You are on page 1of 5

BM F4 Mei 2.

1
Kertas 2 Bahagian A: Soalan 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan berikan imbuhan apitan kepada perkataan yang
berhuruf tebal untuk membentuk kata nama terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan yang dibentuk untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
Berikutan pengumuman terkini oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakop bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh
Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya berkuat kuasa pada 14 Oktober 2020, pukul 12.01
tengah malam. Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau
merentas daerah. Hanya dua orang daripada sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli
barangan keperluan. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, intitusi latihan kemahiran,
tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam, dan pusat rekreasi hendaklah ditutup.
(Sumber: Majlis Keselamatan Negara)
Jawaban:
1

Kertas 2 Bahagian A Soalan 2:


Nyatakan bahagian subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah ini.
1. Raket yang berwarna merah itu hadiah daripada Lin Dan.

Subjek:___________________________________________________________

Predikat:__________________________________________________________

2. Petang tadi, ibu telah menaiki kereta api ke Taiping.

Subjek:___________________________________________________________

Predikat:__________________________________________________________

3. Semalam, ayah dan abang telah menghadiri persidangan itu.

Subjek:___________________________________________________________
Predikat:__________________________________________________________

4. Saya tendang bola itu keluar dari padang.

Subjek:___________________________________________________________

Predikat:__________________________________________________________

5. Banyak peserta yang menarik diri pada saat-saat akhir.


Subjek:___________________________________________________________

Predikat:__________________________________________________________

Kertas 2 Bahagian A Soalan 3:


Dalam petikan di bawah terdapat dua belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

31 Pasaraya itu akan mengadakan sebuah pameran perabut


pada minggu hadapan. Sebanyak enam buah syarikat yang
akan mengambil bahagian di dalam pameran tersebut.
Pameran selama satu minggu itu memberikan peluang pada
para pengunjung untuk mengenai kepelbagaian rekabentuk
yang baru. Di samping itu, para pembeli juga turut akan
menikmati discount sehingga 50% di atas semua belian
mereka.

Latihan Tambahan S3:


Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat tersebut.

146 Pelbagai bentuk teguran demi kebaikan kami telah ayah


berikan kepada kami.

147 Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan supaya


projek kita tidak terkendala.

148 Pendapatan yang diperolehinya sangat lumayan dan


memang cukup untuk membiayai kos penggajian anaknya.
149 Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga
mereka tidak bekerja akibat ditimpa kecederaan.

150 Beratus ekor lembu ternakan di daerah itu gugur ekoran


daripada pencemaran air yang berlaku.

Kertas 2 Bahagian A Soalan 4:


Baca petikan bahasa Melayu Klasik dibawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih
Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya
pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala
hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala
Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan
hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya,
sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
Jawaban:
Setelah diketahuinya,...

Latihan Tambahan Kertas 2-Soalan 5: Peribahasa


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
setiap ayat berkenaan.
1 Sesetengah orang yang makan gaji tidak pandai mengurus pendapatan mereka.
Akibatnya mereka sering dalam kesuntukan terutamanya pada hujung
bulan.______________________

2 Pak Samad yang tiada pengalaman dalam perniagaan menjadi jurujual sementara
untuk membantu rakannya yang kekurangan pekerja. _______________________

3 Encik Tan dimarahi oleh timbalan pengarah institutnya di hadapan staf lain akibat
kesalahan orang lain.________________________

4 Saya tidak percaya Halim akan terus berusaha dalam bidang baharu itu kerana
memang telah menjadi tabiatnya melakukan sesuatu dalam tempoh yang singkat
sahaja.____________________________________

5 Pertengkaran telah menjadi kebiasaan hidup pasangan suami isteri itu walaupun
hanya kerana perkara yang remeh. _________________________________
Kertas 2 Bahagian C Soalan 9:
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1
Saudari Editor,
Isu Keselamatan Anak di Luar Rumah

Kebimbangan masyarakat tentang keselamatan anak-anak mereka tatkala berada di luar rumah
memang berasas kerana kes kehilangan kanak-kanak dan remaja selain kes penculikan dan
pembunuhan golongan ini semakin kerap berlaku dewasa ini. Sehubungan dengan senario ini,
ibu bapa terpanggil untuk melaksanakan peranan mereka untuk memastikan kesejahteraan
anak-anak di luar rumah senantiasa terjamin.

Tidak dapat dinafikan, sesetengah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab dengan


membiarkan anak-anak mereka yang berusia setahun jagung berada di luar rumah tanpa
pengawasan orang dewasa. Segelintir ibu bapa pula menugaskan anak-anak pada usia itu
menjalankan beberapa tugas seperti untuk ke kedai runcit, ke rumah jiran, dan ke pasar malam.
Demi keselamatan anak, ibu bapa harus memiliki kewaspadaan dan keprihatinan untuk
memastikan kesejahteraan anak-anak mereka di luar rumah. Hal ini dikatakan demikian
lantaran beberapa banyak kejadian kehilangan kanak-kanak telah berlaku akhir-akhir ini.

Pengawasan anak-anak mereka di luar rumah, khususnya anak-anak yang akil baligh
merupakan langkah yang bijak kerana leluasanya anasir-anasir yang terjebak dalam pelbagai
masalah sosial. Dalam hal ini, ibu bapa patut mengenal pasti segala aspek latar belakang rakan
sepermainan. Sebagai contoh, ibu bapa patut mengetahui kediaman rakan anak-anak mereka
serta latar belakang persekolahan dan tahap disiplin rakan anak-anak mereka. Melalui cara ini,
kesejahteraan anak-anak mereka senantiasa terjamin.

Selain itu, ibu bapa perlu mengajarkan asas-asas penjagaan keselamatan diri kepada
anak-anak mereka seperti berjalan secara berkumpulan dan tidak melayan orang yang tidak
dikenali supaya anak-anak menyedari keselamatan diri pada zaman yang penuh mencabar ini.
Ibu bapa juga perlu membekali anak-anak mereka cara untuk menyelamatkan diri ketika
mendepani penjenayah di samping menyediakan beberapa “senjata” untuk anak-anak mereka.

Sesungguhnya, ibu bapalah yang menggalas kewajiban dalam usaha memastikan


kesejahteraan anak-anak mereka di luar rumah. Terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak
melaksanakan kaedah ini ataupun sebaliknya kerana kalau hendak seribu upaya, kalau tak
hendak seribu dalih.

Munsyi K’Seven
www.gurubm.com

Bahan 2
Rumusan membincangkan punca-punca keselamatan anak terancam dan beberapa langkah
untuk menangani masalah ini.
Antara punca keselamatan anak terancam termasuklah kealpaan ibu bapa yang
mengabaikan tanggungjawab. Seterusnya,
Untuk menangani masalah ini, ...

Kesimpulannya, kita perlu berganding bahu menjaga keselamatan kanak-kanak agar


mereka sentiasa hidup ceria dalam suasana yang terjamin.
Kertas 3: Ujian Bertutur Kumpulan
Kini, media sosial telah sebati dengan kehidupan masyarakat kita.
Pada pendapat anda apakah pengaruh media sosial kepada seseorang pelajar.
Selamat sejahtera para cikgu yang saya hormati dan rakan-rakan seperjuangan saya.
Pada pendapat saya, media sosial memang banyak mempengaruhi kehidupan kita. Saya …

You might also like