You are on page 1of 13

SEKOLAH MENENGAH SMK TAMAN TUN AMINAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

BAHASA MELAYU
KERTAS 2 1103/2

2 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan


Bahagian C.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Kertas jawapan hendaklah diserahkan kepada guru pada akhir peperiksaan.

___________________________________________________________________________
Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak

1
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]

1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian bina
satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Ikan dan makanan laut yang lain ialah makanan yang menjadi sumber protein yang penting kepada
manusia. Selain itu, ikan juga kaya dengan asid lemak Omega 3, khususnya ikan air masin. Oleh itu,
pakar pemakanan mengesyorkan agar ikan dimakan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali
seminggu. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa sumber produk dari laut atau yang diternak secara
komersial benar-benar berkualiti, segar dan selamat.

Dipetik dan diubah suai

daripada ‘Ikan dan Rakyat’, Buku Teks Tingkatan 3, Bahasa Melayu.


[8 markah]

2 Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap
bagi tiga ayat yang bergaris seperti yang berikut.

Subjek : _____________________________________________________________
Predikat : _____________________________________________________________

Sebagai negara yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa, negara kita mempunyai
pelbagai perayaan. Antara contoh perayaan yang disambut di negara kita termasuklah Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Gawai. Di samping mengunjungi sanak
saudara dan rakan taulan, salah satu aktiviti yang diadakan semasa perayaan ialah rumah
terbuka. Penganjuran rumah terbuka dapat merapatkan hubungan antara masyarakat. Malah,
pelancong asing turut tertarik untuk hadir dan melihat sendiri acara rumah terbuka dijalankan
pada musim perayaan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Budaya Penganjuran Rumah Terbuka’
oleh Lee Pei Xian,
Dewan Siswa, Bil. 7/2019
[6 markah]

2
3 Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang
dikenal pasti dan membuat pembetulan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

Pulau Pinang adalah antara lokasi paling menarik sekali untuk dikunjungi di Malaysia.
Tambahan pula, Pulau Pinang menjadi syurga makanan bagi pengemar makanan. Banyak
makanan sedap dan enak yang sering tercari di sini seperti nasi kandar dan pasembur.
Pengunjung yang berhasrat menjadikan tempat ini sebagai distinasi percutian keluarga
terutamanya di musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu juga boleh melewati tempat
menarik dan popular di sekitar negeri ini.
[6 markah]

Bahan 2

Daripada rifqi_munir18@goomail.com

Kepada chongying2020@goomail.com

Subjek Amalan Membaca

Salam hormat sahabat saya Chong Ying,

Apa khabar saudara? Saya harap saudara dalam keadaan yang cergas. Tujuan saya
mengirim e-mail ini adalah untuk meminta pendapat saudara berkaitan amalan membaca
yang makin lama semakin diketepikan oleh generasi muda. Kita sebagai guru sedar bahawa
amalan ini membawa pelbagai kebaikkan. Pada pendapat saudara, apakah langkah terbaik
membugarkan kembali amalan ini? Harap saudara dapat berkongsi idea dengan saya
bekenaan perkara ini.

Terima kasih

___(Rifqi)________
[5 markah]

3
44 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam Bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka titah raja, "Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau
Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah
Laksamana.
Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian;
syahadan semuanya datang mengadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.

Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[6 markah]

5 Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ibu : Suzi, jagalah diri baik-baik ketika kamu berada di rantau orang. Di sana nanti
sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang
tua-tua, iaitu -
______________________________________________________
Suzi : Terima kasih, ibu. Saya akan sematkan nasihat ibu itu dalam hati saya
Ibu : Di luar negara nanti ibu berharap Suzi belajar rajin-rajin sehingga berjaya
mendapat segulung ijazah, bak kata peribahasa alang-alang berdakwat,
biarlah hitam
Suzi : Saya tidak akan lupa nasihat ibu itu
Ibu : Satu lagi, jangan lupa pulang ke halaman bagai ikan pulang ke lubuk setelah
tamat pengajian di luar sana.

4
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]

6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira
sama ada kepada golongan kelas atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet
atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian
mereka. Namun begitu, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja? Telefon pintar ialah gajet yang
membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya
khabar dan secara tidak langsung hubungan silaturahim antara ahli keluarga dapat
diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, para pelajar juga boleh menggunakan telefon pintar ini
untuk bertanyakan perkara-perkara yang berkaitan pelajaran. Misalnya, para pelajar boleh
bertanyakan kerja rumah atau nota yang diberikan oleh guru mereka sekiranya tidak hadir ke
sekolah.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Manfaat Telefon Bimbit kepada Remaja’
oleh Alias Omar,
Dewan Siswa, Bil. 3/20

Bahan 2

Dalam arus pemodenan ini peralatan digital sudah sebati dengan diri kita.
Sehinggakan anak-anak yang belum pandai bercakap pun sudah pandai menggunakan telefon
bimbit. Terdapat beberapa keburukan dan kebaikan sekiranya kita membiarkan anak kecil
bermain dengan peralatan digital seperti telefon bimbit, ipad, tablet dan sebagainya. Pada usia
3 hingga 10 tahun ialah masa anak-anak bermain dengan orang sekeliling sebelum datangnya
telefon pintar. Pakar perkembangan kanak-kanak mengatakan obsesi kepada peralatan digital
ini boleh mengganggu perkembangan otak anak-anak, terutamanya dari segi kesediaan
mereka untuk berhubung dengan persekitaran. Penggunaan gajet yang keterlaluan boleh
membuatkan mereka terlalu bergantung kepada gajet, dan dalam keadaan yang lebih ekstrem
menjadikan mereka ketagih. Namun disebalik kesan negatif, telefon pintar juga

5
mendatangkan kemaslahatan kerana memberi rangsangan kepada deria anak-anak dan
merangsang imaginasi melalui beberapa aplikasi kreatif.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Bahaya Telefon Bimbit Kepada Anak-Anak’
oleh Ahmad Sahrimie Rafee,
Dewan Siswa, Bil. 7/19

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata lebih ekstrem.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kebaikan-kebaikan telefon bimbit


kepada golongan remaja?
[3 markah]

(iii) Masalah ketagihan menggunakan aplikasi permainan video dengan


menggunakan telefon pintar dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini
berlaku?
[3 markah]

(iv) Baru-baru ini anda telah menerima panggilan telefon daripada nombor yang
tidak dikenali. Anda mengesyaki pemanggil tersebut berniat jahat kerana cuba
meminta maklumat peribadi anda.
Sebagai seorang pengguna yang bijak, nyatakan tindakan-tindakan yang perlu
anda lakukan supaya tidak menjadi mangsa penipuan tersebut.
[4 markah]

7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Israk memandang Mikraj, Mikraj tunduk. Israk bangun, Mikraj berundur.
“Mengapa paksa aku? Aku bukannya nak jadi petani. Nanti aku bergelar ahli korporat.”
“Abang terlalu bangga, riak, ujub, sombong, bongkak, dan takbur! Kalau Allah tarik
balik rezeki tu, macam mana? Abang jadi apa? Ahli keparat? Andai kata negara memajukan
sektor pertanian, abang ke mana? Mungkin abang jadi ahli keparat yang memetik buah-
buahan tempatan. Tak mustahil semua ini akan berlaku”
“Aku bukan kau. Kalau kau pergi, kau boleh cipta lima enam puisi. Tapi, kalau aku, ia
hanya membuang masa. Lebih baik aku duduk di rumah saja.”
“Abang mahu jadi teruna yoghurt?” uji Mikraj.

6
“Lebih baik daripada kau yang liar tu,” sambung Israk membela diri sekali gus
menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj.
“Kalau abang kata saya liar, abang tu lagi liar. Akar hati abang ke sana ke mari
mencari kesalahan orang. Pucuk hati abang pula menari tanda riak, ujub, sombong,
berlagak!” Bom radang Ghaza dilepaskannya.
Dipetik daripada cerpen Israk
oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 2

GURINDAM 12 FASAL YANG KETIGA

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)


Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 3

SAJAK SOMBONG

Berbuat baiklah kamu kepada


Ibu bapa
Karib kerabat
Anak-anak yatim
Orang miskin
Jiran tetangga
Teman sejawat
Ibnu sabil, hamba sahiya
Jangan kau sombong dan bangga diri

Jangan kau memalingkan dari manusia


Jangan kamu berjalan dengan angkuh
Jangan kau sombong dan bangga diri

7
Nazimo
Bandar Sri Damansara

(i) Berdasarkan bahan 2 , berikan maksud rangkap ketiga gurindam.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 3, selain sikap sombong dan berlagak, nyatakan
sikap-sikap negatif lain yang perlu dihindari.
[3 markah]

(iii) Sikap negatif seperti sombong dan berlagak perlu dielakkan agar tidak dibenci
oleh masyarakat sekeliling. Sikap negatif ini boleh menjejaskan hubungan kita
dengan orang lain.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menghindari sikap negatif ini?
[4 markah]
(iv) Ahmad telah dipanggil oleh guru disiplin kerana bersikap kurang sopannya
terhadap guru di dalam kelas. Ahmad telah dimarahi dan dikenakan hukuman oleh
guru disiplin tersebut.
Sekiranya anda Ahmad, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda lakukan
untuk memperbaiki diri anda.
[4 markah]

8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan
5.

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Karl hanya terbaring, tidak berkata-kata. Wajahnya masih ditutup oleh topeng
pernafasan. Matanya yang tegak ke atas tidak berkelip. Menurut Dr. Haris, aktiviti otaknya
semakin menurun. Sesekali jari telunjuknya terangkat seolah-olah cuba menuding ke arah
sesuatu. Mulutnya bergerak-gerak sedikit bagaikan ingin bersuara. Menurut Dr. Haris, dia
sudah tidak mampu bertindak balas.
Dr. Haris meminta semua yang hadir agar mengambil giliran seorang demi seorang
untuk bersama-sama Karl pada saat-saat akhirnya. Aqram mendahului giliran sementara yang

8
lain hanya menunggu di luar bilik kaca. Ada yang duduk dan ada yang berdiri di kawasan
sofa putih bersih. Masing-masing hanya senyap, terasa kurang wajar untuk mereka
berkongsi-kongsi cerita.
Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara,
Karya Dayang Noor
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan keadaan Karl pada saat-saat akhir hidupnya.


[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang memupuk
amalan bekerjasama dalam kalangan masyarakat.
[6 markah]

9
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]

9 Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1

Malaysia merekodkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi di Asia
Tenggara berbanding Indonesia dan Filipina. Bilangan kematian akibat kemalangan jalan
raya di Malaysia telah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 7,152 pada tahun 2016.
Bagi mengatasi masalah ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menambahkan
sekatan jalan raya(LANGKAH) A1 untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya.
Sekatan daripada pihak berkuasa ini dapat mendidik pemandu untuk mematuhi peraturan
jalan raya. Para pemandu juga sepatutnya mengamalkan sikap bertolak ansur ketika
berada di jalan raya(LANGKAH)A2. Sikap ini dapat mengurangkan risiko kemalangan
jalan raya jika diamalkan. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar memandu dengan
cermat ketika di jalan raya. (LANGKAH)A3 Dalam hal ini, ibu bapa perlu melarang
anak-anak yang tidak memiliki lesen memandu agar tidak menunggang motosikal. Selain itu,
para pemandu juga mesti memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang
baik sebelum memulakan perjalanan. (LANGKAH)A4
Punca utama yang menyebabkan kemalangan berlaku disebabkan jalan raya yang
licin(PUNCA) C1 sehingga kenderaan mudah terbabas. Misalnya, sewaktu hujan lebat
kemalangan kerap dilaporkan. Kemalangan jalan raya semakin bertambah kerana kurangnya
penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib terutamanya pihak JPJ.
(PUNCA) C2Pihak JPJ tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dan hanya menyalahkan
pihak lain apabila kemalangan semakin bertambah. Sikap pemandu yang suka memotong
di garisan berkembar menyebabkan kes kemalangan semakin meningkat. (PUNCA) C3
Pihak kerajaan yang mempunyai sumber kewangan boleh menambahkan kamera
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) (LANGKAH)A5 bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Pihak kerajaan wajar menambahkan kamera pengawasan AES di
kawasan yang sering berlakunya kemalangan maut. AES ini terbukti dapat mendisiplinkan
masyarakat untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa demi
melindungi keselamatan mereka semasa berada di atas jalan raya.

Dipetik dan diubah suai daripada

10
‘Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama’
oleh Shah Azdwa Shah Rahim
Berita Harian, 21 November 2020.

Bahan 2

Pantun Kemalangan Jalan Raya


Cucur badak buah melaka,
Buat hidangan kaum kerabat;
Jangan gemar berlumba-lumba,
pandu cermat asalkan selamat.(LANGKAH) B1

Lemak manis bubur keladi,


Bubur nasi di dalam belanga;
Nahas di jalan raya satu tragedi,
Sikap cuai penyebab utama.(PUNCA) D1

Dipetik dan diubah suai daripada


Pantun Kemalangan Jalan Raya
https://sks8g22010.wordpress.com/2010/10/18/pantun

Bahan 3

11
Saya rasa mereka Saya
Mengapakah menggunakan bersetuju
kemalangan semakin Kereta telefon bimbit dengan
meningkat? dipandu laju, (PUNCA) E2 pendapat
cikgu.
mereka
(PUNCA)
E1

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Rumusan membincangkan langkah-langkah menangani


kemalangan jalan raya dan punca -punca yang menyebabkan
kemalangan jalan raya.
Langkah menangani kemalangan jalan raya ialah Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menambahkan sekatan jalan
raya. (A1) Para pemandu juga sepatutnya mengamalkan sikap
bertolak ansur ketika berada di jalan raya. (A2) Ibu bapa perlu
menasihati anak-anak agar memandu dengan cermat ketika di
jalan raya. (A3) Pemandu harus memandu dengan cermat. (B1)
Punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya adalah
disebabkan oleh jalan raya yang licin(C1). Selain itu, kurangnya
12
penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib
terutamanya pihak JPJ. (C2) Pemandu bersikap cuai semasa
memandu. (D1) Kereta dipandu laju (E1) dan pemandu
menggunakan telefon bimbit ketika memandu. (E2)
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya perlulah
dielakkan agar kadar kematian akibat kemalangan dapat
dikurangkan.
(120 perkataan)

https://
forms.gle/
ev5MGZYcoT
5StphV7
13

You might also like