You are on page 1of 18

Bibliografi

Abd. Rahman Hanafiah, 1990. “Kesusasteraan dalam Pembelajaran Bahasa dan Kesusasteraan
Sebagai Mata Pelajaran: satu Perbandingan”. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar
Kebangsaan Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa Malaysia pada 6 dan 7 Oktober, anjuran Peserta
Kursus 14 Minggu, IBKL.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 1997. Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Disertasi untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Universiti
Malaya.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2003. Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa.
Tg.Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a. Citra Komsas. Tg.Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005b. Stilistik Komsas. Tg. Malim: Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005c. “Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu”. Jurnal
Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007. Komsas dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru. Kuala
Lumpur : Icon Region Sdn Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007. Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur : Icon
Region Sdn Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007. “Pendekatan Pembelajaran Kontekstual dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu”. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Jilid 3. Tanjong Malim : Jabatan
Bahasa Melayu, UPSI.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir dan Nik Rubiah Nik Mustapha, 2007. “Penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu”. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Jilid 3. Tanjong
Malim : Jabatan Bahasa Melayu, UPSI.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir dan Abdul Hamid Mahmood, 2007. “Kemahiran Belajar Cara Belajar”.
Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Jilid 3. Tanjong Malim : Jabatan Bahasa Melayu, UPSI.

Malu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri
mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan
yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa
yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari
satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini
sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.

Malu dalam masyarakat Melayu mempunyai 3 lapis pengertian, iaitu:

 Malu Sebagai Perasaan

 Malu Sebagai Tanda Harga Diri

 Malu Sebagai Fungsi Kawalan Sosial

Maka, Esei ini akan membincangkan konsep malu dalam Masyarakat Melayu daripada ketiga-tiga
pengertian ini.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Malu Sebagai Perasaan

2 Malu Sebagai Tanda Harga Diri

3 Malu Sebagai Fungsi Kawalan

Sosial

4 Kesimpulan

5 Lihat Juga

6 Nota Kaki

7 Senarai Rujukan

[sunting]Malu Sebagai Perasaan

Malu sebagai perasaan merujuk kepada istilah “rasa malu”. Istilah-istilah Melayu yang merujuk kepada
pekara ini termasuklah, “berasa aib”, “rasa segan” dan juga “segan silu”. Orang yang menunjukkan
perasaan malu, akan diperikan sebagai “malu-malu” dan “takut-takut”.

Secara umumnya, malu merupakan perasaan rendah diri ataupun berasa segan silu terhadap kekurangan
yang ada pada diri sendiri apabila dibandingkan dengan orang lain. Kekurangan ini boleh diertikan sebagai
kebodohan, kejahilan, tidak sertimpal, tidak seperti, mahupun tidak setaraf. Individu yang mengalami
perasaan begini selalunya menganggap dirinya lebih kecil dan hina daripada orang lain yang dianggapnya
mempunyai serba kelebihan pula.

Malu merupakan sesuatu yang berpunca. Berdasarkan puncanya malu boleh dibahagikan kepada tiga jenis
seperti di bawah:

 malu-malu bahasa

 segan

 aib

Malu-malu bahasa merujuk kepada perasaan malu yang berpunca daripada perasaan hormat. Perasaan
malu-malu bahasa timbul apabila seseorang itu berhadapan dengan orang yang dihormati. Perasaan malu
ini agak serdeharna dan tidak sampai boleh menyakiti hati seseorang.

Segan merujuk kepada perasaan malu yang timbul daripada perbuatan janggal. Perasaan segan timbul,
apabila seseorang tidak biasa melakukan perkerjaan tertentu sehingga timbul keadaan yang janggal.
Biasanya ia timbul apabila seseorang “baru” dalam pekerjaan tertentu. Misalnya seseorang akan berasa
segan untuk bertutur kepada orang yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi jika beliau jarang untuk berbuat
demikian. Perasaan segan walupun tidak menyenagkan hati seseorang tetapi tidaklah ia sampai menyakit
hati.

Aib merujuk kepada perasaan malu yang berpunca daripada perbuatan yang jahat. Perasaan aib
merupakan malu yang kuat. Biasanya ia timbul apabila seseorang menyedari dirinya telah melakukan dosa
dan perbuatannya itu telah terbongkar dan diketahui umum. Perasaan aib ini sangat berkait dengan
penghinaan. Orang yang berasa aib mungkin akan melakukan tindakan yang estrim seperti membunuh diri.

[sunting]Malu Sebagai Tanda Harga Diri

Dari segi kehidupan bermasyarakat, perasaan malu itu berkaitan dengan maruah, harga diri dan air
mukanya seseorang. Orang yang beroleh malu bermaksud bahawa maruah, harga diri dan air mukanya
telah tercemar. Dalam keadaan ini, kedudukan sosialnya telah terjejas dan menjadi rendah. Ketercemaran
ini berpunca daripda perlakuannya sendiri dan juga oleh tekanan sosial.

Malu dianggap sebagai tanda harga diri kerana dikatakan seseorang itu dapat merasai maruah dan harga
dirinya apabila beliau mempunyai perasaan malu. Sehubungan itu, malu merupakan sesuatu yang sihat
bagi orang yang bermaruah kerana perasaan ini sebenarnya dapat mendorong seseorang untuk menjaga
maruah dan harga diri.

Bagi mereka yang tidak mempunyai perasaan malu, mereka lazimnya dianggap orang yang tidak tahu
harga diri. Pemerian untuk mereka ini ialah “Tidak tahu malu” dan “muka tebal”. Orang yang tidak tahu malu
biasanya merupakan kejian orang ramai dalam masyarakat Melayu.

Perasaan malu sebagaimana yang dikaitkan dengan maruah, dan harga diri amat penting dipupuk kepada
anggota-anggota masyarakat. Dengan memberi kesedaran mengenai perasaan malu yang ada pada diri
seseorang itu boleh menjadi penghalang atau benteng yang penting bagi anggota masyarakat agar tidak
melakukan sesuatu yang dianggap menyeleweng. Daripada itu malu boleh dikaitkan dengan fungsi
kawalan sosial seperti apa yang akan dibincangkan di bawah:

[sunting]Malu Sebagai Fungsi Kawalan Sosial

Masyarakat Melayu menyedari bahawa malu merupakan satu fungsi kawalan sosial dengan adanya
perpatah yang berbunyi:

Kerana malu tahu menilai batas

Malu merupakan satu perasaan negetif yang timbul daripada kesedaran diri seseorang mengenai
perlakuan yang tidak senonoh. Daripada itu, seseorang akan mengelakan diri daripada perlakuan yang
buruk bagi mengelakkan diri daripada beroleh malu. Dari segi ini, malu sememangnya boleh mengawal
tingkah laku seseorang dan dengan itu memainkan fungsi kawalan sosial.

Masyarakat Melayu yang hidup secara berkeluarga juga menguatkan lagi fungsi malu sebagai kawalan
sosial. Dalam masyarakat Melayu seseorang itu bukan sahaja akan menanggung malu daripada
perbuatannya sendiri malah akan menanggung malu daripada perbuatan ahli keluarganya. Ini adalah
kerana keluaraga Melayu yang mempunyai perasaan kekitaan terhadap keluarganya sendiri dan juga
kerana masyarakat Melayu menganggap bahawa seseorang itu terikat kepada keluarganya. Misalnya,
seorang anak akan menyebabkan ibu bapa mereka malu sekiranya ia telah melakukan sesuatu yang jahat
seperti mencuri. Dalam peribahasa Melayu, tindakan anak ini diperikan sebagai “menconteng arang di
muka ibu bapa”.

Bagi mengelakkan diri mereka menanggung malu seseorang itu akan cuba mengawal ahli keluarga mereka
supaya tidak melakukan perbuatan yang buruk. Di sini, sekali lagi kita boleh lihat bahawa malu telah
memainkan satu fungsi kawalan sosial
Kesedaran mengenai malu sebagai fungsi kawalan sosial juga boleh dilihat dari segi manipulasi konsep
malu dalam puisi Melayu lama. Di sini, konsep malu telah digunakan untuk menasihati orang ramai supaya
berkelakuan baik. Contohnya[1]:

Buah ganja makan dikikir

Dibawa orang dari hulu

Barang Kerja hendak difikir

Supaya Jangan mendapat malu

Dan satu lagi contoh[2]:

Tingkah laku tidak kelulu

Perkataan kasar keluar selalu

Tidak memikirkan aib dan malu

Bencilah orang hilir dan hulu

Puisi-puisi Melayu Lama di atas telah menasihatkan orang ramai supaya mengingatkan perasaan malu
supaya mereka berkelakuan baik. Di sini kita boleh lihat bahawa adanya satu kesedaran mengenai malu
sebagai satu fungsi kawalan sosial dalam masyarkat Melayu.

[sunting]Kesimpulan

Malu satu emosi yang negetif bagi orang keseorangan. Tetapi ia merupakan aspek yang positif dalam
kehidupan bermasyarakat, kerana perasaan malu dapat mengawal orang keseorangan supaya tidak
menyeleweng daripada norma masyarakat dan sekaligus dapat membentuk satu suasana sosial yang lebih
harmoni. Oleh itu sikap “tahu malu” seharusnya dipupuk dalam masyarakat kita.

[sunting]Lihat Juga

 Penghinaan

 Maruah Diri

[sunting]Nota Kaki
1. Nukilan daripada koleksi pantun Melayu, lihat Kumpulan Pantun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1984, hlm 137.

2.Raja Ali Haji, Syair Nasihat(Penghujung Thamarat al-Muhimmah) dlm Puisi-puisi Raja Ali Haji, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, hlm 291.

[sunting]Senarai Rujukan

 Kamus Dewan.1994. Ed Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

 Kumpulan Pantun Melayu. 1984. Zainal Abidin Bakar(pngr). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

 Mohamed Mansor Abdullah.1993.Konsep Malu dan Segan Orang Melayu. Dlm. Psikologi Melayu.
Abdul Halim Othman (pngr). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Puisi-puisi Raja Haji Ali. 1993. Abu Hassan Sham(pngr). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

 Shame.Dlm Wikipedia The Free Encyclopedia (Ensiklopedia Internet).


http//en.wikipedia.org/wiki/shame. 27/5/05.

Penghinaan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penghinaan secara harafiahnya adalah tindakan untuk menjadikan seseorang itu rendah diri "humble",
atau menjatuhkan taraf seseorang itu dalam masyarakat. Bagaimanapun, istilah ini mempunyai banyak
persamaan dengan emosi atau perasaan malu. Penghinaan secara kebiasaannya bukanlah merupakan
pengalaman yang elok, kerana ia mengurangkan ego.

Penghinaan tidak memerlukan penglibatan orang lain; ia boleh jadi kesedaran mengenai taraf diri
seseorang, dan boleh menjadi satu jalan bagi menghapuskan perasaan bangga yang tidak sepatutnya.

Penghinaan orang lain sering digunakan sebagai satu cara seseorang untuk menunjukkan kuasanya
kepada orang lain, dan merupakan bentuk biasa penderaan atau penekanan. Kebanyakan hukuman secara
sengaja direka untuk menghina, contoh tarring and feathering, pillory, mark of infamy (stigma).

Penghinaan, seperti di penjara Abu Ghraib, boleh membabitkan (juga secara gabungan):

 Memaksa berbogel

 Memaksa memakai pakaian berlainan jantina


 Rogol atau memaksa melakukan hubungan seks atau berlakun mengadakan hubungan seks

 Memaksa menonton bogel dan/atau seks

 dipaksa memakai rantai

 diperolok-olokkan

Sesetengah yang di atas adalah bentuk penghinaan seksual.

Penderaan fizikal, selain kecederaan fizikal, juga merupakan satu penghinaan.

Bagaimanapun, sesetengah orang mendapati penghinaan oleh orang lain menghairahkan dalam keadaan
tertentu:

INDAHNYA BAHASA DALAM PANTUN MELAYU.


OLEH DR AMINUDIN MANSOR

Bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu


hasrat dan bahasa yang baik akan dapat difahami maksud sama ada
bahasa yang tersurat dan tersirat. Bahasa yang tersurat adalah yang
tertulis dan dapat difahami secara terus, manakala bahasa tersirat
adalah maksud yang berlapis dan mempunyai makna yang lain.

Begitulah, pantun yang dahulu biasanya disampaikan sewaktu orang


Melayu berkebun, bersawah, serta mengadakan majlis merisik,
meminang dan nikah kahwin. Pantun sebati dengan adat dan budaya
kehidupan masyarakat Melayu. Ia terangkum dalam pantun adat dan
resam manusia, agama dan kepercayaan, nasihat dan pendidikan,
kembara dan perantauan dan percintaan. Pantun sangat kaya dengan
nilai-nilai keindahan bahasa jika dikaji dan dihayati.

Bahasa dalam pantun juga terdapat dua maksud antaranya maksud


tersurat dan juga tersirat. Tetapi pada kebiasaannya pada pembayang
atau sampiran pantun ia banyak menggunakan bahasa tersurat dan
dalam maksud atau makna ia membawa dan menggunakan bahasa
yang tersirat. Bahasa khususnya Bahasa Melayu nilainya amat tinggi
tidak boleh dijual beli, seperti kata pantun di bawah ini:

Anak Cina bertimbang madat,


Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Makan sirih berpinang tidak,


Pinang ada di bawah tangga;
Makan sirih mengenyang tidak,
Tapi tanda budi dan bahasa.

Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

(Warisan Puisi Melayu, KL. DBP 1978).

Tanpa bahasa yang baik, sesebuah pantun tidak dapat berfungsi dengan
lancar serta tidak dapat menyampaikan sesuatu maksud. Pemantun atau
pengarang pantun biasanya mengambil imej alam, kehidupan dan
persekitaran semasa bagi pembayang. Manakala isinya atau maksudnya
juga mempunyai kaitan dengan pembayang tersebut.

Bahasa dalam pantun juga meliputi tumbuhan, binatang, alam fizikal dan
cakerawala, manusia, peristiwa, agama, objek konkrit, warna dan
seluruh kehidupan masa lalu dan masa kini. Hal ini terdapat dalam
pembayang pantun yang mengambil simbol untuk menyampaikan mesej
dan nilai-nilai tertentu. Begitulah juga keindahan bahasa dijelaskan
dalam pantun di bawah.

Sebagai contoh;

Yang kurik kundi,


Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

(Kumpulan Pantun Melayu, DBP, 1983)

Simbol mendukung makna kata dan diksi dalam pantun. Simbol juga
digunakan mengikut konteks pemakaian, dan lingkungan budaya
masyarakat yang menghasilkan pantun itu. Unsur bahasa dan kod
budaya turut memancarkan jaluran budaya dan pemikiran masyarakat
baik secara individu dan masyarakat atau kelompok masyarakat yang
mewakili zamannya. Puitika sesebuah pantun banyak bergantung pada
bahasanya yang indah, berseni, mempunyai akal budi, menyentuh rasa
dan perasaan dan ada rasa keindahan.

Proses penciptaan simbol ini sangat erat hubungannya dengan budaya


dan lingkungan kehidupan orang Melayu pada zaman dahulu dan juga
zaman kini bergantung pada bila proses penciptaan pantun itu sendiri.
Aspek simbol ini memperkayakan lagi dan turut memahami bahasa dan
budaya Melayu melalui karya sastera.

Kajian dan penyelidikan para sarjana mendapati, salah satu cara


menyampaikan buah fikiran, teguran dan sindiran adalah melalui pantun.
Orang Melayu dahulu gemar menyampaikan sesuatu persoalan secara
tidak langsung, melalui bahasa kiasan bagi menjaga hati orang lain agar
tidak tersinggung dan terasa dengan kata-kata secara langsung.

Melalui karya sastera, simbol merupakan salah satu unsur bahasa yang
penting. Simbol mungkin dapat ditafsirkan secara terus atau secara
tidak langsung. Simbol bukan sahaja dapat dikesan melalui karya
sastera Melayu lama, malah karya sastera Melayu Moden. Sebagai
contoh, pantun Melayu dapat dikesan banyak menggunakan simbol yang
dipakai bagi menyampaikan mesej dan nilai-nilai tertentu.

Bahasa dalam pantun Melayu dapat dikesan simbolnya melalui Pantun


Adat dan Resam, Pantun Agama dan Kepercayaan. Pantun
Budi, Pantun Jenaka, Pantun Teka-Teki, Pantun Kepahlawanan, Pantun
Nasihat dan Pendidikan, Pantun Peribahasa dan Perbilangan, Pantun
Kiasan dan Ibarat, Pantun Perantauan dan Pantun Percintaan.

Za’ba (1965:218) ada menyatakan tentang puisi khususnya pantun yang


menekankan kepada kecantikan, keindahan bahasa, metafora,
pemikiran, pendidikan, pengajaran dan sebagainya. Pantun sebagai
puisi yang diungkap akan mengindahkan lagi bahasa ucapan yang
digunakan untuk berbagai-bagai-bagai situasi; daripada memberi ucapan
secara berseloroh hingga kepada majlis yang lebih serius seperti
pertunangan dan perkahwinan dalam masyarakat Melayu.

Menurut pengkaji pantun Francois –Rene Daillie (2002) menyimpulkan


bahawa pantun Melayu itu suatu intisari kehidupan dan alam yang
diibaratkan sebagai sebutiran pasir. Di dalamnya tersirat segala elemen
kehidupan manusia Melayu termasuklah tentang tanah, rumah, kebun,
sawah padi, sungai, laut, hutan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan,
binatang, burung, ikan, dan pelbagai perkara kecil yang digunakan
dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, ia menyatakan juga tentang adat resam, kebijaksanaan,


pelbagai bentuk kepercayaan dan perasaan, cinta kepada jejaka
idaman, wanita dan Tuhan. Walau bagaimanapun, pantun bukanlah hak
milik mutlak bangsa Melayu sahaja tetapi dikongsi bersama oleh hampir
setiap etnik di alam Melayu ini.
Jelaslah, bahasa dalam pantun Melayu mempunyai keistimewaan yang
dipilih oleh pengarangnya dengan teliti, melalui pemerhatian yang lama
dan rapi. Garapan bahasa yang digunakan juga membabitkan simbol
tertentu bagi menjelaskan bahasa yang ingin disampaikan kepada
pendengar.

Bagi kepentingan budi dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat jelas


digambarkan melalui pantun di bawah:

Di sana padi di sini padi,


Itulah nama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Barulah sempurna bernama orang.

(Abdul Samad Ahmad (penyusun) Pantun Bunga Rampai, t. th :59).

Pandangan tokoh Budayawan Tenas Effendy (2007:3) mengatakan


pembayang pantun di Indonesia lazim disebut “sampiran”. Pantun pada
hakikatnya menjadi bahagian yang tidak dipisahkan dari isi pantun.
Sebahagian orang mengatakan bahawa kata “pembayang” dapat
diertikan sebagai “bayang-bayang” atau “bayangan” pantun, yang
menunjukkan persebatian yang kekal antara pembayang dan isi pantun.
Demikian juga dengan kata sampiran yang dapat ditafsirkan sebagai
sarung atau tempat menyimpan isi sebagai cerminan perpaduan isi dan
sampirannya.

Keindahan bahasa dalam pantun sejak dahulu sangat menitikberatkan


unsur pemilihan kata dan bahasa yang disampaikan. Terdapat juga
sejumlah kecil pantun menggunakan citra dan simbol alam sebagai
pembayang dan juga maksud yang membayangkan perlambangan atau
kiasan sebagai membuktikan khazanah keindahan pemikiran Melayu
yang luas itu.

Dalam hal ini, R.J. Wilkinson dan R.O.Winstedt (1957) pernah


menyarankan bahawa untuk memahami perasaan orang Melayu,
seharusnya difahami pantunnya. Mereka berpendapat, bahawa satu
daripada perkara yang penting yang boleh membawa seseorang itu
berjaya memahami dan menyelami pengetahuan, perasaan, bahasa dan
aliran fikiran orang Melayu sendiri ialah melalui pantun-pantunnya.
Malahan seseorang itu tidak dapat menduga aliran fikiran orang-orang
Melayu kalau tidak memahami pantunnya.

Hakikatnya, keindahan bahasa amat penting dalam serangkap pantun


untuk menyampaikan fikiran, hasrat dan rasa hati. Bahasa yang tidak
indah dan tidak tepat yang digunakan dalam pembayang dan isi pantun
akan menyebabkan sesebuah pantun itu tidak seimbang keindahan
bahasanya. Perhatikan pantun di bawah:

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi sedikit rasa nak junjung.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

(Petikan Teks Sehijau Warna Daun, “Pantun Budi”


2000:4, DBP.)

Budi dan bahasa sangat berkait rapat dalam setiap tindakan dan
perlakuan. Bahasa yang baik akan memancarkan budi bahasa yang
baik. Justeru, dikatakan hutang emas boleh di bayar; hutang budi dibawa
mati. Begitulah juga dengan orang berbudi disanjung mulia; ke mana
pergi tiada terbuang.

Begitulah rapatnya kaitan antara budi dan bahasa. Budi yang baik akan
sentiasa diiringi dengan bahasa yang baik juga, yang melambangkan
perasaan dan fikiran orang Melayu tentang budi dan bahasa. Orang
Melayu sentiasa bersifat budiman, mengenang budi, berbudi bahasa,
menabur budi dan sentiasa ingin berbudi. Hal ini sangat jelas dalam
kebanyakan pantun-pantun Melayu dahulu.

Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa khususnya Bahasa


Melayu para guru mestilah menekankan keindahan bahasa dalam
pantun-pantun Melayu melalui Komponen Sastera (Komsas) dari
Tingkatan Satu hingga Lima bagi memberi kesedaran, mendidik akal
budi, dengan sifat-sifat keistimewaan bahasa Melayu dalam karya-karya
sastera khususnya pantun. Pantun budi dikategorikan dalam pantun budi
dan bahasa.

Hakikatnya, bahasa yang indah sangat penting dalam penciptaan


pantun-pantun Melayu. Tanpa bahasa yang indah, pantun yang dikarang
atau dibacakan tidak terasa keindahannya. Oleh itu, para pencipta
pantun dan pemantun zaman lampau sangat bijaksana memilih kata-
kata tentang penggunaan bahasa yang berkaitan dengan alam,
kehidupan, adat istiadatdan budaya masyarakat Melayu. Melalui
pemerhatian yang teliti, penelitian yang rapi serta pengalaman
baharullah sesebuah pantun itu dicipta dengan fikiran yang bijaksana.

Pantun kiasan

Pantun digunakan secara puitis di dalam satu corak komunikasi berseni di tempat yang tertentu, di
upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan kiasan, atau sindiran yang tertentu. Tujuannya
adalah untuk membela kehalusan bahasa, kelembutan jiwa bangsa Melayu secara tidak terus terang.
Ini bermaksud agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya ada
azam untuk memperbaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai.

Orang Melayu menggambarkan rasa tidak puas hatinya dengan bahasa yang tidak terus
terang dengan tujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan yang serta-merta di antara sesama
mereka. Ini bersesuaian dengan peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:

Buah langsat kuning mencelah,


Keduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Pantun ini menyatakan kepada yang ditujukan tentang rasa kesal, kecewa dan duka cita si penutur
pantun. Jelas di sini bahawa pantun menyembunyikan maksud atau perasaan dengan penyusunan
kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin mengharapkan agar dia dapat dihargai dan tidak
dilupakan begitu saja dengan kehadiran orang baru. Adapun maksud sebenar sindiran di dalam
pantun ini ialah apabila seseorang itu beroleh teman baru, janganlah sekali-kali melupakan jasa baik
teman lama. Inilah di antara keunikan pantun Melayu yang penuh dengan kata-kata simbolik yang
tidak terdapat pada mana-mana bangsa lain.

Pantun kiasan juga adalah untuk memberi pengajaran dan juga nasihat kepada sesiapa
sahaja. Sindiran juga adalah bermakna untuk memberi semangat kepada seseorang, untuk
mengingati kepada golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. Antaranya kepada muda mudi
zaman dahulu yang inginkan ilmu, pengalaman, dan sebaginya. Tujuan adalah untuk mengejek pada
seseorang tapi dalam masa yang sama adalah sebagi nasihat pendorong kepada seseorang itu. Ini
bersesuaian dengan peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:

Berburu ke Padang Datar

Dapat rusa bergelang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Macam bunga kembang tak jadi.


Pantun ini menyingkapkan maksud yang tertentu, mungkin kepada pemuda atau pemudi yang belajar
sesuatu ilmu separuh jalan. Pada maksud pembayang telah mengambarkan kalau kita berburu rusa
ditempat padang yang luas, alih-alih rusa bergelang kaki iaitu kiasan kepada sang belang atau pun
harimau manakala maksud yang diberikan menonjolkan kepada seseorang yang berguru, tapi berguru
hanya sekerat jalan macam bunga kembang tak jadi adalah menguntaikan maksud seperti ilmu yang
diperolehi hanya sedikit dan tidak sepenuhnya tidak cantik dipandang, mengalah di tengah jalan dan
sebagainya.

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat melayu, orang melayu ini suka sangat merendahkan diri.
Dalam buku ini kurik kundi merah saga banyak pantun kiasan yang boleh kita definisikan orang
melayu terlalu merendahkan diri. Cuba kita lihat pantun kiasan ini.

Hisap rokok dalam kelambu,

Terbit asap menjadi abu;

Saya seumpama golok kayu,

Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Kiasan yang pertama pada pembayang adalah memberi petunjuk kepada kita kalau hisap rokok dalam
kelambu akan menyusahkan kita kerana malang tidak berbau, kelambu adalah satu benda yang
mudah terbakar. Kalau tersalah kena bara rokok pada kelabu nanti satu rumah keluar asap hingga
terbakar hanya tinggal abu kalau dapat selamatkan diri pun tinggal sehelai sepinggan. Maksudnya
pula menyatakan bahawa diri seseorang itu tidak berguna kepada sesiapa pun. Dia menyatakan dia
seperti golok kayu, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berguna kepada masyarakat sama ada buah
fikiran, tenaga dan sebagainya.

Orang melayu sememangnya kreatif dalam berbahasa. Setiap tutur kata begitu halus tetapi sinis
menyindir, pantun kiasan dipantun adalah untuk memberi kesedaran kepada seseorang atau pun
golongan yang tertentu. Sindiran juga dibuat kepada golongan petani yang malas nak bercucuk
tanam, tidak mahu berbudi kepada tanah. Tidak mahu bekerja keras dalam kehidupan berajakan
kepada malas. Dalam buku kurik kundi terdapat pantun sindiran kepada golongan seperti ini. Cuba
lihat pantun kiasan atau sindiran ini.

Tumbuk pulut di lesung tinggi,

Anak Pak Pandir tangkap belalang;

Hidupkan rumput bunuhkan padi,

Tentu sawah bertumbuh lalang.


Sindirannya jelas terpapar kepada individu yang malas bekerja, membiarkan tanah yang ada terbiar
begitu sahaja tanpa di usahakan. Orang melayu amat tidak menyenangi individu yang mempunyai
sikap begini. Orang melayu dahulu suka berbudi pada tanah kerana berbudi dengan tanah membalas
budi dengan hasil tanaman yang berbuah. Di dalam agama juga kita dilarang membuang masa dan
membazir. Jelas pantun ini menyindir golongan tertentu yang malas untuk mengusahakan sesuatu.

Pisau raut ulu manung,

Buat meraut rotan saga;

Ikan di laut asam di darat,

Dalam belanga berjumpa juga.

Cuba kita lihat pantun sindiran ini, ia menerangkan bagaimana sesuatu benda itu yang jaraknya
diletakkan jauh-jauh sekiranya ia dah ditentukan bersama akan bertemu juga suatu hari nanti. Di sini
kita dapat melihat bagaimana sindiran kepada seseorangyang cuba memisah seseorang dengan
seseorang mungkin kita dapat memberikan gambaran sebagai kekasih yang cuba dipasahkan kalau
dah ditakdirkan oleh Allah akan berjumpa juga suatu hari nanti.

Pantun kiasan dan saindiran ini bermacam-macam sindiran yang dilemparkan kepada
golongan-golongan yang berkait dengan situasi ketika itu. nada yang diucapkan juga adalah berbeza
dengan dengan tiap pantun sindiran yang lain. Mood penyampain juga adalah berbeza, reaksi muka
dan sebaginya. Tetapi yang penting sekali permainan bahasa yang digunakan adalah begitu halus, ini
berperanan adalah untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. Bahasa yang lembut
dapat melembutkan hati yang tengah marah, itulah peranan yang penting dalam pantun dalam alam
Melayu. Pantun kiasan juga jelas untuk mengingatkan kita jangan memandang rendah seseorang
orang lain. Dalam pantun kurik kundi ada menempatkan pantun seperti ini. Ini bersesuaian dengan
peranan pantun itu. Perhatikan pantun di bawah ini:

Pokok nangka pohon cempedak,

Pecah-pecah bunga sendudu;

Kecil jangan disangka budak,

Gajah tersungkur oleh pelanduk.

Pantun jelas menempelek golongan-golongan yang tertentu yang merasakan dirinya kuat. Sindiran
juga adalah jangan memandang orang kecil walaupun kita berbadan besar kerana kita tidak
menjangka, kita tidak mengetahui ilmu yang mereka ada. Walaupun seseorang itu kecil dan kita
berbadan besar tetapi kita akalnya pendek sedangkan akal si kecil adalah panjang dan cerdik dengan
senang kita ditewaskan dengan akal yang licik. Oleh itu janganlah kita memandang rendah seseorang
itu walaupun secara zahirnya kita lihat seorang itu tidah berupaya tetapi kekuatan, semangatnya lebih
tinggi dari kita.

Selain itu, pantun kiasan dalam buku ini juga memberikan sindiran kepada seseorang itu yang boleh
dianggap bodoh dalam menjalani kehidupan dalam mencari rezeki. Ini jelas dalam pnatun kiasan ini,
cuba kita perhatikan.

Buah pauh jatuh tercampak,

Jatuh mari tepi kuala;

Air keruh ikan tak nampak,

Buat penat turun menjala.

Pantun ini jelas menyindir seseorang itu yang tidak tahu menilai sebelum membuat keputusan dalam
apa-apa hal. Pada pembayangnya menyata buah pauh atau mangga jatuh tetapi jatuh di tepi kuala
telah memberi satu kesimpulan yang buah mangga itu tidak dapat diambil untuk dimakan kerana
jatuh di tepi kuala kerana di tepi kuala mempunyai tebing yang dalam, manakan maksudnya
menyindir pada seseorang yang membuat sesuatu yang sudah tahu yang usaha yang dilakukan adalah
sia-sia hasilnya. Ini membincangkan bahawa orang Melayu dahulu bijak dalam memberi pengajaran
kepada seseorang lain dengan penggunaan pantun begini. Kiasannya adalah bersungguh-sungguh
dalam menempelek orang lain dalam apa jua keadaan.

Pantun kiasan di hasilkan berdasarkan kepada keadaan, peristiwa yang berlaku dalam latar
masyarakat itu sendiri. Kiasannya adalah dengan terjadinya peristiwa sesuatu yang boelh dibuat
sebagai teguran kepada seseoarang atau golongan yang sukar untuk menerima kenyataan dalam
kehidupan. Sindiran adalah semata-mata hanyalah mengingatkan sesuatu yang tidak akan kembali
lagi kepada kita. Perhatikan pantun di bawah ini.

Apa guna sambal tumis,

Kalau tak campur asam belimbing;

Apa guna lama menangis.

Tidakkan penuh telaga yang kering.

Pantun kiasan menyatakan bahawa sindiran si pemantun kepada individu ini yang seolah-olah tidak
boleh menerima kenyataan dalam hidupnya. Pembayangnya juga telah membanyangkan bahagian
jelas yang terhadap dalam kehidupan. Perkataan yang dihasilkan iaitu bait-bait yang halus dan manis
didengar. Jelas di sini bahawa pantun menyembunyikan maksud atau perasaan dengan penyusunan
kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin memberi teguran kepada seseorang yang telah
kehilangan sesuatu yang begitu disayangi hingga menanggis berharian-harian wal halkan benda atau
sesuatu itu tak akan kembali lagi ke pangkuannya. Kalau dimaksudkan secara mendalam lagi,
kemungkinan penutur pantun itu mengharapkan seseorang itu melupakan yang telah berlalu dan
penutur itu boleh di jadikan gantinya.

Antara pantun kiasan yang lain yang terdapat dalam buku kurik kundi merah saga ini seperti berikut.

Ada damak ada ipuh,

Naik ke bukit nampak sumpitnya;

Emas perak senang disepuh,

Kalau besi nampak karatnya.

Ada kolah pada masjid,

Tempat budak sembahyang raya;

Tengah malam bintang terbit,

Bulan juga membawa cahaya.

Ada satu anak Mengkabau,

Cari makan di kebun Cina;

Sudah runtuh gunung Rembau,

Gunung Ledang ada gantinya.

Ada satu nama si Putung,

Duduk di surau berbaju kurung;

Taruh umpan salah gantung,

Tak kena ikan kena jerung.


Ada satu panglima raja,

Duduk kerusi kepala meja;

Tengah belayar taufan pun tiba,

Sampan kecil mahu buat apa?

Ada satu Putera Alam,

Duduk berkira siang malam;

Sungguh jernih air di kolam,

Tunggul buruk ada di dalam.

Ada satu Raja Pahlawan,

Sehari-hari duduk di kota;

Bukanlah bumi dilengkong awan,

Bulan matahari mahu serta.

Anak Cina belayar kapal,

Pecah cawan terantuk ke kemudi;

Kait bunga galah tak sampai,

Bunga biasa luruh sendiri.

Anak Cina belayar kolek,

Hendak pandai menjaga kemudi;

Kalau semua pilih yang cantik,


Tidaklah laku kain kodi.

Anak Cina berdayung sampan,

Hendak menuju kuala pekan;

Kalau takut tabur umpan,

Mana tahu ikan tak makan.

Anak raja berkirim surat,

Dari timur sampai ke barat;

Senjata lama dah dimakan karat,

Mana tikam susah nak lekat.

Anak helang dibawa terbang,

Bawa terbang terpingit-pingit;

Kalau abang tahu membilang,

Cubalah bilang bintang di langit.

Kesimpulan

Secara terusnya saya berpandangan bahawa, dalam buku kurik kundi merah saga ini, banyak pantun-
pantun yang begitu baik yang telah dikumpulkan dalam semua pelusuk negeri dan negara. Semua
pantun yang dijumpai dan disalain semula adalah menempakkan bahawa orang melayu adalah
serumpun bahasa dan bangsa yang memisahkan hanya sempadan. Tetapi yang menyatukan kita
adalah bahasa yang sama dan budaya itu sendiri.

You might also like