You are on page 1of 11

SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

DASAR PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BIL. 1/2006

Syarat dan Peraturan Menjalankan Penyelidikan


Pendidikan Di Institusi-Institusi Di Bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Tujuan

Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk menerangkan syarat dan peraturan
yang berkaitan bagi memastikan semua kegiatan penyelidikan pendidikan
yang melibatkan institusi di bawah Kementerian Pelajaran dapat
dijalankan dengan lancar serta memberi sumbangan kepada
pembangunan pendidikan negara.

2. Latar Belakang

2.1 Peraturan bagi menjalankan penyelidikan di institusi pendidikan di


bawah Kementerian Pelajaran pada masa lepas oleh penyelidik di
Malaysia adalah tertakluk kepada Pekeliling Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia Bil. 1/2003.

2.2 Surat Pekeliling Bil.1/2003 perlu dipinda memandangkan Kementerian


Pendidikan telah pun dibahagikan kepada Kementerian
Pelajaran(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi. Terdapat
perubahan bidang tugas dan fungsi Kementerian Pelajaran yang
meliputi pendidikan pra sekolah, rendah, menengah, matrikulasi dan
institusi pendidikan guru. Selain itu, premis KPM juga meliputi Pejabat
Pelajaran Daerah/Gabungan, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan/
Bahagian, dan semua badan berkanun di bawah KPM.

2.3 Penyelidik yang hendak menjalankan penyelidikan di mana-mana


institusi yang dinyatakan di para 2.2 hendaklah memperoleh
kebenaran daripada Kementerian Pelajaran.

1
2.4 Peraturan bagi menjalankan penyelidikan di bahagikan kepada dua
kategori, iaitu:

2.4.1 Penyelidik Warganegara Malaysia Dan Warganegara Asing


Yang Berada Di Malaysia, dan

2.4.2 Penyelidik Warganegara Asing Dan Warganegara Malaysia


Yang Berada Di Luar Negara.

Syarat-syarat untuk menjalankan penyelidikan adalah diperjelaskan


pada para 3 di bawah.

3. Syarat-syarat menjalankan penyelidikan di institusi di bawah


Kementerian Pelajaran

3.1 Penyelidik Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing Yang


Berada Di Malaysia

3.1.1 Penyelidik hendaklah mendapat kelulusan secara bertulis


daripada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.1.2 Untuk mendapatkan kelulusan tersebut, penyelidik hendaklah


mengisi Borang BPPDP 1 (versi Bahasa Melayu) atau Form
BPPDP 1 (versi Bahasa Inggeris) seperti yang dikepilkan
dalam Surat Pekeliling ini. Borang berkenaan boleh juga
diperoleh daripada Laman Web Kementerian Pelajaran di
alamat www.moe.gov.my atau di alamat :

Pengarah,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1 – 4, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Penyelidikan Dasar).

2
3.1.3 Semua borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada
Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan sebelum penyelidikan boleh dimulakan. Ini bagi
membolehkan BPPDP meneliti dan menyemak cadangan
penyelidikan. Proses ini akan mengambil masa dua minggu dari
tarikh cadangan penyelidikan diterima. Ketua Jabatan/Fakulti/
Institusi/Agensi hendaklah melengkapkan Bahagian B dalam
Borang BPPDP 1/Form BPPDP 1 sebelum penyelidik menghantar
permohonan tersebut ke alamat seperti para 3.1.2.

3.1.4 Setiap permohonan hendaklah lengkap dengan perkara- perkara


seperti berikut :

i. Satu salinan Borang BPPDP 1/Form BPPDP 1;


ii. Satu salinan cadangan penyelidikan (research proposal)
berserta instrumen kajian dan senarai sampel kajian yang
dicadangkan; dan
iii. Tiga sampul surat yang bersetem dan mencukupi bagi tujuan
pos semasa.

3.1.5 Kelulusan daripada Pengarah, Bahagian Perancangan dan


Penyelidikan Dasar Pendidikan adalah hanya untuk menjalankan
penyelidikan. Kebenaran untuk menggunakan sekolah sebagai
sampel penyelidikan hendaklah diperoleh daripada Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri. Kebenaran untuk menggunakan
lain-lain institusi sebagai sampel kajian hendaklah diperoleh
daripada Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian berkenaan.

3.1.6 Penyelidik tidak dibenarkan menjalankan penyelidikan di kelas-


kelas peperiksaan awam di sekolah. Walau bagaimanapun dalam
kes-kes tertentu, pengecualian akan diberikan dengan kebenaran
daripada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan.

3.1.7 Penyelidik tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif dalam


penyelidikannya. (Rujuk Lampiran A mengenai Isu-Isu Sensitif)

3
3.2 Penyelidik Warganegara Asing Dan Warganegara Malaysia Yang
Berada Di Luar Negara

3.2.1 Penyelidik hendaklah mendapat kelulusan secara bertulis


daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana
Menteri seperti yang dikehendaki dalam Surat Pekeliling Am
Bil. 3 Tahun 1999 (Jabatan Perdana Menteri).

3.2.2 Penyelidik perlu mengisi satu salinan borang EPU/Research


Form 1 yang boleh diperoleh daripada Laman Web UPE di
alamat www.epu.jpm.my atau berhubung terus kepada:

Unit Perancang Ekonomi,


Jabatan Perdana Menteri,
Blok B5 & B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.

3.3 Peraturan Menjalankan Penyelidikan

3.3.1 Sebelum memulakan penyelidikan, penyelidik hendaklah


mengemukakan surat kelulusan penyelidikan kepada Ketua
Bahagian/Institusi yang berkenaan di mana penyelidikan
akan dijalankan.

3.3.2 Penyelidikan yang akan dijalankan hendaklah berasaskan


tajuk, sampel, prosedur dan instrumen penyelidikan yang
telah diluluskan oleh BPPDP, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

3.4 Peraturan Selepas Menjalankan Penyelidikan

3.4.1 Semua penyelidik dikehendaki mengemukakan satu naskah


disertasi/tesis/laporan kajian yang berjilid kemas kepada
Pengarah BPPDP, Kementerian Pelajaran selepas laporan
itu siap.

4
4. Kerjasama Ketua Institusi/Bahagian

4.1. Ketua Institusi/Bahagian yang berkenaan adalah diminta


memberikan kerjasama kepada penyelidik dan memastikan
kegiatan penyelidikan di institusi/bahagian mereka sentiasa diawasi
supaya tidak menjejaskan perjalanan institusi/bahagian masing-
masing.

5. Tarikh Kuat Kuasa Dan Pembatalan

5.1. Tarikh kuat kuasa peraturan-peraturan di atas ialah mulai 1


Oktober 2006. Surat Pekeliling Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bil. 1/2003 bertarikh 10 Oktober, 2003 dengan ini dibatalkan.

DATO’ DR. AHAMAD BIN SIPON


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k :
Naib Canselor, Semua Universiti
Pengarah, Semua Jabatan/Bahagian Kementerian Pelajaran
Pengarah, Institut Aminuddin Baki
Pengarah, Semua Jabatan Pelajaran Negeri
Pengarah, Semua Institut Pendidikan Guru
Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri
Pengarah, Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
Pengarah, Semua Jabatan Penuntut Malaysia

5
LAMPIRAN A

ISU-ISU SENSITIF

Dalam konteks keharmonian dan keselamatan nasional, isu-isu sensitif


bermaksud apa-apa isu yang boleh menyebabkan prejudis dan/atau
kebencian terhadap satu-satu kumpulan etnik dan/atau kumpulan agama
sehingga menimbulkan masalah keselamatan awam, keselamatan dalam
negara dan/atau integriti Kerajaan. Dalam menjalankan penyelidikan,
perkara-perkara sensitif berikut perlu dielakkan:

1. Mempersoalkan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan


dengan pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial.

2. Mempersoalkan pelaksanaan peruntukan-peruntukan yang termaktub


dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkaitan Federal Laws,
kebebasan beragama, kedudukan dan status Bumiputera, status
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kerakyatan, dan hak
komuniti lain.

3. Mempersoalkan kuasa, kebijaksanaan dan keupayaan sesuatu


kumpulan dalam sesuatu bidang berasaskan kumpulan etnik.

4. Mengaitkan dan menyalahkan sesuatu bangsa dan/atau kumpulan


agama sebagai punca sesuatu insiden.

5. Menganggap sesuatu kumpulan etnik dibiarkan atau diberi keutamaan


dalam pelaksanaan sesuatu dasar tanpa memahami sebab-sebab di
sebalik pelaksanaannya.

6. Menimbulkan isu seks secara keterlaluan.

7. Mendedahkan sesuatu yang boleh mengaibkan mana-mana individu


atau kumpulan.

You might also like