You are on page 1of 2

Kekemasan diri Smart, kacak, macho, segak dan lawa merupakan istilah yang sering didengari bagi kaum

lelaki dan perempuan. Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh kita untuk kelihatan Anda harus kelihatan smart, kacak, macho segak dan lawa dari segi pakaian dan pengurusan diri. Ini bukan bermakna anda perlu membeli pakaian yang mahal dengan jenama yang terkenal atau menghias diri dengan solekan yang berlebihan tetapi sekadar memberi keselesaan pada diri sendiri dan kepada mereka yang melihat anda. Pakaian yang comot dengan keadaan diri yang tidak terurus menjadikan diri kita tidak bersemangat dan tidak dipedulikan orang. Lihatlah sahaja betapa segak dan mantapnya seorang murid yang berpakaian seragam sekolah yang lengkap atau berpakaian seragam bagi unit pakaian seragam. Mereka ini kelihatan ceria, berdisiplin, mudah mesra dan aktif dalam menjalankan tugas. Anda juga boleh kelihatan seperti mereka dengan mengenakan pakaian yang serba lengkap sebagai seorang murid sekolah.

Kekemasan diri. Pastikan kekemasan diri seperti kekemasan rambut, baju dan pakaian dalam keadaan yang sempurna. Elakkan daripada berambut panjang atau berpakaian selekeh kerana ini mengurangkan semangat untuk belajar. SEMUA PELAJAR 1. 2. 3. Rambut tidak boleh dikerinting atau diwarnakan / celup. Rambut berfesyen tidak dibenarkan. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan `ekor rambut. Rambut yang berjuntai ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.

PELAJAR LELAKI 1. 2. 3. Pelajar lelaki mesti berambut pendek. Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut. Semua pelajar lelaki yang mendaftar untuk Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu mulai tahun 1998 diwajibkan memotong rambut gaya crew cut sehingga tamat persekolahan di sekolah ini.

PELAJAR PEREMPUAN 1. Rambut panjang mesti diikat mengikut panduan berikut :(a) Hanya menggunakan reben atau tali getah berwarna putih atau hitam sahaja tanpa corak. Hiasan lain tidak dibenarkan. (b) Klip besi biasa yang kecil dan berwarna hitam. (c) Lebar reben antara satu hingga tiga cm. 2. Pelajar perempuan tidak dibenarkan berfesyen rambut seperti lelaki.

KUKU

1. Mesti sentiasa pendek dan bersih. 2. Pelajar dilarang mewarnakan atau menginai kuku / jari / tapak tangan.
BARANG KEMAS / HIASAN

1. Semua pelajar dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai kaki dan barang-barang kemas lain. 2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai subang dan anting-anting. 3. Pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil, tidak berfesyen dan tidak ditahtakan sebarang jenis batu. Jika berbentuk cincin, diamternya tidak boleh melebihi 1.2 cm. 4. Pelajar tidak dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen keterlaluan. 5. Pelajar dilarang memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya pada mana-mana bahagian tubuh badan. 6. Barang hiasan untuk beg seperti `soft toys loceng dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

You might also like