You are on page 1of 11

1

Nama : ___________________ 14 NOVEMBER 2022

BAHASA MELAYU SPM


Latihan Ulang kaji

SOALAN 2 : SINTAKSIS

Fokus SPM : Jenis -Jenis ayat


1. Ayat penyata
2. Ayat perintah
3. Ayat seruan
4. Ayat tanya
Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian kenal pasti ayat penyata, ayat seruan
dan ayat tanya yang terdapat dalam petikan.Anda perlu menyalin ayat yang berkenaan
dengan melabelkan jenis ayat tersebut.
Khairul : Wah, tinggi sangat Menara KLCC ini !
Megat : Betul Khairul. Menara KLCC ini ialah binaan paling tinggi di Malaysia
Khairul : Ada berapa tingkat semuanya menara ini?
Megat : Menara KLCC terdiri daripada 88 tingkat.Pada tingkat yang ke-41 dan 42,
jejantas tertinggi ini dibina untuk menghubungkan kedua-dua bangunan
menara tersebut.Kalau Khairul tidak takut akan ketinggian, saya boleh
membawa Khairul ke sana.

[6 markah]

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Sudah menjadi kebiasaan, rumah terbuka mampu mengetatkan hubungan kejiranan di


dalam kalangan anggota masyarakat. Oleh hal demikian, rumah terbuka wajar
diteruskan demi untuk kebaikan sesama. Walaubagaimanapun, yang dipersoalkan
adalah kesan negatif rumah terbuka yang jarang-jarang dijadikan isu. Rumah terbuka di
Malaysia bermaksud majlis keraian sesuatu perayaan agama yang disambut oleh

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
2

penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman dalam kalangan


masyarakat.

Sumber : Internet

[6 markah]

Petikan 2

Amran : Cikgu. Bilakah akan kita mulakan latihan bola sepak, cikgu?
Cikgu Lim : Latihan itu akan diadakan pada minggu depan, Amran. Saya harap semua

kamu sudah bersedia untuk berlatih.


Amran : Baik, cikgu. Boleh saya tahu bilakah pula perlawanan pertama pasukan kita

nanti?
Cikgu Lim : Awal bulan depan, Amran. Kita akan berdepan dengan pasukan Sekolah

Menengah Tiram Jaya.


Amran : Baiklah cikgu. Saya akan mempastikan pasukan kita berlatih bersungguh-

sungguh. Lagipun kami semua sudah bersedia. Kami sentiasa bersemangat

waja.
Cikgu Lim : Jangan lupa pesanan saya, jaga kesihatan dan keselamatan diri semasa
latihan.
Elakkan segala hal yang tidak diingini.
Amran :Baik, cikgu. Terima kasih atas keperihatinan cikgu. Kami berjanji akan
sentiasa menjaga kesihatan, keselamatan serta bersemangat teguh untuk
perlawanan pada kali ini.
Sumber : Internet
[5 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah ia berfikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal
penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka
Kertala Sari pun kembali pada tempat singgah itu, maka ia pun pergi ke atas bukit itu.
Maka dilihatnya tempat itu terlalu baik menaruh harta.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
3

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Instanbul

[6 markah]

SOALAN 5 : PERIBAHASA
Baca situasi di bawah dengan teliti. kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

a. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat pastinya menjadikan sesebuah negara
itu kuat. Malah, setiap warganegara sewajarnya mematuhi segala peraturan dan undang-
undang yang terdapat di negara ini sebagai satu rencah utama menjamin keamanan
berterusan.

i)_______________________________________________

b. Sejak kematian suami dua tahun lalu, Puan Selvi menjual kuih pada waktu pagi dan
mengambil upah menjahit pada setelah petang untuk memastikan keperluan keluarga
mencukupi. Walaupun susah, beliau tetap berusaha memenuhi permintaan anak-
anaknya demi memastikan kasih sayang kepada mereka dapat diberi.

i)______________________________________________

c. Perbuatan merokok sememangnya membahayakan kesihatan. Malah, ramai perokok


akhirnya mengakui bahawa perbuatan tersebut hanya menyebabkan pelbagai
kesengsaraan terutamanya setelah menghidap penyakit seperti sakit hantung dan kanser
paru-paru. Oleh itu, kita sewajarnya menjauhi perbuatan tersebut bersungguh-sungguh
agar kesihatan dapat dijaga di samping mewujudkan kehidupan yang berkualiti.

i)_____________________________________________

[6 markah]

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum
dilihat bukan satu perkara mudah dan boleh dipandang enteng.

Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohamad Nazri Abdul Latiff


berkata, kunci kepada perpaduan dan keharmonian kepelbagaian kaum antaranya adalah
dengan menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, dalam kehidupan

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
4

masyarakat majmuk yang diamalkan di negara ini, semua pihak perlu memahami asal
usul, menghormati serta menerima budaya, bahasa, agama dan cara hidup setiap bangsa.
“Sekiranya kunci ini disematkan dalam dada setiap insan yang berada di bumi bertuah
ini, sudah pasti keharmonian dapat berkekalan.

“Bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir golongan yang bersikap dan bersifat
ekstremis yang bertindak menabur fahaman perpecahan serta menyemarakkan api
perkauman bagi mencetuskan suasana tidak aman dalam negara demi kepentingan
peribadi,” Menurut beliau lagi sekiranya semua rakyat berpegang kepada kunci tersebut
maka golongan yang sering mencetuskan perkauman dapat dibendung.

Dipetik dan diubah suai daripada “Perpaduan Kunci Keharmonian”


oleh Syajaratulhuda Mohd Rosni,
Sinar Harian, Februari 2020

Bahan 2
Mahasiswa perlu menjadi penggerak dalam memperkasakan semangat integrasi
nasional dalam mengukuhkan semangat perpaduan dan penyatuan erat masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
Walaupun kebelakangan ini sering kali tercetusnya isu yang boleh mengeruhkan
hubungan antara kaum, mahasiswa perlu rasional dengan membuat penilaian bijak agar
persengketaan yang berlaku tidak berlarutan lama sehingga menjejaskan keharmonian dan
kestabilan negara.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau
Pinang, Amirul Muhamad Afif berkata, sebagai golongan intelektual dan berpelajaran,
mahasiswa tidak seharusnya terlalu taasub dalam sesuatu perkara terutamanya apabila
timbul persengketaan yang melibatkan perbezaan fahaman serta pendapat. Menurutnya, isu
perkauman, agama dan politik sempit sering menjadi modal tercetusnya ketegangan dan
sekiranya perkara itu tidak ditangani dengan berhemah boleh mengundang kehancuran
sekali gus merugikan masa depan golongan muda.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Mahasiswa penggerak usaha perkasakan integrasi nasional”
oleh, Amirul Muhamad Afif, Sinar Harapan, Februari 2020

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mengundang kehancuran.


[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan usaha mengekalkan keharmonian negara?

[3 markah]

(iii) Dewasa ini, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat sangat dititikberatkan dan

dipelihara oleh pelbagai pihak agar keadaan negara dalam keadaan harmonis.

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
5

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pelbagai


pihak untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu?
[3 markah]

(iv) Keluarga anda akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya

AidilFitri. Majlis tersebut akan diadakan di kawasan perumahan tempat tinggal


keluarga anda yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Cadangkan cara-cara yang perlu ada pada anda dan keluarga anda lakukan
ketika majlis rumah terbuka diadakan supaya majlis tersebut berjalan lancar.

[4 markah]
SOALAN 7 : PETIKAN SASTERA

Bahan 1
POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih

untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program ini.

Kalau umur abang macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN : Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak

bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang

saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam

ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam

kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00

lagi..ha..ha..ha.
POSMEN : Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba
jangan fikir tentang duit dan makan minum itu. Cuba fikirkan tentang

kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.


AIMAN : Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu.
POSMEN : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya,

dah banyak yang abang nampak.


AIMAN : Tak fahamlah saya, bang.
POSMEN : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan,

banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
6

dulu pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan sahaja. Tapi
selepas tamat program ini, abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan
baru nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan
diri
abang ialah adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak
perubahan
positif dalam diri dia.

Dipetik daripada cerpen Berkhidmat untuk Negara


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, halaman 91-92
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2
SUMPAH ANAK MERDEKA
Aku anak merdeka bangkit Aku anak merdeka harapan
dari persada luka berdiri nusa dan bangsa akan kutentang
megah di pentas wira inginku petualang negara yang tegar
tebus maruah bangsa. membuat angkara.

Aku anak merdeka terjaga dari Aku anak merdeka di


ranjang kecewa berpaksi gagah di hati semangat waja di
panggung perkasa ingin kubela dada penuh satria ini
nasib bangsa. Tuah akan membela
untuk kubalut luka lama.
Serunai Faqir
Wangsa Maju

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kesan positif.


[2 markah]

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan perubahan positif watak yang terdapat dalam
bahan.
[2 markah]

iii. Jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di tangan remaja masa ini kerana mereka
pewaris kepimpinan negara.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah anda untuk menunjukkan perasaan


cinta akan negara? Kemukakan cadangan anda.

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
7

[2 markah]

iv. Adik anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai kem jati diri selama satu
minggu di luar kawasan. Adik anda enggan menyertai kem tersebut dengan alasan
jauh daripada keluarga tetapi takut untuk menyuarakannya kepada ibu bapa anda.

Sebagai seorang kakak, apakah tindakan yang akan anda lakukan agar adik anda
akan menyertai kem tersebut?
[4 markah]

Soalan 8- Novel
i. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bukan soal pulang ke kampung yang membuatku sedih, tetapi kerana aku tidak mampu
menyuarakan keinginanku kepada ibu, betapa cuti sekolah yang terakhir di alam sekolah
menengah ini aku ingin memanfaatkannya bersama-sama teman-teman sekelas, terutama majlis
perpisahan pengetua sekolah. Lebih membuatkan aku sedih, kerana aku berpura-pura bahawa
aku gembira dan tidak sabar mahu pulang ke kampung, sebenarnya aku tidak memiliki perasaan
itu.
“Lili,” ibuku memanggil dan aku tahu dia berada dekat di tempat aku sedang berada kerana
aku dapat mendengar kibasan skirt labuhnya. Tentu ibu sedang bersiap sedia mahu ke pejabat
kerana dia seorang wanita bekerjaya dan berjaya.
“Bangun sayang, nanti kamu lewat ke stesen bas. Hari ni kan kamu akan balik ke kampung
datuk dan nenek.”
Dipetik daripada Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perasaan yang disembunyikan oleh Lili setelah diminta oleh ibunya untuk dia pulang
ke kampung.
[4 markah]

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
8

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang menimbulkan kekaguman
kepada pembaca.
[6 markah]

BAHAGIAN C: RUMUSAN

[30 Markah]

Bahan 1 - Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan
beriadah.  Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis,
badminton dan squasy.
Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku
sekolah lagi. Khususnya dari peringkat remaja. Ibu bapa turut bertanggungjawab dalam usaha membentuk
peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat awal lagi. Ibu bapa juga perlu mendorong dan
menggalakkan anak mereka dengan cara membeli peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan
Bahan 2 - Grafik
moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.
Banyak faedah yang diperoleh remaja sekiranya mereka aktif bersukan.  Faedah bersukan yang utama
ialah dapat mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang
sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang
ditetapkan. Sukan juga penting bagi melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun
mental. Dengan kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik.
Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan boleh
dilakukan
Bimbingan dengan
tutor oleh kawan
Cikgu Abd. ataubin
Rahman keluarga pada
Ngah - 012 setiap
– 725 7842pagi, petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa
lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah mengelakkan diri daripada membuang
9

Karangan SPM: Cara Menangani Penyakit Berjangkit

 Cara Mengatasi Masalah Penyakit Berjangkit

o Memastikan penjagaan kesihatan

o Meningkatkan imunisasi diri

o Mengetatkan syarat kemasukan pendatang asing

o Tindakan tegas dan hukuman berat

o Penutup Karangan Menangani Penyakit Berjangkit

Pandemik Covid-19 telah mencatatkan kes kematian seramai 30 ribu di Malaysia. Apakah cara yang dapat menangani
penyakit berjangkit di negara kita?

Cara Mengatasi Masalah Penyakit Berjangkit

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
10

Pendahuluan
A1- Tema ( ______________________________________________)
A2- Sumber
A3- arahan/kehendak soalan ( _____________________________________________)
A4- Peribahasa ( cemerlang )
Dasarawarsa ini, isu penularan penyakit berjangkit menjadi tajuk hangat dalam akhbar harian utama dan isu yang menjadi
polemik dalam masyarakat sehingga ada yang trauma dengan penyakit berjangkit ini. Negara kita sedang mengalami
serangan penularan penyakit berjangkit Covid-19 dan telah mencatatkan kes kematian seramai 30 ribu orang. Sebelum
ini, negara kita juga mengalami Penyakit Selesema Burung yang juga dikenali sebagai H5N1 juga pada 2007 dan Selesema
Babi atau dikenali sebagai H1N1 pada tahun 2009. Oleh itu, langkah bijak perlu diambil bagi membendung masalah yang
tiada kesudahan ini. Persoalannya, apakah cara yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah
penyakit berjangkit ini?

Isi 1 : Memastikan penjagaan kesihatan

Antara langkah yang signifikan dalam usaha mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan
penjagaan kesihatan yang bersistematik dalam kalangan masyarakat. Kementerian Kesihatan Malaysia telah
menyarankan kita agar mencuci tangan, memakai pelitup muka, dan melakukan penjarakan sosial. Kaedah ini telah
berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mematuhi Prosedur Tetap Operasi (PTO) yang telah dikeluarkan
oleh kerajaan. Sebagai contoh, peniaga mematuhi syarat jumlah pelanggan yang boleh berada di dalam premis dengan
mengikut Prosedur Tetap Operasi. Dengan cara ini, kerajaan dapat mengawal penyakit berjangkit tersebut daripada
merebak

Isi 2 : Meningkatkan imunisasi diri

Dalam isu yang sama, masyarakat juga hendaklah meningkatkan imunisasi diri mereka. Masyarakat hendaklah mengambil
kesempatan untuk melakukan senaman, riadah atau aktiviti yang mengeluarkan peluh pada waktu Perintah Kawalan
Pergerakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan kita berada dalam keadaan sihat dan terhindar daripada
penyakit. Dengan cara ini masyarakat dapat memiliki kekuatan dalaman terutama kekuatan imunisasi badan, kekuatan
fikiran dan perasaan serta kekuatan fizikal bagi menghadapi penularan penyakit berjangkit yang masih belum ketemu titik
pengakhiran. Secara tidak langsung penjagaan kesihatan kendiri menjadi benteng utama pertahanan diri.

Isi 3 : Mengetatkan syarat kemasukan pendatang asing

Dari sudut lain pula, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas dengan mengetatkan syarat kemasukan
pendatang asing dari luar negara. Sama ada mereka datang ke Malaysia sebagai pelancong atau sebagai pekerja, Jabatan
Imigresen hendaklah melakukan saringan kesihatan terhadap mereka. Banyak kes jangkitan penyakit berjangkit dibawa
oleh pendatang asing. Sebagai contoh, kes COVID-19 yang berlaku di Napoh adalah disebabkan oleh pendatang asing
yang tidak melakukan kuarantin diri sehingga wujudnya kluster Sivangangga. Kes ini menjadi bukti bahawa pendatang
asing menjadi ejen pembawa penyakit berjangkit ke negara Malaysia. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak segera dengan
menutup semua pintu masuk negara bagi membendung masalah ini daripada berlaku.

Isi 4 : Tindakan tegas dan hukuman berat

Dalam konteks yang sama berkaitan isu penguatkuasaan undang-undang, kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas
dengan mengenakan hukuman berat terhadap individu atau syarikat yang masih berdegil tidak mematuhi Prosedur Tetap
Operasi. Mereka hendaklah dikenakan denda yang besar dan hukuman yang berat agar memberi keinsafan kepada
pesalah dan orang lain. Sebagai contoh, denda sebanyak seribu ringgit dikenakan terhadap pesalah yang melanggar

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842
11

Prosedur Tetap Operasi dan mereka yang masih berdegil melanggar PKP, akan dikenakan hukuman penjara di bawah Akta
Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Akta 342.

Penutup

Secara keseluruhannya, pelbagai langkah drastik dan efektif telah diambil oleh semua pihak bagi memutuskan rantaian
penyakit berjangkit ini. Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, agama dan kaum hendaklah
bersatu hati dan mengetepikan segala persengketaan yang disebabkan isu-isu politik dan sosial demi mencari satu titik
persamaan bagi membendung wabak Covid-19 ini

Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah - 012 – 725 7842

You might also like