You are on page 1of 58

TAKLIMAT

PENAMPILAN DAN
SAHSIAH DIRI
Oleh;

RAGURAMAN A/L SUBRAMANIAM


KAUNSELOR PELAJAR
SMK SEREMBAN JAYA 2

1
1. PENGENALAN
2. PEKELILING YANG BERKAITAN
3. PENAMPILAN FIZIKAL
4. PENAMPILAN SAHSIAH
5. PENAMPILAN DIRI DALAM MAJLIS RASMI
6. INTERAKSI YANG MENGKAGUMKAN
7. INTERAKSI FORMAL MENGIKUT TEMPAT
8. UCAPAN FORMAL DALAM MAJLIS RASMI
9. PENAMPILAN DALAM MEMBURU
KERJAYA
10. KESIMPULAN

2
1. PENGENALAN
a. Penampilan diri ialah pembentukan diri
seseorang agar kelihatan menarik terutama dari segi
fizikal dan juga pembentukan keperibadian
yang mempersonakan

b. Penampilan diri terbentuk daripada asuhan,


pendidikan dan juga pendedahan daripada ibubapa,
rakan sebaya, guru dan masyarakat sekeliling.

c. Kesan positif hasil daripada penampilan diri ialah;


* Sifat diri yang berakhlak
* Sifat diri yang bersopan santun
* Sifat diri yang berkualiti
* Sebagai persediaan menghadapi pekerjaan
* Sebagai persediaan hidup dalam masyarakat

3
d. Asas Pembentukan Peribadi Yang Unggul
i. Pembentukan diri di rumah
ii. Pembentukan diri di sekolah
iii.Pembentukan diri dalam masyarakat

e. Antara Ungkapan Asas Pembentukan Peribadi Yang Baik


i. Minta maaf
ii. Terima kasih
iii.Izinkan saya
iv.Maafkan saya
v. Mohon kebenaran
vi.Boleh saya bantu

4
2. PEKELILING YANG BERKAITAN

2.1. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1976


Tajuk : Potongan Rambut

2.2. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1981


Tajuk : Ketepatan Masa di Sekolah-Sekolah

2.3. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.3/1983


Tajuk : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah

2.4. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.8/1985


Tajuk : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)

5
2.5. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1996
Tajuk : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan & kerapian pakaian

2.6. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1991


Tajuk : Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid

2.7. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.1/1996


Sikap Mengutamakan Keceriaan & Kebersihan Di Kalangan Pelajar.

2.8. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.6/1986


Tajuk : Urusan Temuduga Guru ke Jawatan Tetap

2.9. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.6/1990


Tajuk : Kelemahan Calon Dalam Temuduga SPP

6
a. Menjadi tumpuan orang ramai

b. Tatacara penampilan

 Muka * Bibir
 Rambut * Mata
 Tangan * Suara
 Badan

7
a. Merupakan tempat utama yang dapat
menarik perhatian.

b. Gambaran air muka;

* Air muka keruh - membimbangkan,


kesusahan dan tidak gembira.

* Air muka jernih - membahagiakan, tenang,


gembira, baik peribadi, jujur dan mesra.

* Air muka kering - menyakitkan, tiada belas


kasihan, niat jahat, marah dan bersifat iri
hati.

8
a. Pepatah menyatakan ‘Bibir bak delima
merekah’ dan ‘Bibir bak limau seulas’ –
menggambarkan keadaan sebenar
personaliti seorang gadis.

a. Bibir dan senyuman menggambarkan;


* Kecantikan
* Penunjuk
* Keikhlasan
* Kemesraan
* Kelembutan
* Keegoan
9
a. Pepatah Melayu ada menyatakan;
‘Apabila mata bertentangan mata, lidah
kelu hendak berkata’.

b. Mata berperanan;
* Menggetarkan emosi dan fikiran
* Memerintah dan mendapatkan
maklumat
* Perasaan dan nikmat
* Kejujuran, kesopanan dan sikap pemalu
* Menghina dan mengancam

10
3.4. RAMBUT
a. PETIKAN SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1976
( Tajuk : Potongan Rambut )

1 .….tuan adalah diingatkan supaya mengingatkan semua


murid, guru dan kakitangan lain supaya tidak berambut
panjang. Istilah rambut panjang seperti berikut;

* Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di


bawah cuping telinga
* Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi
* Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga
* Di atas : Rambut lebih daripada 6”

2. Murid, guru dan kakitangan yang beragama Sikh boleh


berambut panjang jika mereka berserban.

3. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi


teladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid.

11
b. Rambut adalah mahkota manusia

c. Pakar kecantikan menyatakan 70%


kecantikan terletak kepada rambut

d. Rambut dikaitkan dengan;


* Kedewasaan
* Kematangan
* Awet muda
* Perwatakan
* Kerjaya

12
3.5. SUARA
a. Kunci penampilan seseorang.

b. Pujangga Shakespeare menyatakan tentang kemerduan


suara ‘Suara yang menyenangkan bagaikan muzik yang
merdu yang pasti mempersonakan semua yang
mendengarnya’.

c. Suara yang baik - jelas, beralun dan bertenaga

13
3.6. TANGAN
a. Gerak tangan dapat menggambarkan keperibadian diri
anda.

a. Tafsiran gerakan tangan ialah;

* Tangan di dada ( tidak gembira dengan pertemuan)

* Menggosok-gosok hidung dengan jari ( tidak percaya


dengan apa yang dicakapkan)

* Mengendang-ngendang jari ke meja (


memperkecilkan pandangan orang lain)

* Menggosok belakang leher dengan tapak tangan


(tidak setuju dengan apa yang diperkatakan)

* Menggigit jari ( Tidak yakin / rasa gugup)

* Menarik-menarik bawah telinga (tidak dapat buat


keputusan)

14
 Duduk menongkat kepala (mendengar dengan
sepenuhnya)

 Duduk menongkat dagu (tidak mengambil


berat)

 Tangan menutup mulut (tidak pasti maklumat


betul / salah

 Tangan dalam poket ( tidak yakin )

 Mencubit-cubit batang hidung (perlu masa


untuk berfikir)

 Menggosok-gosok mata dengan jari ( tidak


berminat)
15
3.7. KAKI

a. Sepasang lelaki dan wanita yang cantik dan


gagah akan dinilai dari rambut sampailah ke
hujung kaki

b. Kebersihan tangan, kaki dan kuku


menggambarkan;
* Kerajinan atau kemalasan
* Kebersihan atau kekotoran
* Bertanggungjawab atau ambil mudah
* Berdisiplin atau cuai
* Berkualiti atau lemah

16
• Penampilan sahsiah diri akan menjadikan seseorang itu;
disayangi / dikagumi / dicintai

* Antara ciri-ciri penampilan dalaman ialah;

i. Bersifat peramah (tidak sombong,pendiam, pemarah)

ii. Menunjukkan suasana yang menggembirakan (tenang)

iii.Bersyukur (rasa rendah diri, tidak cemburu, pendendam)

iv.Menghargai harta yang dimiliki (tamak, merungut-


rungut)

v. Menjauhi kehidupan di luar kemanpuan (bimbang,


gelisah,
cemas)

17
5. PENAMPILAN DIRI
DALAM MAJLIS RASMI
a. Menjadi tumpuan ramai.
b. Tempat pertemuan, berkenalan dan
mengenali antara satu sama lain.
c. Sifat yang perlu ada pada diri
seseorang;
* Tingkah laku yang sopan
* Budi bahasa yang baik dan tertib
* Imej sosial yang baik (pakaian,
perhiasan dan solekan)
* Keyakinan dan gaya diri

18
5.1. PERSONALITI

* Ialah perwatakan, peribadi dan imej


seseorang sama ada lelaki atau perempuan.

* Personaliti yang baik akan dipandang segak, kacak,


cantik dan mempersonakan.

* Seseorang yang berpersonaliti dapat menarik


perhatian umum

* Personaliti yang baik dapat dibina dengan ;


` cara menghiasi diri
` cara bergaul
` berkelakuan sopan
` cara berjalan
` cara duduk

19
5.2.TATASUSILA BERPAKAIAN
* Pakaian adalah perhiasan diri dan merupakan
cermin hati yang dapat memperlihatkan
personaliti dan penampilan imej
keperibadian seseorang.

* Perkara yang perlu diberi perhatian kepada


pakaian ialah dari segi;
` fesyen
` warna
` jenis kain
` jenis pakaian

* Pakaian akan mencerminkan personaliti,


pangkat dan kekayaan, nilai diri dan
kejujuran.

20
* Bagi kaum lelaki
a. Seluar panjang, berbaju kemeja dan bertali
leher atau ‘buch jacket’ / ‘lounge suit’.
Baju hendaklah dimasukkan ke
dalam. Tangan baju jangan
dilipat.
b. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis
dengannya.

* Bagi kaum wanita


a. Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum
masing-masing dan lain-lain pakaian yang
sesuai dan tidak menjolok mata.
b. Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slack’, seluar pendek
dan apa-apa pakaian yang menutup muka
atau yang menjolok mata, tidak boleh
dipakai.

21
5.3. PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH

Petikan Pekeliling Iktisas Bil. 3/1983


( Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah)

1. Surat pekeliling ini ialah untuk mengemaskinikan lagi semua


arahan yang berhubung dengan pakaian seragam murid-murid
sekolah

2. Panduan peraturan pakaian seragam bagi;


* Sekolah Rendah
* Sekolah Menengah
* Pakaian Pendidikan Jasmani
* Pakaian Dalam Pasukan Unit Beruniform
* Pakaian Murid-Murid Islam Pada Hari Jumaat
* Kasut
* Pakaian-Pakaian Seragam Khas

22
5.4. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1996
(Penampilan Diri Pelajar, Kekekasan & Kerapian Pakaian)

Surat Pekeliling Iktisas ini menitikberatkan kepada pembinaan sahsiah


dan penampilan diri pelajar-pelajar di sekolah. Penekanan yang diberi
perhatian ialah;

a. Tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar


b. Tidak mengikat tali leher dengan kemas
c. Tidak mengancing butang baju
d. Berkasut kotor dan tidak berkilat
e. Tidak memakai kain samping dengan kemas
f. Tidak menyikat rambut dengan rapi

23
5.5. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1991
(Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid)

Pekeliling ini menggariskan adab serta tatatertib yang baik


bagi seorang pelajar ketika berada di masjid. Antara
perlakuan yang disaranakan ialah;

a. Tidak berbual-bual

b. Tidak bergurau

c. Tidak membuat bising

24
5.6 KASUT UNTUK KE PEJABAT
* Bagi menjaga penampilan diri dan pergerakan
anda di pejabat maka pemilihan kasut yang
bersesuaian amat dititikberatkan

* Bagi kaum lelaki;


` Tumit sederhana rendah dan agak lebar
` Tapak yang tidak mengeluarkan bunyi
` Berwarna hitam / coklat

* Bagi kaum wanita;


` Tumit sederhana tinggi
` Tapak tidak mengeluarkan bunyi
` Berwarna hitam / coklat
` Sandel bertumit bertutup di hadapan (baju
kurung / kebaya)
` Bertutup penuh (skirt labuh)

25
5.7. BEG TANGAN
* Bagi kaum wanita, beg tangan merupakan sebahagian
perhiasan yang wajib.

* Saiz beg tangan yang di bawa ke pejabat lebih besar


daripada saiz beg yang di bawa ke majlis sosial.

* Warna beg tangan yang di bawa ke pejabat tidak


berkilat seperti beg ke majlis sosial.

* Cara membawanya;
` disandang di bahu kiri
` tidak melintangi badan
` pegang pangkal beg untuk keselamatan

26
5.8. PERHIASAN SEMASA KE PEJABAT

* Untuk menambahkan gaya dan kejelitaan maka


penggunaan perhiasaan yang tidak keterlaluan
digalakkan.

* Barang kemas daripada emas dan berlian tidak


sesuai dipakai untuk ke pajabat tetapi sesuai ke
majlis sosial.

* Bagi kaum lelaki, perhiasan yang sesuai hanyalah


seutas jam tangan, sebentuk cincin, sebatang
pen, tali leher dan cermin mata (bagi yang
memerlukan)
27
5.9. PAKAIAN KE MAJLIS FORMAL

* Jika anda menghadiri majlis formal sama ada siang


atau malam maka pemilihan pakaian yang bersesuaian
amat perlu.

* Pakaian yang sesuai hendaklah menepati kehendak


dalam kad jemputan.

* Kalau tidak dinyatakan dalam kad jemputan pakailah;

` bagi kaum wanita (baju kurung, kebaya, selendang,


skirt labuh)
` bagi kaum lelaki – pakaian yang sesuai ialah baju
batik berlengan panjang (jamuan)
` untuk minum pagi / makan tengahari / minum teh
petang – pakaian yang sesuai ialah pakaian kerja.

28
 Majlis perkahwinan adalah satu-satunya majlis yang
bersejarah dan utama bagi sesorang individu dalam
hidupnya.

 Pemilihan pakaian perlu disesuaikan.

 Pengantin
Pakaian mesti bersesuaian dengan gaya, imej, warna dan jenis
kain (dapatkan pandangan daripada ‘mak andam’)

 Pengiring
Pakaian yang sesuai, cantik tetapi tidak melebihi daripada
pakaian pengantin.

 Tetamu Biasa
Pakaian yang bersesuaian dan kemas.

29
 Tanpa mengira siapa dan agama yang dianuti, kita
harus memahami bahawa kematian adalah suatu
peristiwa yang sedih.

 Untuk menunjukkan rasa sedih dan simpati maka


pakaian yang sesuai ialah;

` berwarna putih atau berwarna gelap

` elakkan pakaian yang berwarna warni dengan


warna yang terang.

30
 Rujuk maklumat yang tercatat dalam kad jemputan

 Bagi lelaki Melayu : Pakaian Kebangsaan


bersamping dan bersongkok hitam.

 Bagi lelaki bukan Melayu : Pakaian ‘lounge suite’


berwarna gelap.

 Bagi wanita Melayu : Pakaian kebaya panjang /


baju kurung berselendang panjang.

 Bagi wanita bukan Melayu : Pakaian cara barat,


baju berlengan panjang dan bergaun labuh hingga
ke bawah lutut.

31
5.13. PAKAIAN KE MAJLIS JAMUAN
a. Pilihlah pakaian yang bersesuaian yang dapat
menunjukkan bahawa anda menghormati
majlis yang dihadiri itu. Rujuk kad jemputan.
b. Semua pakaian sesuai dipakai asalkan ianya
cantik, bersih dan sesuai
c. Pakaian yang dipakai hendaklah;
* tidak terlalu pendek
* tidak terlalu ketat
* tidak terlalu jarang
* tidak menjolok mata
* tidak mendedahkan sebahagian tubuh anda
* tidak lapuk dan lusuh

32
5.14. TINGKAH LAKU DI MAJLIS JAMUAN
a. Majlis jamuan yang diadakan bertujuan untuk
menggembirakan tetamu.
b. Jamuan dibahagikan kepada jamuan formal dan
jamuan tidak formal.
c. Sebagai tetamu, anda perlu mengetahui;
* Tatatertib pergaulan
* Cara duduk dan berdiri
* Bersopan santun dan berbudi bahasa
* Saat ketibaan
* Tertib di meja makan
* Tertib semasa makan

33
5.15.1. Cara Makan Berdiri

a. Dilarang mengisi pinggan terlalu penuh


b. Memegang pinggan dengan tangan kiri dan
sudu di tangan kanan.
c. Elakkan mengangkat pinggan terlalu tinggi
semasa menyuap makanan.
d. Kain lapik (napkin) ada di bawah pinggan.
e. Kurangkan pergerakan semasa makan.
f. Dilarang meninggalkan majlis sebelum tetamu
kehormat berangkat pulang.
g. Ucapan terima kasih kepada penganjur / tuan
rumah.

34
a. Tiba di tempat jamuan lebih awal 5 – 15 minit
sebelum majlis bermula.
b. Duduk dengan selesa dan rapatkan kaki.
c. Elakkan daripada meletakkan kedua-dua belah siku
di atas meja.
d. Gunakan tangan kiri untuk menyenduk nasi dan lauk
sekiranya makan dengan tangan.
e. Pastikan gelas minuman anda berada di sebelah kiri
anda.
f. Anda perlu berhenti makan apabila semua orang
yang semeja anda sudah berhenti makan.
g. Anda dilarang meninggalkan majlis sebelum tetamu
kehormat berangkat pulang.
h. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah atau
penganjur sebelum pulang.

35
a. Bercakap-cakap semasa makan.
b. Menyuap makanan terlalu banyak dalam satu suapan
c. Memilih-milih makanan
d. Menumpahkan makanan
e. Melaga-lagakan sudu, garfu dan pinggan mangkuk.
f. Menerpa ke makanan yang baru dihidangkan.
g. Menolak terus makanan yang dihidangkan.
h. Menghisap rokok
i. Meluahkan makanan dari dalam mulut.
j. Meninggalkan banyak baki makan yang diambil
k. Menggigit kuku, mengorek telinga atau mencungkil gigi.

36
37
38
39
5.16. KETEPATAN MASA

Petikan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2/1981


(Ketepatan Masa Di Sekolah)
Semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan kakitangan
sekolah serta murid-murid perlu memelihara dan
mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir ke
sekolah.

Adalah diharapkan semua guru mengamalkan ketepatan


masa sepanjang waktu bertugas di sekolah,baik semasa
datang ke sekolah atau pun balik dari sekolah, mahu pun
ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar atau
menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu
hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh
meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum
tibanya masa untuk berbuat demikian.

40
6. INTERAKSI YANG MENGKAGUMKAN

6.1. Interaksi Lisan


Contoh Kesantunan Berbual Di Telefon
a. Telefon merupakan alat komunikasi yang penting
pada hari ini.
b. Pelbagai gaya dan cara menjawab telefon, antaranya;
* ‘Hello, siapa di sana?’.
* ‘Hello, selamat sejahtera, saya……………..’
c. Akhiri perbualan dengan ucapan terima kasih.
d. Elakkan telefon diletakkan dengan kuat dan kasar.
e. Elakkan mendengar perbualan orang di dalam telefon
f. Telefon merupakan alat perhubungan penting dan
elakkan percakapan yang tidak bermanfaat.

41
6.2.. Interaksi Bukan Lisan

* Penampilan perilaku yang mengiringi pertuturan


iaitu bermula dari wajah iaitu mata, bibir, kepala,
senyuman dan air muka hinggalah kepada
pergerakan tangan dan jari anda;

* Antara perlakuan yang membawa pengertian;


` Senyuman : bersedia / perhatian
` Meninggi suara : marah
` Tunduk dan memusingkan muka : Tidak
berminat
` Menongkat dagu : tidak mengambil berat
` Menongkat kepala : Mendengar sepenuhnya
` Berpeluk tubuh : tidak gembira dengan
pertemuan

42
6.3. Menjadi Pendengar Yang Unggul

* Selain daripada berinteraksi secara lisan, satu lagi


kemahiran yang mengkagumkan ialah kemahiran
mendengar.

* Pepatah Belanda menyatakan ‘bercakap itu perak


diam dan mendengar itu emas’.

* Orang yang berkemahiran mendengar akan


dikenali sebagai yang bertimbang rasa dan
mempunyai sifat yang bersopan santun.

* Berikut panduan menjadi pendengar yang baik


(Jangan bercakap semasa mendengar /
tumpukan perhatian / bersabar / bersederhana
dengan hujah dll)
43
6.4. Cara Berbual Yang Dikagumi

* Interaksi yang mengkagumkan terhasil apabila


suara yang baik dapat disampaikan secara
berdiplomasi.

* Seseorang yang bijak berbual tahu bila ia perlu


bercakap dan bila pula perlu mendengar,

* Bahan perbualan yang perlu dielakkan;

` cerita tentang kekayaan sendiri / peribadi


` cerita tentang penyakit yang menjijikkan.
` mengata keburukan orang
` mengada-ngadakan cerita
` menyebutkan nama pembesar sebagai rakan
sepermainan sahaja.

44
7. INTERAKSI FORMAL MENGIKUT SITUASI
DAN TEMPAT

7.1. INTERAKSI DI PEJABAT


* Mengutamakan tetamu yang berurusan ke
pejabat
* Tetamu yang datang dibiar tanpa layanan
* Sedia menolong dan membantu
* Mengiringi tetamu / berjalan seiring
* Menolak dengan sopan sesuatu pemberian
* Senyuman
* Tidak bersalaman terlalu lama
* Perkenalkan tetamu kepada majikan
* Menghormati pegawai
* Tidak menunjukkan gelihati jika ada
sesuatu keganjilan
* Pejabat tempat bekerja bukan tempat
berbual

45
7.2. INTERAKSI DALAM MAJLIS SOSIAL YANG
FORMAL
 Kesopanan, kepekaan, lembut dan memahami merupakan
perkara utama semasa berinteraksi dalam majlis sosial
yang formal.

 Perkara yang perlu diberi perhatian ialah;


` tajuk perbualan yang bersesuaian
` utamakan minat orang yang lawan bercakap
` bentuk perbualan yang bersesuaian dengan majlis
` elakkan berbual semasa makanan ada di dalam mulut

 Tajuk perbualan yang dilarang dalam majlis sosial;


` perbualan tentang kewangan / kekayaan peribadi
` barang-barang perhiasan yang dipakai
` peralatan rumah
` agama
` politik

46
8 UCAPAN FORMAL DALAM MAJLIS RASMI

8.1. UCAPAN PENDEK DALAM MAJLIS SOSIAL


* Antara majlis sosial ialah majlis keramaian, majlis
perpisahan, majlis kesyukuran, majlis hari jadi dll.
* Berikut ialah panduan ringkas untuk berucap;
` ambil sedikit masa untuk mengurangkan
kegugupan.
` berdiri dengan yakin, tenang dan tumpukan
perhatian
` mulakan dengan ucapan selamat dan mengalu-
alukan
` mengucapkan terima kasih
` isi ucapan
` akhiri ucapan dengan harapan, cadangan dan
sokongan
` penutup ucapan dengan terima kasih dan mohon
ampun
` duduk semula di tempat asal dengan sopan

47
8.2. MEMPENGERUSIKAN MAJLIS RASMI

Berikut ialah panduan sekiranya anda dipilih menjadi


pengacara / pengerusi majlis / pembentangan kertas
kerja.

a. Ucapan permulaan (mengalu-alukan kehadiran dan


memaklumkan tujuan majlis tersebut)
b. Mengucapkan terima kasih kepada penceramah
dan penganjur majlis
c. Mempersilakan penceramah
d. Memperkenalkan penceramah / baca biodata
penceramah
e. Menyampaikan sedikit ulasan sekiranya ada masa.
f. Membukakan majlis kepada sesi soal jawab
g. Rakaman terima kasih kepada penceramah dan
penganjur

48
8.3. MEMPENGERUSIKAN MAJLIS JAMUAN

 Terdapat pelbagai jenis majlis jamuan, antaranya


jamuan perpisahan, meraikan kenaikan pangkat, hari
lahir, pindah ke rumah baru, bersara, menunaikan fardu
haji dll.

 Berikut ialah panduan mempengerusikan majlis


tersebut;

a. Mengetahui majlis tersebut


b. Mengetahui senarai jemputan yang hadir
c. Menyediakan teks pengacaraan majlis
d. Mengalu-alukan kehadiran bagi pihak penganjur
e Mempersilakan penganjur menyampaikan ucapan
f. Acara selingan
g. Rakaman terima kasih dan menutup majlis

49
Berikut ialah panduan ringkas;

a. Sebagai pemimpin / kuasa tertinggi dalam mesyuarat


b. Mengetahui tujuan mesyuarat
c. Melihat, memimpin dan mengawal mesyuarat
d. Mengalu-alukan kehadiran
e. Mengetahui agenda mesyuarat
f. Memberi peluang kepada semua JK memberi pendapat
g. Mendengar dengan tenang dan sabar
h. Mengikut agenda
i. Membuat keputusan
j. Mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat

50
10.1. STRATEGI

a. Menyediakan perancangan dan pemikiran yang teliti


b. Tinjauan tentang pekerjaan yang dipohon
c. Dapatkan nasihat dan bimbingan kerjaya
d. Selalu merujuk buku panduan kerjaya dan menyemak
iklan
e. Hubungi pihak yang berkaitan dengan jawatan tersebut
f. Kenalpasti kerjaya / pekerjaan tersebut
g. Sediakan biodata (resume) dengan lengkap, padat dan
baik
h. Menyediakan diri dengan maklumat dan kemahiran
yang berkaitan sebelum temuduga

51
 Semua jawatan kosong perlu dipohon dengan mengisi borang
permohonan terlebih dahulu kecuali dengan menghadiri
temuduga terbuka.
 Borang permohonan adalah wakil diri pemohon kepada majikan
 Borang yang kemas, bersih dan teliti akan mendapat perhatian
utama, panduan mengisi seperti berikut;
` baca semua arahan dengan teliti
` gunakan pen berdakwat hitam
` boleh ditaip atau ditulis tangan
` pastikan tiada kesalahan ejaan
` gunakan huruf besar pada ruang-ruang yang dikehendaki
` gunakan kertas tambahan sekiranya ruang tidak mencukupi
` semak semua maklumat, tandatangan dan pos ke pihak
berkenaan

52
10.3. TEMUDUGA PEKERJAAN
a. Petikan Pekeliling Iktisas Bil. 6/1986
(Urusan Temuduga Guru-Guru Ke Jawatan Tetap)

* Adalah disyorkan bahawa semua Guru Besar hendaklah


memastikan perkara-perkara berikut dimaklumkan dan
difahami oleh semua guru yang hendak menghadiri
temuduga dengan SPP.

i. Berpakaian kemas / pakaian purdah tidak dibenarkan.


ii. Menunjukkan tingkahlaku yang bersopan santun.
iii. Berusaha menjawab semua soalan yang ditanya.
iv. Memahami Perintah-Perintah AM Bab A – G
v. Mengetahui isu-isu semasa
vi. Memahami tugas, peranan dan fungsi SPP
vii Memahami proses yang berkaitan dengan tindakan
tatatertib
viii Memahami urusan pengambilan calon (perlantikan,
pengesahan jawatan, sekim berpencen dan tatatertib)
. ix. Tugas harian sebagai seorang guru.

53
b. Temuduga adalah satu kemestian dan wajib dihadiri oleh semua
pemohon sebelum ditawarkan jawatan.

c. Dua tujuan temuduga;


* Menghadkan jumlah pemohon sesuai dengan
kekosongan
* Memilih calon yang benar-benar layak

d. Antara ciri-ciri sahsiah yang diperhatikan;


` penampilan sahsiah luaran (fizikal) : kemas, bersih.
` Gaya dan perwatakan
` petah dan lancar bercakap
` bertenaga dan bermotivasi tinggi
` sikap positif & ketenangan
` tinggi kepekaan dan daya fikir
` berkarisma (gaya diri, temuan mata, senyuman)

54
10.4. PERSIAPAN MENGHADIRI TEMUDUGA

a. Persiapan dari segi maklumat pekerjaan berkenaan.

b. Semak tarikh, masa dan tempat temuduga

c. Tiba sekurang-kurangnya 15 minit sebelum temuduga

d. Bawa semua dokumen yang diperlukan

e. Penampilan diri

55
10.5. KELEMAHAN CALON-CALON DALAM
URUSAN TEMUDUGA

(Petikan Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1990)

Berdasarkan Laporan Lembaga Temuduga SPP, antara kelemahan


yang nyata ialah;
a. Pakaian calon lelaki
b. Pakaian calon wanita
c. Rambut
d. Tanda nama
e. Kehadiran
f. Adab temuduga
g. Persiapan dokumen
h. Maklumat diri
I. Pengetahuan iktisas / perkhidmatan
j. Pengetahuan am

56
11. KESIMPULAN

Pengurusan diri yang sempurna akan membentuk penampilan


diri yang mempersonakan.Untuk mencapai itu, latihan yang rapi
dari peringkat awal amat diperlukan. Hasilnya,ia dapat
melahirkan insan yang berakhlak, bersopan santun serta
berkeyakinan tinggi sebagai bekalan dihari muka dan
seterusnya akan menjadikan diri anda sentiasa terkenal,
gembira dan bahagia.

Menyedari hakikat perlunya penampilan diri khususnya dari segi


penampilan fizikal, sahsiah, interaksi dan juga pengucapan
maka adalah diharapkan dengan sedikit sebanyak panduan yang
ada dimuatkan di dalam nota ringkas ini akan dapat dijadikan
panduan kepada remaja dalam mempersiapkan diri menghadapi
hari depan

57
Sekian
Terima kasih

58

You might also like