You are on page 1of 28

BAHAGIAN

PENDIDIKAN
KHAS,
KEMENTERIAN
PELAJARAN
MALAYSIA
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan
(SMPKVKTN) merupakan sekolah menengah pendidikan khas
vokasional yang ketiga diwujudkan di Malaysia dan
disenaraikan bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Khas
(BPKhas), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Projek sekolah ini yang berkeluasan sebanyak 23 hektar telah
dimulakan pada tahun 2009 dan siap dibina pada tahun 2011.
Pada bulan Jun tahun 2012, sekolah ini telah diserahkan
sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pembukaan sekolah ini bertujuan untuk menjana dan
meningkatkan serta membuka peluang yang luas kepada
murid-murid bekeperluan khas untuk mendapat pendidikan dan
latihan yang khusus dalam bidang vokasional dan kemahiran,
dengan kemudahan fizikal yang mengandungi pelbagai
prasana yang dibina untuk para murid.
FALSAFAH SEKOLAH:

Pendidikan di SMPK Vokasional Kuantan ialah satu usaha
ke arah melahirkan individu yang berkemahiran,
berketrampilan dan berbakti dalam mencapai keupayaan
untuk berdikari dan menyumbang kepada pembangunan
insan yang menyeluruh serta menanam nilai-nilai murni dan
mengukuhkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual.

VISI SEKOLAH:

Sekolah unggul penjana generasi terbilang.

MISI SEKOLAH:

Membangunkan potensi individu melalui pendidikan
berkualiti.
SIMBOL LOGO SMPK VOKASIONAL KUANTAN:

RODA GEAR:
Bersama-sama mendokong cita-cita negara bagi melahirkan murid
pendidikan khas yang berpengetahuan sains dan teknologi.
TIGA GELANG BERCANTUM:
Merupakan kegiatan dan semangat kesukanan yang sentiasa
bergerak aktif.
TANGAN:
Melambangkan sikap warga sekolah SMPK Vokasional Kuantan
yang mempunyai sikap setia dan rela berbakti kepada ibu-bapa,
guru-guru, masyarakat dan negara serta sikap bertanggungjawab
terhadap diri sendiri. Ia juga melambangkan sekolah SMPK
Vokasional Kuantan yang memberi peluang pendidikan kepada
golongan istimewa seterusnya berupaya mencorakkan masa
hadapan dan berpeluang mengecap kejayaan dalam hidup.
SIMBOL DAUN:
Melambangkan kursus-kursus pertanian yang ditawarkan di
sekolah ini.
KERAWANG:
Melambangkan kursus batik yang terbahagi kepada kursus batik
lukis, batik skrin, dan batik terap.
LENGKUNGAN SEPARUH BULAT:
Menggambarkan kursus pembantu penyedia roti, pembantu
penyedia makanan, katering dan pemprosesan makanan.

Keseluruhan simbol ini menggambarkan pelajar-pelajar
di sekolah ini yang akan menuntut ilmu seterusnya
berkembang dan bercambah untuk membuahkan hasil
dan berkhidmat kepada bangsa dan negara.
WARNA LOGO SMPK VOKASIONAL KUANTAN:

JALUR-JALUR MERAH PUTIH:
Melambangkan prinsip-prinsip sekolah yang diterapkan
kepada warga sekolah ini yang mana berasaskan kepada
5 prinsip rukun negara.
WARNA MERAH:
Melambangkan sifat berani dan keyakinan diri serta
sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang diingini.
Bentuknya yang menjurus ke dalam memberi maksud
berusaha untuk maju ke hadapan dan menuju kejayaan.
WARNA PUTIH:
Melambangkan kesucian dan kebersihan, serta ketenteraman
sekolah. Ia juga menggambarkan murid-murid yang sentiasa
dahagakan ilmu dan bakal dicorakkan oleh guru-guru.
WARNA BIRU:
Melambangkan sifat murni dan setia berbakti.
WARNA KUNING:
Melambangkan semangat dan pendorong ekspresi diri,
meningkatkan inspirasi, dan merangsang kemampuan
intelektual pelajar.
WARNA HITAM:
Melambangkan keadaan sekolah yang sentiasa memberi
perlindungan dan sokongan kepada pelajar-pelajar.

PENGETUA
PN. HJH. NORRAN BT.
HJ. AHMAD
GPK PENTADBIRAN
EN. MOHD NOOR B.
BAHAR
KETUA-KETUA
BIDANG
KETUA-KETUA
PANITIA
GPK HAL EHWAL
MURID
EN. MOHD BAZARI B.
OTHMAN
SEKOLAH
ASRAMA
GPK KO-KURIKULUM
-
KO-KURIKULUM
SUKAN
KAUNSELOR
BIL. NAMA TENAGA PENGAJAR JAWATAN
1. PUAN ANIS SAPURA BINTI ABU BAKAR PPPS DG41
2. ENCIK AZMAN RIZWAN BIN ABDULLAH PPPS DG41
3. CIK CHE AZRINA BINTI CHE IBRAHIM PPPS DG41
4. CIK ERNYSYARMILA BINTI SAHRIFUDIN PPPS DG41
5. PUAN FATIMAH BINTI MUDA PPPS DG44
6. CIK JORIANNA TAN EAN EAN PPPS DG41
7. PUAN MAIZATUL FARHANA BINTI ROSLI PPPS DG41
8. ENCIK MOHAMAD HAMIDI BIN DARUS PPPS DG41
9. ENCIK MOHD AIZAT BIN HASSAN PPPS DG41
10. PUAN NADIATUL IMAN BINTI AHMAD MUKHTAR PPPS DG41
11. CIK NORAZIRAH BINTI KHOZALI PPPS DG41
12. CIK NORHAPIZAH BINTI ISMAIL PPPS DG41
BIL. NAMA TENAGA PENGAJAR JAWATAN
13. CIK NORHAYATI BINTI MAT DAUD PPPS DG41
14. CIK NORLIDA BINTI AMIR AMZAH PPPS DG41
15. PUAN NORSHAHIDA BINTI ABDUL SANI PPPS DG41
16. CIK NORUL NAJWA BINTI JAFFAR PPPS DG41
17. CIK NOR ASIAH BINTI YUSUF PPPS DG41
18. PUAN NUR HANANI BINTI HAMZAH PPPS DG41
19. CIK RUSILAWATI BINTI ISMAIL PPPS DG41
20. PUAN SHARIFAH NURLIYANA BINTI SIED ESAHAK PPPS DG41
21. CIK SITI NURNADIRAH BINTI MOHD JAZAN PPPS DG41
22. PUAN SITI SYAFURA BINTI AHMAD PPPS DG41
23. PUAN WASILAH BINTI CHE KUB PPPS DG41
24. CIK YHOGEETHA A/P THAVAMANI PPPS DG41
25. ENCIK ZULFADHLI BIN AB. WAHAB PPPS DG41
MURID MASALAH PENDENGARAN
MATAPELAJARAN
ALIRAN
VOKASIONAL
(MPAV - SPM)
KATERING DAN PENYAJIAN
HORTIKULTUR HIASAN DAN
LANSKAP
MURID MASALAH PEMBELAJARAN
SIJIL
KEMAHIRAN
MALAYSIA
(SKM)
JURUBATIK LUKIS
JURUBATIK TERAP
JURU BATIK SKRIN
PEMPROSESAN MAKANAN
PEMBANTU PENYEDIA MAKANAN
PEMBANTU PENYEDIA ROTI
ATENDAN PEMBINAAN LANSKAP DAN NURSERI
PEKERJA LADANG PERTANIAN
JURUTEKNIK RENDAH AKUAKULTUR
PEKERJA LADANG TERNAKAN POLTRI
PEKERJA LADANG RUMINAN
Hendaklah sentiasa berkelakuan baik, beradab, taat,
aktif dan bertanggungjawab semasa di asrama.
Berpakaian bersih, kemas dan sopan serta
bersesuaian.
Mempunyai semangat kekitaan, bekerjasama,
bertoleransi serta menghormati semua keluarga
asrama.
Menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan
asrama dan bertanggungjawab menjaga harta benda
asrama.
Menghormati Tuan Pengetua, Penolong Kanan,
Penolong Kanan HEM, Ketua Warden, Warden,
Penyelia Asrama, Guru-guru, Pembantu Pengurusan
Murid (PPM), AJK Asrama dan semua penghuni
asrama.

1. Penyalahgunaan dadah
2. Menghisap / meyimpan rokok dan mancis.
3. Memiliki senjata berbahaya.
4. Memiliki / meminum minuman keras.
5. Mencuri /menyamum / merompak.
6. Memeras ugut.
7. Berjudi / menyimpan peralatan judi.
8. Bergaduh / bertumbuk.
9. Menhasut / mengejek.
10. Menceroboh / mengintai kawasan Asrama Puteri / Putera
11. Buli / ragging.
12. Keluar asrama tanpa kebenaran.
13. Meyimpan gambar / menonton filem lucah.
14. Merosakan harta benda asrama.
15. Berpasangan / berkhalwat / membuat maksiat.
16. Melakukan sesuatu yang berbahaya.
17. Ponteng sekolah.
18. Lain-lain kesalahan yang serius.
1. Diserahkan kepada pihak polis / pihak
berkuasa.
2. Disingkir dari asrama.
3. Membayar gantirugi.
4. Rotan.
1. Tidak hadir perjumpaan / perhimpunan rasmi.
2. Tidak hadir sembahyang Jumaat / berjemaah.
3. Ponteng kelas bimbingan / kelas agama.
4. Pulang lewat dari masa yang ditetapkan.
5. Biadap / tidak sopan.
6. Menyalahgunakan kemudahan asrama.
7. Tidak menjaga kebersihan bilik / bangunan / persekitaran asrama.
8. Meludah merata-rata.
9. Membuang sampah merata-rata.
10. Lewat pergi ke sekolah.
11. Tidak berpuasa dalam bulan Ramadan.
12. Merayau-rayau tanpa sebab pada waktu malam.
13. Menyimpan rambut panjang / misai / janggut / rambut berekor.
14. Melanggar peraturan dewan makan.
15. Menulis / menerima / menyimpan / bermain cinta.
16. Membawa telefon bimbit atau sebarang alat komunikasi dua hala.
17. Lain-lain kesalahan yang difikirkan munasabah.
1. Gantung dari asrama.
2. Bayar gantirugi.
3. Rotan.
4. Lain-lain yang difikirkan patut dan
sesuai.

1. Dewan belajar hendaklah sentiasa bersih
dan kemas.
2. Aktiviti pembelajaran mesti dilakukan
di tempat yang dibenarkan sahaja.
3. Mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan.
4. Percampuran lelaki dan perempuan dilarang
sama sekali.
5. Penghuni dilarang makan, membaca
majalah, surat khabar atau berbual-bual
semasa waktu belajar.
1. Bilik asrama hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
2. Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan teratur sebelum jam 7.00
pagi.
3. Tuala, kain, kasut tidak dibenarkan disangkut / disidai / diletakkan di
dalam bilik asrama. Kain hendaklah dijemur dijemur di tempat yang
disediakan.
4. Tidak dibenarkan membawa makanan atau makan di bilik asrama.
5. Hendaklah tidur pada jam 11.00 malam dan semua lampu
hendaklah dipadamkan dan tidak dibenarkan berbual-bual.
6. Mesti bangun pada pukul 5.30 pagi.
7. Tidak dibenarkan menampal / menggantung sebarang jenis
gambar dan membuat catatan di dinding, almari dan katil.
8. Tidak dibenarkan berada di dalam bilik asrama pada waktu
belajar/bersukan.
9. Ditegah tidur lebih daripada seorang sekatil.
10. Pemasangan lilin, pelita dan ubat nyamuk tidak dibenarkan sama sekali.
11. Penghuni terakhir yang keluar dari bilik asrama mesti memastikan suis
lampu dan kipas ditutup.
1. Dikehendaki berada di dewan makan pada waktu yang ditetapkan.
2. Berpakaian kemas dan memelihara kesopanan diri ketika berada di
dewan makanan.
3. Beratur ketika mengambil makanan.
4. Hanya dibenarkan mengambil makanan yang disediakan untuknya sahaja
dan tidak boleh bersifat tamak atau mengambil hak pelajar lain.
5. Penghuni mesti makan bersama dan membaca doa sebelum dan selepas
makan.
6. Tidak dibenarkan berbual atau membaca semasa makan.
7. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dewan makan (termasuk meja
makan, kerusi, tong sampah, sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah).
8. Penghuni tidak dibenarkan menggunakan sinki untuk mencuci pinggan.
9. Penghuni dilarang makan di luar dewan makan asrama. Setelah selesai
makan, penghuni mesti menyusun semula kerusi dan peralatan lain yang
telah digunakan.
1. Penghuni hendaklah menjaga kebersihan
surau dan peralatan di surau.
2. Semua penghuni diwajibkan sembahyang
berjemaah.
3. Memastikan suis lampu, kipas dan pintu
surau ditutup setelah selesai berjemaah.
4. Surah Yassin dan kitab-kitab Al-Quran
mestilah diletakkan di tempat yang
sempurna, yang telah disediakan.

1. Pelawat dibenarkan melawat pada hari
Sabtu, Ahad dan hari-hari kelepasan am
pada jam 10.00 pagi - 6.00 petang.
2. Pelawat mestilah terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada ketua
warden / warden asrama.
3. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke
bilik/dorm asrama.

1. Penghuni yang hendak keluar mesti
mencatat memo dalam buku kebenaran
setelah mendapat kebenaran dan melapor
diri kepada warden apabila telah pulang
semula ke asrama.
2. Penghuni boleh keluar dari asrama dengan
muhrim setelah mendapat kebenaran
daripada ibubapa / penjaga masing-masing.
3. Penghuni dibenarkan pulang 2 (dua) minggu sekali
dan mesti pulang semula ke asrama sebelum jam
6.00 petang.
4. Keluar dari asrama pada waktu malam tidak
dibenarkan sama sekali kecuali kecemasan.

1. Penghuni tidak dibenarkan menyentuh
pemulas paip meter (stop corke gate valves)
yang ada pada paip meter pada sebarang
masa kecuali atas arahan warden.
2. Penghuni tidak dibenarkan menggunakan
plag elektrik di dalam dorm untuk
menggosok pakaian.
3. Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab
dan ganti rugi daripada pelajar berkenaan
jika ada sebarang kerosakan yang berlaku.
4. Penghuni mesti memastikan suis lampu,
kipas, paip dan lain-lain ditutup setelah
selesai digunakan.

You might also like