You are on page 1of 28

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

GSB 1012
KULIAH 5 : PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS
KESANTUNAN & KONSEP KESANTUNAN
MERENTAS BUDAYA
• Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air
muka. (Asmah, 2000:101)
• Air muka dalam bahasa Melayu pula bermaksud:
– rupa, wajah seseorang
– maruah seseorang.
• Dalam perkataan "penjagaan muka", kita boleh
mendapati bahawa kita sepatutnya menjaga mimik
wajah kita supaya tidak menyinggung perasaan orang
lain serta menjaga maruah sendiri.
• Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga
tercipta pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan
muka.
• Antara peribahasa tersebut ialah:
– Muka Tembok
– Muka Talam
– Muka Tebal
– Muka Tarpal
– Muka Papan
– Muka Pot
– Muka Sengkalan
– Muka Batu
– Muka Bantal
• Semua peribahasa di atas ditujukan kepada
seseorang yang tidak tahu malu. (Mohd. Tajuddin
Haji Abd. Rahman, 1999: 149).
• Penjagaan peribahasa yang banyak itu mempunyai
satu makna menunjukkan bahawa orang Melayu
sangat mementingkan "malu" dan "air muka".
• Bagi insan yang mempunyai maruah diri sendiri,
mereka mesti mempunyai perasaan malu yang
tertanam dalam jiwa mereka. Hal ini kerana orang
yang mempunyai maruah diri malu untuk melakukan
perbuatan, tingkah laku atau aktiviti yang akan
menjatuhkan imej diri.
• Malu dapat difahami sebagai suatu nilai suci dan murni
yang menjadi asas kepercayaan yang diterima sebagai
mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa
(Mohamed Mansor Abdullah, 1993:249).
• Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak
seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan
melaksanakan segala yang terpuji.
• Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta
menjadi asas didikan anak-anak. Anak-anak yang dididik
untuk memupuk perasaan malu dalam jiwa mereka
dapat menghindari daripada pelbagai aktiviti negatif
terutamanya gejala sosial yang boleh menjatuhkan
maruah sendiri serta keluarga.
• Menurut Zainal Kling (1980), konsep
malu itu meliputi pelbagai segi
pengertian termasuklah yang paling
tinggi yang berkaitan dengan akhlak dan
maruah individu, keluarga dan
masyarakatnya.
• Dalam masyarakat China, sifat malu ini sudah
dipraktikkan oleh nenek moyang masyarakat Cina sejak
beribu-ribu tahun yang lalu.
• Menurut Confucius, seseorang perlulah mempunyai
perasaan malu dalam kehidupan seharian apabila
melakukan segala perbuatan(行己有耻).
• Menurut Mencius (Meng Zi) (Sebelum Masihi 372-
Sebelum Masihi 289), setiap insan mestilah mempunyai
perasaan malu. Seseorang itu dapat menghindari
perbuatan yang memalukan sepanjang hayatnya jikalau
dia boleh memupuk sifat malu dalam jiwanya(人不可以
无耻。无耻之耻,无耻矣).
• Menurut masyarakat Cina, sifat malu merupakan salah satu
tatatertib yang harus dimiliki oleh seluruh rakyat. Jika
tatatertib ini tidak dapat diamalkan oleh rakyat, maka negara
berkenaan akan musnah. (礼、义、廉、耻,四国之维;四
维不张,国乃灭亡。)
• Dalam sebuah karya Liew On (Sebelum Masihi 179 - Sebelum
Masihi 122), masyarakat yang tidak mempunyai perasaan
malu merupakan masyarakat yang sukar untuk dikawal dan
ditadbir(民无廉耻,不可治也).
• Hal ini kerana masyarakat yang tidak tahu malu akan
melakukan pelbagai perbuatan negatif yang bukan sahaja
menjejaskan imej seseorang malah juga akan membawa
pelbagai keburukan kepada orang lain. Sebagai hasilnya,
sesebuah negara akan menjadi huru-hara dan sukar untuk
ditadbir.
• Oleh yang demikian, seseorang perlu
mengelakkan dirinya daripada menerima malu
atau memberi malu kepada orang lain.
• Orang yang menerima malu, lazimnya akan
berasa tertekan dan mudah hilang
pertimbangan. Hal ini akan menyebabkan
seseorang itu untuk melakukan perbuatan
yang tidak rasional.
• Dalam hikayat sastera klasik, terdapat beberapa peristiwa
peperangan, pergaduhan, pembunuhan, dan amuk yang
berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan.
• Contohnya, balas dendam Hang Jebat ke atas Sultan
Melaka kerana telah memalukan Hang Tuah yang dijatuhi
hukuman bunuh kerana bermukah (zina) dengan
perempuan istana.
• Dalam masyarakat Melayu, malu itu bukan sahaja
perasaan sendiri bahkan sesuatu tindakan kita boleh juga
memalukan keluarga dan masyarakat.
• Oleh itu, seseorang tidak harus melakukan perbuatan
yang jahat dan negatif kerana dia akan mendapat malu
besar jikalau perbuatan negatif yang dibuat diketahui
oleh orang lain seperti peribahasa "pecah tempayan
pekasam, muka berconteng arang" serta "ditepuk air
didulang, terpercik muka sendiri".
• Selain memalukan diri sendiri, perbuatan-perbuatan yang
tidak santun juga akan memalukan keluarga serta
masyarakat. Oleh itu, lahirlah peribahasa "menconteng
arang di muka" yang bermaksud sesuatu perlakuan yang
mendatangkan malu dan aib kepada keluarga.
• Antara sesuatu tindakan yang terkeluar daripada
kehendak dan norma masyarakat adalah seperti seorang
gadis "kahwin lari", maka tindakannya dikatakan tindakan
yang tidak santun kerana telah melanggar adat
masyarakatnya.
• Selain itu, gejala sosial seperti penagihan dadah,
gengsterisme, perlumbaan haram dan sebagainya yang
sering dilibatkan oleh golongan remaja hari ini juga
dianggap perbuatan yang tidak sopan serta memalukan
keluarga dan masyarakat.
• Anggota masyarakat yang sanggup memalukan diri
sendiri dan ahli keluarganya dianggap tidak berhemah.
• Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan
berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka).
• Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah bertujuan
untuk menjaga maruah dan air muka.
• Bagi masyarakat Cina pula, konsep malu juga bertujuan
untuk menjaga air muka sendiri serta air muka ahli
keluarga.
• Selain perbuatan seharian, perasaan malu juga boleh
berpunca daripada penggunaan bahasa.
• Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama sekali
menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
• Perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak
boleh mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri,
keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan
sesuatu yang benar.
• Di samping itu, masyarakat Melayu juga dinasihati supaya
tidak meninggi-ninggikan diri, memuji-mujikan sendiri,
bercakap dengan sombong dan ego. Hal ini kerana orang
yang sombong dan ego dianggap tidak mempunyai sifat
kemaluan serta bermuka tebal.
• Tambahan pula, kita juga tidak boleh bercakap bohong,
bercakap besar serta bercakap dengan sebarangan
kerana orang yang selalu berbohong akan mendapat
malu jika pembohongannya terbongkar.
• Mulut merupakan salah satu anggota badan yang
sangat perlu dijaga memandangkan mulut adalah
bahagian anggota yang mengungkapkan kata dan
anggota yang paling hampir dengan muka.
• Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri
dan orang lain jika mulut tidak dikawal dengan elok.
• Oleh itu, penggunaan mulut pada setiap hari perlu
dikawal dan orang Melayu sangat memberatkan
perkara ini.
• Ini jelas dengan penciptaan peribahasa seperti
"kerana pulut santun binasa, kerana mulut badan
binasa". Peribahasa ini bermaksud perkataan yang
dikeluarkan dari mulut akan menyusahkan diri
sendiri jikalau mulut tidak dikawal dengan baik.
• Orang Melayu juga tidak boleh menerima orang yang
menggunakan mulutnya untuk menyampai-
nyampaikan cerita orang lain daripada seseorang
kepada seseorang yang lain sehingga dia dikatakan
seperti "mulut tempayan", iaitu orang yang tidak
pandai menyimpan rahsia.
• Percakapan seseorang juga tidak boleh berlebih-lebih
kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain
terhadapnya sehingga dianggap seperti "mulut murai",
iaitu orang yang suka bercakap dan kadang-kadang
percakapannya dianggap tidak berfaedah.
• Masyarakat Melayu juga tidak menyukai orang yang
bermulut berus, iaitu orang yang suka mengeluarkan
kata-kata yang kesat.
• Orang Melayu juga memberatkan penggunaan lidah
kerana lidahlah yang membentuk kata-kata.
• Penjagaan lidah adalah sama penting dengan penjagaan
mulut kerana masyarakat Melayu mempunyai peribahasa
yang berkaitan dengan lidah yang buruk seperti "lidah
bercabang", "lidah biawak", "lidah tidak bertulang".
• Orang yang mempunyai lidah bercabang atau lidah
biawak adalah orang yang percakapannya tidak dapat
dipercayai.
• Selain itu, peribahasa "lidah tidak bertulang" digunakan
untuk menggambarkan orang yang mudah berjanji tetapi
mudah pula mengubah janjinya itu.
• Namun, sekiranya lidah itu digunakan secara positif
(santun), maka dikata "lidah manis" dan "lidah pendeta".
(Mohd. Tajuddin Haji Abd. Rahman, 1999:127).
• Orang yang mempunyai lidah manis adalah orang yang
bercakap dengan perkataan yang baik, halus dan
bersopan santun.
• "Lidah pendeta" didefinisikan sebagai kata-kata hikmat
(kata-kata yang mempunyai pengertian yang tinggi dan
berguna untuk sebagai panduan hidup) daripada orang
yang bijaksana .
• Dalam membincangkan tugas mulut dan lidah, kita tidak
boleh mengabaikan soal hati.
• Ini adalah kerana hatilah yang mendorong sesuatu
ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut.
Setiap perkataan atau ayat yang dikeluarkan dari
mulut kita adalah berasal daripada pemikiran kita.
• Oleh itu, kata-kata menggambarkan hati.
• Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang
santun dan sebaliknya. Jikalau hati atau pemikiran
kita adalah baik dan positif, maka percakapan kita
juga adalah baik.
• Kita boleh mengelakkan pelbagai masalah jika
percakapan kita baik. Antaranya adalah pergeseran,
pertelingkahan ataupun perselisihan faham dapat
dielakkan. Selain itu, persekitaran yang aman damai
dan harmoni dapat diwujudkan jika seluruh
masyarakat bertutur dengan sopan dan santun.
• Perkara ini ada disebut oleh Raja Ali Haji (2000:8) di
dalam gurindamnya seperti yang berikut:
– "Apabila terpelihara lidah,
– Nescaya dapat daripadanya faedah."
• Maksudnya adalah kita dapat memperoleh pelbagai
faedah jika kita boleh mengawal lidah kita iaitu
percakapan kita.
• Manakala mengenai hati pula, Raja Ali Haji seterusnya
berkata:
• " Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
• Jikalau zalim, segala anggota pun roboh."
• Maksudnya adalah hati merupakan anggota badan yang
menguasai dan mengawal segala tingkah laku serta
percakapan kita. Seandaiya hati kita jahat, maka tingkah
laku serta percakapan kita pun jahat juga.
"Tapi sayang
Tatkala bahasa disalah guna
Oleh lidah bercabang dua
Segala yang indah menjadi nista
Binasalah badan seluruh anggota
Bagai bunga kembang tak jadi"
(Sajak Bahasa, Norlila Abdul Ghani)
• Rangkap sajak ini membawa maksud menggunakan
kata-kata yang salah dalam percakapan akan
membawa binasa kepada seseorang itu. Penulis sajak
ini menasihati pembaca supaya bercakap dengan
berhati-hati dalam kehidupan seharian.
Ke tanah seberang satu purnama,
Duduk bertamu rumah saudara;
Kalau bertutur dengan sempurna,
Nahu tersusun santun terjaga."
(Pantun Bahasa)
• Penulis menasihati pembaca supaya bertutur dengan
sempurna iaitu dengan sopan santun, halus dan
menggunakan kata-kata yang baik supaya
kesantunan kita terjaga.
PERBINCANGAN (TUTORIAL)

Nyatakan pendapat anda tentang konsep penjagaan muka


yang diberi. Huraikan pernyataan yang diberi berserta
contoh-contoh.

• Menjaga maruah diri semasa berkomunikasi dengan


orang lain dengan tidak melakukan perbuatan yang
memalukan diri serta menggunakan cara yang sopan
santun.
• Selain menjaga maruah diri, kita juga haruslah menjaga
maruah orang lain semasa berkomunikasi dengan orang lain
supaya hati orang lain tidak tersinggung dan mereka boleh
merasai diri mereka dihormati.

You might also like