada pada
tahap yang tinggi. Di dalam aspek ini, responden tidak bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran yang sedikit
mendorong mereka melaksanakan pembelajaran koperatif. Merujuk kepada Rajah 4.8 pula, responden berpendapat bahawa
aspek pembangunan profesional adalah penting dalam memberikan galakan dan maklumat kepada mereka untuk
melaksanakan pembelajaran koperatif. Pernyataan ini disokong dengan purata nilai skor min yang berada pada tahap yang
tinggi iaitu 3.89 dengan sisihan piawai 0.819

You might also like