You are on page 1of 1

Potongan Rambut

Potongan Rambut a. Rambut Murid Lelaki Mengikut surat Pekeliling Iktisas No.2/1976 peraturan rambut murid lelaki adalah seperti Di lakaran gambar.

Rambut murid lelaki yang dianggap panjang adalah seperti berikut: i.Di belakang: Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga. ii.Di depan: Rambut menutup garisan tengah dahi. iii.Di sebelah : Rambut menutup ke dua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan side burn melebihi garisan tengah hidung. iv.Di atas : Rambut lebih daripada 4cm. Panjang. v.Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan janggut dan misai

b. Rambut Murid Perempuan (jika tidak bertudung) i. Rambut murid Perempuan hendaklah jangan sehingga jatuh ke baju tetapi jika murid perempuan yang enggan memotong pendek , rambut hendaklah diikat supaya tidak mencecah ke bahu. ikatan rambut berwarna biru/hitam sebagai tocaang (plait) atau pony-tail adalah dibenarkan. ii.Sebarang perhiasan rambut seperti cekak,klip rambut beraneka fesyen dan warna serta seumpamanya tidak dibenarkan dipakai di sekolah. iii.Pengunaan gel pewarna dan pelbagai fesyen rambut serta warna adalah dilarang kepada semua murid lelaki dan perempuan.

You might also like