You are on page 1of 9

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGELOLA

ENCIK NOR AZMAN BIN HASSAN


PENGETUA,
SMK SIJANGKANG JAYA

DI

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

TARIKH : 18 JULAI 2018

TEMPAT : SMK SIJANGKANG JAYA

1
Lenggang bertapak seri memandang,

Silat sendeng menyusun jari,

Salam sembah selamat datang,

Sudi hadirin ke majlis kami.

Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis

SALUTASI

Yang Berusaha

● Encik Yasin bin Alwi, ​A.I.S.

Timbalan Yang DiPertua,

Majlis Daerah Kuala Langat.

Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat

● Yang Berbahagia Dato’ Haji Nordin bin Selamat

2
Yang di-Pertua PIBG SMK Sijangkang Jaya

● Encik Nasharuddin Bin Abdul Karim

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat

(Unit Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta)

● Wakil- wakil Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Daerah Kuala Langat

● Pengetua- Pengetua Sekolah Daerah Kuala Langat

● Guru Besar–Guru Besar Sekolah Daerah Kuala Langat

● Pengerusi-pengerusi Biro Pendidikan Khas Daerah Kuala

Langat

● Penolong Kanan– penolong Kanan &

Penyelaras-penyelaras Program Pendidikan Khas

Integrasi

● Semua Warga Pendidik

● Hadirin Yang Dihormati

3
MUKADIMAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya kita diberikan

kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian

Penutupan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas,

Peringkat Daerah Kuala Langat 2018.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat kerana

memberi kepercayaan kepada SMK Sijangkang Jaya

untuk menjadi tuan rumah karnival kemahiran yang

julung-julung kali diadakan di peringkat daerah. Saya juga

ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa

Pelaksana kerana berjaya menguruskan penganjuran

program karnival kemahiran ini.

4
UCAPAN

Para hadirin yang dihormati sekalian,

3. Kejayaan murid-murid dalam bidang kemahiran dipelajari

akan membantu mereka melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi atau bekerja dalam bidang

kemahiran yang telah dikuasai. Seterusnya akan

tercapailah objektif-objektif teras strategik yang dirangka

iaitu meningkatkan peluang pekerjaan OKU dalam semua

sektor pekerjaan, meningkatkan peluang OKU untuk

bekerja sendiri secara mengaplikasi kemahiran dikuasai

dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan

penglibatan OKU dalam latihan vokasional dan program

sokongan pekerjaan pelbagai sektor.

5
4. Dalam konteks ini, selaku tuan rumah, saya berbangga

kerana penganjuran Karnival Kemahiran Pendidikan Khas

pada hari ini boleh dianggap sebagai satu usaha untuk

mencapai objektif teras strategik yang telah dinyatakan

sebentar tadi dan juga mencapai hasrat dan aspirasi

kecekapan sistem pendidikan negara iaitu

memaksimumkan keberhasilan murid mengikut

peruntukan sedia ada. Karnival kemahiran seperti ini

seharusnya menjadi alat untuk memenuhi aspirasi

perpaduan yang menawarkan perkongsian pengalaman

dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai

kepelbagaian di samping menyumbang kepada

penggalakkan pertandingan yang sihat, ikatan muhibbah,

sikap toleransi dah kesefahaman.

5. Langkah PPD menganjurkan karnival kemahiran ini

merupakan satu platform yang baik untuk pihak PPD

6
sendiri, pentadbiran sekolah dan guru-guru selaku

pelaksana mengukur kemampuan masing- masing dalam

mengurus program/aktiviti/majlis berkapasiti besar. Ini

secara tidak langsung dapat melahirkan guru-guru yang

komited terhadap pendidikan murid-murid, bukan sahaja

dalam bilik darjah tetapi juga melalui aktiviti-aktiviti seperti

ini. Selain daripada itu, melalui pertandingan inovasi guru

akan lahirlah guru-guru yang kreatif dan inovatif dalam

melaksanakan Pendidikan Abad 21. Adalah diharapkan

karnival kemahiran seperti ini akan dapat melahirkan

johan yang mampu menyumbang ke arah kecemerlangan

ko-akademik melalui penyertaan di peringkat sekolah,

daerah, negeri mahupun kebangsaan.

6. Pada hari ini seramai 136 peserta telah bertanding dan

menunjukkan kemahiran masing-masing dalam

bidangnya. Terima kasih juga diucapkan kepada guru

7
pengiring dan kepada semua guru yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung untuk memastikan pasukan

masing-masing menunjukkan daya saing dalam

pertandingan ini. Tetapi yang lebih penting, semangat

juang yang terpuji dalam menghadapi pertandingan ini

mampu membina kekuatan diri untuk menerima kelebihan

dan kekurangan masing-masing dalam sesuatu

pertandingan.

HARAPAN dan PENUTUP

Para hadirin yang dihormati sekalian,

7. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua yang

menjayakan karnival ini. Semoga karnival ini dapat

dijadikan sebagai satu acara tahunan agar kemampuan

murid-murid berkeperluan khas dalam bidang kemahiran

8
dapat dicungkil dan diketengahkan ke peringkat yang lebih

tinggi. Bagi pihak penganjur dan selaku tuan rumah, saya

mohon ampun dan maaf andai terdapat kekurangan

sepanjang karnival ini berlangsung. Semoga yang

baik-baik sahaja menjadi bahan penceritaan tuan-tuan dan

puan-puan, yang tidak manis tinggalkan di sini sebagai

peringatan kepada kami.

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di hujung taman,

Kalungan budi junjungan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

Saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like