You are on page 1of 30

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan


kurniaNya, saya diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata
dalam e-book Biasakan Yang Betul terbitan Unit Perhubungan dan
Protokol Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB).

Saya mengalu-alukan usaha Unit Perhubungan dan Protokol,


IPGKTB menerbitkan e-book Biasakan Yang Betul ini. Saya percaya
e-book ini boleh dijadikan panduan kepada warga IPGKTB, kerana
telah menggariskan etika atau panduan cara berpakaian sebagai guru
pelatih dan juga seorang penjawat awam .

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Unit Perhubungan


dan Protokol kerana berjaya menerbitkan e-book ini. Tahniah dan
syabas juga kepada pasukan panel penulis e-book ini atas kejayaan
merealisasikan impian warga kampus menerbitkan sebuah e-book
yang amat bermakna. Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan demi
menyemarakkan kecemerlangan pensyarah-pensyarah dan warga
IPGKTB.

ENCIK MOHD. SAAT BIN ABAS


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
PRAKATA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

E-book Biasakan Yang Betul ini diterbitkan untuk dijadikan


rujukan kepada warga Insititut Pendidikan Guru Kampus Tuanku
Bainun (IPGKTB) supaya wujud keseragaman dan konsistensi cara
berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej IPGKTB.
Panduan ini menjelaskan secara terperinci mengenai tatacara
berpakaian berdasarkan peraturan-peraturan yang sedang
berkuatkuasa. Warga IPGKTB hendaklah memberi perhatian serius
terhadap perkara ini kerana kegagalan mematuhi peraturan ini boleh
menjejas imej organisasi.

Sekiranya panduan yang digariskan dalam e-book ini dijadikan


amalan, insya Allah kita akan dapat memberi satu tanggapan yang baik
kepada masyarakat bahawa kita telah menampilkan satu lambang
keperibadian yang unggul dalam berpakaian.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan


terima kasih kepada Tuan Pengarah, Tuan Timbalan Pengarah,
semua panel penulis dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung terhadap kejayaan penerbitan e-book ini.

AMINUDDIN BIN ABD YAZID


Ketua Unit Perhubungan dan Protokol
Insititut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

i
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MS
1. PENGENALAN 1
2. CITARASA BERPAKAIAN 2
3. KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI DAN WANITA 3
4. BAJU BATIK 9
5. BAJU KORPORAT 10
6. BAJU ALTERNATIF 11
7. LONG SUITE 12
8. TWO/THREE PIECE SUIT PANTS BAGI 14
PEGAWAI AWAM WANITA
9. PAKAIAN KEBANGSAAN /TRADISIONAL 15
10. PERKARA YANG DILARANG DALAM ETIKA 18
BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN KE PEJABAT
RUJUKAN 23
LAMPIRAN A 24
LAMPIRAN B 25

ii
1. PENGENALAN

Cara berpakaian melambangkan keperibadian penjawat awam serta


nilai-nilai dan etika kerja yang murni. Pakaian yang bersih, kemas dan
bersesuaian sangat ditekankan untuk dijadikan amalan kepada
penjawat awam berdasarkan pekeliling-pekeliling, peraturan-peraturan
dan garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam dan pihak berkuasa.

Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan


Tatatertib) 1993 memperuntukkan:

• Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa


berpakaian dengan sepatutnya rnengikut apa-apa cara yang
ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

• Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri suatu


upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang
ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk
upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian dengan
sepatutnya bagi upacara tersebut.

1
2. CITA RASA BERPAKAIAN
Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada taraf atau tahap
majlis tersebut. Penampilan bagi seseorang individu dalam sesuatu
urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej, iaitu:
a. Imej organisasi di mana pegawai bertugas.
b. Imej peribadi.

2
KESESUAIAN PAKAIAN
Pemerhatian terhadap pakaian yang dipakai oleh seseorang itu
mencerminkan peribadi diri si pemakai. Selain itu warna dan gaya juga
memainkan peranan dalam penampilan diri mereka.

PAKAIAN LELAKI

BAJU
• Baju kemeja dengan warna yang
sesuai.
• Baju hendaklah dimasukkan ke
dalam.
• Sematkan semua butang baju jika
tidak bertali leher (kecuali butang
kolar).
• Jangan lipat bahagian lengan jika
memakai kemeja lengan panjang.
• Kurang sesuai berbaju lengan
pendek jika bertali leher.
• Pakai singlet jika memakai bush-
jacket tetapi jangan sampai
kelihatan singlet tersebut.

3
TALI LEHER
• Memakai tali leher hanya dengan
kemeja lengan panjang.
• Bahagian hujung tali leher mestilah
sampai ke bahagian kepala tali
pinggang.
• Sesuaikan warna tali leher dengan
baju.
• Tali leher berjalur sesuai dengan
baju tanpa corak.

SELUAR
• Jangan memakai baju, seluar dan
stoking jenis berjalur
keseluruhannya.
• Seluar dan bush-jacket hendaklah
sama warna dan bahan (material).
• Seluar jangan terlalu labuh hingga
mencecah lantai atau pun singkat

4
hingga kelihatan tergantung.
Jangan memakai seluar yang ketat
(drainpipe).

KASUT DAN STOKIN


• Sesuaikan warna stoking dengan
seluar.
• Kasut hendaklah bersih dan
berkilat.
• Stoking putih tidak sesuai dalam
majlis.
• Stokin berwarna putih tidak
sesuai dengan pakaian pejabat
melainkan berpakaian putih dan
berpakaian sukan.
• Kasut sukan walaupun mahal,
amat tidak sesuai dalam
sebarang urusan rasmi.

5
WANGIAN
Gunakan ‘cologne’ dan deodorant
yang lembut. Jika bergaul dengan
orang ramai sapukan ‘cologne’ di
kedua belah bahu. Pilih bauan yang
lembut dan minimal bersesuaian
dengan keadaan bagi mengelakkan
situasi kurang menyenangkan.

PAKAIAN WANITA
BAJU
• Tidak memakai kain berkilat /
berkilau pada siang hari.
• Tidak memakai satu warna
sahaja.
• Tidak melebihi empat warna
pada satu masa.
• Pilihan warna kain hendaklah
berasaskan kepada warna kulit
dan bentuk badan.
• Jangan terikut-ikut fesyen
yang mungkin tidak sesuai.
• Warna tudung hendaklah
bertentangan dengan warna
baju.
• Corak fabrik tidak melebihi
empat warna.

6
• Jauhi daripada memakai baju
yang banyak rupol (frills)
ataupun berbunga besar.

7
SOLEKAN DAN ASSESORI
• Bila menggunakan alat solek,
jangan keterlaluan.
• Jangan memakai gelang
tangan dan jam tangan di
tangan yang sama.
• Bila gunakan sarung kaki pilih
warna ‘skin colour’.
• Perhiasan hendaklah yang
minima dan bukan menjolok
mata.
• Gunakan bedak yang tidak
mempunyai bau yang kuat.
• Rambut hendaklah disisir rapi.
• Semua bahagian rambut
tertutup dan diikat kemas jika
memakai tudung.
• Hindarkan daripada memakai
anting-anting labuh, rantai
tangan atau rantai kaki
berloceng yang akan
menghasilkan bunyi apabila
berjalan.

8
4. BAJU BATIK
Batik yang dipakai hendaklah bercirikan batik Malaysia.
Baju batik adalah wajib dipakai di pejabat pada setiap hari Khamis.
Digalakkan membawa baju batik semasa menghadiri urusan rasmi di
luar negara dan memakainya di majlis yang bersesuaian. Ini bagi
melambangkan identiti dan imej Malaysia.

LELAKI WANITA

9
5. BAJU KORPORAT
Pemakaian baju korporat oleh pegawai/kakitangan KPM hanya
dibenarkan apabila melaksanakan tugas rasmi di lapangan/luar
sahaja. Bagi pegawai/kakitangan lelaki, baju korporat hanya boleh
dipakai bersama-sama seluar panjang (slacks)/khakis dengan
keutamaan kepada warna gelap. Bagi pegawai/kakitangan wanita,
baju korporat hanya boleh dipakai bersama skirt labuh berbentuk “A”
(A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang
polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam/dark blue/royal
blue.
LELAKI WANITA

10
6. BAJU ALTERNATIF
Fesyen pakaian alternatif bagi penjawat awam lelaki adalah seperti
berikut : Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006
LELAKI
Baju kemeja berlengan
panjang:-
a) Berkolar baju Melayu cekak
musang berbutang tiga.
b) Berkolar baju Melayu cekak
musang berbutang lima.
c) Berkolar Nehru berbutang
terselindung.
d) Berkolar mandarin
berbutang tiga.
Syarat:
Berseluar panjang. Lengan
baju jangan dilipat. Kemeja
hendaklah dimasukkan ke
dalam (tuck in).

Nehru suit:-
a) Berbutang hadapan
b) Berbutang terselindung

11
7. LONG SUIT
LELAKI
Gabungan 2-pieces suit yang
terdiri daripada :
• Kot
• Seluar panjang
• Sut perlu dipadankan dengan
kemeja lengan panjang dan
tali leher
• Seluar dan kot mestilah
sepadan dari segi warna dan
• jenis bahan
• Pilihan warna sut yang
digalakkan adalah warna
hitam

12
WANITA
Gabungan 2-pieces suit yang
terdiri daripada :
• Kot
• Skirt paras lutut dan skirt
labuh.
• Skirt dan kot mestilah
sepadan dari segi warna dan
jenis bahan.
• Sut perlu dipakai dengan
kemeja lengan panjang yang
dibutangkan atau memakai
cuff link.
• Pilihan warna suit skirt yang
digalakkan adalah warna
hitam.

13
8. TWO/THREE PIECE SUIT PANTS BAGI PEGAWAI AWAM
WANITA
Bersesuaian dengan kepelbagaian bidang yang diceburi oleh kaum
wanita dalam perkhidmatan awam ketika ini, maka Kerajaan
membenarkan pemakaian two/three - piece suit pants bagi pegawai
awam wanita semasa bekerja atau menghadiri upacara rasmi.

Gabungan two/three piece suit pants yang terdiri daripada :


• Kot.
• Seluar panjang.
• Seluar dan kot mestilah sepadan dari segi warna dan jenis
bahan.
• Sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang yang
dibutangkan atau memakai cuff link.
• Pilihan warna sut seluar yang digalakkan adalah warna hitam
atau warna gelap.

TWO PIECE SUIT PANTS THREE PIECE SUIT PANTS

14
9. PAKAIAN KEBANGSAAN /TRADISIONAL
Pakaian ini hendaklah dipakai secara lengkap dan bersesuaian untuk
menjalankan tugas rasmi.

Baju Melayu
Baju Melayu yang lengkap adalah
• bersamping
• bersongkok hitam
• berbutang
Baju Melayu tidak dibenarkan
dipakai dengan seluar yang berbeza
warna atau jenis bahan dan
berselipar

Baju Kebaya
Fesyen baju kurung dan baju
kebaya hendaklah tidak keterlaluan
serta tidak menggunakan fabrik
yang jarang

15
Sut Punjabi Sari

Ceongsam Baju Kurung

16
KASUT

LELAKI WANITA
• Bersih dan berkilat • Bertumit (digalakkan 1.5” –
• Bertumit digalakkan (0.5” – 2.0”)
1.0”) • Bertutup
• Bertutup • Berwarna gelap
• Berwarna gelap • Kulit / PVC atau setara
• Kulit / PVC atau setara • Sarung kaki yang sesuai
• Sarung kaki sepadan • dengan warna kulit
dengan seluar atau kasut (sekiranya memakai sarung
kaki)

17
10. PERKARA YANG DILARANG DALAM ETIKA BERPAKAIAN
DAN PENAMPILAN KE PEJABAT
LELAKI WANITA
BAHAGIAN KEPALA BAHAGIAN KEPALA
Menindik telinga Rambut yang tidak disisir rapi
(Jika dilepaskan, rambut
hendaklah disisir rapi)
Mewarnakan rambut secara
berlebihan
Mewarnakan rambut

Rambut mencacak, punk atau


skinhead BAHAGIAN BADAN

Baju yang terdedah di bahagian


pinggang (midriff)

Janggut yang tidak kemas dan


mencecah butang atas baju

18
Memakai kopiah termasuk Pakaian yang ketat, jarang,
bersama baju Melayu. berleher luas atau fesyen yang
tidak sesuai untuk ke pejabat

Kemeja berlengan pendek


kecuali pakaian seragam / baju
Misai melebihi bahagian atas
korporat yang dibenarkan oleh
bibir
pihak pengurusan untuk
program / aktiviti yang
ditetapkan

Berkepala botak tidak digalakkan


KECUALI atas sebab genetik /
kesihatan atau faktor
Keagamaan

19
BAHAGIAN BADAN Kemeja bercetakkan perkataan
Memakai tali leher berkarakter yang tidak sesuai, logo, gambar
kartun atau karakter-karakter lain atau slogan yang bercirikan
yang tidak sesuai unsur politik, ganas, seram,
lucah dan yang seumpamanya

Memakai Long Suit yang


berlainan warna dengan warna
Kemeja T (T-shirt)
seluar

BAHAGIAN KAKI
Kasut tiada bertumit tidak
digalakkan (kecuali atas sebab

Memakai lebih daripada dua (2) kesihatan)

cincin pada satu tangan

20
Berkuku panjang dan tidak bersih Selipar dan Sandal

Kemeja berlengan pendek


UMUM
kecuali pakaian seragam / baju
Solekan yang berlebihan
korporat yang dibenarkan
oleh pihak pengurusan untuk
program / aktiviti yang ditetapkan

Mencacah tatoo

Kemeja bercetakkan perkataan


yang tidak sesuai, logo, gambar
atau slogan yang bercirikan
unsur politik, ganas, seram,
Memakai wangian yang tidak
lucah dan yang seumpamanya
sesuai dan berlebihan

Nafas berbau
Mempunyai bau badan
(khususnya bau rokok)

21
BAHAGIAN KAKI
Memakai selipar, kasut getah
dan kasut sukan
Kasut yang tiada bertumit
(kecuali atas sebab kesihatan)

PENUTUP
Semoga penerbitan e-book Biasakan Yang Betul ini dapat dijadikan
panduan yang lengkap kepada warga IPGKTB mengenai etika dan
tatacara berpakaian ke pejabat. Amalan berpakaian yang kemas
adalah penting untuk merealisasikan hasrat Kementerian untuk
menjadikan warga IPGKTB sebagai penjawat awam yang berimej
unggul dan profesional pada setiap masa.

22
RUJUKAN
1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja
dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-
Pegawai Awam)
2. Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993
3. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2006 (Fesyen Pakaian
Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri
Upacara Rasmi)
4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 2008. (Pemakaian Batik
Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis)

23
LAMPIRAN A

Kesesuaian Pakaian Bagi Pelbagai Majlis


Majlis Perempuan Lelaki
Bankuet Negara Baju Kurung Atau Mess Kit / White Tie
atau Negeri Kebaya Labuh, / Baju Kebangsaan
berselendang dan Rasmi dengan
tidak sedondon Darjah Kebesaran
Jamuan Makan Baju Kurung Baju Kebangsaan
Malam Rasmi oleh berselendang / Baju Hitam / Black Tie
Ketua Negara atau Kebaya Labuh
Ketua Kerajaan Berselendang
Jamuan Makan Baju Kurung / Baju Baju Kebangsaan /
Malam Formal Kebaya Labuh Lounge Suit
Jamuan Makan Baju Melayu Moden Baju Batik Lengan
Malam Tidak Panjang
Formal
Jamuan Makan Baju Kebaya / Baju Baju Batik Lengan
Tengahari Rasmi Kurung Panjang / Lounge
suit / Pakaian Kerja
Jamuan Makan Baju Melayu Moden Baju Batik Lengan
Tengahari Tidak Panjang
Rasmi
Jamuan Teh Rasmi Baju Kurung / Baju Baju Batik Lengan
Kebesaran Kebaya Labuh Panjang / Lounge
suit / Pakaian Kerja

24
Penguniaan Darjah Baju Kurung atau Baju Batik Lengan
Kebesaran Kebaya Labuh, Panjang /Lounge
berselendang dan Suit/Pakaian Kerja
tidak sedondon
Hari Ulang Tahun Baju Kebaya / Baju Baju Batik Lengan
Kemerdekaan Kurung Panjang / Bush-
Jacket / Pakaian
Kerja
Mengadap Tuanku Baju Kurung atau Lounge suit gelap
Kebaya Labuh, dan bersongkok /
berselendang dan baju kebangsaan
tidak sedondon
Musabaqah Baju Kurung atau Baju Kebangsaan /
Kebaya Labuh, Baju Batik Lengan
berselendang dan Panjang / Lain-lain
tidak sedondon pakaian yang sesuai
Pengebumian Baju Kurung atau Baju Kebangsaan /
Kebaya Labuh, Baju Batik Lengan
berselendang dan Panjang / Lain-lain
tidak sedondon Pakaian yang sesuai
Majlis Anjuran Pakaian Kerja Baju Kebangsaan
Agensi (siang)
Majlis di Luar Baju Kurung Pakaian Kerja
Dewan seperti
Perasmian Sukan

25
LAMPIRAN B
http://www.jpm.gov.my/sites/default/files/u290/SPP%20Bil%201_2006.pdf

26

You might also like